UMNO/BN TIDAK PERNAH IKHLAS...?

on Nov 27, 2011





Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin UMNO/APCO-BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan. Di samping itu, ada ibu bapa yang dihidangkan dengan ceramah politik sementara menunggu wang itu diserahkan. Urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar. Insiden tersebut jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin UMNO/APCO-BN cuma kerana wang RM100.

Sememangnya ada penglibatan orang politik dalam agihan wang RM100 kepada murid-murid sekolah seluruh Malaysia membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh ramai orang. Banyak pihak berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin UMNO/APCO-BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta.

Harus diingat bahawa RM100 untuk murid itu pemberian one off. RM100 dibahagi dengan 365 hari = RM0.27 sehari....aduhai....ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana...janganlah termakan dengan gula-gula ni.. apalah sangat nilainya yang tak sampai 30 sen tu......setahun beb ... tahun depan belum tentu dapat ... celah gigi pun tak lekat.....berapa bilion pemimpin-pemimpin UMNO/APCO kebas? Itu yang patut kita tentang habis-habisan!!!


Photobucket

GAMBAR AKSI MESRA KHAIRUL FAHMI DAN SHIDA HARMI

on




Tidak diketahui motif sipengirim email yang menghantar screenshot Blackberry Messenger (BBM) dan beberapa keping gambar mesra dengan Khairul Fahmi Che Mat (Apex). Apa yang ditulis, di BBM tersebut tertera nama Shida dan Apex manakala perbualan mereka amat hangat dan penuh emosi.

Mungkinkah kerana Apex kini dipuncak populariti dan ramai pihak mahu mengambil kesempatan atau sememangnya isu yang diketengahkan oleh BBM itu memang berlaku? Sebab itulah timbulnya ayat-ayat "U nak i tunjuk bukti yg pena tido dgn u? I got al d prove... dun u eva play wit me"..!

Jika benarlah dakwaan ini... nampaknya ada pihak yang makan hati nanti termasuklah Dahlia Teck. Namun sebagai peminat sukan dan khususnya peminat Apex... anda yang tentukan sendiri kebenarannya. Tak gitu?










Photobucket

Kemelut Najib, Kabinet Arah Semak RUU Perhimpunan Aman

on







Dalam usaha untuk meminimakan kerosakkan, Perdana Menteri Najib Tun Razak telah melihat semula Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman yang telah dikritik oleh pelbagai kumpulan masyarakat dan dikatakan bakal menjadikan Malaysia lebih teruk daripada Myanmar dari segi kebebasan hak asasi dan demokrasi. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz telah dipilih untuk menjadi kambing tambatan dan Najib yang sudahpun lemah itu dilindungi kerana harga politik kemelut terbaru ini mungkin terlalu besar untuk beliau bayar.

Secubit Garam

Berdasarkan laporan yang belum disahkan daripada akhbar bahasa Cina, Kabinet telah mengarahkan Nazri untuk menyemak semula rang undang-undang itu yang mengandungi senarai peruntukan yang menyukarkan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat mereka mengenai apa jua isu.

Sehinggalah perkara ini dapat disahkan, saya akan ambil ia dengan secubit garam. Tetapi, ini sepatutnya langkah yang terbaik yang harus diambil oleh BN. Pokoknya, bagaimana mereka hendak menyelamatkan Najib dalam prose itu? Beliau sudahpun dalam masalah kerana populariti beliau telah menurun selepas Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas dan sekarang beliau buat satu lagi kesilapan. Untuk mengatakan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai rang undang-undang itu dan Nazri telah membentangkannya semasa beliau berada di luar negara adalah sesuatu yang sangat bodoh.” Ujar timbalan Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

“Najib semestinya telah memeriksa kandungannya sebelum memberi lampu hijau kepada Nazri. Ini bersama dengan ISA dan pemansuhan undang-undang darurat sepatutnya menjadi legasi beliau jadi mustahillah beliau tidak tahu menahu mengenainya apa lagi beliau dan sepupu beliau Hishamuddin (Menteri dalam Negeri) telah beriya mempertahankan undang-undang itu. Kebocoran ini mungkin hanya untuk menguji reaksi rakyat dan ini menunjukkan betapa lemahnya pentadbiran beliau selepas satu demi satu kesilapan yang mereka lakukan.

Pusingan U pantas

Sememangnya Najib, beberapa hari yang lepas telah mengisytiharkan bahawa Rang Undang-undang Perhimpuanan Aman merupakan satu “langkah besar untuk kerajaan”. Tetapi, dengan protes terkini daripada Majlis Peguam, nampaknya Najib tidak dapat melompat dengan lebih cepat.

Berdasarkan laporan akhbar cina, Najib telah mengarahkan Nazri untuk meminda rang undang-undang tersebut dan menspekulasi bahawa jumlah hari pemberitahuan kepada polis mengenai perhimpunan diubah daripada 30 kepada 10, namun tetap jauh lebih besar berbanding 5 hari yang diberi kepada rakyat Myanmar untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum mereka berkumpul di tempat awam.

ini bukanlah suatu undang-undang yang kami sebagai peguam boleh lihat masuk ke dalam statut tanpa berbuat apa-apa. Ia bukanlah undang-undang yang kami mahu generasi akan datang untuk warisi dengan senang-senang tanpa bantahan dari kami. Sekiranya undang-undang ini masuk ke dalam buku statut, generasi akan datang akan mewarisi sebuah negara yang jauh daripada moden dan progresif.” Ujar Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee pada hari Jumaat.

“Adalah sangat memalukan yang Burma boleh mencadangkan satu undang-undang yang lebih demokratik berbanding kita. Ia merupakan satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana kita dijanjikan demokrasi tetapi sekarang ia jelas bukan.” Kata pemimpin Bersih Ambiga Sreenevasan, seorang peguam terkenal dan bekas Presiden Majlis Peguam Negara.

Tiada jaminan tulen, undang-undang ini akan memberi kuasa penuh kepada polis dan rayuan sepenuhnya kepada menteri. Ini bukan demokrasi.” Kata Pemimpin Pembangkan Anwar Ibrahim kepada wartawan. Beliau kemudiannya memimpin Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk menentang rang undang-undang tersebut di Parlimen.

BN perlu rang undang-undang itu untuk sekat perbezaan pendapat

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar percaya bahawa Umno-BN akan tetap meneruskan rang undang-undang itu supaya ia dapat menyekat mana-mana penyuaraan pendapat yang akan muncul seiring dengan PRU 13 nanti.

“Mereka tahu Bersih 3.0 akan berlaku oleh sebab itulah mereka mahukan undang-undang ini.” Shamsul memberitahu partinya semasa krogress yang berlangsung pada hari Jumaat, hasil daripada perhimpunan yang meminta pilihanraya yang adil dan bebas disertai oleh beribu-ribu rakyat di Kuala Lumpur pada tahun 2007 dan Julai lepas.

“Sekiranya mereka sekat kita, dan jika ada berlaku penipuan, kita akan gunakan jalanan. Lupakan pilihanraya dan kita guna jalanraya!”/mc



Photobucket

Mana Semua Orang Ni......Sudah Lari Kah...?

on





Tiba-tiba sahaja dia sudah jadi bisu, diam, senyap, sunyi dan sepi. Tiada gambar, tiada cerita, tiada berita. Kerusi yang dia selalu duduk dalam parlimen juga kosong. Ke-mana dia sudah pergi?? Mana dia sudah lari?? Migrate?? Buat umrah?? Atau ber'jihad?? Kah..Kah..Kah..

Pada ketika rakyat mahu tahu, mahu dengar sendiri dari mulut dia tentang keluarga dia dan lembu-lembu di NFC, dia menghilangkan dirinya. Begitu juga dengan Mohd Salleh, Eksekutif Chairman di NFC. Sekarang semakin menjadi lelaki yang penuh misteri. Semua rakyat yang ada mulut, yang tidak bisu, dari kedai kopi tepi jalan sampai lah ke kedai-kedai kopi diloby-loby hotel, media, internet juga sedang dan masih lagi bercakap tentang mereka, tentang lembu mereka dan juga tentang kandang super kondo mereka di-One Menerung.

Mahyudin cuba bercakap bagi pihak Sharizat dan keluarga dia, KJ cuba bercakap bagi pihak NFC, Noh Omar pula bercakap bagi pihak kerajaan. Semua mereka bercakap dalam satu nada dan satu bahasa iaitu "bahasa kerajaan", apa yang mereka cakap tu banyak yang kelentong dari yang betul, tapi it's ok sebab rakyat dah tak ambil pot, rakyat sudah 'fedup' mahu dengar apa pun alasan dan penjelasan.

Rakyat tak mahu dengar 'explaination', rakyat mahu tahu kenapa hanya bela 3,000 lebih sikit dengan modal (ikut suka mak bapa mereka,nak bayar boleh tak mau bayar pun ok) yang di beri beratus juta ringgit??

Mahyudin,KJ,Noh Omar... anda semua tak perlu lah bersusah payah dan berbuih mulut untuk mempertahankan NFC atau Sharizat atau Mohd Salleh. Yang ini semua bukan nya kerja kau orang. Ini masalah korporat.

Kepada Pakatan Rakyat, ini lah harinya dimana 'ada lori ada bas, ada hari boleh dibalas'. Ini masa yang tepat untuk kita menghentam, kita perlu jatuhkan Sahrizat. Jika kita berjaya jatuhkan dia, percayalah yang undi-undi dari wanita dan pengundi-pengundi di kota raya akan beralih kepada PR.

Kepada Sharizat dan Mohd Salleh, anda perlu terus menyembunyikan diri anda kerana jika anda muncul pada saat ini keadaan akan terus jadi dalca, jadi caca-marba.

dollah yankee -
Itu laaa...lain kali jangan pijak kepala lembu



Photobucket

DATUK DR CHE ROZMEY CHE DIN DIGANTUNG OLEH MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL...?

on Nov 26, 2011

BN Gagal Selesai Banyak Isu Asas

on



Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari muncul kali kedua dalam sebulan ini di pentas PKR di Johor dengan menegaskan, kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) telah gagal menyelesaikan banyak isu penting yang sepatutnya sudah lama diatasi.

Berucap pada ceramah di pejabat baru Angkatan Muda Keadilan cabang Gelang Patah dekat sini malam tadi, Aziz yang berhadapan dengan siri kontroversi sejak lebih sebulan lalu memberitahu, berdasarkan usia negara lebih lima dekad, masih banyak perkara yang tidak dapat dijalankan kerana kerajaan mewujudkan peraturan tidak selaras dengan keperluan rakyat.

"Sepatutnya perbincangan berkenaan perkara-perkara  seperti Bahasa Kebangsaan, hak Melayu dan Bumiputera serta pengagihan yang adil kepada negeri-negeri sudah lama dapat diselesaikan, kira-kira 20 hingga 30 tahun lepas tetapi kerajaan masih gagal dalam perkara ini," kata beliau lagi.

Awal bulan ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menasihatkan Aziz, yang juga pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) meletakkan jawatan sebagai ahli akademik jika benar-benar mahu bercakap di atas pentas politik.

Justeru katanya, Aziz (gambar) yang sedang disiasat oleh tiga pihak termasuk UIA sendiri berhubung satu kenyataan menyentuh titah Sultan Selangor berkaitan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja di Damansara Utama, tidak perlu menunggu tindakan universiti tersebut.

Ketika itu Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, beliau sedar Aziz memasuki kawasannya dan menyampaikan ceramah di Taman Saujana dekat Johor Baru tetapi yakin penduduk tidak akan termakan dengan perkara yang disampaikan.

Terbaru kelmarin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan Aziz kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor bebas daripada diaudit.

Aziz sebelum ini berkata beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada ahli-ahli Umno jika parti itu sanggup mempelawanya.

Dalam ceramah malam tadi, Aziz menambah, Parlimen yang sepatutnya menjadi medan perbincangan wakil rakyat untuk membincangkan perihal kekayaan negara juga gagal bertindak kerana mereka tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Kerajaan juga dilihat masih lagi tidak dapat menyelesaikan pembahagiaan kekayaan kerajaan secara adil kepada negeri-negeri, perkara ini sudah selesai sepatutnya," katanya lagi.

Oleh itu, Aziz menggesa perubahan dapat dilaksanakan di peringkat pusat bagi membentuk kerajaan baru dan membolehkan perkara-perkara itu dapat diselesaikan dengan lebih cepat.

"Kita memerlukan kerajaan yang komited untuk menyelesaikan perkara ini, adalah sukar untuk kita  menggubal undang-undang sekiranya kita tidak menguasai Parlimen dan tiada perubahan kepimpinan di Putrajaya," katanya.

Aziz turut memuji sikap dan pendirian yang diambil Pakatan Rakyat kerana melalui perjuangan parti itu, rakyat dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka dan bebas.

"Saya melihat satu keberanian setelah 54 tahun merdeka, kita kini mampu untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terbuka. Ini jelas dilihat melalui perjuangan Pakatan rakyat, kita lebih bebas untuk membincangkan perkara sedemikian," ujarnya.

malaysianinsider


Photobucket

Wan Azizah Akui

on





Aku langsung tidak terkejut dengan kenyataan Wan Azizah dalam konvensyen ke-8 PKR bahawa pemimpin PKR dilanda sifat tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Apa nak dihairankan. Selain kerana peribadi pemimpin PKR yang terdiri kalangan orang buangan UMNO, keputusan PRu12 sendiri menyumbang keadaan tersebut.

Jika sebelum ini calon pembangkang dilihat bersih, maka itu hanyalah kerana metreka belum mendapat kuasa.

Apabila beberapa negeri di tadbir oleh pembangkang, maka terserlah lah keperibadian dan sikap sebenar mereka.

Yang paling nyata ialah rakyat sudah melihat bahawa mereka cuma pandai bercakap!


Photobucket

Hebat Nya Orang Melayu

on



Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?

Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?

Dibawah ini beberapa senjata dan produk industri pertahanan di Indonesia :

Indonesia buat jet pejuang di http://amkns.blogspot.com/2010/06/indonesia-akan-buat-jet-pejuang-sendiri.html

Indonesia buat helikopter di http://amkns.blogspot.com/2010/01/malaysia-beli-30-helikopter-dari.html

Indonesia buat kapal selam tahun 2012 dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kapal-selam-tahun-2012.html

Indonesia buat kereta perisai dihttp://amkns.blogspot.com/2010/06/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/aduh-indonesia-buat-senapang-boleh.html

Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula dihttp://amkns.blogspot.com/2011/08/indonesia-buat-kenderaan-tempur-4x4.html

Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam dihttp://amkns.blogspot.com/2011/03/hebatnya-indonesia-cipta-bot-boleh.html

Indonesia buat hoverkraf di http://amkns.blogspot.com/2010/11/indonesia-mampu-bina-landing-hovercraft.html

Indonesia buat kapal selam dihttp://amkns.blogspot.com/2010/09/indonesia-buat-kapal-selam-sendiri.html



Photobucket

Siapa Janji Hospital Pada Orang Rembau...?

on


7 MAC 2008 - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meletakkan Batu Asas untuk pembinaan Hospital Rembau yang berharga RM 100 Juta

11 JAN 2011 – Setelah hampir 3 tahun, Chegubard, Ketua Cabang PKR Rembau melawat Batu Asas Hospital Rembau dimana projek RM 100 Juta Hospital Rembau masih belum berjalan

Kenapa ? Tak Percaya ?

Berita berkaitan :

http://solidaritianakmuda.blogspot.com/2011/01/penganiayaan-rakyat-rembau-oleh.html

http://pasns.blogspot.com/2010/03/dap-dan-hospital-baru-tampin-rembau.html

http://amkns.blogspot.com/2011/01/chegubard-lancar-dana-pembinaan.html



Photobucket

Ong Kim Swee Bertutur Bahasa Melayu Unggul

on



Tahniah kepada skuad Bawah 23 tahun Malaysia bimbingan Ketua Jurulatih Ong Kim Swee yang memenangi pingat emas sukan sea mengalahkan jiran kita Indonesia dalam perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA 2011. 
Saya tabik kepada Ong Kim Swee bukan setakat kejayaan beliau di padang bola, tapi lebih menarik lagi apabila ditemuramah, beliau menggunakan Bahasa Melayu yang cantik gaya bahasanya. Orang Melayu pun kalah.

Ada orang Melayu tu, temuramah TV Malaysia pun nak cakap Bahasa Inggeris. Ada pula cakap Bahasa Inggeris entah ke mana “grammar” nya. Ada tu pula, cakap Bahasa Melayu jadi Bahasa Rojak, Bahasa Pasar.

Mungkin terlalu awal untuk menganugerahkan Ong Kim Swee sebagai Tokoh Maal Hijrah.

Tak apalah, kita boleh kategorikan Ong Kim Swee sebagai Pejuang Bahasa Melayu.

Ada orang tu pejuang bangsa dengan menghunus keris, tapi bila ditemuramah, ada saja nak selit cakap Bahasa Inggeris.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List