Anwar Tidak Perlu Bersumpah Laknat!

on May 1, 2011





NAMPAKNYA mereka yang mengaku golongan na amanun gila-gila meminta supaya Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan apa yang didakwa ke atasnya termasuk meliwat, melayan pelacur, pengkhinat dan sebagainya.


Bagi mereka nampaknya sumpah adalah segala-galanya. Sumpah akan dapat menghuraikan segala masalah dan memberi keputusan yang jelas. Memang begitu, tetapi soalnya apakah mereka benar-benar termasuk dalam golongan na amanum? Kalau mereka termasuk dalam golongan disebut Allah itu, maka sumpah laknat itu boleh dilakukan. Tetapi kalau mereka berada di luar golongan itu, hanya menjadi golongan Umno, atau termasuk dalam fasikun mereka tidak berhak untuk bersumpah apa lagi meminta orng lain bersumpah.



Paga ini anak seorang tokoh Umno telah menghubungi saya untuk mengetahui perkembangan politik semasa. Dalam percakapan itu beliau ada menyebut dan mempersoalkan kesucian ketiga orang Datuk T yang bersumpah itu. Mudah saja katanya, sebelum mereka bersumpah untuk memburukkan diri Anwar, elok beliau bersumpah dan menyemak diri mereka dulu. Beliau mendakwa dia kenal sekor-sekor Datuk T berkenaan.



"Sebelum mereka bersumpah, mereka patut bersumpah bahawa mereka tidak minum arak, mereka tidak tipu bini, mereka tidak main perempuan.... itu dulu yang patut mereka buat," kata anak tokoh Umno itu. "bukan minta Anwar bersumpah," tambahnya.

Lantas beliau menyifatkan apa yang berlaku sekarang ini menunjukkan Umno sudah desparate. Umno sudah tertekan. Umno sudah merasai nyawa mereka sudah berada di hujung tali ganung. Rakyat akan menanti masa saja untuk menjatuhkan pelantar ke bawah yang kemudian jasad Umno akan terhenjuk ke bawah dan lehernya akan terjerut.



Dalam pada itu beliau kesal atas sikap polis yang double standard dalam tindakan mereka berhubung kes ini. Sikap polis ini juga menjadi baja subur untuk rakyat bencikan Umno kerana Umno menguasi kerajaan dan polis.



Penglibatan polis membantu mencecerkan dalam isu video lucah ini jelas sekali. Beliau bertanya siapa yang menyebar video berkenaan? Bukankah satu salinan diberikan oleh Datuk maualaf itu kepada polis? Soalnya kalau video itu disebar oleh Datuk T kenapa tindakan tidak diambil? Begitu juga dengan penyebaran berleluasa oleh bloger, tv3, Utusan dan Berita Harian dan lain-lain kenapa dibiarkan. Ini menunjukkan penyebaran itu direstui oleh pihak berkuasa.



Saya rasa apa yang diperkatakan oleh anak tokoh Umno itu sudah difahami oleh banyak rakyat. Rakyat sudah tahu hujung pangkalnya. Kerana itu sokongan rakyat tidak berubah kepada Pakatan Rakyat dan juga Anwar Ibrahim. Bukti terbaru kalau rakyat sudah termakan dengan kempen, fitnah dan provokasi Umno, dengan isu video itu sudah pasti ceramah Anwar di Machang malam tadi tidak dihadiri ramai orang.



Tetapi apa yang berlaku malam tadi dewan Majlis Daerah Machang penuh dilimpahi manusia. Khabarnya lebih 10,000 yang hadir. Itupun dalam keadaan ceramah itu disebatoj dan polis cuba menganggu dengan mengadakan sekatan jalan raya. Kalau tidak adakan sekatan jalan raya, sebotaj tentu angkanya akan mencecah puluhan ribu.



Umno sudah tidak dapat menghalang rakyat dan memancing rakyat supaya menolak Anwar dan pembangkang. Dari segi mental Najib sudah kalah bila bertempur dengan Anwar. Segala tektik yang dilakukan semuanya tidak menjadi. Tektik-tektik yang dihalalkan demokrasi dan juga dihalalkan agama sudah tidak diguna pakai lagi. Kerana dasparate itu menyebabkan Umno terpaksa mengguna tektik dan strategi kotor. Hanya mereka yang berada dalam keadaan tertekan saja akan melakukan atau menggunakan isu-isu diluar kewarasan manusia.



Situasi Umno dan Najib hari ini tak ubah seperti insan yang dahagakan air di tengah panas terik. Mereka akan menerkam apa saja bayangan yang persis air kerana terlalu haus. Kalau diberikan minyak gas sekalipun mereka akan hirau kerana terlalu haus. Mereka tidak sedar selepas terminum minyak gas mereka akan kojol.



Sekarang ini yang riuh dalam media massa ialah meminta Anwar bersumpah laknat. Mereka akan menggunakan desakan sumpah itu untuk menyalahkan Anwar. Mereka akan tunjukkan kepada rakyat apabila Anwar tidak mahu bersumpah menunjukkan Anwar bersalah. Itulah gambaran yang mereka mahu.



Anwar tidak payah bersumpah. Sumpah atau tidak orang tidak mempercayai apa yang ditayangkan dalam video berkenaan. Harapan untuk menunjukkan Anwar seorang pemimpin tidak bermoral tidak kesampaiaan kerana mereka yang melaksana projek video itu jauh lebih tidak bermoral.



Umno sudah silap dalam hal ini. Merkea patut meminta sembilan Mutfi yang melaksanakan projek berkenaan. Tatapi masalahnya apakah sembilan Mufti sanggup melakukannya? Khabarnya Umno sudah memanggil bberapa orang ulamak untuk menjadi agen penyebaran video berkenaan tetapi mereka tidak setuju. Kenapa mereka tidak setuju kerana mereka tahu apa yang dilakukan Umno itu dikutuk Allah sampai ke hari akhirat.



Saya yakin kalau cara dilakukan Umno untuk membusuk dan menjahamkan Anwar itu benar dan hak Mufti pertama yang akan mengepalai projek berkenana ialah Harussani Harun. Bekas Mufti Perlis, Dr Mohad Asri Zainail Abidin juga akan ikut sama melaksanakan projek berkenaan, menjadi tukang sebar video lucah. Tetapi kerana mereka tahu akan dosa perbuatan itu, sedar akan fitnah itu boleh menghuru harakan keadaan, mereka tidak memohon untuk menjadi penyebar projek berkenaan.


Mungkin seleas Mufti dan para ustaz lain menolaklah maka ia ditanderkan kepada Datuk T untuk menyebar video berkenaan kononya untuk kepentingan bangsa dan negara! Jadi tindakan Anwar tidak bersumpah laknat, adalah tepat. Tepat kalau Anwar sedia dilaknat rakyat kerana hanya beliau tidak mahu bersumpah dari beliau wewenang ikut sama mempermainkan sumpah. Bagi mereka yang tahu nilai dan mutu sesuatu logam itu mereka akan cuba menyimpannya sebaik mungkin dan tidak akan diletak merata. Begitulah Anwar mengenai sumpah laknat ini.





Kenapa Kerajaan Enggan Laksana Qazaf....

on







KEPALA BATAS, 1 Mei: Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain mempersoalkan keengganan kerajaan untuk melaksanakan hukum qazaf dalam isu yang membabitkan video lucah.

"Apabila kerajaan sering memomokkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah negara Islam, kenapa hukuman seperti qazaf yang memerlukan empat orang saksi yang tidak fasik dan adil itu enggan dilaksanakan, sedangkan kerajaan mempunyai ramai ilmuan dan pakar dalam bidang tersebut.

"Sebagai peringatan, jangan kita dilaknat oleh Allah apabila berkemampuan untuk melaksanakan hukum tersebut, tetapi enggan melaksanakannya kerana kepentingan tertentu," tambahnya lagi.

Mengenai tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang memperjudikan sumpah laknat, katanya membuktikan dia adalah seorang yang tidak memahami agama Islam yang sebenar.

Menurut beliau lagi, ianya telah juga menjelaskan secara ketara kehidupan yang penuh kepura-puraan kerana sumpah dijadikan mainan munafik seperti mana yang dijelaskan dalam surah Al-Munafiqun.

"Sepatutnya sebagai seorang yang telah berusia Eskay sepatutnya bertaubat nasuha dan tidak merendahkan maruah sendiri seperti pengakuan yang dibuat.

"Malah sekiranya nasihat seorang imam dari masjid terbabit juga tidak dipedulikan, ini seolah-olah dia orang yang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan imam tersebut," ujarnya lagi.

H/daily


Kerjasama Dengan DAP Dibenarkan Agama. (KERJASAMA POLITIK)......

on








Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.

Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, laporHarakahdaily.



tenang by election pas announce candidate 160111 hadi



“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN. 

Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

pakatan convention 191209 anwar guan eng hadi

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.

Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. 

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS. 


GE-13: Red Alert For Pakatan....

on


Everyone is aware that if the opposition fails to get its act together, then the same voters who voted against BN in the 2008 general election will turn their backs on the opposition in GE-13.
 
The opposition made considerable gains in Sarawak on 16 April but has this encouraged complacency? Or is the opposition willing to put aside its ego and listen to the various grouses, and perhaps fine-tune its campaigning methodology.

 
Malaysia’s most hotly contested general election is rumoured to be scheduled for September 2011. Others say that it will done and dusted by July this year. The chances of Pakatan winning is remote if lessons are not learnt from the Sarawak campaign. 
 
The Sarawak polls was a painful reminder that Pakatan’s weaknesses can and will be exploited by BN. If Pakatan refuses to address these problems, then they can forget about their ‘one-third’ in parliament.
 
Despite the failure of 1Malaysia to grip the population, Prime Minister Najib Razak is still a popular figure among the Malays and Indians. And anyway, what choice have the rakyat got? Najib is preferable to the divisive Deputy PM Muhyiddin Yassin who proudly announced he was a ‘Malay first and Malaysian second’. 
 
Sarawak caused fracture lines within the opposition when the DAP was seen as an increasingly arrogant party. This created tension in its relationship with the other coalition partners. Will the same uneasiness be felt, before GE-13? Will Najib capitalise on Pakatan’s in-fighting?
 
The opposition’s message was to drive BN out. Somehow, it lacked focus on how it would strive for change. Without the specifics of how it intends to do this, the credibility of the opposition leaders is damaged. 
 
This sadly, reinforces the impression that the opposition is more concerned with ‘winning power’ than the ‘actual implementation’ of the promises made.
 
So will the opposition overstretch itself again? In Sarawak, the opposition spreaded itself too thin because it tried to contest in as many seats as was possible. Will the same be repeated in GE-13? 
 
Pakatan won Ba’Kelalan in Sarawak because of local knowledge and experience. Will the opposition capitalise on this method, to succeed in the peninsula? 
 
Over in Sabah, painful lessons have also been felt when Pakatan leaders came into the state and rode roughshod over the locals, during the party elections last year. Sabahans were quick to label the “orang semenanjung” of the opposition, as arrogant. The opposition leaders failed to address local concerns, and thus alienated the Sabahans.
 
The states of Sabah and Sarawak are crucial vote-banks, but will the opposition leaders accept that the locals know their territory best. Will the semenanjung people relinquish their hold and leave it to the locals to decide what is best? Will the peninsula leaders be willing to empower Sabahans and Sarawakians to address local concerns?
 
Come GE-13, Pakatan knows it cannot dedicate as much manpower, and with its limited resources, to run an effective campaign as in Sarawak.
 
As before, it is the people's expectations that will prove critical. Ever since the last general election, the expectations have been extremely high. And they were disappointed when many of the promises made by the opposition were broken. 
 
They expressed incredulity when Pakatan maintained that certain changes could not be effected. Those who voted them in, saw these ‘explanations’ as mere excuses.
 
Change may not occur overnight but why, asked the detractors, did the Pakatan government of Perak which ruled for 11 months give titles for state land, to the  Malays and Chinese but ignored the Indians? It is hard to believe that the Indians did not make a similar request.
 
In the Selangor Pakatan government, several hectares of land for non-Muslim religious shrines had been allocated and despite more Hindu temples being torn-down or relocated, the majority of the land was given to the Chinese whist the Hindus received only a small percentage of this.

Thus, to the voters, both BN and Pakatan leaders continue to pay lip service to Malaysians instead of addressing their genuine concerns, and keeping their election promises.
 
In addition to that, many Pakatan supporters are wary that its leaders have too much baggage as most are derived from the Umno-fold. Despite the protestations of these leaders that their cause lies with Pakatan, many party supporters remain suspicious of them.

The coming general election will be a pivotal moment. There is widespread unhappiness with BN’s policies such as its economic, immigration and labour policies and Malaysians are extremely frustrated. Their deep-seated anxieties, angst and anger are rising. They are angry with the corruptions and abuses of power.
The hard reality is that voters will wonder if the opposition can deliver. They are concerned that insufficient headway has been made in the rural areas. 
 
After the high-scale electoral fraud in Sarawak, the opposition must show what it intends to do, to prevent votes going astray in GE-13. What remedial steps will they take, bearing in mind that BN will ignore their protestations? Will the opposition seek help from international observers to ensure a free and fair election?
 
This nation has become more polarised since March 2008. At that time BN was complacent. However, this time round, BN has the advantage and it is determined not to lose. 
 
Is the opposition a credible force and can it put up a formidable fighting force? Or will it be too cocky and think that the rakyat’s frustrations with BN is enough to translate into votes for the opposition?





 

DULU LAIN SEKARANG LAIN......

on






'Penjara'kan Nuar atau 'Ops Lalang' kembali lagi

Amboi......lembutnya lidah......
Amboi ikhlasnya seruan......naik "kesian"lah pulak
Macam iklan biskutlah pulak.....kejap ada......kejap tak ada.

Kejap tak perlukan PAS......kejap perlukan PAS.

Itu tandanya meracaunya kepala hotak Umno sekarang.

Mereka amat desperate......sesuatu terpaksa dilakukan untuk mempertahankan kuasa mereka......ye dengan apa cara sekalipun......bagi mereka matlamat menghalalkan cara. Tabur fitnah...'spin' berita'...tayang video lucah...sumpah laknat (dibaca lahanat adik beradik lahabau)...adu domba...ancum-mengancum...laga-melaga sesama pimpinan...laga melaga sesama ahli dan akhir sekali 'penjara'kan Nuar......jika itu semua tidak menjadi bersedialah Siri 'Ops Lalang' kembali lagi.

al-brangionline:

PAS tetap dalam Pakatan Rakyat......sesiapa yang mencurigai......sangsi.....cuak...sesama sendiri...hentikan kerja sia-sia untuk memporakperandakan PAS.

p/s:

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! 

Al-Quran: Surah Fussilat Ayat 33


UMNO Punca Melayu Berpecah...........

on










UMNO adalah salah satu alat untuk memecah belahkan Melayu dan lebih buruk lagi, UMNO memecah belahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing " Inggeris. Dan sekarang UMNO mengatakan bahawa pembangkang telah memecah belahkan Melayu? Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya.



Ok, anda telahpun membaca kuliah tentang sejarah oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, dimana saya telah memaparkan di atas. Sekarang, bandingkan sejarah versi Dr Mahathir dengan sejarah saya. Dan, untuk menyokong versi saya, saya telah memaparkan sedikit daripada buku Mustapha Hussain, Malay Nationalism Before Umno (Semangat Kenegaraan Melayu Sebelum UMNO).

Sekiranya anda membaca seluruh isi kandungan buku (yang saya ada), anda akan mendapati bahawa orang-orang Melayu telah bersatu untuk memperjuangkan kemerdekaan daripada British sebelum Perang Dunia Kedua dan sebelum UMNO lahir pada tahun 1946.

Kemudian, Inggeris 'menubuhkan' UMNO. Saya pernah menulis mengenainya, sekitar sepuluh tahun yang lalu, yang telah diterbitkan di Harakah, ketika saya mewawancarai seorang 'anak lelaki tua' dari MCKK, Datuk Andika, yang meninggal beberapa tahun yang lalu di Kuala Terengganu pada usia 100.

Datuk Andika menceritakan bagaimana dia didorong dan dibiayai oleh Kerajaan British untuk menubuhkan cawangan UMNO pertama di negeri Terengganu, yang berada di Dungun.

Kerajaan Inggeris membenarkan UMNO untuk berkempen tentang Merdeka. Tetapi ketika orang-orang KMM melakukan perkara yang sama, Kerajaan Inggeris menahan mereka tanpa perbicaraan.

Ringkasannya, Melayu sudah bersatu sejak lama. Dan mereka bersatu untuk melawan Inggeris. Tapi Inggeris telah mencipta UMNO. Dan tujuan mencipta UMNO adalah untuk membahagikan orang Melayu dan membunuh KMM.

Strategi ini sangat pintar. Kerajaan Inggeris juga melakukan hal yang sama di Kerajaan Uthmaniyyah, sekiranya anda mempelajari sejarah Arab. Kerajaan Inggeris mencipta strategi yang luar biasa ini disebut 'pecah dan perintah'. Dan ia berjaya di seluruh tanah jajahan Kerajaan Inggeris.

Jadi, kepada Dr Mahathir, itu yang berlaku sebenarnya. UMNO adalah salah satu alat yang membelah belahkan Melayu. Dan, lebih buruk lagi, UMNO memecahbelahkan Melayu untuk menjaga kepentingan Inggeris dan menjadi "anjing lari" Inggeris. Dan sekarang UMNO membicarakan bahawa pembangkang telah memecahbelahkan Melayu?

Biarkan Profesor Sejarah Khoo Kay Khim membuktikan saya salah.


Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno

Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.

“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.

Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.

“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi. 


http://malaysia-post.blogspot.com
HarakahDaily


Baca seterus nya :- SINI

Negara sumpah-sumpah....

on





AMPANG: Naib Presiden KEADILAN, Chua Tian Chang berkata, Umno mengheret Malaysia menjadi ‘negara sumpah-sumpah’ apabila sanggup mempermainkan isu agama bagi mencapai matlamat politik.
Beliau mengulas tindakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang anggota Trio ‘Datuk T’ yang menjalankan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, petang semalam.

“Mereka mengadakan sumpah laknat dengan menpermainkan agama. Negara sekarang di bawah Umno mengamalkan sumpah dan negara ini boleh digelar negara ‘sumpah-sumpah’.
“Walaupun saya bukan Islam, saya tahu itu semua salah. Datuk T sebenarnya tidak tahu agama.Saya tidak tahu agama apa yang dianutinya atau dia bawa agama baru’
“Jika semua perkara yang dilakukan boleh diselesai dengan cara bersumpah, bermakna negara kita tiak perlu peguam, hakim kerana dengan bersumpah kita sudah bebas, jimat masa pula,” kata Tian Chua semasa ceramah di Dewan Nusa Bakti, Bandar Baru Ampang.
Dalam pada itu, Tian yang juga Ahli Parlimen Batu, berasa cukup terhina dengan perbuatan Datuk Trio yang menjalankan sumpah laknat di kawasan beliau.
“Masjid Datuk T bersumpah itu, di kawasan saya. Walaupun saya bukan Islam, tetapi tindakan mereka menghina saya dan rakyat Batu. “Rakyat tidak terima ajaran baru Datuk T yang tidak berakhlak yang cuba memainkan isu agama dengan politik kotor,” ujarnya yang mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 yang hadir.
Sementara itu, beliau menyatakan bahawa ajaran dan amalan sumpah sudah menjadi kebiasaan dilakukan penyokong dan pimpinan Umno, bagi menghalalkan tindakan mereka.
Tambah Tian Chua, maka tidak hairan sekiranya ramai yang bakal mengikut jejak langkah tersebut.
“Dulu kawan saya Ezam Mohd Nor juga bersumpah lapan kotak tidak mahu masuk Umno kerana Umno pengkhianat bangsa, negara dan agama.
“Selepas sumpah, beliau jadi ‘sumpah-sumpah’ dan bertukar warna masuk Umno. Semua ini adalah ajaran Umno yang sanggup persendakan agama,” katanya.
Ceramah perdana  bertema ‘Kebangkitan Rakyat Sarawak’ itu berlangsung di Dewan Nusa Bakti yang turut menampilkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan  bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz.

BOB LOKMAN DIHENTAM....ADA ORANG MAKAN CILI KER.....

on

Hait.. apsal awie marah sangat kat bob lokman neh? Baca bawah ;

KUALA LUMPUR: “Jangan hipokrit, jangan cari publisiti murahan dan jangan riak,” kata penyanyi kumpulan Wings, Awie kepada pelakon dan pengacara, Bob Lokman yang kebelakangan ini dikatakan kerap ‘menyerang’ dunia hiburan selepas bersara daripada bidang itu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 43,berkata jika Bob mahu mencari ilmu akhirat, tidak perlu dia mencari publisiti dengan usahanya itu kerana itu bukan perbuatan yang baik.
Awie turut menegur Bob yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, supaya memberikan tumpuan terhadap dunia baru yang beliau cari dan pada waktu sama tidak menyerang dunia hiburan yang beliau ceburi sebelum ini.
“Dia (Bob Lokman) pernah menjalani kehidupan dalam dunia hiburan ini untuk tempoh belasan tahun lamanya dan memperoleh pendapatan daripada dunia yang beliau kutuk ini.
“Apa yang saya hendak ingatkan Bob supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh memalukan diri sendiri, bak kata pepatah meludah ke langit terkena muka sendiri.


Aku taktahu apa yang bob lokman serang dunia hiburan so agak bias lah kalau aku cuma dengar pandangan sebelah pihak je. Niat di ahti aku memang nak balon je awie pasal aku anti dia dari dulu lagi. Dalam banyak2 artis kat malaysia neh.. dia neh artis yang aku benci sejak kecik. Aku memang tak faham macam mana ada orang boleh minat awie. Ketika erra bercinta dengan awie pun aku rasa erra fazira tue bangang. Ada ke dia pilih awie. Tapi nasib baik dah putus. Alhamdullilah. Heh.

Tapi apa pun aku rasa awie ko janganlah melatah. Bob mungkin citer pasal pengalaman [cara kehidupan] dia ketika dia dalam dunia hiburan. Yang ko terasa lebih2 pun kenapa. Errr awie bukan ke ko sempat peluk2 fasha sandha dulu? Kah kah kah..



sumber dari Ameno : Awie makan cili.





Anwar ramal PRU-13 sebelum bulan Ramadan.....

on

KUALA LUMPUR, 1 Mei — Pendirian Melayu ultra Melayu makin ketera yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.

“Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset.

Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset.

Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga.

Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih.

Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan.

Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh “Datuk T” yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu.

Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh.

“Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka.

“Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno,” kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.

Anwar dipecat pada September 1998.

Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu.

“Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan?

“Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia,” katanya lagi.



http://kerabubersuara.blogspot.com



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List