Pengakuan Nazri : JawatanKuasa Hak Dan Kebebasan Parlimen Ikut Telunjuk Apco.

on Dec 22, 2010



 Dengan menerima hanya penjelasan Apco Worldwide melalui surat itu telah dijadikan asas untuk menghukum Anwar dan beberapa MP lain terbuktilah sudah bahawasanya selama ini Kerajaan Umno Barisan Nasional versi 1 Msia telah mengurustadbir negara tercinta ini dengan telunjuk Apco Yahudi Laknatullah...One Israel.

Penjelasan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengenai pembabitan Apco Worldwide hanya dapat disampaikan melalui pentas-pentas ceramah yang sering diganggu oleh polis didalangi Umno Barisan Nasional dan dalam masa yang sama media utama kerajaan menyiarkan fitnah adu domba siang dan malam.

Sekiranya surat Apco dijadikan bukti kukuh, bagaimana pula dengan dokumen di bawah ini (klik untuk lebih jelas) juga dari Apco Worldwide. Adakah ianya diklasifikasi sebagai suratkhabar lama ataupun tisu jamban yang digunakan untuk mencuci bontot-bontot barua Apco Worldwide Laknatullah...wallahua'lam.











Sumber :-  http://sheikhottomann.blogspot.com

Ini Yang Buat UMNO Cuak.......???

on




Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya sikap terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung isu negara Islam akan menjadi cabaran kepada Umno-BN yang asyik menyerang gabungan tiga parti itu.

Oleh yang demikian, Mursyidul Am PAS berkata, perubahan yang diambil Karpal itu membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR amat sesuai dalam konteks masyarat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

“Terima kasih atas pendirian terbaru Tuan Karpal Singh. Ia suatu petanda apa yang PAS perjuangkan selama ini banyak membawa kebaikan untuk semua kaum.

“Sikap terbaru Karpal itu juga membuktikan politik kerjasama melalui Pakatan Rakyat amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama.

“Ia satu cabaran kepada Umno yang memang menolak asas-asas Islam dipakai dalam politik. Dari segi politik ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam,” kata Menteri Besar Kelantan (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Tambah Nik Aziz, parti Islam itu bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja.

“Memang bersedia untuk berbincang atas isu negara Islam kerana bagi PAS sentiasa mengamalkan prinsip terbuka untuk berbincang dengan sesiapa sahaja,” kata Nik Aziz.

Nik Aziz juga berkata sama ada PAS ataupun sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal.

“Kalau boleh perbicangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.

“Dengan kenyataan Karpal itu, ia sudah menjawab semua keraguan yang timbul sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad lalu, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor mahu isu negara Islam yang dibawa PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.

Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.

“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.

Dalam ucapannya, Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.

“Apa yang saya katakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.

“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz , (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdul Hadi (Awang),” kata beliau.

Sementera itu, Hadi ketika dihubungi semalam pula berkata bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan sesiapa sahaja termasuk Karpal untuk menyelesaikan isu negara Islam.

Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.

“Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam.

“Saya syorkan pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana agama persekutuan dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan.

“Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’, iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tak boleh dicampur aduk,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya, Islam sebagai sistem hidup yang harus dipakai sama dalam urusan politik pemerintahan.

Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.

Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.

Karpal berkali-kali menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam.

Kakitangan Awam Minta Bonus, Bos Pula Yang Dapat.....!!!

on


SELAMA dua tahun lepas, termasuk tahun ini CUEPACS merayu-rayu dengan Kerajaan untuk mendapatkan bonus bagi kakitangan awam, namun rayuan tinggal rayuan. Kerajaan sentiasa menggunakan alasan keadaan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam.

Yang peliknya, setiap kali ada pilihanraya Kerajaan mewar-warkan bahawa ekonomi negara kukuh sekali. Tetapi bila kakitangan awam meminta bonus, secara tiba-tiba pula kewangan tidak kukuh. Di dalam keadaan tidak kukuh itu, bangunan 100 tingkat mahu dibina. Sampai bila kakitangan awam mahu dipersendakan?


Di dalam berita TV semalam, sekali lagi kakitangan awam dipermainkan. CUEPACS merayu lagi untuk mendapatkan bonus memandangkan sesi persekolahan akan bermula dan tentunya banyak perbelanjaan akan ditanggung oleh kakitangan awam yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Tambahan pula, baru-baru ini diumumkan kenaikan harga minyak, gas, gula dan terbaru diberitakan kenaikan harga susu pula. Di dalam keadaan sedemikian, Kerajaan seharusnya bersimpati dengan kakitangan awam bukan hanya sekadar memberikan `wang ihsan' sebanyak RM 500. Kakitangan awam bukan peminta sedekah untuk menerima `wang ihsan' seperti itu.

Rayuan CUEPACS tidak mendatangkan kesan kepada Kerajaan, sebaliknya mulut CUEPACS mahu ditutup dengan pengumuman bahawa CUEPACS akan diberi peruntukkan sebanyak RM3 Juta untuk ubahsuai pejabat CUEPACS bagi keselesaan Presidennya dan pegawai-pegawai atau stafnya. RM2 Juta untuk ubah suai manakala RM1 Juta utk pengurusan. Ini diumumkan oleh Najib sendiri di depan Presiden CUEPACS dan semua ahli gabungannya. Kelihatan tersenyum lebar Presiden CUEPACS ketika pengumuman dibuat dan bertepuk sakan semua yang hadir. 

Adakah itu perjuangan CUEPACS selama ini? Apa kakitangan awam dapat hasil daripada pengumuman Najib semalam? Adakah Presiden CUEPACS akan menjadi bisu selepas mendapat pejabat baru yang canggih dan selesa itu nanti? Amat malang sekali jika Presiden CUEPACS begitu mudah digula-gulakan oleh Najib. 

Bukan kita menentang peruntukan kewangan untuk ubahsuai pejabat CUEPACS, tetapi CUEPACS harus melihat dan fokus kepada perjuangan mereka sebenar. Jangan kerana sudah mendapat keselesaan untuk diri sendiri, maka kehendak dan tuntutan kakitangan awam di luar sana dikhianati. CUEPACS harus berani dan tidak menjual maruah semurah itu.

Saifudin Nasution :- Bereskan Dulu Kepincangan Dalam PKR Baru Boleh Cerita Hal Lain.....???.....

on

Tawaran perbaiki IMEJ Polis, SPRM, JPP dan Keadilan




Mendengar ucapan Setiausaha Agong Keadilan YB Saifudin Nasution dalam video di atas memang amat memukau dan mempersonakan. Beliau memang amat petah dan cara penerangan beliau memang amat disukai rakyat. Memang amat teruja mendengarnya.

Sharpshooter amat bersetuju dengan semua hujah-hujah yang disampaikan terutamanya tentang tawaran perbaiki imej Polis dan SPRM yang lebih berwibawa. Memang benar imej Polis dan SPRM tercalar teruk kerana mereka terpaksamenyapu kesalahan pemimpin umno dan b-end di bawah permaidani merah yang indah. Syabas YB Saifudin kerana berani menyatakan yang benar walaupun amat pahit. Inilah yang rakyat mahukan sebenarnya.

Namun begitu, YB Saifudin jangan terlupa imej JPP dan Keadilan juga tercalar teruk kerana pemilihan yang pertama kali diadakan dengan format baru satu ahli satu undi yang menyaksikan insiden pergaduhan dan penipuan dan kemuncaknya Zaid Ibrahim keluar Keadilan dan kini menjadi Presiden parti KITA. Sharpshooter hormati itu keputusan Zaid namun bagi sharpshooter, Zaid telah buat satu keputusan yang salah.

Zaid mengikut jejak Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Semangat 46 pada tahun 1988 apabila beliau tewas dengan Dr Mahathir pada tahun 1987 dengan majoriti 43 undi. Akhirnya Semangat 46 pun kini terkubur kerana asas penubuhannya hanya berpaksikan kepada emosi dan balas dendam kerana kalah dalam pertandingan.

Jelas sejarah telah membuktikan bahawa jika asas perjuangan yang dibina tidak kukuh dalam parti, akhirnya Semangat 46 pada tahun 1996 telah tersungkur menyembah bumi dan terus terkubur dalam lipatan sejarah politik Malaysia.

Sebagai ahli Keadilan, sharpshooter tertunggu-tunggu juga bilakah agaknya YB Saifudin akan buat atau umum "TAWARAN PULIHKAN IMEJ JPP DAN KEADILAN" sebelum kita menerjah dalam pertempuran musuh sebenar umno b-end dalam PRU 13.

Dalam ucapan YB Saifudin semasa Kongres berlangsung di Shah Alam, beliau berjanji malah Anwar juga berjanji akan menyiasat segala aduan yang dikemukakan dalam masa dua minggu, namun hingga kini segala aduan seolah-olah telah disapu dibawah permaidani biru muda.

Kita tidak bersetuju dengan Polis dan SPRM menyapu kesalahan pimpinan umno dan b-end di bawah permaidani merah, janganlah pula Keadilan juga menyapu segala kesalahan pemimpin Keadilan di bawah permaidani biru muda berlajur merah.

Cukuplah tahun lalu kesalahan Fairus TKM 1 cuba ditutup dan disapu dibawah permaidani biru muda berlajur merah yang indah. Anwar bohong kepada rakyat dengan mengatakan Fairus mahu sambung belajar. Alangkah indahnya ketika itu jika Anwar tegas dengan mengatakan bahawa kita serius dengan pemimpin yang menyeleweng, kita ambil tindakan tegas. Rakyat akan hormat Parti Keadilan Rakyat kerana ketegasan atas prinsip bukannya berbohong dan akhirnya Fairus masuk umno semula.

Fairus juga berbohong dengan mengatakan beliau masuk umno setelah solat istiqarah selama 3 bulan dan masuk umno secara ikhlas bukan kerana imbuhan lumayan tetapi yang pelik dan hairannya Fairus telah berjaya melangsaikan hutang keretanya kepada Kerajaan Negeri P.Pinang RM109,000.00 secara tunai setelah masuk umno. Rakyat tahu Fairus berbohong dan rakyat juga tahu Anwar berbohong mengatakan Fairus sambung belajar. Yang sudah tu sudahlah...jangan diulangi perbuatan tersebut jika kita mahu rakyat yakin dan percaya kepada Parti Keadilan Rakyat.

Anwar juga pernah keluarkan kenyataan bahawa Keadilan tidak pernah melantik Zaid Ibrahim sebagai penyelaras parti di sini. Sharpshooter memang tidak menyokong Zaid setelah beliau menarik diri dan keluar parti tetapi persoalannya jangan bohong kepada rakyat.

Laman rasmi web Parti Keadilan Rakyat mengesahkan bahawa Zaid Ibrahim adalah Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat. Anda boleh layari dengan klik di sini untuk melihat semua pimpinan Pakatan Rakyat termasuk PAS dan DAP.


Dalam laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat telah memaparkan Zaid Ibrahim, YB Teresa Kok dan YB Salahuddin Ayub adalah Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat bagi parti masing-masing.

Sebenarnya pada peringkat awal, Anwar telah melantik Zaid Ibrahim sebagai Setiausaha Agong Sekretariat Pakatan Rakyat (Penyelaras Parti) tetapi malangnya PAS dan DAP tidak bersetuju tetapi akhirnya semua bersetuju bahawa semua parti mempunyai seorang Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat.

Zaid Ibrahim adalah orang diberi tanggung jawab menyediakan Deklarasi Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah dimeterai oleh Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi dan Lim Kit siang pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali pertama di Shah Alam bertajuk ke arah sebuah negara baru yang adil , telus , saksama , toleransi dan berkebajikan.

Selepas itu Zaid juga pernah keluarkan kenyataan kontroversi dengan menamakan Tuan Guru Nik Aziz adalah orang yang paling layak mengetuai Pakatan Rakyat sekiranya ia berjaya didaftarkan. Kenyataan ini ternyata menghiris hati Anwar dan pendewa Anwar.

Di sinilah bermulanya bibit-bibit negatif tentang Zaid Ibrahim tetapi ianya berjaya diredakan apabila Zaid Ibrahim dicalonkan menjadi calon "Heavy Weight" Keadilan di Hulu Selangor. Zaid Ibrahim ketika itu dijulang umpama wira dan pahlawan sejati Keadilan, Anwar dan Azmin menjulang Zaid Ibrahim pagi petang siang dan malam, inilah calon terbaik Keadilan yang telah teruji, orang yang ada prinsip sangup melepaskan jawatan menteri kerana prinsip.

Jika anda tidak percaya tengok video dibawah ini.


Tetapi bila tiba pemilihan Keadilan 2010, apabila Zaid membuat keputusan untuk bertanding menentang Azmin Ali calon kesayangan Anwar, tiba-tiba sahaja Zaid Ibrahim ini dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan termasuk beliau adalah "trojan horse" dan berbagai-bagai. Beliau terus dihina hingga keluar parti.

Apa yang ingin ditegaskan, janganlah bila kita nak gunakan seseorang, kita puji dia, kita sanjung dia, kita julang dia bagai nak raja dan perwira serta pahlawan tetapi bila kita tidak mahu seseorang kita hina dia, kita aibkan dia, kita fitnah dia. Bukan soal sokong sesiapa tetapi politik begini tidak wajar diamalkan.

Semasa Kak Wan memimpin Keadilan sewaktu Anwar terpenjara 6 tahun, perkara-perkara seperti ini tidak berlaku. Kak Wan memimpin parti secara jujur dan penuh sifat keibuan.

Kini Nurul Izzah Naib Presiden baru telah menawarkan "POLITIK JUJUR ASAS PERJUANGAN" sebab beliau tahu rakyat meletak harapan yang tinggi kepada parti Keadilan. Rakyat marah jika dibohong atau ditipu oleh
pemimpin yang mereka percayai. Jangan rosakkan dan cemarkan serta meliwat kepercayaan rakyat kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat.

Berbalik kepada aduan dan laporan kepincangan Pemilihan Keadilan 2010, Sharpshooter telah dedahkan dan laporkan di sini, manakala laporan Chegubard disini. Hingga kini kami tidak menerima sebarang jawapan bertulis. Takkanlah semua laporan itu bohong dan tidak ada satu pun yang berasas.

Lebih menyedihkan ada pula yang menuduh pengkhianat hanya kerana mendedahkan kepincangan parti. Jangan dihukum orang yang mendedahkan kepincangan tetapi hukumlah orang yang melakukan kepincangan.

Berkali-kali ditegaskan, bukan soal menang atau kalah tetapi sebagai TAWARAN UNTUK MEMULIHKAN IMEJ JPP DAN KEADILAN YANG TERCALAR. 

Semalam muncul pula kenyataan rasmi dari ketua AMK Cabang Tenggiri seperti dibawah. Kepada YB Saifudin dan Anwar Ibrahim, segeralah respon dan ambil tindakan segera dan jangan biarkan ianya berlarutan, UBAH SEBELUM PARAH, UBAH DEMI MARUAH.

Kenyataan Rasmi Ketua AMK Cabang Tenggara

21 Disember 2010

che'GuBard Harus Mendesak Hasil Siasatan dan Tindakan

Pemilihan Parti sudah berlalu hujung November lalu. Memang banyak aduan dan rungutan sepanjang pemilihan keadilan 2010.

Namun semuanya dinafikan begitu sahaja, sehinggalah beberapa aduan mendapat perhatian media. Itupun Pihak JPP tidak ke depan menjawab persoalan, hanya Setiausaha Agong (SUA) parti yang menjawab bagi pihak JPP.

Namun apabila diasak oleh pelbagai pihak, ketika di Kongres Nasional 2010 dalam satu kenyataan terbuka SUA menyatakan semua aduan akan disiasat dan diselesaikan dalam masa dua minggu.

Namun sehingga kini sunyi dan sepi. Malah muncul pula persepsi jawatan lantikan diumumkan baru - baru ini seolah-olah cuba menutup mulut pihak tertentu.

Seperti kita mahu menyapu semuanya di bawah permaidani indah. Persoalannya tiada bukti adalah karut !! Di Johor ada satu Cabang dengan jelas JPP terlibat membenarkan orang yang tidak ada dalam senarai pemilih mengundi dengan menambah nama mereka dengan tulisan tangan. Bukti ini disertakan laporan polis dan gambar dihantar kepada ibu pejabat tetapi sampai hari ini senyap.

Ramai yang mengetahui apa yang terjadi mula kecewa. Namun kekecewaan ini sedikit tertangguh dan terubat apabila masih ada tokoh dalam parti yang dilihat gigih mendesak siasatan dan tindakan telus diambil seperti che'GuBard.

Kenyataan che'GuBard yang bertarikh 8 Disember 2010 yang tersiar dalam blog beliau sedikit memberi sinar kepada anak muda.

Terbaru Che'gubard ditawarkan jawatan Timbalan Setiausaha Agong. Selaku orang politik memang ada kewajaran untuk menerima jawatan tersebut sebagai tiket untuk terus aktif di arena politik nasional. Namun saya selaku Ketua AMK Cabang Tenggara dengan ini meminta pertimbangan che'GuBard agar terus berpegang dengan kenyataannya sebelum ini menolak semua jawatan sehingga penyiasatan dan tindakan terhadap penyelewengan dalam Pemilihan 2010 diselesaikan secara telus.

Pendapat ini juga saya rasa turut dikongsi dgn ramai pimpinan muda pelbagai peringkat dalam parti ini. Kami memerlukan pimpinan anak muda berprinsip. Tanpa jawatan pun saya lihat che'GuBard boleh terus bergerak kerana jawatan bukan syarat pengiktirafan.

Akhirnya sekali lagi ditegaskan harap che'GuBard menolak lantikan sebagai usaha perhebat desakan ke arah menjadikan KEADILAN lebih dihormati dan mantap.

Azlan Ishak
Ketua AMK Cabang Tengg




ara

Ada TPM Pun... Bangang......???

on



Al-malikul Sembab berfatwa lagi beb....., kali ini fatwa beliau dikeluarkan melalui lubang jubor... sebab otak beliau dah lama lenyap semenjak menjadi TPM.... apa katanya..;
Rakyat jangan mudah terpengaruh dengan tawaran istimewa daripada pakatan pembangkang semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, mereka boleh membuat tawaran sebegitu kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk mengetuai kerajaan di peringkat Pusat.

" pakatan pembangkang tidak mempunyai pengalaman mengetuai kerajaan di peringkat pusat"

Apa punya bangang la... TPM nih, sudah tentulah pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat) takda pengalaman sebab tak pernah di beri peluang untuk menerajui kerajaan di peringkat pusat, sebab selama 53 tahun ianya di bolot melalui proses pengundian secara kotor dan penipu oleh kerajaan barisan nasional.

Sebab itulah kebangkitan rakyat menentang kerajaan barisan nasional kini kerana mahukan Perubahan Kerajaan dan jika berjaya menumbangkan kerajaan barisan nasional dalam PRU 13 nanti, dan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Pusat pada masa itu sama-samalah kita lihat hasilnya, samada boleh atau tidak untuk mengetuai kerajaan di peringkat pusat.

Lagipun pemilihan kerajaan pusat ini rakyat yang menentukan.... bukannya TPM atau PM atau pun anjing2 dari barisan nasional yang tentukan. Gua berharap PRU 13 nanti... rakyat akan beri peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat juga mampu memerintah Malaysia. Dan nyahkan barisan nasional buat selama-lamanya.

Dan dalam tempoh jangka masa itu..., barulah kita boleh buat perbandingan Kerajaan Pusat yang mana lebih baik... barulah gua boleh bersetuju dengan fatwa TPM yang bangang sekor nih.....

Atau kalau TPM nak tengok sangat samada boleh atau tidak... bubarkanlah Parlimen sekarang ini bagi membuktikan fatwanya itu.

Kesimpulannya:- dari pemahaman bacaan gua dengan fatwa TPM Al-Malikul Sembab ini...., ianya tak ubah selain daripada untuk membodohkan rakyat jer.... kononnya tiada parti lain boleh memerintah malaysia ini selain parti haramjadah umnoapco yahudi laknatullah aka barisan najis nasional.

Contohnya seperti perubahan Kerajaan Negeri2 yang di perintah oleh Pakatan Rakyat sekarang ini. Rakyat sudah mempunyai peluang untuk membuat perbandingan kerajaan mana yang lebih baik.... dan jawapan kepada perbandingan itu akan di ketahui dalam PRU akan datang....

So... TPM Al-malikul Sembab janganlah syok sendiri dan menambahkan kebangangan yang sedia ada.... lain kali sebelum mengeluarkan kenyataan cuba pakai otak/akal bukannya pakai lubang jubor..., apalah malangnya malaysia ini mempunyai TPM sebegini...



Jangan tulis sebarang unsur fitnah......Utusan Bagaimana Pulak......???

on





Polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" yang diburu sejak Ogos lepas kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata lelaki berumur 40 tahun itu yang dipercayai mewujudkan akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas, diberkas di ibu negara pada 29 November lepas. 

Turut dirampas ialah lima telefon bimbit dan PDA pelbagai jenis, empat komputer riba, dan perkakas komputer, katanya kepada pemberita di Bukit Aman hari ini.

Satu pasukan petugas telah menyiasat kes itu selepas lima laporan polis dibuat tentang kewujudan laman itu. 

Syed Ismail berkata siasatan mendapati lelaki yang berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja. 

Akaun tersebut menggunakan alamat e-mel 'pendekar.bentan@gmail.com' namun identiti yang digunakan adalah kepunyaan individu lain, katanya.

Syed Ismail berkata lelaki itu adalah bekas pelajar sebuah universiti tempatan. 

"Motif suspek mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri kerana siasatan mendapati beliau tidak terlibat dengan mana-mana politik," katanya.

Syed Ismail berkata, lelaki mendapat pengetahuan untuk menggunakan internet melalui pembelajaran sendiri selain menggunakan perisian tertentu yang boleh menyembunyikan identitinya. 

Katanya tiga orang telah ditahan berhubung kes seumpamanya.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948," katanya.

Beliau menasihati para pengguna internet supaya menjaga keselamatan alat-alat yang digunakan untuk membuat capaian internet seperti 'wireless
router' supaya mendaftar keluar jika tidak lagi digunakan. 

"Jika tidak mahir dalam penggunaannya dapatkan nasihat pakar cara untuk menggunakannya selain berhati-hati jika ada orang yang tidak dikenali
menggunakan capaian internet di rumah," katanya.

Bagi pengguna laman sosial seperti Facebook, Myspace dan Friendster, Syed Ismail menasihatkan mereka supaya tidak mendedahkan maklumat diri dan gambar kepada individu tidak dikenali.

"Jangan tulis sebarang unsur fitnah dan hasutan yang boleh menggugat ketenteraman awam dalam laman-laman sosial kerana polis mampu mengesan sebarang hebahan yang salah," katanya. 

- Bernama

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List