UMNO Menikus dihadapan MCA

on Oct 18, 2012





1. Setiausaha Agung MCA  Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak  apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam .

2. Saya melihat beliau pura - pura bertanya Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam ?

3. Persoalannya   "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian ? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan  kepada  masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?
 
4. Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ? dan apa perlunya PAS menganggap DAP anti islam pula ? MCA lah yang sangat ketara sikap anti Islamnya.
 
5. Pemimpin MCA juga selalu mengulang statement bahawa "DAP  tunduk kepada PAS" 
 
6. Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat tegar menentang Islam. 
 
7. Presiden MCA pada 23 September 2011 pernah menegaskan dihadapan para wartawan , jika UMNO melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional. Ekoran ugutan keras MCA, sehingga kini UMNO terpaksa menikus demi kepentingan survival politik mereka
 
8. Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud dilaksanakan. Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang - undang Islam adalah kejam.
 
9. Menambah "kecut"nya UMNO berdepan MCA ialah apabila Presiden MCA itu menulis dalam twitternya pada 1 Julai 2012 [sebagai respon kepada ADUN Kemelah yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor] bahawa : "ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," 
 
10. Dituduh hilang akal pun, UMNO masih tidak mampu membentak MCA apa lagi mengambil apa - apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea dan sebagainya.
 
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM



Photobucket

13 tanda kiamat yang sudah berlaku di sekeliling kita

on






Tanda-tanda qiamat kecil terbahagi kepada dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai, seperti diutusnya Rasulullah saw., Terbunuhnya Uthman bin 'Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman dll. kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah, seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dll.

Diantara tanda-tanda qiamat kecil adalah:

1. Diutusnya Rasulullah saw. Dari Jabir ra berkata: "Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda: "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian", beliau melanjutkan: "Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini" Rasulullah saw mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)

2. Disia-siakannya amanah. Dari Jabir ra. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata: Bila terjadi Kiamat? »Rasulullah saw. terus melanjutkan percakapannya. Sebahagian sahabat berkata: »Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya «. Berkata sebahagian yang lain: »Rasul saw. tidak mendengar ". Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya: "Mana yang bertanya tentang Kiamat?" Berkata lelaki Badui itu: "Saya wahai Rasulullah saw. ". Rasul saw. berkata: "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Bertanya: "Bagaimana menyia-nyiakannya?". Rasul saw. menjawab: "Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat" (HR Bukhari)

3. Penggembala menjadi kaya, Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda qiyamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang dan miskin penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan" (HR Muslim).

4. Sungai Efrat berubah menjadi emas. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat hingga sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebut tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata: "Barangkali akulah yang selamat" (Muttafaqun 'alaihi)

5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam. "Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), Pembukaan Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi , sampai 80 mata, dan setiap mata 12.000 "(HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).

6. Banyak terjadi pembunuhan. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: »Tiadak akan terjadi qiamat, sehingga banyak terjadi haraj». Sahabat bertanya apa itu haraj ya Rasulullah? »Rasul saw. menjawab: »Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan» (HR Muslim)

7. Munculnya golongan Khawarij. Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: "akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai ditenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya kan mendapat pahala di hari kiamat "(HR Bukhari).

8. Banyak Polis dan pembela kezaliman. "Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi rakan mereka "(HR At-Tabrani)

9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam. Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pokok-pokok kayu. Dan berkatalah batu dan pohon: "wahai muslim wahai hamba Allah ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia kecuali pohon Ghorqod kerana ia adalah pokok Yahudi" (HR Muslim)

10. Dominannya Fitnah. Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah saw. Bersabda: »Tidak akan terjadi kiamat, hingga dominannya fitnah, banyak dusta dan berdekatannya pasaran» (HR Ahmad).

11. Sekurang-kurangnya ilmunya, Merebaknya perzinahan, Banyaknya kaum wanita. Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda qiamat ialah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khomr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki" (HR Bukhari)

12. Bermewah-mewah dalam membangun masjid. Dari Anas ra. bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Di antara tanda kiamat adalah bahawa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid" (HR Ahmad, An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

13. Menyebarnya riba dan harta haram. Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu masa, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya» (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. Bersabda: »Akan datang pada manusia suatu saat di mana, seseorang tidak peduli dari mana hartanya diperolehi, apakah dari yang halal atau yang haram? "(HR Ahmad dan Bukhari). 

sumber 




Photobucket

Sukar Ker Untuk Mendapat Lesen Memandu Di Malaysia...?

on






Kira-kira 200,000 penunggang motosikal khususnya golongan belia yang berusia antara 17 sehingga 40 tahun di seluruh negara didapati tidak mempunyai lesen memandu.
Perkara itu didedahkan oleh Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO hasil kajian yang dilakukan organisasi itu sejak 10 tahun lalu.

Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, antara faktornya ialah golongan itu tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan.

Katanya, selain itu ada juga yang tidak tahu teknologi maklumat (IT) untuk mengambil ujian berkomputer khususnya di kawasan kampung.

“Kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi membantu golongan ini. Jika dibiarkan perkara itu berterusan, ia akan memberi kesan yang lebih buruk seperti pengunaan lesen palsu atau tindakan mahkamah bakal diambil terhadap mereka," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tengku Azman, melalui kajian itu juga, pihaknya dimaklumkan terdapat kira-kira 300 individu yang dikehendaki polis berhubung kes menunggang motosikal tanpa lesen di Pekan, Pahang.

“Ini menunjukkan betapa buruknya kesan daripada perbuatan memandu tanpa lesen ini," ujarnya.
Kata beliau, pihaknya juga mendapati terdapat syarikat-syarikat besar yang mengambil penghantar surat yang tidak berlesen dan menggunakan lesen palsu.

Jelasnya, sekretariat itu juga akan membawa perkara ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dibincangkan secara lebih terperinci.

“Kita akan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengatasi isu ini dan mendengar sendiri pandangan daripada Perdana Menteri," ujarnya.


kata dia



Photobucket

90% Pengundi Cina Akan Sokong Pakatan Rakyat - Ku Li

on





Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis. 

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. 

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang. 

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. 

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu. 

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak. 

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." 

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court. 

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak. 

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah. 

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali. 

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. 

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau. 

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. 

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman. 

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal. 

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." 

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat. 

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. ~mpr 



Photobucket

Lagi Ramalan PRU 13......Mungkin Nov atau Dis 2012...!

on






Najib masih takut membubarkan parlimen, namun oleh kerana tempoh edah semakin dekat nak tamat, rakyat sudah boleh mengagak bila parlimen akan dibubarkan dan bila tarikh PRU Ke-13 akan diumumkan.

Apa yang rakyat tunggu sekarang ini ialah bila “janji ditepati” nak ditunaikan? sebagaimana yang dibentang oleh Najib dalam Bajet 2013 tempoh hari? Rakyat Malaysia sama ada yang menyokong Najib atau tidak, tetap mengharap janji itu disegerakan.

Golongan ibubapa pelajar pasti mengharapkan bantuan pelajar bernilai RM100 itu diperolehi sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia - BR1M RM500, BR1M RM250 dan “one off” RM1000 untuk bekas tentera.
Sebenarnya Najib tidak perlu berahsia lagi bila nak buat pilihanraya. Rakyat semakin cerdik, petani, peneroka atau penjaja pasar malam pun boleh meramalnya. Walaupun Najib ada menyebut yang PRU akan diadakan tahun depan yakni sebelum berakhirnya April tetapi itu adalah helah Najib. Awal 2013 rakyat Malaysia sibuk dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,, mana mungkin!. Justeru, tarikh PRU 13 yang kita kira sangat manasabah ialah dua bulan setengah dari sekarang, yakni pada November atau Disember depan.

“Janji Ditepati” yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak, terutama yang melibatkan habuan tunai mesti disegerakan sebelum sekolah dibuka awal Januari 2013. Andainya kerajaan Najib melunaskan janjinya melewati Disember 2012, maka harapan BN untuk meraih simpati dari rakyat menjadi semakin tipis.






Photobucket

RM207 Billion Pampasan Buruh Paksa Zaman Jepun...Mana Hilang Nya...?

on





Pada 1 September 2012 yang lalu, Utusan Malasyia menyiarkan satu artikel tentang penderitaan Pak Embong, yang pernah menjadi buruh paksa semasa pemerintahan Jepun dulu.

Ianya hanya berkisar tentang keadaan Abdullah Said,yang kini mencecah 84 tahun bapa kepada lapan anak itu sangat uzur dan sudah tidak mampu menguruskan diri. Malah, ada ketikanya dia sudah tidak mengenali sesiapa lagi.

Kira-kira enam tahun yang lalu, Abdullah Said ataupun Pok Embong menceritakan kepada media pengalamannya dibawa oleh tentera Jepun dari Terengganu menuju ke Burma.. baca di ( SINI )

Antara apa yang disiarkan oleh Utusan ialah..
Jelas Mariam, sepanjang pengetahuannya, lelaki itu juga kerap berulang-alik ke Kota Bharu, Kelantan ketika masih sihat kerana aktif sebagai ahli Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam ke Burma 1942-1946 Malaysia.

"Ayah pernah mengeluh kepada saya dulu. Walaupun kerap kali menghadiri mesyuarat, namun, dia masih belum sempat merasa wang pampasan yang dijanjikan oleh pihak yang berkenaan.

"Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi," katanya di akhir perbualan kami. 
Apa yang dimaksudkan oleh Mariam tentang "Ayah cakap, kalau dapat duit tu, kami tak akan hidup susah lagi,"?

Kerana ianya melibatkan kepentingan atau mungkin juga penyelewengan oleh UMNO maka Utusan tidak membongkar lebih lanjut tentang apa yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'..

Ini apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Duit itu'...

Semasa pemerintahan Jepun dulu, sekitar 72,000 rakyat negara ini telah dikerah untuk membina landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dari Stesen Tha Rua Noi ke Stesen Thanbyuzayaty. Dari sejumlah itu, hanya kira-kira 30,000 orang berjaya kembali kenegara ini manakala selebihnya mati atau hilang.

Selain daripada rakyat Malaya pada masa itu, buruh-buruh paksa juga dibawa dari Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Sejak tahun 1990an, beberapa usaha telah dibuat dinegara-negara ini untuk mendapat pampasan dari Kerajaan Jepun. Terdapat juga usaha dari Malaysia untuk mendapatkan pampasan tersebut tetapi tidak jelas siapakah yang melakukan inisiatif tersebut.

Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun.

Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Tetapi kemanakah wang tersebut disalurkan?

Pelbagai usaha telah dibuat oleh bekas-bekas buruh paksa ini untuk mendapatkan wang pampasan tersebut termasuk lah dengan mengumpulkan maklumat buruh-buruh paksa yang terdapat diseluruh negara. Seramai hampir 30,000 bekas buruh paksa ataupun waris mereka telah menyertai pertubuhan ini sebagai ahli.

Satu persatuan yang diberi nama Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 ditubuhkan yang mana akhirnya telah berjaya didaftarkan secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan pada 11 Januari 2011.

Sejak didaftarkan secara rasmi, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari Kerajaan Malaysia, tapi hingga kini masih gagal.

Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.


Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama.


Sejak dari itu, beberapa urusan surat menyurat diantara persatuan dengan Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Peguam Negara.

Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusanya melibatkan Dana Khas.

Apakah Dana Khas yang dimaksudkan? Bukankah wang tersebut sudah diberikan oleeh Kerajaan Jepun?

Sekarang sudah setahun perkara ini berlaku tetapi belum ada keputusan dibuat. Apakah wang tersebut sudah digunakan untuk tujuan lain?

 Pada 10 Oktober yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut.

Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno?

(Boleh dengar ucapan Hj. Nizar semasa perbahasan Bajet 2013 disini yang menyentuh isu ini)

Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion.

Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?



sumber  ASD
Photobucket

Ketua pembangkang: Muhyiddin bakal cipta sejarah

on Oct 8, 2012







Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kini seorang yang gelisah kerana cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia berdepan dengan mimpi ngeri akibat dua manusia, bosnya Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.
Apakah mimpi ngeri itu? Iaitu Muhyiddin bakal mencipta sejarah sebagai Timbalan Presiden Umno yang pertama ‘upgrade’ ke Ketua Pembangkang pada sesi parlimen 2013.

Umno kini di persimpangan yang amat meruncing. Muhyiddin tahu, bosnya Najib sudah tidak berupaya melakukan apa-apa untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional. Yang dipentingkan bosnya hanyalah untuk meningkatkan popularitinya sahaja.

“Cita-cita Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri, bukan sahaja tidak menjadi, bahkan yang lebih ngerinya beliaulah orang yang bakal menjadi Ketua Pembangkang,” kata sumber dalaman Umno.

Kini, katanya Muhyiddin telah mengorak langkah untuk menyelamatkan beliau sendiri daripada mimpi ngerinya.

Jikalau ditakdirkan beliau akan menjadi Ketua Pembangkang, lebih baik kalau beliau yang membawa Umno-BN masuk ke PRU-13 dan bukan Najib.

“Muhyiddin tak mahu jadi ketua pembangkang disebabkan kesilapan Najib yang berterusan,” kata sumber itu lagi.

Sumber itu berkata rata-rata orang Umno sudah keletihan dan berpendapat masa terbaik untuk melaksanakan PRU13 telah terlepas disebabkan Najib yang suka berdolak-dalih.

“Tapi Najib berdolak-dalih disebabkan Muhyiddin juga. Najib tahu jika keputusan PRU13 lebih teruk daripada prestasi Pak Lah, Muhyiddin akan menggunakan pemilihan Umno untuk memaksanya keluar. Jadi tak boleh salahkan Najib juga,” kata sumber itu lagi.

Beliau menambah, akibatnya kini dua-dua Najib dan Muhyiddin mungkin tidak berpeluang lagi untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini, kata beliau, team Muhyiddin sedang mengorak langkah untuk memaksa Najib memanggil PRU13 dalam waktu terdekat.

“Panggil di waktu terdekat, BN masih berpeluang untuk menang tipis, di mana BN masih kekal memegang jawatan Perdana Menteri dan Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri setelah menewaskan Najib di pemilihan Umno dengan menggunakan prestasi buruk PRU13 sebagai alasan,” kata sumber tersebut.

Jika Najib tetap enggan memanggil PRU13, apa pula yang Muhyiddin akan buat?

“Muhyiddin akan usul undi tidak percaya pada Najib di perhimpunan agong Umno akan datang. Seperti yang saya kata tadi, jikalau takdir nak jadi ketua pembangkang, Muhyiddin rela diri yang mengetuai peperangan dan tewas daripada kalah sebab bosnya,” tambah beliau.

Semua dalam Umno, kata sumber itu, kini merasai bahawa peluang Pakatan Rakyat menang itu sudah ada.

“Dulu mereka tak pernah rasa itu satu kemungkinan, sekarang mereka bimbang itu satu realiti,” kata sumber itu lagi.

Langkah Utusan Malaysia menonjolkan barisan kabinet bayangan, kata sumber itu, adalah langkah terbodoh bagi Umno-BN sebab mereka mengesahkan kepada rakyat dan penyokong mereka kemungkinan PR menang itu sudah ada.

“You should never let the elephant out (Anda tidak sepatutnya menyatakan apa yang tersirat),” sindirnya, sambil menambah "orang yang bakal lemas dan panik akan melakukan perkara yang menyebabkan kematian daripada menyelamatkan diri."



Analisa Harakahdaily

Photobucket

Sendiri Yang Bodoh Soros Pula Yang Disalahkan

on




  


Dr Mahathir semalam bercakap lagi dan menambahkan keyakinan ramai yang beliau tidak lagi berasa senang melihat kejatuhan UMNO dan BN. Jika BN jatuh beliaulah orang yang paling merasakan panasnya dan ini merupakan satu igauan bagi beliau. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti beliau akan tertekan dengan keadaan politik ciptaan beliau sendiri. Beliau tidak pernah menyangka yang suatu hari nanti rakyat akan membuka mata dan politik selepas itu akan menjadi mimpi ngeri bagi beliau.

Selama ini beliau merasakan beliau boleh melakukan apa sahaja terhadap politik dan rakyat negara ini. Beliau tidak pernah menyangka yang pada suatu hari selepas beliau meletakkan jawatan dan bersara dari kerajaan pimpinannya akan datang isu-isu yang menjadikan parti dan kerajaan pimpinannya akan dibelakangkan oleh rakyat semua kaum.

Berbagai cara beliau untuk mempertahankan kejatuhan UMNO yang beliau tubuhkan itu. Menuduh semua orang bertanggungjawab di sana sini terutamanya pihak pembangkang. Mahathir bukan sahaja mengutuk pembangkang untuk memalingkan rakyat mengarahkan kesalahan kepada beliau malahan beliau menumpukan masa dan waktunya untuk menuduh Abdullah Badawi pemimpin yang beliau pilih sendiri untuk menggantikannya.

Semua orang salah kecuali beliau dan keluarga beliau. Mahathir lah pemimpin yang bergaduh dengan semua pihak semasa beliau memegang kuasa Beliau seorang sahajalah yang betul. Orang lainnya semuanya tidak betul. Orang lain semuanya anti Melayu. Hanya beliau sahajalah pejuang Melayu. Orang yang benar-benar Melayu tidak memperjuangkan Melayu tetapi mereka yang menjadi Melayu ‘by choice’ memperjuangkan hak Melayu. Itu kepercayaan Mahathir.

Kali ini Mahathir mempersalahkan George Soros pula. Beliau cuba hendak menakutkan pengundi Pakatan Rakyat yang pembangkang didukung oleh George Soros yang di labelkan oleh Mahathir sebagai penyangak matawang antarabangsa. George Soros menjadi sasaran Mahathir dan semua pengikut membuta tuli beliau kerana kejatuhan nilai matawang ringgit di dalam krisis kewangan pada tahun 1997 dahulu yang menyebabkan Malaysia menjadi mangsa terbesar dari kejatuhan dan krisis matawang itu.

Seperti yang saya sebut selalu, Dr Mahathir menyalahkan semua orang diatas kesilapan dan kesalahan beliau kepada negara. Pada penghujung tahun lapan puluhan sehingga penghujung tahun sembilan puluhan Mahathir telah melakukan banyak kesalahan kerana beliau merasakan beliau seorang yang begitu handal dalam semua bidang termasuk dalam bidang perniagaan matawang asing. Bidang ini bukannya bidang yang beliau faham tetapi beliau merasakan yang beliau pandai dan ingin mencuba-cuba bidang yang beliau mengetahui terlalu sedikit.

Mahathir telah terlebih dahulu menjadi ‘penyangak’ matawang asing ini dengan cuba hendak bermain-main dengan pasaran wang antarabangsa pada tahun 1992 dahulu. Beliau telah meminta Bank Negara untuk menyertai perdagangan wang antarabangsa dan akhirnya negara telah rugi melebihi RM30 billion dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu. Bank Negara terpaksa menjual banyak esetnya untuk mengurangkan jumlah kerugian di dalam akaun Bank Negara dan akhirnya telah memberitahu rakyat yang kerugian itu hanyalah RM9 billion sahaja. Jika Mahathir berjaya dalam operasi perdagangan wang antarabangsa itu saya yakin Mahathir akan lebih dahsyat lagi dari Georga Soros. Tetapi nasib beliau tidak berapa baik, kita kerugian sebanyak RM30 billion.

Sebagai spekulator wang antarabangsa George Soros dan ramai yang lain akan melakukan spekulasi terhadap mana matawang yang lemah. Kebetulan ringgit kita adalah salah satu matawang yang sudah terlalu lemah semasa itu maka semua spekulator matawang antarabangsa secara ‘natural’ akan memilih ringgit untuk diperdagangkan.

Spekulator matawang asing mengetahui yang ringgit kita sudah lemah kerana semasa itu negara mengimport ‘capital good’ yang begitu besar untuk melaksanakan projek-projek raksaksa secara ekspress seperti komplek pentadbiran Putrajaya dan KLIA. Kita mesti ingat projek raksaksa seperti KLIA itu tidak pernah timbul di dalam rancangan Malaysia ke-6. Kita hanya tahu projek KLIA itu wujud ketika pembentangan separuh penggal rancangan Malaysia ke-6 itu.

Mahathir mahu segala-galanya berlaku di zaman beliau tanpa berfikir yang semua projek raksaksa yang tidak dirancang itu akan membawa padah kepada kewangan negara. Beliau tidak ambil peduli yang pengimpotan ‘capital goods’ yang terlalu besar untuk melaksanakan projek ekspress raksaksa itu akan melemahkan matawang ringgit dipasaran wang antarabangsa.

Akhirnya apabila ringgit kita lemah maka ianya menjadi mangsa kepada spekulasi matawang antarabangsa. Mereka bukan sahaja dilakukan oleh Soros tetapi ramai lagi spekulator wang anatarabangsa yang lain. Mahathir sendiri mencuba-cuba untuk menjadi spekulator wang antarabangsa pada tahun 1992 dengan menggunakan BNM dan Nor Mohammad Yakcop tetapi gagal dengan kerugian sejumlah yang saya sebut tadi.

Bezanya Soros menjadi spekulator wang antarabangsa yang berjaya, Mahathir pula menjadi spekulator wang antarabangsa yang gagal. Tidak ada bezanya Dr Mahathir dengan Soros itu jika dilihat dari sudut yang lain.

Sekarang Mahathir hendak menyalahkan Soros pula kerana kelemahan yang dihadapi oleh UMNO dan BN. Beliau cuba untuk membina pemikiran rakyat, jika memilih PR ia bermakna memilih pilihan George Soros. Tetapi mesti ada yang percaya dengan kata-kata Mahathir ini, tetapi kepada siapa yang menggunakan pemikiran yang sebaik-baiknya ia tidak kena mengena dengan Soros dalam membuat pilihanraya yang akan datang ini.

Membuat tuduhan yang Soros adalah dibelakang kekuatan PR itu merupakan tuduhan yang keluar dari seorang pemimpin yang ‘desperate’. Bagi mereka yang menyokong PR, mereka tidak perlu memberikan apa-apa reaksi. Hanya ringankan lidah dan beristighfar banyak-banyak kerana untuk menolak yang bathil memerlukan fokus dan kesabaran yang tinggi. Anggap sahaja pandangan Dr Mahathir itu sebagai pandangan seorang yang sakit. Tidak perlu di ambil hati dan tidak perlu mendengar kata-kata orang yang sedang dalam kegeringan moral kepimpinan itu.

Tetapi sakit jiwa politik ini bukan sahaja dialami oleh Mahathir tetapi ia sedang dialami oleh pemimpin-pemimpin yang lain seperti Najib, Muhyiddin dan keseluruhan barisan kepimpinan BN khususnya UMNO.

Jika berjaya rakyat menolak kepimpinan UMNO dan BN dalam pilihanraya nanti kita boleh melakukan penyatuan semula tanpa mereka-mereka yang memimpin pada hari ini yang tidak habis berusaha untuk memecah belahkan kita di bawah ini.

Kita bersatu di luar UMNO dan BN. Kita bermaaf-maafan di antara satu dengan lain dan terus bersatu. Selepas itu kita bangunkan negara dengan telus untuk mencapai matlamat negara yang satu, iaitu Perpaduan Nasional yang sejati dan berkekalan.

Selagi ada pemimpin seperti pemimpin yang sedang kita perkatakan ini serta yang lain-lain dalam UMNO itu, selagi itulah kita tidak akan berjaya mencapai matlamat Perpaduan Nasional yang kita idam-idamkan itu.

Kita sudah jemu dipecah dan  diperintah oleh pimpinan dari acuan Dr Mahathir ini. Kita wajib keluar dari budaya pecah perintah ini dan kita berharap kehidupan rakyat tidak lagi ‘stressful’ seperti yang rakyat sedang hidapi sekarang.



ASPAN ALIAS



Photobucket

Kenapa Zahid Hamidi Perlu Takut

on Oct 7, 2012





Kalau Zahid Hamidi yakin bahawa tidak ada penyelewengan dan rasuah dalam pemnbelian kapal selam Scorpone kenapa beliau perlu takut dengan penjelasan peguam Perancis, William Bourdon dan perlu menghalangnya dari datang ke negara ini? Sebagai menteri yang kelihatan mempunyai integriti Zahid seharusnya mengalu-alukan kedatangan peguam berkenaan bukan cuba mempertikaikannya.

Tidak perlu Zahid memutar kata dengan menganggap kedatangan Bourdon itu sebagai campur tangan atau demi kepentingan politik pembangkang. Apa yang penting rakyat mahu tahu penjelasan apa-apa dapatan atau analisa peguam itu terhadap skandal berkenaan kerana ia hak rakyat dan umum mengetahuinya.

Sekiranya Zahid Hamidi merasakan tidak ada penyelewengan dan menteri pertahanan sebelum ini, ketika kapal selam itu dibeli bersih dan putih, kenapa perlu bimbang dan walang, biarlah peguam itu memberi penjelasan ataupun menteri pertahanan itu dipanggil ke mahkamah.

Kita sama-sama penjelasan berkenaan, kita ada otak boleh menilai sendiri apakah penjelasan itu rekaan atau satu hakikat.  

Apa juga kemungkaran dan kejahatan tidak boleh disembunyikan. Betapa ia disusuk akhirnya ia akan menanah dan berdarah juga dari dalam kemudian akan pecah. Begitu juga dengan kebenaran itu akan menjelma juga satu hari nanti kalaupun tidak hari ini tetapi esok, lusa dan beberapa tahun akan datang akan diketahui juga. Memang fitrah begitu kemungkaran itu akan ditenggelami oleh kebenaran.

Cara Zahid memberi pandangan berhubung jemputan Bourdon oleh pihak tertentu itu seakan beliau cuba ingin melindungi bosnya saja. Bagaimana pun pelik sedikit, dalam masa sama beliau menjelaskan skandal itu berlaku bukan di zamannya menjadi menteri pertahanan. Apakah motif pernyataan itu?

Khatib ingin mengingati Zahid dan diri khatib sendiri, bukan sesuatu yang baik melindungi seorang penjenayah walaupun dia kawan sekalipun. Islam tidak mengajar demikian.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan sekiranya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya menunjukkan bahawa Islam tidak ada tolak ansur di dalam soal sesiapa berbuat salah. Rasanya sebagai seorang pelajar kolej Islam, rasanya Zahid arif mengenai patah-patah kata Rasulullah itu.

Menuduh Anwar Ibrahim ada kepentingan politik atas pelawaan Bourdon itu, kata-kata itu membidas ke atas batang hidung Zahid sendiri. Apabila Zahid juga mempertahankan seseorang yang mungkin dianggap bosnya, apakah itu bukan dibuat atas kepentingan politik (dirinya)?

Kita tidak nampak kedatangan peguam itu untuk memburukkan negara dan imej PM seperti tanggapan Zahid. Walhal penjelasan itu nanti demi menjaga maruah negara dan imej perdana menteri sendiri. Selagi isu itu tidak dijelas dunia akan menganggap Malaysia mempunyai skandal rasuah terbesar dan perdana menterinya kini, Najib Razak berada di bawah belenggu skandal dan jenayah paling huduh.

Kepada Zahid bertindaklah dengan waras dan jangan sesekali mengulangi beberapa kali, beberapa tindakan politik anda yang kelas budak-budak Keadilan yang menghidap kudis di atas tengkok.



MSO

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List