Felda 'rayu' jangan saman

on Dec 23, 2010

BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.

Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.

Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.

Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.

“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?

“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.

“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.

Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.

“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.

Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.

“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.

“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.

Taufan perubahan melanda Sabah.....???

on

Anwar pernah berkata "angin perubahan akan bertiup dari Sabah". Apa yang dikatakannya kini sedikit demi sedikit dah menjadi kenyataan. Tapi, apa yang bertiup sekarang bukan lagi  sekadar angin... Ini dah mencapai tahap taufan perubahan. Terima kasih kepada slogan  PKR - Change Now atau Berubah Sekarang yang begitu berkesan dalam membuka minda rakyat Sabah.

Tahniah dan syabas juga pada orang Sabah! Yang sememangnya  sensitif, reaktif dan reseptif terhadap slogan tersebut.

Natijah daripada perubahan tersebut, naib presiden PKR, Dr. Jeffrey Kitingan keluar meninggalkan PKR minggu lalu.  Tindakan tersebut kemudiannya diikuti oleh Ketua PKR Putatan Awang Ahmadsah Awang Sahari.  Semalam, Timbalan Ketua PKR Beaufort Lajim Yusof pula membuat 'terjunan' yang sama. Dijangkakan dalam masa terdekat, lebih ramai yang akan menurut jejak langkah mereka untuk meninggalkan Parti Keluar Ramai-ramai itu.

Alasan mereka ialah orang Sabah ingin berubah atas nama perjuangan dan keadilan yang sebenar. Mereka berubah atas nama kesedaran dan kebijaksanaan. Mereka tidak  mahu terus ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin dan parti yang penuh dengan masalah.

Sebelum ini, atas sebab perubahan juga orang Sabah humbankan  pemimpin kesayangan Anwar, Ansari Abdullah ke dalam laut Batu Sapi ketika PRK beberapa bulan lalu.

Tahniah orang Sabah. Anda memang bijak.

Hei! Orang Sarawak yang sengal-sengal otak tu...BILA LAGI?

Bekas ahli Umno N.Sembilan diugut kerana sertai PKR.......???

on

NOTA EDITOR: Hairan sungguh-sungguh saya. Dalam keadaan UMNO memainkan isu Melayu selama dua tahun kebelakangan ini, rupa-rupanya propaganda UMNO itu tidaklah berkesan sangat.

40 ahli UMNO keluar UMNO dan masuk PKR di kubu kuat UMNO di Kampong Telok Pelanduk, Port Dickson. 

Hasilnya UMNO panik dan buat keputusan untuk mengugut bekas2 ahli UMNO ini.

Yang menarik hati Tulang Besi adalah sebab yang diberikan oleh bekas2 ahli UMNO ini untuk meninggalkan UMNO. Mereka mendapati segala bantuan yang sepatutnya sampai kepada rakyat dipoketkan oleh kroni UMNO.

UMNO Telok Pelandok ini adalah diasaskan oleh datuk kepada Isa Samad.



Kami diugut kerana sertai KEADILAN – bekas Umno

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas 40 ahli Umno dan MCA Kampung Telok Pelanduk, Port Dickson menyertai KEADILAN baru-baru ini, sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno mengugut akan menyekat bantuan untuk mereka yang keluar parti.

Jurucakap kumpulan itu, Isa Othman berkata, ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno BN cukup terkejut dengan tindakan drastik masyarakat di kampung itu yang mula berani memperjuangkan hak mereka.

“Umum mengetahui Telok Pelanduk merupakan kubu kuat Umno BN sejak sekian lama dan apabila kami secara beramai-ramai keluar parti, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan pihak Umno BN.

“Sebab itu, mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang keluar parti walhal berpuluh-puluh tahun kami diabaikan,” katanya kepada Keadilan Daily.

Isa yang juga anggota Umno sejak lebih 30 tahun lalu turut memberitahu bahawa sesuatu yang menghairankan apabila banyak bantuan yang sepatutnya mereka terima selama ini langsung tiada terutamanya kepada warga miskin dan ibu tunggal.

“Berpuluh-puluh tahun hak kami diabaikan dan apabila kami siasat, hanya kroni tertentu sahaja yang menerimanya sedangkan banyak lagi ibu tunggal dan warga emas di kawasan ini dinafikan hak mereka,” jelasnya.

Kumpulan itu meninggalkan Umno pada pertengahan Disember lalu dan menyertai KEADILAN dengan borang mereka diterima sendiri oleh Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrain.

“Itu hanya permulaan dan ratusan lagi ahli Umno BN akar keluar parti secara senyap-senyap selepas ini kerana beberapa penduduk terus diugut jika mengisytihar keluar Umno secara terbuka,” katanya.

Menurut Isa, Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung dengan jumlah penduduk kira-kira 3,000 dengan lebih 75 peratus daripadanya bersedia menolak Umno BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Berpuluh-puluh tahun kami bersabar dan menderita dan sudah tiba masanya kami bangkit untuk mempertahankan hak kami sebagai mana yang dijamin dalam perlembagaan.

“Merupakan hak kami selaku warga Malaysia untuk memilih parti yang kami sukai dan yakin mampu memperjuangkan hak kami lagipun demokrasi membenarkan ia berlaku,” kata Isa.

Menurut rekod, Telok Pelanduk diasaskan oleh Abdullah Tir yang juga merupakan Datuk kepada Isa.

Konvensyen PR: Apa yang dicapai, dan apa yang terlepas......

on

Konvensyen Pakatan Rakyat hujung minggu lalu telah berjaya mempersembahkan gabungan itu sebagai pesaing paling jelas kepada Barisan Nasional dan paling mampu menggantikan BN sebagai kerajaan pusat.

Buku jingga Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia yang diedarkan menyenaraikan program PR untuk dinilai, menegaskan persediaan PR untuk melaksanakan tugas sebagai pemerintah dengan lebih berkesan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan perasmian telah menggariskan usaha kerjasama yang realistik dan cadangan praktikal meletakkan calon-calon yang bersih.

Kepentingan usaha itu dapat dilihat berdasarkan cabaran daripada kumpulan-kumpulan yang dianggap kuasa ketiga dalam politik Malaysia seperti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) dan kumpulan seperti Hindraf.

MCLM dalam satu kenyataannya menegaskan pencalonan calon bersih, dan pada masa sama mahu bertanding di bawah tiket PR.

Berdasarkan perkembangan ini, PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti perlu menyenaraikan calon-calon terbaik, yang sekiranya diletakkan bersebelahan calon-calon lain akan jelas kelebihan mereka, sekiranya PR tidak mahu kerusi mereka disaingi juga oleh pihak lain.

Buku jingga yang dikemukakan mungkin satu kelebihan, kerana berbanding kumpulan lain, PR telah memperincikan progam dengan jelas dan secara kolektif sebagai sebuah pakatan pilihan raya.

Satu perkembangan menarik ialah parti-parti PR, terutama PAS dan DAP telah menunjukkan kompromi dalam hal ideologi, melibatkan isu negara Islam.

Ini walau bagaimanapun tidak boleh dilihat sebagai satu kemuncak kerjasama parti-parti PR melainkan satu proses yang masih berjalan dan dirundingkan. Tawar-menawar dalam hal ini masih berjalan dan boleh berubah secara dramatik pada bila-bila masa.

PAS sama sekali tidak boleh membaca dengan berlebihan kenyataan Karpal Singh itu dan menganggap debat isu tersebut sebagai sudah selesai dan DAP menerima ide negara Islam PAS.

Apa yang berlaku hanya satu kompromi, dan menunjukkan PR ialah satu usaha sama parti-parti pembangkang dalam hal yang dipersetujui sahaja.

Ungkapan popular Putrajaya masih kedengaran, walaupun tidak sekerap sebelum ini. Dalam hal ini, kesepakatan dan program yang lebih terperinci yang dipersembahkan mungkin lebih mendalam dan berkesan serta menjanjikan berbanding ungkapan Putrajaya yang sudah terlalu banyak digunakan.

Ucapan-ucapan pemimpin, termasuk oleh Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan lebih kepada untuk menarik sorakan dan membina sentimen feel good tanpa menjelaskan sebarang isu baharu.

Lim mempromosikan lagi kerajaannya sebagai mengutamakan Melayu dengan mengemukakan satu daripada banyak data yang ada, yakni penganugerahan kontrak kerajaan. Isu-isu seperti tapak perniagaan di kawasan percutian, penggunaan bahasa Melayu dan banyak lagi isu kerajaan tempatan tidak disentuh.

Anwar pula menarik khalayak dengan isu Apco dan Israel, menumpukan perhatian terus kepada Umno dan Apco tanpa menjawab laporan kenyataan pemimpin Singapura Lee Kuan Yew mengenai dakwaan liwat terhadapnya.

Persembahan dramatik Anwar telah mengalihkan tumpuan konvensyen kepada Apco dan Umno.

Ucapan Karpal pada akhir konvensyen menjadi satu lagi ucapan menarik sorakan hadirin, dengan serangan peribadi terhadap bekas-bekas ahli PKR dengan kasar dan tidak bersopan, termasuk menggunakan perkataan "celaka."

Apa yang ingin disampaikan boleh dijelaskan dengan lebih berkesan tanpa sebarang usaha mensensasikan isu tersebut oleh Karpal.

DAP boleh dianggap sebagai pihak yang mendapat manfaat terbesar daripada konvensyen yang diadakan di negeri di bawah pentadbirannya itu.

Ketua Menteri Lim telah mengambil kesempatan memberikan sumbangan kepada rakyat negeri itu pada waktu rehat, selepas menyenaraikan kebaikan-kebaikan kerajaan negeri pada ucapan awal.

Ucapan presiden PAS mungkin yang paling tidak mendapat perhatian, kerana nada serius dan bersifat introspektif terhadap pakatan pembangkang itu, ketika sebahagian besar ahli dan penyokong PR masih menagih retorik-retorik, termasuk pujian-pujian dan kecaman terhadap musuh.

Budaya politik PR masih memerlukan penambahbaikan yang menyeluruh supaya tidak hanya mengulang dan meneruskan apa yang disaksikan selama ini.

PR tidak lagi boleh hanya menggunakan hujah ia lebih baik berbanding BN dalam semua perkara.

PR masih memerlukan maklum balas daripada rakyat berhubung buku jingga yang dikemukakan itu, kerana agenda tersebut bukan satu kitab suci yang perlu diterima semua rakyat Malaysia.

Tambahan pula, banyak perkara di dalamnya yang perlu diperincikan lagi dan ditegaskan, supaya tidak wujud tafsiran yang pelbagai.

Satu contoh ialah isu tempat ibadat yang sesuai untuk semua agama. Hal ini akan terdedah kepada pertikaian seperti yang telah berlaku di Shah Alam, Selangor. 

Begitu juga dengan isu perumahan dan "satu keluarga, satu rumah." Berdasarkan penerusan sistem ekonomi neoliberal yang diterima oleh parti-parti PR, sukar untuk dijangka apa yang telah berlaku selama ini dikawal atau dihentikan di bawah kerajaan PR, kerana kuasa pendesak golongan kapitalis yang sering lebih berjaya berbanding rakyat biasa.

Isu ini melibatkan satu dasar yang sangat besar. Masa akan menentukan sama ada kerajaan PR benar-benar serius dengan janji ini.

Rakyat masih perlu menuntut janji sejak 2008 ditunaikan oleh PR. Agenda dalam buku jingga yang dilancarkan itu masih perlu kepada penambahbaikan, untuk benar-benar menjadikan agenda PR sekiranya berjaya memerintah negara akan memulihkan sistem sedia ada dan bukan hanya menukar pemain lain.

Dan yang lebih menuntut keikhlasan PR ialah usaha mencapai agenda-agenda tersebut walaupun tidak berjaya membentuk kerajaan pusat pada pilihan raya akan datang.

AKUAN BERSUMPAH SIAPA YANG PALING LAKU KAT MALAYSIA......???

on

Robert M Shrum: Kenyataan bersumpah penasihat kanan ‘One Israel’ bersihkan konsep 1Malaysia; Nazri dedah dua dokumen nafi dakwaan Anwar


Ingat apa kejadahnya apabila tentera upahan UMNO-BN, Agendadaily menyebut Anwar terkankang kerana bukti baru yang dibentang oleh Datuk Nazri. Rupanya akuan sumpah Yahudi APCO.

Pertama kali kita mendengar istilah kenyataan bersumpah ini popular apabila Raja Petra Kamaruddin dari www.malaysia-today.net membuat kenyataan bersumpah mengenai pembabitan Rosmah dan Bekas Kolonel Aziz Buyong, pakar C4 serta isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tetapi akhirnya ia didiamkan begitu sahaja.

Kemudian timbul pula kenyataan bersumpah En. Balasundram Perumal, Penyiasat peribadi Razak Baginda tentang penglibatan Najib Razak di dalam kes Altantuya di dalam bahasa Inggeris. Sehingga kini beliau menjadi pelarian dari tanah-airnya sendiri kerana bimbangkan nyawa beliau dan keluarganya. Tetapi apakah nilai dan harga pengakuan bersumpahnya itu. Ia menjadi bala kepada Balasundram.

Kes bukan politik melibatkan kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air. Ia sepatutnya menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa. Kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long akhirnya ditolak begitu sahaja.
Kenyataan bersumpah Dr. Osman seorang doktor beragama Islam yang bertugas di Pusrawi yang telah memeriksa Saiful dan mengesahkan bahawa sehingga 28 Jun 2008, Saiful tidak pernah diliwat. Adakah ianya diterima pakai?

Tetapi kenyataan bersumpah Saiful Bukhari diterima-pakai. Akuan bersumpah Rahimi laku dan kini seorang yang mungkin mencapai wali keramat buat Umno di terima pakai pulak akuan sumpahnya.

Yahudi laku pulak akuan sumpahnya??? . Heran! Kitab mana yang UMNO-BN pakai ni?

Khir akui BN jual tapak surau Al Hidayah......

on


SHAH ALAM, 23 Dis: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menafikan tapak surau Al Hidayah, Rawang dijual semasa pentadbirannya iaitu pada 2003 tetapi telah dijual sebelum tahun 2000 lagi.

Menurut Khir dalam blognya, "Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya"

(Gambar: Demo ini sepatutnya diadakan di depan bangunan Umno atau MCA, kata Faekah)
Ini bererti tapak surau itu dijual ketika kerajaan Selangor dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) dimana Umno menguasai sebahagian besar kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor.

Khir membuat penjelasan itu ekoran kenyataan Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin, berdasarkan rekod kerajaan negeri tanah itu dijual pada tahun 2003.

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk tempatan termasuk para pemimpin Umno telah membuat demontrasi di perkarangan surau itu kerana membantah kerajaan negeri Selangor yang membenarkan surau itu dirobohkan untuk dibuat projek pembangunan.

Ini ekoran dari tindakan pemilik tanah itu memberikan notis sehingga 30 November lepas agar ia dikosongkan untuk membolehkan tanah itu dimajukan.

Antara yang membantah kerajaan negeri itu adalah pemimpin Umno yang juga Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom.

(Gambar: Surau Al Hidayah pekan Rawang yang kini menjadi pertikaian)
Tanah itu kini dimiliki oleh SAP Holding bekas anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pihak swasta.

Mengikut rekod kerajaan negeri, saham SAP Holdings Sdn Bhd dijual oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) kepada syarikat persendirian pada tahun 2003. 

Namun kini, Khir Toyo berkata, ia telah diluluskan sebelum tahun 2000 lagi.

SAP Holdings Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dimana  pemegang-pemegang sahamnya adalah: Chew Ting Teck, Hung Te Hsin @ Ang Teck Thieng, Siaw Kwee Mow @ Sia Hock Chai, Sip Kew Yin, Tan Kok Yee, Tan Pang Kuan, Chow Soon Tat @ Chew Soon Tat, Chew Teng Meng @ Francis Chew, Chew Siew Ying and Dhew Teng Fook @ Chow Teng Fook.

Lembaga Pengarah SAP Holdings Berhad sekarang ialah Datuk Abu Bakar Mohd Amin, Norihan Mohd Bakri, Tan Kok Yee, Chong Fook Sin, chew Siew Ying dan Chew Ting Teck.

“Fakta jelas mendedahkan siapa yang sebenarnya telah mengorban orang Melayu dan Islam di Rawang. Saya rasa mungkin lebih sesuai penduduk berhimpun di pejabat Umno dan MCA untuk membuat aduan mereka,” kata beliau.

Faekah menjelaskan, tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama satu lagi syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd.

“Zainal sepatutnya selidik dahulu sebelum membuat tuduhan liar. SAP Holdings bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor.

“Pada 2002, Kerajaan Negeri Umno-Barisan Nasional (BN) telah membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) melepaskan saham kepada pihak swasta," tegasnya.

Namun begitu, kata Faekah, kerajaan Selangor melalui Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini agar penduduk di kampung itu dapat terus menjalankan ibadat seperti biasa.

Tarik balik surat dan nasihatmu, KPKT'

on



Persatuan Pemilik Hartanah Terbengkalai Malaysia (PPHTM) meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menghalangnya didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan yang sah.

Pengerusinya Dr Mohamed Rafick Khan Abdul Rahman berkata, PPHTM - turut dikenali sebagai Victims - mendakwa permohonan mereka ditolak oleh Jabatan Pertubuhan Pendaftar Malaysia (JPPM) susulan 'bantahan' daripada kementerian berkenaan melalui surat dan "nasihat".

abandoned property owners malaysia victims housing project protest, dr rafik
Dakwanya, bantahan itu berlaku kerana KPKT bimbang pembeli, melalui NGO baru itu, akan menekan agensi yang bertanggungjawab atas projek perumahan dan pemulihan projek terbengkalai itu.

"Jika benar KPKT tidak mempunyai halangan dan menerima usaha persatuan itu dengan baik, saya mencadangkan agar KPKT menarik balik surat yang di keluarkan oleh mereka melalui rujukan dihantar kepada persatuan itu," katanya dalam satu kenyataan kepadaMalaysiakini, hari ini.

Merujuk isu daftar pertubuhannya, Rafick mengakui, dakwaaan bahawa keputusan terletak di tangan JPPM itu ada benarnya tetapi dalam sistem sekarang ramai yang tidak berani membelakangi nasihat kementerian.

abandoned property owners malaysia victims housing project protest
Malah, dakwanya, surat yang di keluarkan oleh bahagian dasar KPKT kepada mereka menyatakan 'bantahan keras' yang menyebabkan kesukaran kepada pegawai JPPM bagi menerima permohonan PPHTM.

"Dalam kes ini, pegawai JPPM tidak boleh dipersalahkan kerana mereka 'terpaksa akur' kepada beberapa 'pandangan keras' yang di keluarkan oleh KPKT.

"Mengapa JPPM harus dipersalahkan apabila isu ini timbul akibat dari pandangan dengket dari KPKT," ujarnya.

Sementara itu, Rafick mengulangi gesaan supaya KPKT menerima dan bekerjasama dengan mereka bagi mencari penyelesaian untuk masalah rumah terbengkalai di Malaysia.

"Jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada Rakan Cop, mengapa KPKT tidak boleh menerima kami sebagai Rakan JPN?" soalnya.



MalaysiaKini

PAS mohon tangguh rang undang-undang pengangkutan

on

PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon baginda supaya menangguh kelulusan Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan di parlimen.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata pihaknya juga memohon agar Tuanku menitahkan supaya rang undang-undang tersebut dibahas semula di parlimen.

"Ia tidak dibahas dengan masak. Tempoh perbahasan dalam dua jam, ahli parlimen berbahas hanya lima minit," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

"Akta ini menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat (secara) tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

Mahfuz yang juga pengerusi jawatankuasa anti saman ekor (KASE) mengetuai delegasi beberapa ahli parlimen PAS dan dua orang peguam ke istana negara pagi ini.


Sumber  :-  MalaysiaKini

Di Malaysia Menteri Rogol Amah Tetapi Selamat......???

on

KUALA LUMPUR, 23 Dis: WikiLeaks bukan sahaja menyusahkan ahli politik yang masih aktif bahkan juga bakal menyusahkan mereka yang dikira telah bersara dari politik.

Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan.

Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat.

Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini.

Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.   

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. 

Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya.



Sumber  :-  Harakahdaily   

Apa Cerita ADUN Selising........???

on





Hari nie dalam Utusan Malaysia, ADUN Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.
Dalam masa yang sama, ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.
Dengan siapa Drs Saipul nak berbincang…dengan GOMO ker? Nak tutup kes nie .... Takpe, kita tunggu pengumuman seterusnya dari GOMO dan Nadi Rakyat berhubung pendedahan mereka sebelum ini .....
Ustaz Saidi Hussin juga harus bertanggungjawab atas pendedahannya itu .... Tapi kenapa semalam kereta Ustaz Saidi dilanggar dari belakang .... Sape punya kerja, dan apa niatnya mengekori dan melanggar kereta Ustaz Saidi ....


'Dakwaan saya berzina fitnah besar, khianat'


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.

Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.

"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.

Saipul Bahrin diminta mengulas pendedahan klip video dalam blog berkenaan mengenai dakwaan beliau ditahan dengan seorang wanita yang juga isteri seorang guru dalam koc orang kenamaan (VIP), semasa menaiki kereta api dari Kuala Lumpur ke Tumpat.

Mengulas lanjut, pendedahan tersebut, Saipul Bahrin yang menafikan tuduhan itu dengan tegas berkata, tidak halal ke atas mereka terbabit dari dunia sampai akhirat kerana memburukkan namanya dengan menabur fitnah yang amat mengaibkan itu.

"Ini satu tuduhan berat ke atas saya dan saya tidak halal, tidak rela, tidak maafkan perbuatan ini dari dunia sampai akhirat kepada semua yang terlibat dalam perbuatan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
"Saya tidak akan maaf selagi mereka tidak minta maaf secara terbuka dengan saya," tegasnya yang baru empat hari pulang dari Tanah Suci Mekah selepas menunaikan ibadat haji.

Ketika menjawab sebarang kemungkinan tindakan akan diambil ekoran tuduhan itu, wakil rakyat Pas itu berkata, beliau terlebih dahulu akan berbincang dengan pihak berkenaan sebelum membuat apa-apa keputusan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List