Bomoh Dan Pawang Pilihanraya

on Dec 7, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvCdpKSDevbdsEPIjlMEIwqcPLA0h0otfjslJ6WuXEXKFbKdcnmMWTK_lUmu0C2dzsI-hYeOKcuHldwDBy8-IKBGXZIPaHngVLJXmUyax3a5NH-pg71Z232R35McwVQs4wyRM0vMOJSq4/s1600/the_Bomoh.jpg


Di Malaysia ini kita tidak tahu bila piliharaya akan dijalankan. Kalau di zaman Mahathir Muhamad dahulu kita berpilihanraya apabila Mahathir telah mendapat ilham. Ini bukan kenyataan fitnah. Orang ramai selalu terbaca tentang ‘menunggu ilham’ yang datangnya dari mulut Mahathir sendiri.

Di zaman Abdulalh Badawi keadaan agak lucu. Ada pemerhati politik berpendapat bahawa tarikh pilihanraya ditetapkan oleh Khairy Jamaludin – menantu Abdullah. Ini tidak betul. Yang saheh ialah tarikh pilihanraya hanya diumum satelah Perdana Menteri Abdullah terbangun dari mimpinya.

Di zaman Najib Razak ini bila pilihanraya akan dijalankan menjadi lagi pelik. Mengikut surah Haji Desas bin Lebai Desus tidak ada sesiapa yang tahu tarikh pilihanraya kecuali Rosmah Mansor. Amat pelik bunyinya. Lagi pelik dari ilham Mahathir. Lagi menakjubkan dari mimpi Abdullah Badawi.

Mengikut surah yang semakin tersebar, Rosmah Mansor akan mendapat tarikh ini dari Guru Ji yang akan menilek bintang-bintang dilangit dan melihat perjalanan carkarwala dialam semesta. Pak Bomoh dari Mumbai ini akan menasehatkan Rosmah Mansor bila saat dan ketika yang terbaik untuk mengadakan pilihanraya. Saat dan ketika yang molek berpilihanraya ialah apabila bintang kelahiran Anwar Ibrahim mula tergelincir.

Ini bukan perkhabaran fitnah. Jangan lupa bagaimana seluruh jatung negara berdebar-debar apabila tarikh 11 haribulan sebelas tahun sebelas hampir sampai. Debaran jantung ini berpunca dari Najib Razak sendiri yang percaya bahawa angka sebelas ini membawa ‘ong’. Najib dikatakan fasik dengan angka 11. Sebenarnya bukan Najib seorang sahaja menteri kabinet yang pecaya ada angka-angka khusus yang akan membawa tuah. Lihat Menteri Pertahanan Zahid Hamidi yang gila dengan angka 38 - hinggakan semua kereta yang dimiliki memakai angka yang sama.

Disini saya ingin menyebarkan maklumat bahawa pengunaan nujum dan bomoh untuk menetapkan tarikh pilihanraya ini bukan hanya amalan di Malaysia. Di Afrika – peranan bomoh dalam politik harian cukup besar. Emperor Bokassa dari Afrika Tengah menggunakan khidmat bomoh siang dan malam. Ini sama seperti apa yang dilakukan oleh Idi Amin Dada di Uganda dan Mobuto Sese Seko dari Congo.

Kita juga jangan buat-buat lupa pada satu ketika dahulu bomoh juga telah memainkan peranan yang penting dalam realpolitik di Eropah. Sila buka kitab sejarah Revolusi Bolshevik 1917. Selain dari nama Lenin dan Trotsky kita akan berjumpa dengan nama Rasputin. Jantan yang berselindung dibelakang agama ini ialah seorang bomoh yang mempengaruhi Emperor Nicholas dan pemaisuri Alexandra.

Mungkin ramai yang akan bertanya kenapa agaknya para politikus ini menggunakan khidmat bomoh. Untuk persoalan ini jawabnya cukup senang. Khidmat bomoh ini diperlukan kerana semua kerajaan dan pentabiran di negara-negara ini tidak mendapat sokongan ramai. Kerajaan yang bersikap ganas dan zalim memerlukan bomoh. Emperor Bokassa dan Idi Amin menjadi pemimpin negara kerana merampas kuasa. Manakala Mobuto dinaikkan oleh rampasan kuasa CIA. Emperor Nicholas di Russia dibenci oleh rakyat hingga berlaku revolusi.

Bagaimana pula dengan Rosmah dan Najib – apa perlunya khidmat bomoh untuk mereka?
Kenapa Najib percaya kepada angka 11? Soalan ini akan membuka persejarahan politik negara kita. Jangan ketawa atau mengeleng-gelengkan kepala apabila membaca apa yang saya surahkan disini.

Di Indonesia 17 Ogos dipilih kerana ditarikh itu rakyat Indonesia yang mengangkat senjata telah berjaya menghalau Belanda. Di Russian 17 Oktober dipilih kerana disaat itu Revolusi Bolshevik telah berjaya menghalau Czar dan Czarina dan Lenin telah mendirikan sebuah republik. Di Tanah Besar China mereka merayakan 1 Oktober kerana dihari itu Republik Rakyat China telah diistiharkan oleh Mao Tse Tung pada tahun 1 Oktober 1949. Tarikh-tarikh ini diambil kerana sejarahnya.

Bagimana pula dengan Tanah Melayu? Untuk warga yang peka pasti akan teringat bagaimana sekali sekala kita terbaca dari media arus perdana tentang sejarah tarikh pengistiharan British memberikan pentabiran ini kepada United Malay National Organisation. Sila jangan ketawa kerana di Tanah Melayu tarikh 31 Ogos telah dipilih oleh bomoh...opss maaf bukan bomoh.

Tarikh 31 Ogos telah ditemui satelah menilek bulan dan bintang. Orang yang menilek bulan dan bintang ini pula tidak lain dan tidak bukan ialah ayahanda kepada Abdullah Badawi. Sayangnya ilmu menilek bintang dan bulan ini tidak turun ke Abdullah Badawi maka terpkasalah Pak Dollah kita tidur untuk memimpikan tarikh pilihanraya.

Justeru, dalam budaya United Malay National Organisation khidmat bomoh ini bukan sesuatu yang asing. Ini bukan fitnah dari saya. Ini bukan cerita dari Haji Desas bin Lebai Desus. Sesiapa yang rajin membaca dan mentelaah akan menyedari bahawa apa yang saya tulis ini adalah fakta sejarah. Ini bukan sejarah silam. Ini berlaku pada tahun 1993 dahulu.

Cuba ingatkan kembali kepada kesah perjuangan seorang penyanyi yang hanya sempat mengeluar sebuah album. Malah klip videonya pernah disiar oleh tv kita. Perempuan cun, langsing dan berambut panjang ini gagal menjadi penyanyi pop tetapi bejaya menjadi bomoh. Khidmatnya amat amat diperlukan oleh orang-orang politik dalam United Malay National Organisation terutama ketika ditahun pemilihan dan tahun pilihanraya.

Sejarah membuktikan betapa ngoknya Datuk Mazlan Harun seorang Adun dari Batu Talam Pahang yang percaya kepada kuasa Tongkat Sukarno. Dengan memiliki rotan pendek yang pernah tersepit dicelah ketiak Bung Karno , YB kita ini berharap dia akan terus dipilih sebagai calon untuk menjadi Adun. Yang terserlah bijak disini ialah bomoh Mona Fendy. Minah cun ini cukup faham tentang keberahian politikus Melayu Islam yang kemarok untuk terus berkuasa.

Mona Fandey akhirnya berjaya ‘membelit’ duit dan tanah Yang Berhormat ini. Rasa saya tidak ada kesedihan atau trajedi dalam kes bunuh ini. Ternyata yang menjadi mangsa ialah seorang yang bodoh lagi bangang. Si YB yang bodoh ini bukan sahaja kena tipu duit dan harta malah YB ini pun telah berpolitik untuk menipu orang kampong dan pengundi. Kebodohan YB ini teserlah apabila dia membenarkan badannya di kerat lapan.

Dari fakta perbicaraan kes Mona Fendy ini orang ramai difahamkan bahawa memang ramai ahli politikus United Malay National yang menggunakan khidmat bomoh. Yang diketahui umum hanya seorang berdua tetapi hakikatnya pastilah lebih ramai lagi.

Apa sangkut pautnya fakta sejaran ini dengan PRU13? Untuk menjawabnya soalan ini para pembaca yang budiman wajib menonton kembali klip video Rosmah Perempuan Puaka di Youtube. Dari klip bersejarah ini kita semua diberitahu oleh adik Rosmah Mansor sendiri bagaimana Sang Kakak telah menggunakan khidmat bomoh sebelum dan sesudah berkahwin dengan Najib. Klip ini juga memuatkan pengakuan isteri bekas Tuan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan.

Bekas isteri Tuan Speaker ini mungkin tidak sedar bahawa dirinya bukan sahaja membocorkan rahsia Rosmah Mansor. Pengakuan ini cukup jelas membuktikan bahawa dia sendiri pernah bersama Rosmah mencari segala macam khidmat bomoh. Mengikut surah Mak Datin yang pekat dengan lorat Negeri Sembilan ini, Rosmah Mansor telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengahwini Najib.

Disini saya ingin menerangkan betapa para pemerhati politik dari luar negara gagal memahami politik Malaysia. Para wartawan dari akhbar dan majalah luar telah beberapa kali memberikan ramalan tentang tarikh pilihanraya. Banyak pemerhati dari luar yang mengkaitkan tarikh piliharaya dengan keadaan ekonomi dunia, dengan harga minyak dan dengan kejayaan Najib membuat beberapa kenyataan yang mungkin dilihat menuju ke landasan demokratik.

Pandangan-pandangan dan analisa politik ini ada salah dan ada benar. Mengikut kajian ilmu politik moden maka pastilah kedudukan turun naik ekonomi yang akan menjadi penentu tarikh pilihanraya. Analisa sebagini amat tepat untuk negara-negara Eropah Barat telah memasuki era pasca Rasputin. Tetapi menggunakan pendekatan ilmu politik moden yang sama untuk memahami keseluruhan politik Malaysia pasti satu kesilapan besar.

Untuk memahami lebih dalam politik kontemperori Malaysia biar saya bawa para pembaca kembali ke zaman Rasputin. Sosok ini hanyalah satu-satunya bomoh yang kewujudannya tercatit dalam sejarah moden Eropah. Malah apa yang dilakukan oleh Rasputin ketika berkhidmat dalam Istana Czar Nicholas juga telah dirakamkan oleh sejarah. Rasputin boleh keluar masuk Istana tanpa larangan. Pemaisuri Alexandra mempercayai Rasputin lebih dari mempercayai penasehat resminya. Ketika Putera Alexei gering Pemaisuri Alexandra bukan mencari khidmat doktor tetapi telah meminta Rasputin mengubati anakandanya. Lelaki berambut dan berjanggut panjang diyakini oleh keluarga Czar Nicholas kerana Rasputin dikatakan memiliki ilmu mistik yang dapat melihat masa depan.

Rasputin wujud didetik detik akhir sebelum monarki dihapuskan di Russia. Ketika itu rasuah dan penyalah gunaan kuasa sedang berleluasa. Siapa yang kaya dialah yang betul. Di Russia ketika itu ada dua hukum – satu untuk yang memerintah dan satu lagi untuk yang diperentah. Tidak ada hukum hakam yang dapat mengusik puak yang memerintah.

Apakah para pembaca yang budiman tidak dapat melihat persamaan diantara Russia sebelum menjadi republik dengan apa yang sedang berlaku dihadapan mata kita hari ini. Jika para pembaca telah dapat menggambar Rasputin keluar masuk ke istana Czar Nicholas dengan menaiki kereta kuda – cuba pula bayangkan Bomoh Ji dari Mumbai yang keluar masuk dengan Mercedez ke rumah resmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Kemudian cuba bayangkan rupa bentuk muka Guru Ji yang sedang menilek bulan dan bintang untuk mencari tarikh terbaik untuk Najib mengadakan pilihanraya. Jika masih tidak yakin dengan perbandingan dan tanda-tanda yang saya tulis ini maka sila cari kembali akhbar harian minggu lalu. Buka dan baca berhati-hati. Lihat dan teka berapa ramai agaknya Guru Ji dan Rasputin sedang menjerit-jerit, berdoa dan berbaiah di bangunan PWTC.

Jangan lupa, sebelum Czar Nicholas dan Pemaisuri Alexandra cuba melarikan diri dari Istana mereka juga telah berbaiah dengan Rasputin. Apa yang membezakan Russia di zaman Rasputin dengan Malaysia di zaman Guru Ji hanyalah - lembu di Russia pada tahun 1917 tinggal dalam kandang manakala lembu di Malaysia pada thun 2011 menginap dalam kondo. 
 
Oleh Hishamuddin Rais

Petikan Dari http://tukartiub.blogspot.com 



Photobucket

Rasuah. Lembu Dan....

on


Presiden Amerika Syarikat ke-34, Dwight David Eisenhower (1890-1969) pernah menerima ‘hadiah’ berupa seekor lembu berharga US$1000. Pada ketika inilah, moral pimpinan dapat diukur—sama ada rakyat akan mendengar silat lidah untuk mengabsahkan pengambilan lembu itu, atau tegas menolaknya dengan kekuatan moral.
Mungkin seperti apa yang pernah dilakukan oleh Ali ibn Abu Thalib yang di satu ketika dikatakan cuba disogok dengan pemberian kuda-kuda terbaik Persia untuk dijadikan kuda-kuda perang. Sogokan itu cuba dilakukan oleh orang-orang kaya di Ambar.
Ali tidak menerimanya, menolaknya kerana diketahui orang-orang kaya itu telah membayar cukai. Lalu kata Ali: Kamu telah membayar zakat kamu, sehingga menerima sesuatu daripada kamu – walaupun kamu menawarkannya secara sukarela dan tulus hati – adalah kejahatan kepada negara.
Meskipun demikian, orang-orang kaya Ambar itu tetap berkeras untuk menyerahkan kuda-kuda itu. Akhirnya Ali menerima, tetapi dengan menolak sejumlah nilai zakat mereka dan biaya suguhan yang diperhitung daripada anggaran biaya perang. Maknanya, pemberian kuda-kuda Persia itu secara automatik telah jadi milik negara. Bukan lagi milik peribadi Khalifah.
Tidak ada keburukan dan kejahatan yang tak wujud kepanjangan gejala korupsi dan nepotisme. Di dalam antara sejarahnya yang paling kotor, tentu kita boleh lihat kepada batang tubuh orang yang bernama Gaius Verres (115-43 Sebelum Masihi). Verres, pada tahun 73-71 SM adalah gabenor di wilayah Sisilia—sebuah wilayah yang berada di dalam empayar Romawi.
Belum pun seperti ahli majlis, para penguasa dan menteri-menteri seperti sekarang, ketika itu jadi gabenor adalah cara paling lumayan untuk jadi kaya-raya. Di dalam sejarah Romawi, pelbagai bentuk korupsi, rasuah dan nepotisme berlaku yang kemudiannya dilihat ahli sejarah sebagai antara punca runtuhnya empayar tersebut. Memang, kerumitan kes-kes rasuah di Romawi lebih dahsyat ketimbang hari ini, khususnya di Malaysia.
Verres, di suatu waktu juga menjual-beli hukuman yang dikenakan kepada seseorang prajurit yang dijatuhi hukuman mati. Dia tetapkan besar mana wang suapan untuk menentukan cara kematian pada hukuman mati, serta kaedah pengebumian si terhukum. Kebetulan sahaja pada ketika itu, sejumlah kapten armada laut Romawi dijatuhi pelbagai hukuman selepas tewas berhadapan dengan lanun dekat Syracuse.
Dia terlebih awal telah merangkus wang suapan berjumlah enam pound bagi tiap-tiap orang awak-awak yang mahu ponteng kerja sepanjang musim panas—musim panas di Eropah adalah antara waktu terbaik untuk bercuti dan libur. Dalam waktu sama, Verres mengambil seluruh gaji awak-awak yang diberikan oleh negara.
Dari sana, pelbagai pelanggaran undang-undang dan hukum merebak; pemerasan agar orang membayar suapan menggila berleluasa. Termasuk yang terpaksa membayar wang suap ialah orang tua-tua dan sanak saudara kepada mereka yang terhukum.
Tujuan wang suapan kepada Verres ialah bagi ditentukan kaedah hukuman mati seseorang terhukum. Sama ada dengan memenggal sekali kapak di leher, cepat atau lambat pemenggalannya, sama ada sakit atau tidak, jumlah tetakan, sama ada mati secara perlahan-lahan atau mati dengan cepat. Semua itu adalah ditimbang mengikut berapa jumlah wang suap yang perlu dibayar kepada Verres.
Kisah yang ditulis kembali di dalam buku Dr Syed Hussein Alatas, “Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi” (DBP, cetakan pertama 1995), menunjukkan melalui pelbagai catatan sejarah Romawi bagaimana bobroknya korupsi dan rasuah yang dilakukan Verres. Dipetik daripada seorang pengarang satira Romawi, Juveral, bahawa ada tiga orang pelaku rasuah yang cukup jelek hidup sezaman, iaitu selain Verres, dua yang lain ialah Dolabella dan Antonius.
Sungguh tidak ada kejahatan yang tidak dilakukan Verres lanjutan amalan rasuah yang dia buat; daripada pemerasan, rompak, penyuapan kembali, memperkosa, meniduri isteri orang lain, khianat, membunuh, menjarah karya seni, menjual-beli jawatan, makan riba sehinggalah memalsukan wasiat orang mati.
Di dalam sejarah tamadun-tamadun manusia, rasuah, korupsi dan nepotisme berlaku di mana-mana sahaja, di dalam pelbagai bentuk… sampai, kadang-kala sukar sekali untuk menentukan bentuk-bentuknya. Sukar juga untuk mengesan di permulaan amalan itu, yang dilakukan seseorang; sama ada petinggi dan penguasa politik, hakim, sehinggalah para pegawai rendah yang diberi kuasa untuk memungut wang cukai atau zakat.
Sesiapa pun tahu, rasuah di Malaysia tidak hanya wujud di peringkat tertinggi, namun tetap wujud di kalangan pegawai bawahan: tidak cuma berlaku di kantor-kantor di Putrajaya atau lobi Parlimen, misalnya, tetapi juga berlaku di tepi-tepi jalan dan di warong-warong kopi.
Syed Hussein dalam renungan dan kajian terhadap gejala ini, juga merumuskan bahawa penguasa dan petinggi politik di banyak negara membangun seperti di India, Malaysia, Indonesia, Pakistan dan Sri Langka misalnya tak punya keazaman dan kebulatan tekad untuk menghapuskan rasuah.
Slogan anti rasuah adalah tebu di bibir. Malahan, golongan penguasa itu sendiri menjadi punca dan bergelumang dengan rasuah sampai menjolok mata sekali. Antara lain, Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan sebuah badan bukan kerajaan, Transparency International Malaysia (TI-M), kedudukan Malaysia merudum lagi daripada tangga 56 tahun lalu ke tangga 60 pada tahun 2011. Kejatuhan indeks ini berlaku tiga tahun berturut-turut sejak 2009.
Laporan Juru Audit Negara yang diterbitkan saban tahun, dengan jumlah ketirisan dan kebocoran wang rakyat, pembelian sesuatu barang yang terlalu mahal berlipat kali ganda, tidak lain hanya bayangan akan gejala rasuah di pelbagai peringkat. Sayang seribu kali sayang kala mana laporan itu hanya sekadar laporan tahunan dan seumpama bebelan yang tidak berkesudahan sejak puluhan tahun lamanya.
Cetakan kedua buku “Rasuah—Syed Hussein” itu dibuat pada 2002, iaitu di kala Malaysia sedang hangat diperkatakan orang akan gejala rasuah, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, korupsi dan nepotisme. Tahun itu adalah tahun-tahun di mana rakyat Malaysia terhidang dengan kes seperti pelaksanaan pengunaan wang keuntungan Petronas untuk menyelamatkan syarikat anak Perdana Menteri, skandal Perwaja sampailah kepada latar skandal Bank Bumiputra-BMF yang akhirnya lenyap begitu sahaja.
Masing-masing tahu. Masing-masing di antara rakyat negara ini juga pernah melalui secara langsung dan tidak langsung pengalaman berhadapan dengan ugutan wang suapan. Paling tidak di tepi jalan, yang dilakukan oleh anggota polis. Semua ini membayangkan jumlah wang lebih besar atas gejala rasuah yang berlaku di peringkat atasan, tetapi, masing-masing mendiamkan diri.
Mendiamkan diri kepada amalan rasuah, kini dilihat hanya kesempatan untuk menggantikan si pelaku rasuah yang tua, kepada pelaku yang baharu. Penggantian penguasa dan parti politik, daripada Umno-BN kepada Pakatan Rakyat sama sekali tidak wajar dilihat hanya sebahagian daripada proses ganti Si Pemeras. Ada terdengar sipi-sipi di mana amalan pemerasan berupa rasuah juga tetap berlaku walaupun selepas gantian rejim di mana di era Umno-BN bayaran suapan kelulusan untuk papan iklan jalan cukup tinggi sehingga ratusan ribu ringgit, tetapi di era Pakatan Rakyat menjadi sedikit murah dan hanya puluhan ribu ringgit sahaja.
Apakah ini bisa dibenarkan? Syed Hussein memperingkatkan, sekali imbas dalam kata-kata yang tegas dalam buku sama: Parti yang rasuah akan memperbesarkan kegiatan rasuahnya dan membiakkan rasuah lebih lanjut, mempersubur kegiatan yang bertentangan dengan kepentingan umum. (Halaman 240-241).
Rasuah tetap rasuah, tak kira berapa pun nilainya dan ia adalah pencurian ke atas wang publik oleh individu yang bukan haknya. Sementara bentuk-bentuk rasuah juga meliputi “nepotisme” di mana pemberian kepada anak-isteri dan ahli keluarga yang tidak berada di dalam koridor kekuasaan juga dilihat sebagai kayu api kepada menyalanya amalan rasuah. Begitulah sekira-kiranya tafsiran rasuah. Ia tidak mengambil kira jumlahnya sama ada RM250 juta, mahupun seringgit.
Atas asas moral inilah, perbuatan [mantan] Presiden Amerika, Eisenhower tetap dipersalahkan kerana menerima seekor lembu yang berharga US$1000. Bukan dia sahaja yang menerima lembu itu, tetapi pada mulanya pembantu peribadi dan orang yang dekat dengan Presiden, Sherman Adam yang mula-mula menerima hadiah mahal daripada seorang jutawan, Bernard Goldfine. Hadiah itu berupa baju bulu vicuna berharga US$700 selain sehampar permaidani Asia berharga US$2400. Ketika menerima hadiah itu iaitu pada tahun 1958, Adam berada di dalam kesulitan kewangan.
Masyarakat, termasuk majalah dan surat-surat khabar mengecam Adam, sehingga akhirnya dia melepaskan jawatan. Presiden Eisenhower memang cuba mempertahankan pegawai kanannya itu, nescaya gagal sebelum terbukti akhirnya dia sendiri juga menerima hadiah bernilai ratusan ribu dollar; sebuah traktor yang siap dengan alat menyalakan rokok; juga baju bulu yang sama yang pernah dihadiah kepada Adam, iaitu baju bulu vicuna, serta seekor lembu.

sumber :-  jalan telawi
Photobucket

Sudah Terasa Bahang Kekalahan

on




Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob mengalu-alukan cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir agar semua wakil rakyat Umno dan pemimpin parti itu menandatangani surat ikrar bagi menyatakan sokongan dan kesetiaan untuk terus bersama Umno dalam apa jua keadaan.


Beliau berkata setiap cadangan untuk memperkukuhkan Umno perlu diteliti dan dikaji untuk kebaikan parti.
“Kita alu-alukan apa sahaja cara yang boleh kukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di sini hari ini.

Cadangan Mukhriz itu susulan ikrar taat setia perwakilan Umno Sabtu lalu, yang menyaksikan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai lafaz ikrar di hadapan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, mengangkat maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Ikrar yang dilafazkan itu antaranya untuk merapatkan saf perjuangan, mengeratkan ukhuwah, menghapuskan sengketa, menghindari hasad dengki dan iri hati, meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi serta memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti.

Ditanya sama ada terdapat wakil rakyat di Pahang yang menawarkan diri untuk berundur sebagai calon pada pilihan raya umum ke-13, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata: “Tiada”.


“Kesediaan untuk bertanding atau tidak, saya rasa tidak perlu diuar-uarkan... terpulang pada Perdana Menteri untuk menilai siapa boleh, siapa tidak (menjadi calon),” katanya.


Mengenai kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini milik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adnan (gambar) berkata Barisan Nasional (BN) akan berusaha memenangi kerusi itu walaupun berkemungkinan menghadapi persaingan sengit berikutan isu pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng di sini.


themalaysianinsider


Photobucket

PLUS RONDA DAN PLUSLine....Mana Satu Yang Kaki Sembelih

on


Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.

Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.

Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.

Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju

Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.

Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.

Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.

Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."

Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.

Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."

Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.

Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!

Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.

sumber :-  penarik beca
Photobucket

Kedah lebih baik di bawah Pakatan

on


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFoM1KZX-qSjAUHkDh5zBixduEXjIoVyOAcFvhYeEpgszfp9E7dy_T3xTbIvIRmwsSnFxyZuyQcsgX3FL5_jAuXyRsgQJOxJ_LYbdMnuIWOc2tISLb_RIgW8qvnELnRk3bBXDurAmjDCA/s320/uncle111.JPG



KEDAH dilihat sebagai model pemerintahan PAS selepas Kelantan. Di sebalik pelbagai halangan dan kekurangan, agenda ‘Sejahtera’ tetap konsisten diketengahkan. Walaupun PAS telah membuktikan keupayaannya, kerakusan BN untuk merampas kembali tidak pernah pudar. Apatah lagi usia sepenggal tidak memadai merungkai segala persepsi yang telah tertanam di benak rakyat selama ini.

Wartawan Harakah Kedah, IZWAN ABDUL HALIM mendapatkan Pengarah Pilihan Raya PAS Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin dalam membicarakan persediaan PAS Kedah mengekalkan pemerintahannya pada PRU13.

WARTAWAN: Sejauh mana PAS Kedah bersiap untuk memastikan pemerintahan kerajaan negeri terus dapat dikekalkan pada penggal seterusnya?

MUHAMAD YUSOF: Kita selepas PRU12 lalu telah menyusun kembali jentera kita walaupun pada peringkat tahun pertama 2008 itu banyak urusan lain. Setelah selesai pembentukkan kerajaan dan menyusunan semula lajnahlajnah peringkat Badan Perhubungan PAS Negeri.

Sehingga sekarang ini persiapan kita untuk menghadapi pilihan raya sudah bersedia sepenuhnya meski pun terdapat teknikal lain yang belum beres. Tetapi secara keseluruhannya boleh dikatakan telah sempurna.

Cuma sekarang ini kita dalam proses rayuan kepada pengundi-pengundi PAS dan Pakatan Rakyat di luar kawasan pengundian iaitu di luar parlimen dan di luar negeri Kedah supaya mereka ini pulang mengundi apabila berlaku PRU13 kelak.

Perkara ini bukanlah perkara kecil kerana pada PRU12 lalu, terlalu ramai pengundi kawasan di negeri Kedah tidak pulang mengundi menyebabkan kita menang tipis di beberapa Dun seperti Bukit Lada, Ayer Hitam, Tanjong Dawai, Jeneri dan Pantai Merdeka.

Paling mengecewakan sebahagian besar pengundipengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi ini menyebabkan kita terpaksa menerima kekalahan di Belantik dan Kota Siputeh.

Jadi sekarang tumpuan kita untuk memastikan dalam pilihan raya akan datang pengundi-pengundi luar kawasan ini, walau di mana mereka ada, supaya mereka kembali menunaikan tanggung jawab.

Jika sekiranya ada sebarang masalah yang mereka hadapi untuk pulang mengundi atau mendapatkan maklumat tempat mereka sepatutnya turun mengundi, mereka boleh hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri atau Pejabat Pilihan Raya PAS Kawasan atau Pejabat Pilihan Raya Majlis Tindakan Dun yang berkenaan. Jadi itu persiapan kita.

Bagaimana situasi letak duduk PAS pada tahap ini? Masih memerlukan lonjakan atau bertahan?

Dalam pilihan raya lalu PAS memenangi 16 daripada 24 kerusi yang ditandingi, KeADILan menang lima kerusi dan DAP menang satu kerusi.

PRU akan datang, PAS tetap bertanding di 24 Dun. Sudah tentulah kita perlukan lonjakan supaya kerajaan Pakatan Rakyat akan datang ini menjadi kerajaan yang mantap, di mana sasaran kita adalah untuk melepasi 2/3 majoriti.

Di mana sasaran itu bukan sahaja kita PAS akan memenangi lebih dari 16 kerusi, tetapi KeADILan dan DAP pun sangat berharap kerusi yang ditandingi akan kita dapat menangi. Jadi, kita bukan sahaja hendak kekalkan kemenangan, tetapi perlu mengadakan lonjakan agar Kerajaan Pakatan Rakyat lebih kuat di negeri Kedah.

Adakah Senator selaku Pengarah telah memastikan tahap siap siaga jentera telah dilaksanakan hingga ke akar umbi?

Ini perkara lumrah di Kedah mahupun negeri lain, akar umbi akan agresif apabila diketahui parlimen dibubarkan. Pun begitu Alhamdulillah, peringkat di Kedah ketika ini kita telah berjaya memberikan kesedaran dan peringkat akar umbi telah pun menggerakkan kerja-kerja. Kita telah memberi peringatan kepada mereka bahawa biarpun kita adalah pemerintah, tetapi yang bertanding itu bukan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sebaliknya adalah parti iaitu PAS, KeADILan dan DAP.

Maka, untuk menyertai pilihan raya, untuk melaksana tugas pilihan raya, untuk melakukan gerak kerja pilihan raya, untuk memenuhi tuntutan pilihan raya, adalah jentera parti. Jentera kerajaan yang ada sekarang tidak terlibat langsung. Ini telah dapat kita sedarkan dan alhamdulillah kita di Kedah ini misalnya peralatan pilihan raya kita kenakan bayaran kepada semua peringkat peti undi kita.

Mereka perlu membayar dan setakat ini kita telah terima lebih dari separuh jumlah yang kita perlukan. Ini menunjukkan komitmen mereka dan kita diperingkat akhir menyediakan semua peralatan ini. Insya- Allah, ketika ini petugaspetugas pilihan raya kita telah memahami mereka perlu menyediakan segala keperluan untuk menghadapi pilihan raya sejak dari pada masa sekarang.

Pun begitu, lumrahnya biar macam mana pun persiapan kita, akan ada perkara-perkara yang perlu dilakukan saat akhir. Ini sama macam kita hendak kendurilah, siap macam mana pun, akan ada perkara yang hanya dapat dipenuhi di saat akhir. Ini pun kita sudah ada plan tindakan menyelesaikannya.

Mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengekalkan pemerintahan akan datang?

Panjang jika nak hurai perkara ini. Macam dilaporkan dalam Warta Darul Aman serta bahan-bahan penerangan lain menunjukkan bahawa program, agenda dan usaha kerajaan ini masih memerlukan penggal seterusnya untuk rakyat dapat menilai prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat yang didokongi oleh PAS sama ada projek pertanian, pendidikan, perusahaan dan sebagainya.

Ambil contoh Kolej Universiti Insaniah di mana pembinaannya telah lebih 50 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2012. Sesi pengajian dengan 44 kursus pula akan dimulakan pada pertengahan tahun 2013.

Jika Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerajaan, maka kita tidak tahu bagaimana nasib sistem pendidikan yang kita sedang atur ini.

Begitu juga perkara-perkara lain. Jadi kita perlu memenangi pilihan raya nanti untuk menjadi faktor yang rakyat boleh lihat akan wawasan kepimpinan Pakatan Rakyat mengenai mustahaknya perkaraperkara ini terus dilangsungkan dengan memberi mandat seterusnya kepada Pakatan Rakyat. Termasuk juga projek Sungai Limau Hydro Carbon Hub (SULIHH), projekprojek perladangan dan sebagainya, semuanya akan memberi pendapatan besar untuk agihan kepada kepentingan rakyat, tetapi hasilnya hanya akan diperolehi selepas tempoh penggal pemerintahan ini.

Apakah faktor-faktor yang membolehkan PAS terus kekal pada penggal seterusnya?

Kita yakin rakyat sudah melihat, walaupun masa yang singkat, belum pun sampai empat tahun, rakyat sudah melihat Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS ini mempunyai perbezaan yang amat jauh berbanding kerajaan terdahulu. Contoh paling ketara Bajet Negeri selama dua tahun berturut-turut yang pada awalnya defisit tetapi pada akhirnya menjadi surplus (lebihan) maknanya pendapatan melebihi dari jangkaan dan pendapatan ini dapat menghilangkan defisit.

Ini sepertimana dalam Laporan Ketua Audit Negara betapa cekapnya pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat ini dibantu kuat para Pegawai Tadbir Negeri Kedah hinggakan membawa kepada kejayaan ini. Sedangkan Kerajaan Pusat, sudah 14 tahun membentangkan bajet defisit dan tidak pernah berlaku surplus.

Begitu juga peningkatan hasil bumi terutamanya balak yang begitu jauh perbandingannya dengan pendapatan kerajaan terdahulu. Ini menunjukkan ketelusan dan sifar rasuah berbanding dahulu, ini rakyat sedar. Kerana itu di awal pemerintahan dahulu, Menteri Besar berani mengumumkan penurunan cukai tanah, rakyat sedar dan faham kerajaan kekurangan pendapatan RM50 juta setahun.

Tetapi dengan penjimatan tadi, ketelusan, dapat menambah pendapatan dan mengurang perbelanjaan, akhirnya pendapatan itu kembali menampung kekurangan akibat penurunan tersebut. Begitu juga Skim Kafalah yang kita perkenalkan telah ditambah lagi jumlahnya.

Ini semua hasil pertambahan pendapatan kerajaan negeri kerana ketelusan pentadbirannya dan kekurangan perbelanjaan kerana penjimatannya.


Faktor-faktor ini akan menyedarkan rakyat bahawa pemimpin yang ada ini tidak meletakkan kepentingan peribadi untuk mendapat keuntungan kepada diri mahupun keluarga. Sebaliknya, semua keuntungan ini menjadi hasil yang dikembalikan kepada rakyat sama ada berbentuk penurunan cukai tanah, berbentuk kafalah, berbentuk bantuan pendidikan dan pelbagai lagi.

Sejauh mana perkembangan politik semasa dalam negara dan dunia membantu sasaran kepada kemenangan?

Perkembangan ini terlalu banyak, terbaru kalau tidak silap saya ada buku ditulis Pak Habib Syed Hussein Al- Attas yang mendedahkan terlalu banyak penyelewengan Kerajaan Pusat dari kepimpinan tertinggi dan kepimpinan lain. Saya belum membaca buku ini tetapi telah diberikan maklumat mengenainya.

Sekarang ini rakyat mendapat maklumat bukan sahaja dari TV1, TV2, TV3 atau TV9 atau Astro, tetapi rakyat dapat maklumat dari pelbagai bentuk yang rakyat dapat menilai.

Jadi perkembangan politik ini terutama golongan muda mereka tidak menyokong BN. Ini akan membantu lagi lonjakan buat PAS dan Pakatan Rakyat di negeri Kedah dan mengekalkan kemenangan untuk penggal seterusnya.



Photobucket

BAIK TAK PAYAH TUTUP…

on




Penulis sebolehnya tidak akan memberatkan kepala pembaca yang bijak pandai dengan topik politik yang berat hari-hari.

Penulis akan cuba selitkan bahan-bahan yang meringankan kepala pembaca. Ya penulis akui bahawa ramai dikalangan pembaca blog penulis mahukan bahan-bahan bacaan yang pelbagai sudut cuma penulis boleh cakapkan kalau tulisan pelbagai mungkin tidak tetapi kalau sedikit menyentuh gosip dikalangan ‘public figure’ –penulis akan cuba lakukan….dengan ‘mood’ politik yang tidak lari wajib ditulis oleh penulis.

Lihat foto panas ini-siapakah artis seksi bagai nak menyembul keluar sebahagian P******A-nya besama Chef terkenal iaitu Chef Wan.


Kalau tanya penulis artis kita semakin berani dan jika berpakaian begini sudah pasti artis ini sudah tidak fikir akan fitnah yang akan diperkatakan tentang dia sebab dah lali dan lagi suka ada orang bercerita pasal dirinya.

Adoiiii haiii….kalau begilah baik tak payah pakai pakaian itu….kesian kaum lelaki terpaksa zoom dalam-dalam…

Hehehehe….



Photobucket

MAJALAH 'BOGEL' VEENA DIJUAL LARIS DI INDIA!!

on




NEW DElHI, India - Sejumlah majalah FHM edisi Disember yang menyiarkan gambar bogel aktres Pakistan, Veena Malik mula dijual di kedai-kedai buku di India kelmarin.
Naskhah- naskhah majalah itu yang menampilkan gambar bogel Veena di kulit depan digantung di kedai-kedai buku termasuk di Mumbai.
Aktres itu mencetuskan kontroversi apabila dia tidak mengaku bergambar bogel untuk majalah lelaki tersebut.
Jurucakap Veena Sohail Rasheed kelmarin menyatakan aktres tersebut berusaha untuk mendapatkan ganti rugi sebanyak 100 juta rupee (RM6.1 juta) daripada majalah FHM.
Veena telah memfailkan satu tuntutan undang-undang ke atas majalah berkenaan dan meminta ganti rugi tersebut atas dakwaan gambar berkenaan dipalsukan dengan terdapat singkatan huruf merujuk kepada agensi perisikan Pakistan di lengannya.
Namun, editor FHM India, Kabeer Sharma memberitahu agensi berita AFP, bahawa pihaknya tidak membuat pengubahsuaian imej atau memalsukan kulit depan majalah berkenaan.
Menurutnya, aktres itu mempunyai tubuh badan yang mengagumkan.
Sementara itu, beberapa laporan semalam menyatakan pihak pengurusan stesen televisyen tempatanImagine TV mengumumkan program realiti Swayamvar Musim 4 akan menampilkan Veena mencari teman hidup di India.
Swayamvar merupakan antara program televisyen paling diminati di saluran Imagine TV.
Program yang mendapat sambutan hangat penonton itu mula ditayang pada 2009.
Semasa menghadiri majlis beramah mesra bersama pihak media di sini, Veena memberitahu, dia teruja untuk menyertai program realiti itu dan berharap hasratnya untuk mencari teman hidup dalam program tersebut tercapai. - Agensi
HARAP INI TIDAK BERLAKU PADA ARTIS-ARTIS TEMPATAN KITA.


Photobucket

Noh Omar Gelabah Bila Di Protes Petani

on






Tindakan pemimpin Pakatan Rakyat bersama para petani dan pesawah mengadakan demontrasi pada 22 November lalu di sekitar skinchan dan Sungai burung menggesa Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletak jawatan ekoran penyelewengan wang rakyat telah membuahkan hasilnya.


Ini ekoran tindakan kementerian di bawah Noh semalam telah mula menyerahkan wang insentif peningkatan hasil petani yang tertunggak sejak empat tahun lalu.
Menurut Noh, Wang tersebut diambil dari peruntukan tambahan kerajaan yang di luluskan baru-baru ini bernilai RM117 juta.


Lapuran Ketua Audit negara baru-baru ini mendedahkan peruntukan kerajaan kepada kementerian tersebut berjumlah RM110 telah hilang tanpa di kesan.
Akibatnya para pesawah tidak memperoleh bayaran yang diperuntukan dibawah skim inisiatif peningkatan hasil padi sejak sekian lama.


Namun anihnya, susulan dari tekanan tersebut, Noh dalam kenyataan medianya semalam mengancam mengambil tindakan mahkamah terhadap media Selangor Kini yang menyiarkan tindakan pesawah yang menuntut beliau meletak jawatan.


http://razali01.blogspot.com
Photobucket

Dua Petanda ‘Perubahan’ Di JOHOR Telah Dikenal-Pasti

on



Tuan Guru Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS menegaskan perubahan boleh berlaku setelah dua perkara yang dike

nal-pasti berupaya menyumbang kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR) di Johor.

Menurutnya, kejayaan PAS yang telah memenangi dua kerusi di peringkat DUN sebelum ini membuktikan bahawa parti itu mampu bersaing dengan UMNO walaupun kononnya ia berada di kubu kuatnya.

Malahan pula, kemunculan PAS yang dahulu cukup asing bagi rakyat Johor sehingga setiap kali majlis penerangan dilakukan, didapati ia tidak mendapat sambutan bahkan masyarakat sendiri menolak tokoh kelahiran negeri ini.
Namun hari ini katanya, keadaan seperti itu sudah tiada lagi sebaliknya rakyat sentiasa dahagakan penerangan ekoran kehadiran yang ramai pada setiap majlis ceramah yang dianjurkan.

”Kita berjaya tembusi Johor kubu kuat UMNO. Dulu tokoh Johor Khalijah Sidek Pesuruh jaya Johor, bertanding di Marang, jadi Ahli Parlimen.

”Dulu tokoh Johor ditolak orang Johor sendiri. Hari ini, kita boleh (menang) masuk Johor.

”Tahun 60 an, (bila) datang ceramah. Penceramah lebih ramai daripada pendengar,” ujarnya sambil diiringi gelak ketawa orang ramai.

Disamping itu, kehadiran anak muda turut menyuntik dan menggerakkan kesedaran sehingga memberi kegerunan kepada UMNO lalu mencipta pelbagai formula untuk menyainginya.

”Merancang untuk tipu. Bukan tetapi tipu secara pilihan raya. Tipu undi, tipu rakyat, salah guna jentera kerajaan.

”Kita tak putus asa. Dalam perjuangan kita nak Pilihan raya bersih,” tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis ceramah sempena Sambutan 60 tahun PAS di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau dilaporkan berkata Islam mengajar bumi dan seluruh alam ini milik Allah swt. Oleh yang demikian peraturannya hendaklah dilaksanakan.

Katanya lagi, PAS cuba perkenalkannya dan berjaya menerapkan sistem itu secara adil di Kelantan hasilnya Gerakan Islam itu berjaya memecahkan tembok pemisah dengan bukan Islam.

Bagaimanapun beliau kesal dengan tuduhan PAS diperkudakan DAP sedangkan kerjasama politik hanyalah dalam titik persamaan kemanusiaan, manakala perbezaan pandangan itu haruslah diraikan.

”Rakyat banyak tak faham dan tak dapat maklumat (tentang) banyak perubahan dibuat negeri (yang) diperintah.

”Sekurang-kurangnya tak ada rasuah, tak ambil kesempatan kayakan diri, keluarga dan menantu.

”Ada fitnah, PAS diperkudakan DAP. Tak apa. (apa) yang pelik, UMNO diperlembukan. Ini pelik. Faham-fahamlah. Ini patut sudah sedarkan rakyat Johor,” katanya lagi sebagai mengulas isu penyelewangan wang rakyat berjumlah RM250 juta dilakukan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang didakwa melibatkan syarikat milik Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO.


Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List