Aku Lah Hang Tuah

on Jan 25, 2012











Dahulu Prof Khoo Kay Kim pernah berkata Malaysia tak pernah dijajah. Pandangan ini diikuti oleh anak kepada Kling. Terbaru Prof Khoo Kay Kim dilaporkan berkata tidak ada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah. Agaknya terlalu banyak sangat mengkaji serjarah demi mempertahankan kerajaan Umno, dapatan Prof ini pun menjadi haru-biru. Yang diterima sebagai fakta selama ini, kini terdedah sebagai ‘penipuan’ rupa-rupanya selama ini. Yang kena tipu pelajar, yang menipu yang terlalu mahu membodek Umno. Nasib lah 1Malaysia!

Tentang pandangan terbaru Prof Khoo, bagi aku tak kisah pun Hang Tuah wujud atau tidak!

Kalau takdir Hang Tuah pernah wujud dan takdir masih wujud sekarang ini, aku rasa lebih menyusahkan orang Melayu untuk menerima perubahan sebab melihat kepada karektor Hang Tuah seperti yang diceritakan, kebarangkalian dia menjadi ahli Umno totok adalah tinggi! Cara ketaatan Hang Tuah akan menyebabkan Hang Tuah tak akan pandai berubah ke arah melakukan reformasi. “Pangkah Umno, kalau Umno kalah orang melayu akan makan ubi kayu…hidup seperti dalam zaman Jepun lagi!!”! Dah…kalau mentality Hang Tuah macam ini, baik Hang Tuah tak payah wujud!!! Tak wujud pun tak apalah!!

Kalau Hang Tuah tak pernah wujud, mujur, kerana nama baik Hang Tuah sebagai lagenda dongeng Melayu tak akan tercemar! Ketaatan Hang Tuah kepada manusia membuta tuli, sebiji macam taatnya Umno totok kepada para pemimpin Umno! Ketaatan seperti ini, tak akan membawa orang melayu maju membina tamadun bangsa dan berjaya dalam persaingan global! Kalau Hang Tuah jadi ahli PAS tak apalah juga!

Yang penting bagi bangsa Melayu bukan sama ada wujud atau tidak Hang Tuah jika mahu menjadi bangsa yang progresif dan cemerlang tamaddun bangsanya, kembalilah kepada pegangan dan amalan Islam yang syumul. Menerima Umno akan menjauhkan orang Melayu dari menghayati dan mengamal Islam yang syumul. Hal ini telah terbukti selama 54 tahun merdeka, orang melayu semakin lemah dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, social, ekonomi, ilmu, politik dan akhlaq!

Terima dan amal Islam dan mengasihi serta meneladani Rasulullah SAW akan menjadikan bangsa Melayu hebat malah lebih hebat daripada bangsa lain yang telah maju. Sistem pendidikan untuk bangsa Melayu dan umat Islam wajib membangunkan setiap pelajar disamping menguasai ilmu dunia timur, barat, utara dan selatan, adalah generasi yang hafal dan memahami serta menghayati isu kandung Al-Quran dalam setiap apa yang difikir dan dilakukan.

Jika tidak, sama ada wujud atau tidak Hang Tuah, bangsa Melayu akan terus menjadi bangsa yang terpaksa mengemis, mengharap dan berebut duit bagai nak mati, sekadar Rm100-500 yang tidak sebanyak mana, yang akhirnya menjadi taik belaka, terutama di awal-awal tahun atau dekat-dekat Pilihanraya!



Photobucket

Rosmah No, Andrew Hornery Yes.

on Jan 24, 2012







Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Maklumat Asal

Photobucket

Negara Kita Negara Persekutuan, Bukannya Malayan Union

on



Negara kita ini adalah sebuah negara Persekutuan (federation) dan bukannya sebuah negara ‘unitary’. Putrajaya itu bukan pusat pentadbiran kerajaan pusat tetapi pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia. Persekutuan kita terbentuk pada 2hb Februari 1948 dalam mana kesebelasan negeri-negeri yang berada dalam Semenanjung menandatangani perjanjian untuk bersatu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Justru, kesemua negeri-negeri bersekutu dan tidak bersekutu serta dua buah negeri Straits Settlement Pulau Pinang dan Melaka membentuk sebuah persekutuan yang berpusat di Kuala Lumpur. Tidak perlu diulangi bagaimana persekutuan ini terbentuk kerana sudah terlalu banyak saya tulis sejak 3 tahun yang lepas. Tetapi yang penting di sebut pada hari ini ialah negeri-negeri merupakan negeri-negeri yang berlainan di bawah jajahan Raja-Raja nya dan kerajaan mereka sendiri.

Tetapi dengan wujudnya Persekutuan Tanah Melayu itu, negeri-negeri Sembilan negeri yang beraja dan dua negeri selat itu bersatu di bawah sebuah persekutuan. Maka selepas merdeka wujudlah sebuah negara persekutuan yang berdaulat dan tentunya kedaulatan kerajaan persekutuan itu datangnya dari kedaulatan negeri-negeri di dalam persekutuan itu.

Dalam sesebuah negara persekutuan, kerajaan persekutuan wajib menghormati kerajaan-kerajaan negeri di bawahnya sebagai negeri-negeri yang berdaulat. Kerajaan Persekutuan wajib menghormati rakyat negeri-negeri itu kerana rakyat negeri-negeri itu mempunyai legislatifnya sendiri. Siapa yang rakyat pilih itu wajar dihormati oleh pimpinan persekutuan.

Tetapi sejak 3 dekad yang lalu pimpinan persekutuan tidak menerima semangat persekutuan itu dengan kerelaan malahan persekutuan seolah-olah menjajah negeri-negeri di bawahnya terutamanya kepada negeri-negeri yang dipilih rakyat itu bukannya dari parti atau kelompok kumpulan pemimpin di peringkat persekutuan. Kerana apa semuanya ini? Politik kepartian dan lebih-lebih lagi politik peribadi mengatasi segala-galanya, waimma lebih kuat dari agama dan Tuhan.

Semangat dalam Perjanjian Persekutuan itu telah dilacurkan secara terang-terangan dalam isu royalti minyak bagi negeri Kelantan dalam mana Petronas (Kerajaan Persekutuan) enggan membayarnya kepada Kelantan semata-mata rakyat Kelantan memberikan mandat kepada PAS untuk memerintah negeri itu.

Barang diingat perjanjian ‘vestine’ di antara Petronas dengan kerajaan negeri Kelantan yang ditandatangani pada bulan Mei 1974 jelas adalah perjanjian Petronas dengan rakyat Kelantan yang diwakili oleh Dato Mohamad Nasir, Menteri Besar PAS Kelantan, semasa itu. Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato Mohamad Nasir itu menanda tangani ‘vestine deeds’ semasa itu merupakan perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Kelantan. Ia bukan perjanjian di antara Petronas dengan UMNO Kelantan.

Perjanjian yang serupa telah ditanda tangani oleh Petronas dengan semua kerajaan-kerajaan negeri tidak kira yang ditadbir oleh UMNO, PAS atau mana-mana parti sekali pun. Ia merupakan perjanjian Petronas dengan rakyat negeri-negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini.

Tindakan Dr Mahathir untuk tidak menghormati perjanjian di antara Petronas dengan rakyat Terengganu selepas pilihanraya 1999 dahulu menjelaskan kepada kita semua yang beliau (Mahathir) telah melanggar perjanjian di antara Kerajaan Persekutuan dengan rakyat negeri Terengganu dan sekarang dengan rakyat negeri Kelantan pula.

Tetapi Petronas telah kembali membayar royalti itu kepada negeri Terengganu setelah UMNO mengambil alih kerajaan Terengganu tetapi dalam bentuk dan cara yang agak pelik dan tidak begitu telus. Bagi UMNO Petronas hanya akan membayar royalti apabila rakyat negeri-negeri memberikan mandat kepada UMNO selepas mana-mana pilihanraya.

Ini merupakan pencabulan secara terang-terangan terhadap perjanjian ‘vestine’ yang ditanda tangani itu dan juga merupakan pelacuran terhadap semangat persekutuan yang kita telah wujudkan itu. Itulah sebabnya saya selalu berkata yang pimpinan UMNO hari ini hanya bernafsu uintuk berkuasa tetapi tidak tahu asas keperluan untuk memimpin sebuah negara persekutuan seperti negara kita ini.

Bagi mereka, kuasa itu modal untuk membina kekayaan dan membentuk beberapa ‘warlords’ yang akhirnya mempengaruhi sistem berpersekutuan kita ini. Bagi mereka itu ‘kuasa’ adalah ‘ultimate’. Samada moral itu terpilihara atau tidak itu tidak menjadi hal. Negara jahanam dan rakyat porak peranda, itu bukan tanggungjawab mereka.

Saya mencadangkan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan forum terbuka tentang isu ini kerana ia adalah isu yang sangat penting Isu ini telah dilalaikan sehinggakan pimpinan sekarang sendiri tidak memahami konsep ‘Federalism’ yang kita sepatutnya amalkan selama ini.

Oleh kerana tidak memahami Perjanjian Persekutuan dan semangat yang ada bersamanya itulah yang menyebabkan masih ada rakyat yang masih menyokong kumpulan yang hendak menjahanamkan persekutuan kita ini.

Kita tidak mahu lagi melihat semangat persekutuan ini terus menerus diporak perandakan oleh elemen-elemen penjajahan seperti tindakan-tindakan yang menyerupai seperti Malayan Union dilakukan oleh kerajaan persekutuan terhadap negeri-negeri yang berada di dalam wilayah persekutuan, bernama Malaysia ini.

Rakyat telah menolak Malayan Union dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, kenapa pula dalam perlaksanaannya diperlakukan seperti kita masih berada di dalam kerajaan Malayan Union?



Maklumat Asal

Photobucket

Ingat Selangor Ini Negeri Mak Bapak Dia Ke?

on


"Ingat Selangor  ni negeri mak bapak kau ke....?"
kata Ibrahim Ali


Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, kritikannya terhadap pertukaran portfolio agama negeri tiada kena mengena dengan kedudukan Sultan Selangor.


Lagi pun, katanya, PERKASA selama ini konsisten membela institusi raja-raja Melayu.


"Nak halang saya masuk Selangor. Wah, apa Faekah ingat Selangor ini negeri mak bapak dia ke?"kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.


Menteri besar Selangor pagi ini dilaporkan akan berbincang dengan penasihat undang-undang dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Ibrahim yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.


Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin menyifatkan kenyataan itu sebagai penghinaan kepada Sultan yang memperkenan perkara itu dan mencadangkan Ibrahim dihalang menjejakkan kaki di Selangor.


Dalam kenyataan segeranya petang ini, Ibrahim berkata, beliau bersedia sekiranya kerajaan negeri memutuskan mahu mengambil tindakan undang-undang ekoran kenyataannya sebelum ini.


"Jika mereka nak saman saya, samanlah. Saya tak boleh buat apa-apa. Biar mahkamah putuskan apa yang saya kata 'mungkin' berlaku itu dan ini, salah atau tidak. Kalau salah saya masuk jail, tak ada hal," katanya.


Menjelaskan kenyataannya semalam, Ibrahim berkata, bila ditanya pemberita pandangannya tentang perkara itu, beliau menjawab:


"Jika Khalid MB pegang hal ehwal Islam, mungkin itu dan ini akan berlaku hal-hal yang berkaitan dengan Islam".


"Itu cabaran padanya," katanya lagi.


Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.


Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.




Sumber
Photobucket

Samseng Jalan Kebun

on

SEBELUM ini kita dah dedahkan no pendaftaran motorsikal yang ditunggang oleh samseng-samseng Umno Jalan Kebun yang menyerang program ceramah Asal Bukan Umno, ABU dan merosakkan beberapa buah kedai penjaja Melayu serta mencederakan seorang lelaki India rujuk sini [no plate]

Di bawah ini gambar ketua samseng yang dipetik daripada rakaman video saat dia sedang beraksi menghalau dan memaki hamun orang ramai yang berada di dalam dewan MBSA, Jalan Kebun.

Saat ini difahamkan tiada penduduk beragama Islam di dalam dewan kerana mereka sedang menunaikan solat di masjid berhampiran. Hanya sekitar 100 orang penduduk bukan Islam berada di dalam dewan.

Malays are usual very good and friendly people. This thug, Baharom has disgraced the Malay community on the whole even if he had been engaged by Perkasa or UMNO (as claimed) to carry out this indecent act of disrupting a peaceful ceramah.













sumber
sumber


Photobucket

Bekas Menteri dan Sandwich China Dolls

on Jan 23, 2012



Bagi mendapatkan tandatangan  pada surat permohonan dan juga untuk lain-lain kontrak membekalkan kepada kementeriannya satu ketika tidak berapa lama dahulu, si pembekal yang berminat dikehendaki menyediakan pelacur dari Republik Rakyat China dan beberapa biji pil viagra.

Ini kerana Menteri tersebut ketika itu didakwa gemar mengadakan hubungan seksual dengan 2 orang pelacur dari China sekaligus. Bukan pelacur dari Bollywood walaupun Bollywood lebih sesuai dengan karektornya.

Lokasi dan stok akan disediakan oleh beberapa kumpulan usahawan berketurunan cina dari utara tanah air yang amat dipercayai oleh  Bekas Menteri itu. Lokasinya di sebuah hotel suite terkemuka di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Modus operandinya simple. Usahawan-usahawan tersebut akan menyediakan sekumpulan 3 ke 6 orang pelacur dari China bermula dari jam 6 petang di suite kebiasaan mereka. Menteri itu akan tiba bergantung kepada kesesuaian waktunya dan akan memilih dua daripada pelacur-pelacur yang ada, kemudiannya menelan setengah biji pil viagra dan masuk ke dalam bilik.

Usahawan-usahawan itu kemudiannya akan menggunakan baki pelacur yang tidak terpilih oleh Menteri tersebut sambil berjudi sementara menanti Menteri itu selesai. Selalunya tidak lama, hanya dalam lingkungan 40 minit ke satu jam.

Apabila keluar daripada bilik, Menteri ini sudah siap mandi dan menandatangani apa-apa yang perlu diminitkannya sebelum terus beredar.

Bagaimanapun itu cerita sedekad lebih yang lalu.

Bekas Menteri ini kini mendakwa PAS adalah parti politik terbaik dan Husam Musa adalah ahli politik paling bersih. Bekas Menteri ini kini sibuk ke sana dan ke mari untuk mengumpulkan kekuatan bagi menggulingkan YAB Dato’ Seri Najib Razak dari terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke 13.

Tidak diketahui sama ada tindakannya untuk menggulingkan Najib Razak adalah kerana beliau benar-benar kecewa dengan Perdana Menteri Malaysia itu atau kerana kisah ‘Sandwich China Dolls’ nya itu diguna oleh pihak tertentu dalam kepimpinan pembangkang untuk menekannya melakukan apa yang sedan dilakukannya sekarang.

Apa yang pasti beliau kecewa kerana segala usahanya melobi untuk menjadi pengerusi sebuah syarikat milik kerajaan tidak dilayan oleh Perdana Menteri.


Maklumat Asal

Photobucket

Hassan Ali terlalu kerap terhantuk bendul!

on



Hassan Ali nampaknya bagaikan orang yang terhantuk bendul, dahi benjol lantas kepala pening lalat dan cakap meracau. Walaupun Tuan Guru Nik Aziz sudah berpesan agar 'jaga mulut' tapi nampaknya dia terus meracau macam orang tersampuk dan tidak boleh kawal diri.

Seminggu dua ini selepas dipecat dari PAS macam-macam yang terkeluar dai mulutnya. Entah dia sedar atau tidak waktu bercakap itu, tak dapat dipastikan. Namun nampak macam sedar tapi apa yang terpacul dari mulutnya, macam orang tak sedar!

Bermula dengan bebelannya yang konon pemecatannya adalah keputusan drastik (mana ada keputusan pecat ahli parti tidak drastik?) yang dibuat terhadapnya, dia juga mengaitkan konon dia dipecat kerana Anwar Ibrahim. Dia terus meracau, PAS dikuasai parasitlah, PAS dipijak-pijaklah, PAS pak turutlah, penggantinya yang memegang exco agama Islam kerajaan Selangor sekarang tak layaklah, pemimpin 'ajar' ahli PAS parti PAS setaraf dengan agama-lah dan terbaru dia macam mengatakan para pemimpin utama Pakatan Rakyat berpakat berusaha memecatnya dari PAS kerana konon perjuangan Islam, Melayu dan Rajanya? Fuh...hebat Hassan Ali!!

Apa nak dikatakan pada Hassan Ali selain dari ‘perut kembung kentut busuk’! Dia hanya nampak segala keburukan kepada PAS sahaja sekarang. Kecamannya kepada PAS dan para pemimpin PAS , baginya adalah perjuangan Islam yang paling utama sekarang ini, yang dilakukannya. Agaknya bagi Hassan Ali kalau benar-benar nak berjuang Islam, Melayu dan Raja, jom ikut dia kecam jemaah PAS lumat-lumat siang dan malam macam Umno buat. Itu yang paling afdhal sekarang, kalau tidak begitu, bukan perjuangan tulin Islam, Melayu dan Raja namanya?

Semakin lama berpisah dengan jemaah PAS, semakin kuat meracau Hassan Ali ini. Agaknya setiap hari sebaik terbuka kelopak mata, dia terus nampak PAS. Sebaik ternampak dan terbayangkan PAS dia akan memanggil-manggil media-media Umno yang turut menjadi pihak-pihak yang ‘terlalu cakna’ dengan perjuangan PAS sejak akhir-akhir ini walaupun sejak dulu lagi, siang dan malam dok kutuk PAS. ’Kecaknaan’ Hassan Ali yang turut dikongsi oleh media-media Umno antaranya ialah PAS sudah terluar dari dasar perjuangan negara Islamnya, PAS kuda tunggangan DAP, PAS Pak turut Anwar Ibrahim, ada parasit dalam PAS yang tidak suka kepada perjuangan Islam, Melayu dan rajanya dan macam-macam.

Oleh kerana meracau yang cukup kuat akibat dari demam panas kerana terkejut beruk dipecat dari PAS, Hassan Ali akan terus nampak seolah-olah hanya PAS menentangnya dalam perjuangan Islam, Melayu dan rajanya! Jika itulah asas perjuangan Hassan Ali diharap Hassan Ali yang hanya pandai bercakap ini, tengok-tengok juga ke sebelah sana ia itu di pihak big brother Umno/BN. Hassan Ali harus kecam orang yang menentang PAS kerana menuduh hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS itu sebagai Hudud PAS. Atau orang-orang PAS nak tengok Hassan Ali yang begitu kamcing dengan big brother Umno demi mempertahankan aqidah dan perjuangan Islamnya, buat hudud yang sebenar-benarnya untuk dilaksanakan di Malaysia ini. Jangan hanya bercakap banyak konon berjuang tegakkan aqidah Islam!

Hassan Ali kata dalam PAS ada parasit kerana semata-mata parasit-parasit yang dimaksudkan oleh Hassan Ali itu lebih taatkan jemaah dan para pemimpin PAS daripada dirinya, apakah dalam Umno tidak ada parasit yang lebih berbahaya?

Isu lembu NFC, isu belanja mewah di seluruh dunia dan yang terbaru di Australia, isu komisyen kapal selam, isu merisik bakal menantu guna duit rakyat, isu guna duit zakat untuk halang qazaf, isu rampas tanah Melayu di Kuala Lumpur, isu lynas, isu VVIP suka berfoya-foya dengan perempuan-perempuan cantik, isu rasuah dan pecah amanah sana sini, isu Taib Mahmud, isu isteri menteri tak pakai tudung dan seumpamanya, itu semua bukan parasit ? Kalau orang kata Hassan Ali gelap mata dan meracau mungkin dia marah, tapi itulah hakikat Hassan Ali sekarang, perasit yang sebenar-benarnya tidak difahami dan dikenali!

Sebenarnya, sesudah dikeluarkan dari PAS apa hak Hassan Ali untuk mengatakan PAS di pijak-pijak dan PAS Pak turut, PAS diperlekehkan kerana tidak dilantik Exco Agama?

Hasan Ali tak payah risau, lantak PAS-lah nak jadi macam manapun, biar rakyat yang menentukan nasib PAS. Biar ahli-ahli PAS yang caknakan PAS, mereka lebih tahu dari Hassan Ali hendak menjaga PAS. Lebih baik Hassan Ali risaukan diri sendiri kerana PRU ke 13 nanti sudah semakin hampir. Gagah sangatkah Hassan Ali untuk 'berdepan' dengan Ezam Sesumpah dan Noh Omar atau mungkin Khir Toyo di Selangor atau bagaimana nasib berdepan rakyat dalam PRU ke13 nanti?

Cuba Hassan Ali celik mata luas-luas, apakah Umno tidak pernah dipijak-pijak oleh MCA? Tak pernah menjadi Pak Turut kepada Gerakan di Pulau Pinang? Dan tengok juga diri sendiri yang telah termasuk perangkap UMNO! Tidakkah itu namanya Pak Turut dan kamu sedang dipijak-pijak dan dipergunakan sebagai alat tuan punya media-media yang kamu meracau setiap siang dan malam itu untuk menghancurkan PAS?

Kita hendak melihat ke mana Hassan Ali dalam meracaunya itu. Ke Umno, untuk turut membersihkan tong taik dari dalam, dengan perjuangan apa yang dikatakan aqidah islami, Melayu dan Raja? Ke Perkasa yang cakap berdegar-degar taik lekat digelagar dengan membawa perjuangan aqidah, Melayu dan Raja? Hassan Ali akan menubuh parti politik baru yang mungkin bernama PAS Baru macam Umno Baru demi perjuangan apa yang disebut-sebut aqidah Islami, Melayu dan Raja itu? Atau Hassan Ali akan menjadi pakar motivasi tin kosong, melukut di tepi gantang, habis manis sepah dibuang kepada mereka yang mempergunakannya sekarang? Kesian Hassan Ali!



Photobucket

Semburan Api Dari Matahari Tiba di Bumi

on



Sebuah lidah api raksasa menyembur dari Matahari pada 19 Januari 2012. Semburan itu melontarkan gelombang plasma yang memicu munculnya aurora atau cahaya indah di kawasan langit utara saat partikel tersebut tiba dengan bagian atas atmosfer Bumi.

Menurut para pengamat luar angkasa, letusan Matahari itu – dikenal juga dengan coronal mass ejection – terjadi sekitar pukul 16.00 GMT pada Kamis lalu. Partikel-partikel dari ledakan tersebut terlempar ke arah Bumi dengan kecepatan sekitar 1.000 kilometer per detik.

“Saat menghentam, badai geomagnetik besar muncul, dan saat awan partikel tersebut tiba, terlihat aurora di kawasan high sampai middle latitude,” sebut pengamat ruang angkasa, dikutip dari Spaceweather, 22 Januari 2012.

Sejumlah teleskop ruang angkasa termasuk Solar Dynamics Observatory (SDO) dan Solar Heliospheric Observatory (SOHO) milik NASA berhasil membuat foto dan merekam video letusan Matahari tersebut.

Menurut Space Weather Prediction Center, letusan Matahari itu muncul dari sebuah kelompok bintik Matahari aktif yang disebut dengan Region 1401. Dan pada letusan kali ini, tak hanya satu lidah api yang muncul. Satu solar hotspot lain, yang disebut dengan Region 1402, juga melontarkan lidah api.

Dari skala yang dibuat oleh astronom untuk menentukan kekuatan letusan, lidah api yang terlontar Kamis lalu itu sendiri dikategorikan sebagai M2-class sun storm, badai Matahari yang kuat. Badai Matahari M-class sendiri merupakan badai yang kuat tetapi hanya terlontar hingga jarak menengah.

Posisnya berada di antara lidah api C-class yang lebih lemah dan badai Matahari X-class yang sangat kuat yang bisa menghadirkan ancaman bagi satelit dan astronot yang sedang berada di orbit Matahari. Letusan dari badai X-class juga bisa mengganggu dan merusak infrastruktur komunikasi jika ia tepat mengarah ke Bumi.

Matahari sendiri kini tengah berada di tengah fase aktif dalam siklus 11 tahunannya. Menurut NASA, siklus badai Matahari yang saat ini terjadi, disebut dengan Solar Cylce 24, kemungkinan akan sampai puncaknya di tahun 2013 mendatang.

sumber : VIVAnews



Photobucket

Kenapa Takut Sangat Bila Peguam Negara Buat Rayuan...?

on



Sekalian pemimpin Pakatan Rakyat meroyan sakan apabila Peguam Negara membuat rayuan kes liwat ke Mahkamah Rayuan. Awal-awal lagi Pakatan Rakyat, terutama sekali ‘Supreme God’ DAP, Lim Kit Siang berkata, rayuan tersebut merupakan usaha terdesak UMNO untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Manakala pemimpin-pemimpin PKR pula menyatakan bahawa pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi 9 Januari lalu hanyalah umpan semata-mata.

Satu perkara yang mereka semua terlupa, Anwar bebas pada 2004 kerana keputusan Mahkamah Persekutuan, bukannya Mahkamah Tinggi. Anwar telah membuat proses rayuan sehinggalah ke Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi di Malaysia. Kalaulah keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Julai diterimapakai dan proses seterusnya ditolak, mengapa pula pembebasan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu peribadi isterinya, Azizan dan menyalahgunakan kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak langsung dipertikaikan?

Pada masa yang sama, kekasih Anwar, Azmin Ali pula menyatakan, kebenaran Anwar akan terserlah walaupun keputusan 9 Julai dibawa ke Mahkamah Rayuan. Sebagaimana kekasih-kekasih Anwar yang lain, Anwar tidak dilihat sebagai makhluk yang bersalah walau apa pun yang dilakukannya.

Itu tidak menjadi satu kehairanan memandangkan sikap membuat penafian sudah menjadi darah daging para penyokong Anwar Ibrahim. Malahan perlu juga diakui, Anwar merupakan seorang yang sangat hebat.
Video seksnya dengan China Doll pada 21 Februari 2011, tidak diterima langsung oleh para penggemar Anwar Ibrahim. Menariknya, penafian mereka itu sehingga menelurkan pelbagai teori dan kesimpulan yang bukan sahaja lawak, bahkan membodohkan mereka sendiri.

Dan akhirnya mereka pun membuat kesimpulan terbodoh setelah bertungkus lumus bercerita dan berkempen tentang perlunya pemimpin yang bersih serta bermoral tinggi. Kata mereka, kalaupun Anwar berjubor di hadapan mata, mereka tetap akan menyanjung dan menyokong Anwar kerana karisma serta kepimpinannya. Masalah peribadi Anwar, tidak mereka hiraukan kerana ia kekal sebagai masalah peribadi.

Namun pada masa  yang sama, kaedah politik yang mereka sendiri gunakan adalah menyerang peribadi lawan sepertimana yang berlaku kepada Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya kerana masalah National Feedlot Corporation yang sebenarnya bukan bermasalah pun. Pembelitan fakta serta laporan Ketua Audit Negara, telah digunakan semaksima mungkin untuk menghapuskan terus Shahrizat Abdul Jalil dari arus politik negara.
Kini, para pemimpin Pakatan Rakyat kembali memperlekehkan sistem perundangan Malaysia. Mereka berusaha menanam persepsi yang salah dalam pemikiran rakyat Malaysia. Proses biasa perundangan, dipersulitkan dengan cerita dan kisah konspirasi yang konon-kononnya memang hendak mengenakan Anwar Ibrahim. Atau lebih tepat lagi, proses perundangan tersebut membodoh-bodohkan rakyat walhal proses itulah yang telah membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara pada tahun 2005 dahulu.

Mengapa pula kali ini, para pemimpin Pakatan enggan membenarkan proses perundangan itu berjalan seperti biasa? Mengapa hanya terhenti setakat keputusan Mahkamah Tinggi? Mengapa pula dikatakan kerajaan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar Ibrahim?

Atau pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya mengharapkan hasutan mereka dapat meningkatkan kemarahan rakyat, terutama para penyokong Pakatan yang tidak pernah dapat menggunakan akal mereka secara waras memandangkan dari awal lagi, para pemimpin Pakatan Rakyat sudah berterus-terang bahawa proses perundangan berikutnya tidak perlu dilakukan lagi oleh Peguam Negara.

Jangkaan awal mereka bahawa Anwar Ibrahim akan disabitkan dengan kesalahan kerana konspirasi akan dibenarkan menerusi keputusan Mahkamah Tinggi, tetapi apabila Hakim Mahkamah Tinggi tidak memberikan keputusan sebagaimana yang mereka harapkan, mereka jadi bingung?

Tentu ramai yang tertarik, mengapa para pemimpin Pakatan Rakyat takut sangat apabila Peguam Negara buat rayuan…


Maklumat Asal


Photobucket

Selepas Teori Rahman, Teori Anwar Pula

on






Cuba korang isikan teori Anwar tu, agak agak jadi macam mana eek.
Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List