SIAPA YANG KENCING BERDIRI, SIAPA YANG KENCING BERLARI.....

on Jul 19, 2011




Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.


Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.






KUALA LUMPUR 17 Julai – Kempen Sejuta Tandatangan bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dan Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) mencapai sasaran apabila 1,263,177 tandatangan berjaya dikumpul.

Kejayaan tersebut menunjukkan majoriti senyap rakyat Malaysia menyokong gagasan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, gagasan 1Malaysia akan memastikan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara terus berkekalan.

“Hari ini kempen itu diadakan serentak di 212 lokasi di Semenanjung Malaysia dan ia merupakan cara kreatif bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

“Kaedah aman untuk menyatakan sokongan rakyat yang berbilang kaum, agama dan berbeza fahaman politik itu dibuat tanpa perlu membuat porak-peranda di jalanan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kempen Sejuta Tandatangan di sini hari ini.

Beliau turut melancarkan Skuad Jom Berdaftar Yakin bagi membantu rakyat terutama ahli Kimma yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan melawat dari rumah ke rumah.

Kimma menyasarkan lebih 100,000 India Muslim dapat didaftarkan sebagai pengundi sehingga hujung tahun ini.

Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO, mengucapkan terima kasih atas usaha penganjur melaksanakan program baik seperti itu dan tandatangan tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri.

Katanya, kempen itu secara tidak langsung membuktikan rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan.

Sementara itu, Presiden Kimma, Datuk Syed Ibrahim Kader berkata, sebanyak 108,000 ribu tandatangan berjaya dikumpul sejak majlis pelancaran awal 16 Jun lalu dan semasa perlawanan pasukan kebangsaan menentang Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

“Kimma berkeyakinan, sebanyak sejuta tandatangan dapat dikumpulkan petang ini berdasarkan sambutan yang begitu baik diterima.

“Kami juga akan memastikan sebarang usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan ataupun revolusi akan ditentang habis-habisan,” ujarnya.








UMNO MAIN SOROK SOROK

on

Tahniah MB Azizan !! Terbongkar Enakmen Yang Disorok UMNO-BN Kedah !!








BOLEH PULAK MENCARUT.....???

on Jul 18, 2011

Isu mencarut : yang neh boleh pulak....?




baca sini  atau  sini


BN MERASAKAN TERANCAM

on

BN merasakan kerajaannya terancam, kata Marina

marina mahathir interview 181105 happy





ALAHAI MELAKA NEGERI KU........

on




Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat hiburan

dances @ screwball penang namewee concert


rustam ali silat group bersih 4

baca sini   dan  sini  dan  sini


Akhirnya PAS Rebah Di kaki DAP....???

on

Ramadhan: Kedah gugur larangan atas pusat hiburan

NONE



ADA TELOR KER...?

on

 GUTS + TELOR = AUWW!!!

Sudah ler auwww, bangang pulak tu. Kita nak dakwat kekal, dia beri biometrik. Sebabnya, senang mereka nak trick kita lagi.

Lagi-lagi nak bodohkan rakyat. Lagi-lagi nak menang cara menipu.

Dia tahu.... Mereka tahu....

Tarak tipu kalu, susah mau menang. Tarak menang kalu, mereka tumbang.

Tumbang kalu...?? OMG!!




ORANG TEHEL KENAPA TAK JAGA JETI INI......

on


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua.



TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut.


UMNO tumPAS kerana.......

on Jul 17, 2011



Kemana saja pergi, sama ada dihotel, kedai kopi, kopitiam, soalan yang selalu ditanya sekarang ini adalah berhubung bila tarikh pilihanraya umum akan diadakan dan betulkan Rosmah Mansor isteri PM Najib beli cincin berharga 72 juta ringit.

Soalan yang payah untuk dijawab, kerana hanya Allah swt dan PM Najib saja yang tahu. Pilihanraya UMUM tetap akan diadakan setelah genap 5 tahun edah pilihanraya, yang pastinya paling lewat bulan April 2013.

Manakala cincin berlian yang dihebahkan oleh blog, portel berita, facebook dan twitter yang dikaitkan dengan nama Rosmah Mansor boleh jadi ada kebarangkalian cincin itu dibawa masuk ke malaysia kerana ada kertas kastam yang tentunya tidak boleh dipadamkan.

Soal milik siapakah cincin tersebut sudah tidak menjadi isu lagi kerana diatas kertas kastam itu tertulis nama Rosmah Mansor dan lapuran yang dibuat kepada SPRM bukan kerja suka-suka kerana lapuran itu ada risikonya sekiranya palsu.

Apabila Tun Mahathir serahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN menang besar pada pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 kerana Tun Abdullah dilihat bersih dan berimej ugama tapi setelah Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri ianya dikaitkan dengan isu menantunya Khairy Jamaludin (KJ).

Yang membuat BN kalah lima negeri kepada Pakatan Rakyat (PR). BN hilang negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan. Gelombang kekalahan tersebut kerana rakyat benci kepada KJ yang dikatakan mengambil kesempatan dari jawatan Perdana Menteri bapa mertuanya.

Sepatutnya apabila Tun Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dato' Najib maka pilihanraya UMUM ke 13 nanti BN akan beroleh menang besar dan kekuatan BN akan kembali kuat kepada asal. tapi nampaknya BN akan lebih lagi susah untuk menang, bahkan sudah nampak culanya BN akan tumbang dalam PRU 13.

Bukan rakyat benci pada PM Najib sangat, tapi orang sekeliling PM Najib yang membuat rakyat muak kepada BN dan UMNO, tambahan pula dengan isu isteri PM Najib yang boros berbelanja apabila keluar negara. Isu beg tangan yang harganya puluhan ribu ringgit, shopping berbakul-bakul dan terkini isu cincin berharga jutaan ringgut. Semuanya merosakkan PM Najib.

BN jatuh dizaman Tun Abdullah dikatakan kerana menantunya Khairy Jamaluddin (KJ), apakah BN akan tumbang dizaman PM Najib kelak kerana isteri barunya bernama Rosmah Mansor. Siapakah dikalangan pemimpin UMNO yang akan suka dan gembira sekiranya PM Najib jatuh dalam arena politik hari ini. Saya tahu orangnya.





EWAH BERSEMANGAT MAKCIK.......

on

SPR dan bullshit-nya







Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List