Tengku Razaleigh Minta Nizar Siap Sedia Bentuk Kerajaan Perak!

on Apr 12, 2012




Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini berkata, pihaknya telah disarankan olehTengku Razaleigh Hamzah untuk bersiap sedia untuk kembali mengambil alih Perak memandangkan Umno di negeri itu berkemungkinan tewas ketika pilihan raya umum akan datang.

Adun Pasir Panjang itu menjelaskan, dalam pertemuan dengan Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) itu di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu, veteran Umno itu menasihatkan Pakatan Rakyat (PR) Perak supaya bersedia untuk perubahan kuasa di negeri tersebut.

“Terdapat khabar angin Umno Barisan Nasional (BN) mungkin hanya mampu mengekalkan tiga negeri sahaja dalam pilihan raya kali ini,” katanya merujuk kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ku Li pernah memberitahu saya untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlakunya peralihan kuasa di Perak dalam perjumpaan kami pada 1 April di Ipoh.”

Jelas Nizar, situasi itu dibuktikan dengan kekerapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Perak berbanding negeri-negeri lain.

Menurutnya, masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno BN kerana mereka melihat Umno BN sudah tidak lagi mampu membawa suara mereka berhubung skandal Pusat Fidlot Nasional dan juga isu pembelian cincin isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

“Masyarakat di kawasan pedalaman sudah menolak Umno. Mereka terkesan dengan isu penternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), dan juga cincin (Datin Seri) Rosmah Mansor,” katanya ketika memberikan ucapan sewaktu pidato bertajuk “Pendidikan Percuma: Apakan Sekadar Mimpi” anjuran Malaysia Bangkit di sini.

“Kita dapat lihat perdana menteri lebih kerap berjunjung ke Perak berbanding negeri lain.”

Jelas pemimpin PAS ini, kedua-dua isu tersebut bakal mengalih undi masyarakat pedalaman dan PR berkemungkinan besar bakal mengambil alih Perak.

“Kita akan terus gunakan isu-isu tersebut sebagai kempen pilihan raya. Rakyat peka dengan isu-isu seperti ini.

“Mungkin kita akan buat dua poster berkenaan isu-isu itu dan edarkan di Perak sebagai salah satu strategi kempen kami,” katanya lagi.


Photobucket

Amaran Tsunami di Malaysia .

on Apr 11, 2012

Terkini, Jambatan Pulau Pinang telah ditutup untuk kenderaan awam seketika ekoran gempa bumi di Acheh. Perkhidmatan Feri akan diberhentikan bila-bila masa sahaja. - Info IPD Pulau Pinang.


Maklumat di Acheh pula, bekalan elektrik disana juga telah terputus. Banda Acheh dijangka bergelap malam ini. Usaha menyelamatkan diri dan keluarga dari kawasan gempa masih lagi diteruskan .







Photobucket

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0

on

Ku Li nyata sokongan perhimpunan Bersih 3.0




 Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zayadi Awang Noh secara terbuka menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 bagi memastikan pilihan raya lebih adil dan telus.

“Kita mahu peranan media lebih adil dan bebas. Begitu juga dengan penggunaan jentera dan kakitangan kerajaan ketika pilihan raya tidak boleh disalahgunakan. Kita mahu pilihan raya benar-benar adil dan bebas.

“Malah ia selaras dengan tuntutan Angkatan Amanah Merdeka. Jadi saya serah kepada ahli-ahli Amanah untuk hadir pada perhimpunan tersebut pada 28 April ini,” kata Tengku Razaleigh menjawab soalan penonton pada Bicara UT6 – PRU-13 Perjuangan dan Amanah di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Program itu anjuran bersama www.uttv.biz turut diadakan pelancaran Amanah peringkat negeri Kelantan. Dr Zayadi dilantik sebagai pengerusi Amanah Kelantan.

Bekas veteran Umno Ketereh, Sabri Shafei bertindak sebagai moderator. Turut hadir veteran Umno, Datuk Mazlan Harun dan Tamrin Ghaffar. Dewan konvensyen penuh dengan gabungan antara penyokong Umno, PAS dan PKR. Malah ramai yang datang dari Gua Musang.

Perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28 April ini ekoran banyak pihak tidak berpuas hati terhadap tuntutan Bersih 2.0 tak diterima kerajaan sepenuhnya biar pun Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Seorang penonton tiba-tiba meneriakkan Tengku hendak pergi ke.. Tengku Razaleigh menjawab itu terpulang kepada ambo hendak pergi atau tidak pada perhimpunan tersebut.

Program Biacara UT6 sendat dengan pelbagai isu menarik yang berlaku sekarang. Seorang anak muda mengajukan soalan agak panas dengan menanyakan bilakah Ku Li dan Dr Zayadi mahu meninggalkan Umno memandangkan parti itu didedah mereka sarat pelbagai penyelewengan.

Dr Zayadi yang pernah dilucut jawatan sebagai Exco Umno Malaysia selepas penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan sokongan padu terhadap usaha dilakukan Bersih 3.0.

“Siapa yang takut kepada Bersih bermakna dia itu kotor. Begitu juga kalau ada orang takut kepada Amanah dia itu khianat. Jadi tidak ada sebab untuk tidak menyokong Bersih 3.0,” ujarnya.

-harakahdaily



Photobucket

Pakatan akan calon pegawai tentera, polis

on

Pakatan Rakyat bakal melakukan kejutan dengan menurunkan bekas pegawai tinggi tentera dan polis sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.






Photobucket

Gempa magnitud 8.7 di laut Sumatra, amaran tsunami

on


Aceh, Phuket dan Gempa 8.7 [gambar gambar]














sumber gambar - twitter
 kisah nya kat sini


Photobucket

Isu Task Force Beri Warganegara Percuma :- Mana Media, NGO Patriotik...?

on

Mana badan-badan NGO yang selama ini bertempik mempertahankan kedaulatan negara, bangsa dan tanahair, kenapa sunyi sepi seolah olah mereka merestui nya.


Apa erti kuasa politik seandainya keputusan politik ditentukan oleh warga asing yang diberi kad pengenalan sehingga mereka mendapat hak yang sama dengan bumiputera dalam negara ini?


Tindakan melampau ini tidak seharusnya dipandang sepi oleh pengamal media, sehingga tiada satu pun media arus perdana yang mengangkat isu ini.



baca kisah nya kat sini......





Photobucket

Siapa Dalang Yang Mahu Menjatuhkan Azmin Dari Dalam...?

on

Semua ini tidak mustahil kerana nama Azmin telah disebut-sebut akan menggantikan Menteri Besar Selangor sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kuasa di negeri tersebut selepas PRU13.  
Dengan kedudukkannya sebagai Pengerusi PKR Selangor, beliau dilihat sebagai calon favorite bagi jawatan tersebut.






Photobucket

Hanya Pengamal Rasuah Akan Kata Negara Akan Bengkrap.....!

on

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata negara akan muflis dalam tempoh dua tahun jika Pakatan Rakyat memerintah dan menunaikan tiga perkara yang dijanjikan.

Memang la, yang nak bagi kat rakyat, negara akan bankrap. Yang hampa sapu, RM250 juta sini, RM589 juta sana, RM17 bilion, RM28 bilion, tak bankrap.







Photobucket

'Letih pilihan raya' yang belum tiba

on

Inilah satu kuasa yang luar biasa. Bayangkan seorang pemimpin (dan penasihatnya) berkuasa untuk menentukan pertempuran pilihan raya umum.


Tidak seperti sistem pilihan raya Presiden, sistem Parlimen ala Westminster yang kita warisi dari Britain memberi kebebasan sepenuhnya kepada perdana menteri bubarkan perhimpunan legislatif untuk pilihan raya.





Photobucket

UMNO : dari Pendita Zaaba ke Pendita Syed Putera

on

Dahulu di pinggirkan oleh UMNO, sekarang di cari cari untuk memberi jampi serapah penguat semangat. Tun Daim jadi macam bomoh besar menggantikan swami ji atau bomoh dari Indonesia yang selalu di rujuk oleh pimpinan tertingi UMNO.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List