Harga nya RM 2.04 Juta

on Jun 1, 2012




1 Jun 2012 - Dua kumpulan ‘K-Pop’ yang diundang itu ialah Dal Shabet dan Teen Top.. ada satu blog pencacai UMNO kata menjemput mereka ini adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia oleh Kementerian Belia dan Sukan..

Untuk dua kumpulan dari Korea itu pula bayaran buat mereka adalah RM2.04 Juta…

Apakah jenis pengisian rohani yang belia Malaysia dapat hasil dari RM2.04 Juta yang dibayar kepada artis 'K-Pop' itu?



Photobucket

Terkejut....

on



1 Jun 2012 - Police will take action against any groups or individuals causing trouble or chaos during the ‘Green Gathering to Putrajaya’ organised by PAS at the Darul Aman Stadium in Alor Setar tomorrow.
Kedah deputy police chief Abdul Ghafar Rejab said the police would also stop any attempt by other parties to hold provocative demonstrations at the same location....(continue here )

All this is certainly coming as a major shock to me. Since when did our ROYAL police moved their asses to help any Opposition organised gathering ?? Or even came to the aid of victims cornered by morons from Perkasa or UMNO ? Or where were these cops when Ambiga's neighbourhood was turned into a "pasar burger malam" when one idiot even offering her, a vegetarian and devout Hindu, beef-burgers or when aging ex-servicemen came mooning with their stinking asses in front of Ambiga's private residence one morning ?

Where were these mongrels-in-blue when Nurul was rudely interrupted and mocked at a Pantai Dalam ceramah and again when at a Anwar gathering a stone thrown by a hooligan from UMNO bloodied an elderly man in the crowd ?

Where were the cops when a bunch of the lowest life-forms imaginable went visiting the chief minister of Penang with bras and panties, cakes in the shape of human shit, and even a coffin to make their frustrations heard. Or where were the police when these same mutherfarkers held Hindu death-rites at the entrance of Lim Guan Eng's residence ?

And last but not least, we now have an ex-IGP with an obvious hatred for anything Opposition, heading a probe into the Bersih3 fracas ! Do we honestly have any faith or trust on our brute police force to do the needful at such Opposition gatherings ? The police are now famous for turning a blind eye to any misdeed done by any hackling UMNO mobster in any Opposition gathering. Just give me one reason why we should trust the words of this copper !

I would rather believe and place my trust on Unit Amal, the T-shirted boys-in-maroon and security arm of PAS any day, when it comes to discipline, respect and crowd control. Guess we the rakyat have seen enough police inaction online and on YouTube to draw our own conclusion, yes ?

Just out of curiosity, why did this Kedah deputy police chief Abdul Ghafar Rejab particularly say
"....such as an explosion” ? Am I wrong to be worried of that remark, all of a sudden ? 


sumber
Photobucket

Tsunami Politik PRU13 Dari Selatan

on

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali


1 Jun 2012 - Jika perubahan senario politik empat tahun lalu dikaitkan dengan tsunami politik dari utara, perkembangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa akan bertolak dari selatan Semenanjung - yang Pas mengatekorikan sebagai "tsunami dari selatan."

"Pada PRU kali ini, saya melihat kecenderungan tsunami muncul dari arah selatan di mana sokongan di negeri Johor khususnya semakin meningkat, tidak seperti dahulu di mana kita sering hilang deposit. Kita nampak peningkatan kali ini," kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dalam temu bual dengan Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam.

Ekoran tsunami politik 8 Mac 2008, Pas-DAP-PKR yang membentuk kerjasama politik, menawan kuasa kerajaan negeri di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Kelantan diterajui Pas sejak 1990. Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak tumbang awal 2009 ke tangan Barisan Nasional (BN).

Selain lima kerajaan negeri itu, ketiga-tiga parti itu turut memperoleh 84 kerusi Parlimen, sekali gus menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN.

Selepas kejayaan itu, ketiga-tiga parti tersebut membentuk kerjasama politik atas nama Pakatan Rakyat (PR).

Mengulas lanjut, Mustafa berkata, pihaknya yakin bahawa tsunami politik kali ini akan muncul dari selatan sebab "tsunami dari arah utara sudah kering, sudah tepu."

"Jadi tsunami dari arah selatan pula," katanya secara berseloroh tetapi memperlihatkan keyakinan perikatan berusia empat tahun itu.

Dilihat ada kaitan dengan tanggapan itu, Pas mahu menurunkan Naib Presidennya, Salahuddim Ayub bertanding di Johor.

Sebelum ini, Salahuddin mengesahkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan ia akan menjadi keutamaan beliau.

Sebelum ini, Salahuddin, anak kelahiran Johor, bertanding kerusi Parlimen Kuala Krai.

Bertolak dari itu, menjawab soalan berapa negeri yang PR yakin akan menang pada PRU13, Mustafa berkata, negeri-negeri yang dimenangi sebelum ini akan dikekalkan.

"PR yakin untuk menang (balik) di Perak,  Terengganu, Negeri Sembilan, (manakala) Johor, Melaka dan negeri yang lain akan berlaku peningkatan sokongan terhadap PR.

"Di Pahang, keluasannya besar dan merupakan negeri (kelahiran) Perdana Menteri, tidak mudah bagi PR tetapi yakin akan berlaku peningkatan sokongan," kata pemimpin dari Terengganu ini.






Photobucket

Azmin Ali ada 47 saman trafik...?

on May 31, 2012

azmin-formalxx

31 Mei 2012 - Dicelah Azmin Ali tengah bersilat menghadapi isu dakwaan memiliki  jutaan ringgit dan harta bertimbun masa jadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri dulu...ini ada satu hal lagi yang beliau perlu jawab.
 
Ia bukan soal Shamsidar dan juga bukan  hal politik.
 
Isunya soal disiplin diri seseorang dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
 
Rabu tersebar di internet senarai saman trafik yang YB Azmin kena setakat 25 Mei,2012.Jumlahnya bukan sedikit....47 saman.
 
Semua saman itu belum dijelaskan.
 
Saman-saman ini kena pada keretanya yang pakai nombor plat glamour  BBM3. ( Berapa ringgit bida untuk nombor ini ? )
 
Ada kerana memandu laju dan ada kerana langgar papan tanda lalulintas.
 
Sebagai wakil rakyat yang sepatutnya mengamalkan kepimpinan melalui teladan...ini sudah kira foul.

Mungkin Azmin yang berjawatan Ahli Parlimen Gombak,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR boleh bagi alasan sibuk terpaksa segera berkejar ke sana kemari 'mengejar undi'.

samanaaxx
 
Namun undang-undang tetap undang-undang.
 
Jangan pula kata samam-saman ini kerana pilihanraya sudah dekat.
 
Bukan satu,dua,tiga,10 atau 11 tetapi 47 kali.
 
Hati-hati di jalan raya...undi tidak boleh bawa mati.
 
Tidak tahulah samaada PKR nak tabur janji semua saman trafik 'kira beres' jika pakatan pembangkang menang PRU13.

Kalau PTPTN nak dimansuh...apa sangat saman trafik.
 
Janji macam itu memang 'boleh jual' untuk pancing undi.

Slogan yang cantik untuk bahan kempen itu 'biar mati katak...asal undi pakatan' 




Photobucket

APA SEBAB PREBET ADAM MENGAMUK......???

on



Pada malam 18 oktober 1987, prebet adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya. Prebet adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Pada mulanya, prebet adam telah pergi menembak di sebuah stsyen minyak esso disitu yang terletak berhadapan dengan Maybank. Nasib baik tidak meletup. Kemudian dia lari pergi menembak ala-rambo membuta tuli dan telah terkena sorang cina di hadapan Hankyu dan soeorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Yang peliknya, orang Malaysia sedikit pun tidak lari menyelamatkan diri mahupun meniarap ketika ditembak malah pergi mengikut mengejar prebet adam dari belakang sampai ke Kampung Baru. Jika di Amerika Syarikat, tentunya semua sudah menjerit, maklumlah, merekapenakut sebenarnya, haha~

Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chowkit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan dimerata bangunan disitu bagi mengesanprebet adam namun gagal. Cerdik juga prebet adam kerana dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran prebet adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelanh dikepung polis pun, prebet adam tetap enggan menyerahkan diri.

Akhirnya, kehadiran bos prebet adam yang berpangkat kolonel atau jeneral telah berjaya memujuk prebet adam dan kemudian dia pun ditahan. Bagi mengelakkan prebet adam bersuara dan mententeramkan situasi negara pada ketika itu, prebet adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Cerita seterus nya tanya pak cik google.



APA SEBAB PREBET ADAM MENGAMUK......???


Photobucket

Yahoooooo!!!.... SPRM putus Shahrizat tidak bersalah...!

on




31 Mei 2012 - Alhamdulillah.. Berkat kesabaran Shahrizat dan doa dari puluhan ribu golongan yang bergelar ibu dan isteri.

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengenai pemberian pinjaman kerajaan RM250 juta kepada National Feedlot Corporation NFCorp ditutup selepas mendapati tiada pembabitan bekas menteri itu.


Perkara itu dinyatakan Pengerusi Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

“Kami mendapati beliau (Shahrizat) tidak terbabit dalam proses pemberian pinjaman itu.

“Keputusan untuk memberi kontrak kepada syarikat berkenaan dan pemberian pinjaman tidak membabitkannya (Shahrizat)," katanya.

Kes Mahkamah berkaitan isu NFC diputuskan hanya melibatkan suami beliau Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail. 





Photobucket

Yahoooooo!!!!!.......SPRM Akan Siasat Azmin Dan Anwar.....!

on



NONE

31 Mei 2012 - Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperakukan supaya siasatan dakwaan rasuah terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dibuka semula.

Pengerusi panel tersebut, Tan Sri Hadenan Abdul Jalil (kiri) 
memberitahu pemberita hari ini bahawa arahan telah diberikan untuk membuka semula kertas siasatan 2009 berhubung dakwaan tersebut.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi mengesahkan dakwataan tersebut, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, yang turut hadir, berkata suruhanjaya itu mungkin memangil Azmin dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika keterangan mereka dikehendaki. MK


Photobucket

UMNO Kini Jadi Parti Seks dan Samseng

on



31 Mei 2012 - Hala tuju UMNO sering menjadi perbualan dan perbincangan ramai sejak akhir-akhir ini. Ini kerana hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri.

Ucapan pemimpin di majlis perjumpaan, mesyuarat cawangan, bahagian, pusat, ceramah menjelang pilihanraya mahupun sembang-sembang biasa, penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

Dalam proses untuk memenangi pilihanraya ini, UMNO nampaknya lebih ghairah untuk menjadikan topik seks sebagai sandaran utamanya. Yang dikecam ialah pihak lawan yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan salah laku seks yang kadangkala sukar dibezakan antara fakta dan auta. 

Dalam mesyuarat cawangan yang sedang berlangsung sekarang, ramai pemimpin mengambil kesempatan menggunakan pentas yang ada untuk menyerang peribadi lawan berkaitan seks semata-mata. Asas dan matlamat perjuangan UMNO tidak lagi diutamakan. Tiada lagi pemimpin yang bercakap soal kepentingan Melayu, waima dakam mesyuarat cawangan sekali pun.

Malahan dalam beberapa majlis UMNO termasuk ucapan di Perhimpunan Agung UMNO, Najib dan lain-lain pimpinan UMNO juga sering menjadikan isu serangan peribadi lawan sebagai tajuk utama.

Dalam kempen dan majlis ceramah pula, UMNO lebih ghairah untuk menjemput NGO Tibai yang diketuai oleh Zahid Mohd Arip, Ezam Mohd Nor dan Umi Hafilda untuk membicarakan soal seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim. Sesiapa saja yang sanggup menjual suaranya untuk membicarakan soal seks Anwar, pasti akan dijemput memberi ucapan oleh UMNO. Datuk Nalla juga khabarnya kerap dijemput oleh UMNO.

Jika mendengar ceramah Umi Hafilda, beliau bukan saja membicarakan soal seks secara terbuka dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap Anwar, Azmin dan kakak iparnya Shamsidar Taharin, malahan beliau beliau juga menjerit-jerit di atas pentas sambil mengeluarkan kata-kata lucah dan jijik seperti meroyannya seorang seorang wanita yang dimadukan tanpa rela atau ditinggalkan suami.

Walaupun sering tampil bertudung macam sopan bak wanita Melayu terakhir, tetapi mendengar ucapan Umi Hafilda yang hanya dipenuhi isi-isi seks dan lucah sambil menjerit-jerit sepanjang ceramahnya setiap malam sekarang ini, tidak dapat tidak menyebabkan UMNO dilihat mula menjadikan beliau sebagai primadona kempen untuk memenangi pilihanraya. Tanpa bantuan Umi Hafilda seolah-olah Najib akan kalah, sebab itu UMNO sanggup membayarnya untuk berceramah ke merata tempat setiap malam.

Dengan UMNO semakin ghairah menjemput NGO Tibai, Umi Hafilda, Ezam, Datuk Nalla dan lain-lainnya untuk mengupas isu seks yang dikaitkan dengan Anwar mengadakan ceramah ke seluruh negara, jelas menunjukkan UMNO tidak lagi mempercayai teras perjuangannya selama ini untuk memenangi pilihanraya. Politik pembangunan, membela rakyat dan hasrat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada rakyat tidak lagi menjadi tajuk utama kempen, sebaliknya isu seks dan lucah pula mengambil tempatnya.

UMNO semata-mata meminta kuasanya dikekalkan dalam pilihanraya ini kerana kononnya pihak lawan mempunyai perangai seks yang digambarkan sehodoh-hodohnya walaupun hakikatnya Anwar dan Pakatan Rakyat sering tampil dengan pelbagai tawaran yang menarik hati seperti penurunan harga minyak, kajian semua tarif letrik, kerajaan yang telus, pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN serta pelbagai lagi.

Sebaliknya UMNO sekarang ini tidak ada tawaran yang dikemukakan untuk rakyat sebagaimana yang biasa dilakukan dalam kempen-kempen piliharaya sebelum ini. Tiada lagi janji jambatan, jalanraya, sekolah, bangunan dan sebagainya. 

Selain menggunakan isu seks dan lucah sebagai modal kempen kali ini, UMNO juga menjadikan budaya samseng sebagai sandaran keduanya bagi tujuan menakut-nakutkan rakyat dan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat. Budaya ini bukan saya diaktifkan melalui peranan yang dimainkan oleh Pemuda UMNO tetapi juga dengan bantuan beberapa NGO seperti Perkasa, Pekida dan sebagainya.

Sejak akhir-akhir ini juga, bagaikan sudah menjadi trend UMNO untuk mengganggu ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dengan mereka turut mengadakan ceramah di lokasi berhampiran dan kemudian memulakan gangguan dengan jeritan serta nyanyian. Memang jelas tujuannya ialah untuk mengganggu kerana pembesar suara sengaja dihalakan ke arah ceramah pihak lawan.

Dalam beberapa kejadian seperti di Melaka, Pahang dan Lembah Pantai baru-baru ini, niat sengaja mengganggu dan mahu meimbulkan huru-hara amat jelas. Kenapa UMNO perlu mengadakan ceramah di lokasi berdekatan dengan ceramah Pakatan Rakyat dan dikerumuni pula oleh pemuda-pemuda samseng yang turut menjerit-jerit serta membawa pelbagai poster yang bernada provokasi?

Lebih menghairankan bila kemudiannya berlaku kejadian merosakkan kenderaan, memancitkan tayar kereta dan membaling batu serta telur sebagaimana yang berlaku di Melaka dan Lembah Pantai. Apa sudah jadi dengan UMNO, sudah begitu terdesakkah untuk menghalang kebangkitan rakyat?

Jika kita mengaku sebagai manusia yang bertamadun dan menerima demokrasi sebagai asas kehidupan di negara ini, proses mempertahankan kuasa ataupun merebut kuasa seharusnya dilakukan dengan beradab serta bersopan. Ciri-ciri keganasan seharusnya diketepikan sama-sekali dan biarlah kebebasan sepenuhnya diberikan kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Jika diimblas sejarah masa lalu UMNO, dulu juga terdapat Pemuda Tahan Lasak dan Pemuda Gerak Gempur yang tujuannya untuk mempertahankan parti ketika pilihanraya. Tetapi mereka ini tidak bertindak samseng atau keterlaluan, sebaliknya hanya bertujuan menunjuk kekuatan dan sebagai persiapan jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tidak pernah Pemuda Tahan Lasak atau Pemuda Gerak Gempur terlibat dalam kejadian merosakkan kereta, memecahkan cermin, membaling batu atau telur kepada sesiapa.

Ramai pemimpin UMNO sekarang yang pernah menjadi pemimpin Pemuda suatu ketika dahulu, turut tidak memahami bagaimana UMNO sekarang begitu terdesak menyerap ciri-ciri samseng ke dalam perjuangannya sedangkan langkah itu belum tentu mendatangkan hasil yang diharapkan.

Dengan dua budaya baru iaitu seks dan samseng yang giat diserap ke dalam UMNO menjalang PRU 13 sekarang ini dan peranan sebagai parti nasionalisme Melayu semakin dipinggirkan walaupun kedudukan orang-orang Melayu secara umumnya masih terhimpit serta ketinggalan, hala tuju UMNO jelas semakin kabur untuk tahun-tahun mendatang. UMNO hanya memikirkan untuk mempertahankan kuasa, bukan sangat untuk membela Melayu. 



sumber
Photobucket

Dokumen sulit bocor,rm 142 juta hilang

on




31 Mei 2012 - Suatu dokumen yang sangat sulit - penilaian Tentera Laut Malaysia terhadap kapal selam kelas Scorpene yang akan dibeli oleh kerajaan - didakwa telah "dibeli" oleh sebuah syarikat pertahanan Perancis.


Peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO hak asasi  manusia, Suaram, mendakwa syarikat berkenaan didakwa membayar 36 juta euro (RM142 juta) kepada Terasasi (Hong Kong) Ltd, kononnya untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial". 





NONEBreham (kanan) berkata hakim siasatan Perancis yang menyiasat kes yang difailkan oleh Suaram terhadap syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS, atas dakwaan rasuah, mahu tahu tujuan bayaran tersebut dan meminta laporan transaksi kewangan daripada syarikat berkenaan. 


"Mereka (para hakim siasatan) telah diberi maklumat yang sudah sedia ada dalam Internet dan akhbar, kecuali dokumen yang ini," dakwa Breham dalam satu sidang akhbar di Bangkok semalam.


 "Ia adalah dokumen rahsia oleh Tentera Laut Malaysia - satu penilaian untuk tempahan kapal selam berkenaan, yang merupakan laporan yang sangat sulit," katanya kepada wartawan di Kelab Wartawan Asing Thailand. Brehem membuat dakwaan tersebut berdasarkan kepada kertas pendakwaan Perancis.



sumber


Photobucket

Dihadapan berdepan dengan pembangkang, didalam bermusuh sesama sendiri

on


31 Mei 2012 - UMNO bukan sahaja bermasalah untuk menentang parti-parti pembangkang, parti itu juga sedang berhadapan dengan masalah dalamannya. Masalah dalaman UMNO bukannya kecil. Ia melibatkan pergerakan dalam yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang veteran dan yang muda untuk menyusun kembali hiraki kepimpinan parti itu.

Dalam situasi menghadapi pilihanraya umum, UMNO juga sedang membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan agong parti dan perhimpunan kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan di setiap peringkat. Gerakan-gerakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam isu pemilihan kali ini amat besar ertinya dalam menentukan masa depan setengah pemimpin tertinggi parti dan pemimpin muda yang tidak sabar untuk menongkah arus dengan cita-cita besar menjadi Pemegang tampok kuasa suatu hari nanti.

Sejak akhir-akhir ini perkembangan dalam UMNO telah menampakkan bibit-bibit perpecahan kerana ada usaha untuk mengenepikan Muhyiddin agar kekosongan itu dapat diisi oleh pemimpin muda yang inginkan menjadi pelapis kepada Najib yang mereka jangka akan terpaksa mengakui yang beliau telah gagal dalam segala ‘avenue’ untuk terus memegang tampuk pentadbiran negara dan akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengikut tradisi UMNO Timbalan Presiden merupakan orang yang akan mengambil alih tampuk kuasa itu, tetapi sejarah negara kita ramai juga Timbalan Perdana Menteri yang tidak kesampaian hajat mereka untuk menjawat jawatan PM itu. PM di Malaysia boleh memasukkan orang lain dalam penjara dan juga berkuasa untuk mengelakkan diri sendiri dari dipenjara walaupun telah melakukan jenayah yang besar.

Najib khabarnya mahukan sepupunya yang ‘kureng’ sedikit itu untuk mengambil alih kedudukan beliau jika beliau bersara. Maka Muhyiddin lah yang menjadi sasaran dalam senyap untuk mengambil giliran untuk diketepikan. Jika ini berjaya dilakukan maka dengan mudah boleh menyusun untuk meletakkan seorang calon Ketua Pemuda yang dikalahkan oleh Khairy untuk menyusul dari belakang untuk mengambil tempat Hishamuddin  akhirnya.

Samada pemilihan parti atau PRU dahulu mempunyai impliksi besar terhadap parti. Jika pemilihan parti dilakukan dahulu maka muka-muka yang akan dicalonkan dalam PRU yang menyusul akan banyak berubah dari apa yang dijangkakan pada masa ini. Tetapi yang lebih munasabah ialah berlakunya PRU dahulu dan dalam persediaan untuk menyusun kembali hiraki parti selepas PRU itu maka masing-masing pemimpin tertinggi akan mengenengahkan calon-calon ‘winnable’ masing-masing.

Apabila senarai calon-calon UMNO diumumkan nanti maka bermulalah perpecahan yang besar kerana itu adalah budaya dan cara UMNO pada masa kini. Keadaan dan situasi kelam kabut ini akan lebih serius lagi jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas kerana kali ini ialah pilihanraya penentu nasib masa depan mereka yang sedang berusaha untuk menerajui parti sebagai jalan kearah kuasa yang besar itu.

Tetapi ramai dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO juga merasakan apa-apa yang dirancang oleh setiap pemain politik besar dalam UMNO itu akan gagal semuanya jika UMNO kalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. Seperti yang kita tersedia maklum rakyat pengundi sudah menunjukkan dengan jelas sikap mereka terhadap UMNO sekarang ini. Ramai rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap parti itu kerana isu berat yang menggunung sedang dihadapi olah parti itu dihadapan pengadil yang mutlak dalam demokrasi iaitu rakyat jelata.

Sebesar mana pun jawatan parti yang dipegang oleh seseorang itu, ia tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.jika parti kecundang dalam pilihanraya umum yang akan datang. Kita semua tahu yang kebarangkalian UMNO tewas dalam pilihanraya kali ini adalah besar, malahan ada pihak yang berkeyakinan yang UMNO akan hanya memenangi kurang dari 60 kerusi dalam PRU ke13 ini. SekarangUMNO haya mempunyai 69 kerusi di dewan Parlimen.

Tetapi yang pasti menjadi tanggungjawab moral sebagai pemimpin, ialah dengan meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan jika UMNO memenangi kurang dari 69 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Kalau diikutkan hukum akal, parti itu akan kecundang. Hukum Tuhan tiada siapa yang tahu.


sumber

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List