Kolesterol tidak mengira saiz badan !!!
Copy & Posted By mahi on

APABILA bercerita mengenai kolesterol, biasanya hanya mereka yang berbadan gemuk atau berisi dikatakan akan berdepan dengan masalah ini.
Bagaimanapun tanggapan itu sebenarnya memang salah.
Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang.
Jadi tidak pelik jika seorang yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi.
Pakar Diet Hospital Pusrawi, Mazuin Kamarulzaman berkata, kolesterol tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia berada dalam saluran darah.
''Hanya melalui profil lipid yang menerusi ujian darah yang merangkumi jumlah kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL), Kolesterol lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida dapat mendapatkan jumlah sebenar kolesterol dalam tubuh," katanya.
Katanya, sebaik-baiknya kandungan kolesterol dalam badan seseorang dewasa itu perlu di bawah 5.2 mmol/L.
''Kolesterol pula terbahagi kepada dua iaitu kolesterol jahat yang merujuk kepada LDL dan kolesterol baik pula HDL,'' katanya.
Katanya, kolesterol jahat iaitu LDL akan membuatkan pembuluh darah tersumbat manakala HDL akan membawa kolesterol ke pembuluh darah untuk dibawa ke hati dan seterusnya akan dikeluarkan dari tubuh.
Sehubungan itu katanya, seseorang itu perlu menjaga tahap kolesterol di dalam darah supaya berada keadaan terkawal.
Mazuin memberitahu, ini penting kerana kolesterol tinggi akan menyebabkan seseorang itu diserang penyakit jantung atau strok yang merupakan antara pembunuh utama kepada rakyat negara ini.
Jelas Mazuin, lebih baik jika menjaga pemakanan setiap hari supaya tahap kolesterol tidak merbahayakan kesihatan.
"Jauhi makanan yang mengandungi lemak tepu seperti daging, produk tenusu, santan, minyak kelapa sawit, ais krim, coklat dan susu pekat manis kerana ia boleh meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL)," katanya.
Mazuin menambah, elakkan juga makanan yang mengandungi lemak trans (lemak terhidrogen) yang terkandung dalam makanan komersial tersedia seperti kek, biskut, snek, mentega kacang dan makanan berproses seperti sosej, pai, nugget, burger dan donut yang mengandungi kolesterol jahat (HDL).
Katanya, hadkan pengambilan makanan itu kerana ia akan merendahkan kolesterol baik (HDL).
"Makanan yang mengandungi lemak tak tepu pula dapat mengurangkan risiko serangan jantung kerana mengandungi anti-oksida dan tidak akan meningkatkan paras kolesterol jahat (LDL),'' katanya.
Bagaimanapun katanya, jika diambil dalam jumlah berlebihan akan meningkatkan berat badan seseorang.
Jelas Mazuin antara makanan itu terdiri daripada jenis minyak seperti zaitun, bijan, kacang, jagung, kanola manakala ikan dari jenis salmon, tuna, mackerel, cencaru, tongkol, tenggiri, selain bijian, kekacang dan marjerin tidak tepu (soft).
Bagi mengelakkan penggunaan lemak yang berlebihan kata beliau, sebaiknya gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng dalam jumlah yang banyak seperti goreng ikan.
''Gunakan minyak jenis lemak tak tepu jika ingin memasak dengan minyak yang sedikit seperti mengoreng sayur dan sebagainya,'' katanya.
Selain itu, katanya elakkan menggunakan menggunakan minyak berulang-kali terutama apabila ia adalah minyak lemak tak tepu.
''Toskan dan keringkan minyak daripada makanan bergoreng dengan menggunakan tisu dapur sebelum dihidangkan,'' katanya.
Mazuin memberitahu, elakkan juga penggunaan bahan mencelup tepung kerana ia akan menyerap lebih banyak minyak.
Sebaiknya pelbagaikan teknik masakan dalam seminggu iaitu mengukus, membakar, merebus dan sebagainya dan gunakan kuali tidak melekat.
Selain itu, gantikan masakan yang menggunakan santan dengan susu rendah lemak
Suami zaman sekarang...
Copy & Posted By mahi on

KALAU dulu pesan ibu, wanita mesti bersyukur dapat suami bekerja dan bertanggungjawab, tapi zaman sekarang pesanan itu tidak boleh diguna pakai lagi. Sebabnya, ramai suami sekarang lupa fungsi mereka sebagai ketua keluarga, sebaliknya mereka yang patut bersyukur kerana dapat isteri bekerja, baik dan bertanggungjawab.
Oleh kerana itu Azurin dalam emelnya mencadangkan lebih banyak kursus tentang fungsi dan tugas suami diadakan khas untuk kaum lelaki, tak kiralah ketika ceramah di masjid atau surau, mahupun ketika khutbah Jumaat. Lelaki punya tanggungjawab besar kepada anak-anak dan keluarganya. Tetapi lelaki kini banyak yang leka kerana mereka berkahwin dengan wanita bekerja, berbanding zaman ibu kita dahulu.
''Contohnya bekas suami saya melepaskan semua tanggungjawabnya daripada memberi makan minum dan susu untuk anak-anak, hinggalah membayar sewa rumah, duit untuk penjaga anak seterusnya membayar ansuran motorsikalnya.
''Dia pandai, mula-mula kata minta tolong bayar ansuran motor sebab duitnya habis kena baiki motor selalu rosak, bila dia tengok kita tak membantah, dia suruh bayar sewa rumah, katanya dia terpaksa bantu emaknya nak buat rumah baru. Lepas tu sedikit demi sedikit dia buat leka dan terus suruh saya buat semua, sebab dia tahu saya ada duit.
''Empat lima bulan saya boleh sabar, tapi kalau dah memanjang suruh kita bantu, tentulah gaduh. Sedangkan dia sibuk di luar rumah. Lepas tu saya dapat tahu dia tak pernah kirim duit untuk emaknya apa lagi nak buatkan rumah baru. Semuanya bohong.
''Bila anak bertambah dua, beban semakin berat, dan saya tak boleh bersabar lagi, kami sering berperang, akhirnya bercerai. Lepas dua bulan bercerai dia menyesal nak rujuk semula, tapi saya tak mahu, sebaliknya saya rasa lebih senang sendirian.
''Tetapi lain halnya dengan kawan saya punyalah sayang suami hingga jadi bodoh. Nora memang cantik, kulit kuning langsat, pandai masak, ada tiga anak dan pandai cari duit dengan kemahirannya memasak. Pendapatan saya dan Nora sama, begitu juga suami Nora, walaupun berlainan jabatan.
''Dia lebih bertuah kerana emaknya tinggal bersama, jadi tak ada masalah menjaga anak, selain membantunya bila ada tempahan memasak. Kalau pasal masak beriani, lauk pauk, kuih muih semua Nora boleh buat, memang sedap. Nora mewarisi kemahiran emaknya.
''Tetapi sedihnya Nora tak enjoy dengan wang yang diperolehinya. Semuanya suami yang pegang. Termasuk pakaiannya dan anak-anak semua ditentukan suaminya mereka hanya bertukar pakaian pada hari raya. Begitu juga dalam urusan lain.
''Saya pernah mempelawa Nora beli baju yang dijual seorang teman di pejabat, tetapi Nora tolak, katanya dia tak ada duit kerana gajinya suaminya simpan. Bukan itu sahaja semua keputusan tentang dirinya diputuskan oleh suaminya. Emak Nora pernah balik kampung malas nak menguruskan anak-anak Nora, tetapi dia kasihankan Nora yang terpaksa uruskan semua perkara di samping ambil tempahan memasak yang disuruh suaminya.
''Mungkin terlalu banyak mengambil tempahan memasak, Nora jadi penat, mengantuk dan kurang beri tumpuan kepada kerja di pejabat, pernah dia dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana kerja lebih penting. Pernah juga Nora jatuh sakit dan terlantar di hospital, dan sejak itu dia kurang ambil tempahan memasak.
''Malangnya sejak kurang dapat tempahan memasak perangai suaminya turut berubah. Kalau dulu dia sering pergi ke pasar dan kedai untuk membeli barang keperluan, tetapi kini suaminya suka berhiburan di luar rumah. Hinggakan sesekali bila ada tempahan buat kuih, Nora sendiri terpaksa ke kedai mendapatkan barang keperluan. Suaminya tak ambil peduli.
''Perubahan itu berlaku sejak hampir dua tahun lalu, Nora sering bercerita kerana dia tak ada duit nak buat belanja, hinggakan dia terpaksa tumpang kawan ke pejabat. Kata Nora dia kasihankan suaminya kerana sejak tak berniaga suaminya jadi muram, sering tak berduit.
''Saya tumpang sedih dengar cerita Nora, sebab kami tahu suaminya ada teman wanita yang istimewa. Bukan saya seorang nampak, bahkan ada kawan-kawan lain pun terserempak juga, malangnya kami terpaksa mengelak dari bertembung, takut suami Nora nampak. Sedihnya tak ada seorang pun berani bercerita pada Nora.
''Bukan kami takut, tetapi kami tak sampai hati nak beritahu Nora, sebab kami kasihankan dia kerana dia terlalu sayangkan suaminya. Malah dia tumpang sedih bila melihat suaminya bersedih. Kata Nora suaminya sering mengeluh tak ada duit sejak tak ada bisnes.
''Saya jadi hairan kerana gaji Nora dia yang simpan tak keluar buat belanja pun apa lagi gajinya sendiri. Nak kata Nora habiskan duit, dia tak pernah pegang gajinya semua suaminya yang urus, termasuk duit tempahan memasak.
''Saya tak tahu apa jadi pada Nora kalau dia tahu suaminya ada kekasih? Lebih sedih kami takut kalau Nora kena cerai, dia tak ada duit dalam tangan, dan amat menakutkan lagi baru-baru ini suaminya minta dia jadi penjamin pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM30,000. Itu cerita Nora. Katanya dia jadi penjamin sebab kasihan suaminya tak ada duit nak bantu emaknya nak pergi ke Mekah dan nak besarkan rumah dapur. Tetapi saya jadi lebih sedih kerana saya bimbang mungkin suaminya nak buat belanja kahwin.
''Dalam keadaan Nora saya rasa orang yang lebih bersalah adalah dirinya sendiri, kerana kebodohannya terlalu mencintai suaminya hingga sanggup menutup mata perbuatan suami di belakangnya. Nora juga takut bertanya tentang jumlah simpanan duit suaminya selama ini. Katanya dia tidak pernah curiga kepercayaan terhadap suaminya.
''Nora pernah bercerita duit gajinya untuk suami semuanya.
Patutkah isteri seperti Nora dianiaya setelah anda kumpul wang ringgit dari titik peluhnya selama ini. Kesihanilah isteri yang terlalu jujur dan amat sayangkan anda,'' demikian cerita Azurin tentang Nora dan wanita sama waktu dengannya.
Isteri ramping rahsia rumah tangga bahagia !!!
Copy & Posted By mahi on
Kajian mendapati lelaki puas hati jika pasangan jaga badan

TENNESSEE: Kajian selama empat tahun terhadap 169 pasangan yang baru berkahwin mendapati golongan suami berpuas hati pada awalnya, manakala golongan isteri akan lebih puas dari masa ke semasa apabila mereka mempunyai indeks jisim badan lebih rendah, merujuk kepada lemak badan.
Hasil kajian terbabit disiarkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science bagi bulan ini
“Wanita dalam masyarakat sekarang menghadapi banyak tekanan untuk memiliki badan kecil, sesuatu yang jarang dimiliki,” kata Andrea Meltzer, seorang calon profesor di Universiti Tennessee yang juga ketua penyelidikan itu.
“Mesej utama kajian kami adalah wanita sebarang saiz gembira dengan hubungan mereka dengan pasangan yang secocok. Ia berat relatif bukannya mutlak. Ini bukan bermakna mereka perlu menjadi lebih kecil.”
Bagaimana berat relatif memberi kesan kepada perkahwinan tidak jelas, tetapi Meltzer mempunyai teori.
“Satu pandangan ialah daya tarikan dan berat adalah lebih penting bagi lelaki. Ia mungkin sebab mengapa kita lihat ia wujud pada awal perkahwinan kepada si suami, dan suasana bahagia bagi isteri terjejas apabila suami mereka mula merasa tidak puas hati dalam hal itu selepas beberapa lama.”
Hasil kajian itu masih boleh dipegang walaupun apabila ada unsur tekanan lain terhadap perkahwinan seperti kemurungan dan tahap pendapatan, diketepikan. Pada masa sama, berat relatif bukan satu-satunya faktor yang menjejaskan kepuasan dalam perkahwinan, kata Meltzer.
“Jelas sekali banyak perkara bermain dalam kepuasan hubungan dan ini satu daripadanya. Ia bukan satu jaminan untuk menjadi gembira dalam sesebuah hubungan,” tegasnya.
“Lelaki dan wanita cenderung untuk gembira dalam sesuatu hubungan apabila lelaki terbabit lebih berkuasa dalam cara yang lebih lembut,” kata Susan Heitler, pakar terapi pasangan di Denver dan penulis PowerOfTwoMarriage.com.
“Berita baiknya ada pelbagai dimensi yang melambangkan kuasa lelaki,” katanya sambil merujuk kepada aspek ketinggian, berat badan, pendapatan, kecerdikan, tahap pendidikan, personaliti, malah senyuman lebar, kesemuanya memainkan peranan,” katanya.
Kesan perkahwinan terhadap berat badan dan begitu juga sebaliknya, adalah rumit untuk diperjelaskan.
Bagi wanita, rasa tidak puas hati selalunya boleh menyebabkan pertambahan berat badan – satu keadaan bahawa kedua-dua pasangan berasa tidak selesa bercakap mengenai.
Agensi
Cium Itu Bagus
Copy & Posted By mahi on
Ahli perubatan mendapati bahawa bercium itu baik untuk kesihatan. Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa seronok dan nikmat, tapi ciuman juga dikatakan berkesan untuk melawan pelbagai jenis penyakit.
Berikut ini adalah beberapa kelebihan dan keistimewaan ciuman;
1- Berciuman dalam waktu yang lama boleh membantu sistem pengaliran darah kita. Ketika berciuman, degup jantung makin cepat hingga mencapai 110 kali degupan jantung seminit.
2- Setelah bercium, paru-paru akan bekerja lebih keras. Jika dibanding dalam keadaan normal, tarikan nafas setelah bercium adalah kira-kira 60 tarikan nafas seminit (nafas normal hanya 20 kali tarikan nafas seminit). Maka bercium adalah baik untuk mencegah penyakit lemah paru-paru.
3- Sesetengah doktor gigi percaya bahawa bercium dapat mencegah daripada gigi mudah berlubang. Ciuman akan membuatkan rembesan air liur berlaku yang mana ianya boleh meneutralkan cecair berasid yang menyebabkan kerosakan gigi.
4- Proses ciuman yang berlaku lebih dari 3 minit membantu seseorang daripada tekanan hidup atau stress. Bercium dalam jangka waktu yang lama boleh menyahkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan atau stress.
5- Pasangan yang mengamalkan tabiat bercium ketika berpisah hendak pergi kerja setiap pagi contohnya dikatakan mampu memberikan lebihan masa hidup 5 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak melakukan rutin bercium.
6- Ciuman mampu memberikan keyakinan diri dan rasa dihargai. Ciuman akan membuatkan seseorang merasa dihargai dan memberikan ketenangan diri kepada pencium.
7- Ciuman dapat membakar kalori sehingga 2~3 kalori seminit dan ia meningkatkan metabolisma. Malah ada yang mendakwa bahawa ciuman yang dilakukan dengan penuh ghairah sebanyak 3 kali sehari (iaitu sekurang-kurangnya 20 saat setiap kali bercium), boleh membantu mengurangkan berat badan.
8- Ciuman dapat menghilangkan kepenatan dan ketegangan dalam badan. Ciuman yang dilakukan dengan penuh perasaan mampu menghilangkan ketegangan, menghilangkan tenaga negatif, membangkitkan rasa sihat dan juga mengurangkan rembesan hormon yang menyebabkan tekanan.
9- Aktiviti bercium memerlukan otot dan saraf di bahagian muka melakukan beberapa gerakan. Dikatakan tidak kurang 30 otot wajah akan bergerak-gerak dan ini boleh mencegah otot pipi daripada menjadi kendur. Otot pipi yang menegang semasa ciuman ghairah dilakukan dikatakan mampu membantu kulit menjadi lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.
10- Bercium adalah sangat baik untuk jantung kerana ia menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
11- Mereka yang sering berciuman didapati jarang menghadapi masalah-masalah perut.
12- Semasa bercium, antibiotik akan dirembeskan keluar melalui air liur. Air liur ini dikatakan bertindak sebagai anestetik yang membantu mengurangkan kesakitan pada tubuh.
P/S: Setelah baca artikel ini, maka bolehlah dipraktikkan oleh mereka yang layak (suami isteri). Tapi yang masih belum punyai isteri atau suami untuk bercium…Sabarlah dulu. Buat masa ini anda boleh mengunyah gula-gula getah yang mengandungi esktrak pudina dan menthol dulu ya…
EU Timbang Hantar Pemantau Bebas, SPR Tidak Wibawa
Copy & Posted By mahi on

KUALA LUMPUR 24 JULAI : Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.
Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.
“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.
Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.
Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.
Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.
Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.
“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.
Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.
Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.
“Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi ‘kami’ dan ‘kita’ dalam kerajaan ketika taklimat,” kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.
Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.
Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.
Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.
“(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang,” kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.
Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.
Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.
Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.
“Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka,” katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.
Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.
Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir.
- TVSnews
TPM: 'Kita tidak mempunyai banyak masa'
Copy & Posted By mahi on
Timbalan Perdana Menteri, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata perpaduan di kalangan parti komponen dan anggota gabungan ialah pra-syarat utama yang mesti diberi tumpuan utama ia boleh memberi kesan kepada PRU.
"Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan pilihan raya umum.
"Kalau sebelum ini kita mempunyai Team 1, Team 2 dan sebagainya, saya mahu mulai sekarang, kita hanya mempunyai satu team sahaja iaitu Team BN," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung tahunan ke-19 parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) ke-19 di Seri Kembangan di ibunegara hari ini.
IPF yang diasaskan mendiang Tan Sri M.G Pandithan pada tahun 1991 telah diterima sebagai anggota gabungan BN pada awal tahun ini. Ini juga merupakan kali pertama persidangan tahunan parti itu dirasmikan oleh pemimpin tertinggi negara.
- Bernama
3 pegawai SPRM dilucutkan daripada sebarang tugas operasi siasatan
Copy & Posted By mahi on
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dan memandang serius terhadap cadangan-cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah dikeluarkan pada hari Khamis, 21 Julai 2011.
Beberapa cadangan dalam Suruhanjaya tersebut telah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar (CCTV), mewujudkan "Video Interview Room" (VIR), semua pelanggan dilayan diaras bawah bagi bangunan milik SPRM, pelanggan sentiasa diiringi semasa berada dalam premis SPRM dan sebagainya. Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya.
Merujuk kepada kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta pihak polis menjalankan siasatan mengenai salahlaku tiga orang pegawai yang disebutkan dalam Laporan Suruhanjaya tersebut. SPRM akan menyerahkan dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.
SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.
SPRM juga mengambil tindakan susulan proaktif serta merta berhubung cadangan tindakan ke atas ketiga-tiga pegawai SPRM tersebut dengan:
1. Menubuhkan satu Pasukan Khas Siasatan berhubung tohmahan ke atas ketiga-tiga pegawai tersebut. Pasukan ini diketuai oleh Zakaria bin Haji Jaffar, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Professionalisme) yang akan menjalankan siasatan susulan dalaman yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif; dan
2. Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam. Mereka-mereka ini adalah Mohd Noor Abdullah, Muhammad bin Mohd Noor, Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V.Ravindran.
Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.
SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan.

