PRU13- Khairi Jamaluddin jadi korban pertama...?

on Oct 31, 2012






"Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairi Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairi bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai.

Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...

Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.

Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak.

Khairi Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.

Mungkin ada benarnya Khairi Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.

Namun Khairi Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentut dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.

Sehingga kini Khairi Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak.

Namun ramalan kami Khairi Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah."




Photobucket

Firasat Pak Habib....Anwar Ibrahim bakal jadi PM...?

on






Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.

Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.

“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.

Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.

“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.

Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Jelajah itu turut disertai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tiba pada jam 12.30 tengahari bersama rombongan dengan menaiki bas Jelajah Merdeka Rakyat sambil diiringi motosikal berkuasa besar.

Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.

Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.

Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.

Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.

Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.

Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.


 http://www.keadilandaily.com/?p=3855



Tiga tunggak utama PKR Cabang Ampang turut
memberi ibu jari untuk buku 3S ini.

Semalam aku khatam membaca buku terbaru Pak Habib aka Syed Hussein Al Attas bertajukSetan,Syaitan,Sultan.Walaupun kalau dilihat dari tajuknya ianya seolah olah ditujukan kepada seorang 'individu' tertentu tapi apa yang tersirat sebenarnya adalah FIRASAT Pak Habib tentang kemungkinan Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU 13 nanti.


sumber

Photobucket

AES :- JANGAN BANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT ( AES - ANDA ENGKAR SAMAN )

on





Banyak telah dibicarakan dan berbagai reaksi yang tidak begitu menyenangkan apabila Sistem Penguatkuasaan Automatik (Automated Enforcement System - AES) dilaksanakan penguatkuasaannya di seluruh negara.

Walaupun tujuan asalnya untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya, di samping mendidik pengguna jalan raya supaya pemandu lebih berhemah terutama sekali mematuhi lampu isyarat dan tidak memandu melebihi had laju. 

Walau apapun, hak dan suara rakyat hendaklah dihormati kerana sebagai pengguna jalan raya mereka lebih arif tentang permasalahan yang berlaku dan akan berlaku jika AES ini diteruskan juga.

Bayangkanlah, sistem lampu isyarat merah, kuning dan hijau itu apabila bertukar ke warna kuning yang memberikan isyarat supaya berhenti, hanya satu atau dua saat sahaja, sedangkan kenderaan yang mengekori kita dari belakang mungkin dipandu agak laju. Sudah tentu akan membahayakan pemandu di hadapan sekali kerana terpaksa menekan brek secara mengejut dan mudah terjadi pelanggaran yang bakal membabitkan beberapa keenderaan yang lain.

Keduanya sistem had laju di negara kita kadangkala tidak masuk akal, iaitu ada jalan raya yang mengehadkan kelajuan yang dibenarkan 30 kilometer sejam atau 40 kilometer sejam walaupun jalan raya itu tampak lurus dan tiada masalah apa pun.

Jika kamera AES dipasangkan di tempat-tempat berkenaan, pastinya ramai yang 'kantoi' dan akan menerima surat saman yang mencecah ratusan dan ribuan ringgit itu. Perkara itulah yang menjadi rungutan pengguna. Hal ini tidak termasuk lagi segelintir pengguna yang nakal yang sengaja memasang plat nombor palsu atau kemungkinan kesilapan teknikal sistem eletronik itu sendiri.

Tidak ada sebab mengapa AES perlu dilaksanakan buat ketika ini kerana kemalangan dan kematian yang membabitkan pemandu di sekitar tempat lampu isyarat dan kawasan zon had laju yang dibenarkan tidaklah seramai mana apabila berbanding dengan penunggang motosikal. 

Selain itu, disyorkan agar semua lampu isyarat diletakkan skrin eletronik yang menyatakan minit dan saat sebelum lampu isyarat bertukar warnanya agar mudah untuk pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan mereka atau bersedia untuk berhenti dan berapa lama menanti.

Kita kena betulkan sistem yang sedia ada dahulu sebelum masuk ke fasa AES. Hal ini  kerana sistem sekarang pun tidak begitu efisien dalam pengendaliannya lagi dan jika ingin diteruskan juga untuk permulaan janganlah dikenakan denda yang boleh membebankan pengguna.

Saya mencadangkan pengguna jalan raya yang didapati bersalah itu dihukum menghadiri kursus motivasi undang-undang jalan raya atau dikenakan tindakan membuat kerja-kerja kebajikan masyarakat dalam masa yang ditentukan. Mungkin cara ini dapat mendidik pengguna jalan raya dengan lebih berkesan lagi. Denda berbentuk wang ringgit hanya dikeluarkan setelah denda yang lain tidak berkesan atau diambil ringan sahaja.

Kita juga perlu mendisiplinkan pemandu teksi, bas dan kenderaan berat. Di lebuh raya, kenderaan ini selalunya tidak mematuhi had laju. Dalam masa yang sama kerajaan juga mesti menaikkan taraf jalan persekutuan dan negeri. Hal ini kerana, jalan rosak dan berlubang boleh menyebabkan kemalangan berlaku dan lorong jalan laluan khas motosikal juga sepatutnya diperbanyakkan lagi.


Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail


Photobucket

Awasi lakonan Umno dalam hudud dan perpaduan Melayu

on






Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan raya umum ini, kelihatan Barisan Nasional (BN) cuba menyerang Pakatan Rakyat (PR) dengan isu air Selangor, isu tajaan Soros, dan lain-lain. Namun, kelihatan isu-isu ini kurang berjaya menggugat PR dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan.

Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang dilihat mampu mengugat PR;  iaitu isu hudud dan isu perpaduan. Mengapa dua isu ini? Hal ini kerana, sejak selepas tsunami politik 2008, dua isu ini yang sentiasa diulang tayang silih berganti dan dilihat berjaya menggugat kesepakatan parti-parti dalam PR. Apabila bercerainya parti-parti dalam PR, mimpi Umno-BN untuk terus berkuasa semakin cerah.

Taktik permainan media BN dalam memainkan isu hudud bermula dengan memetik kenyataan mana-mana pemimpin PAS berkaitan hudud. Walaupun kenyataan itu hanya dibuat dengan ayat pendek tetapi dibesarkan di muka hadapan akhbar. Kemudian wartawan upahannya akan minta respon daripada pemimpin DAP yang tidak setuju dengan hudud. Perbezaan pendapat pemimpin PAS dan DAP ini lantas digembar-gemburkan seolah-olah perbalahan besar sedang berlaku.

Pendapat daripada pemimpin Umno dan ulama mudanya akan disiar untuk melaga-lagakan lagi isu ini. Pemimpin Umno biasanya cuba menjadi hero menbela pendirian PAS menyokong hudud walaupun masa umum mengetahui pendirian sebenar Presiden Umno.

Taktik yang sama juga pernah dibuat melalui isu Perpaduan Melayu. Bermula dengan ucapan beberapa kerat pemimpin Umno yang tiba-tiba mengalunkan ayat-ayat indahnya tentang perpaduan Melayu. Isu perkauman dimainkan. Dalil-dalil al-Quran dan hadis dibekalkan oleh ulama mereka untuk dilaungkan. Selepas beberapa hari isu ini dimainkan di media mereka, mereka timbulkan respon bahawa ada beberapa pemimpin PAS yang dilihat menyokong “perpaduan” itu.

Lalu digambarkan seolah PAS-Umno akan bersatu. Kemudian, mereka akan minta respon daripada pemimpin PKR atau DAP. Apabila ada daripada mereka yang dilihat mengkritik PAS, tiba-tiba fokus isu telah berubah. Alunan indahnya perpaduan Melayu tidak lagi dilagukan, yang ada hanyalah berita-berita persepsi seperti “Pakatan Rakyat retak”, “ DAP ugut keluar Pakatan Rakyat” dan sebagainya.

Taktik ini bukan sahaja dapat menggambarkan Pakatan Rakyat tidak kuat, taktik ini juga berjaya mengkambinghitamkan beberapa pemimpin PAS yang dilihat pro-perpaduan dan memburukkan pemimpin ini di mata ahli-ahlinya.

Maka, saya amat berharap kepada pemimpin PAS, PKR dan DAP, jangan cepat melatah dengan taktik ini khususnya isu hudud dan perpaduan Melayu. Suburkan diskusi antara agama untuk menerangkan perbezaan ini. Jangan mudah terpengaruh dengan lakonan Umno-BN kerana kita semua tahu Melayu mana yang mengkhianati Melayu. Berdasarkan situasi sekarang, menjatuhkan kezaliman Umno-BN adalah langkah terbaik berbanding bersatu dengan Umno/BN, maafkan kesalahan lama, dan mulakan kesepakatan baru. 

Iskandar Kamarul Amin
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)              




Photobucket

Wang Tunai RM40 Juta Bukan Untuk Umno...?

on








“Derma politik” kontroversi RM40 juta kepada Umno Sabah melibatkan Ketua Menteri, Musa Aman rupanya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi “seorang pemimpin Umno”, dakwa bekas ahli parlimen Barisan Nasional (BN).

Wilfred Mojilip Bumburing yang kini merupakan ahli parlimen bebas Tuaran, mengatakan dalam kenyataan melalui email malam tadi ahli keluarga “pemimpin Umno” yang beliau tuduh boleh mengeluarkan wang dari akaun tersebut sedikit demi sedikit, menimbulkan pertanyaan tentang kenyataan pemimpin BN bahawa dana tersebut adalah untuk digunakan oleh Umno Sabah.

“Apakah pengeluaran wang ini mendapat kelulusan Umno?
“Jika wang itu bertujuan untuk didermakan kepada Umno, mengapa ianya dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi individu?” katanya dalam kenyataan tersebut.
Bekas timbalan pengerusi BN Sabah dari Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), walaubagaimanapun tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno atau memberikan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bumburing juga mempersoalkan mengapa BN menolak untuk mendedahkan sumber dana, dengan mengatakan ia memberikan persepsi seolah-olah pemimpin gabungan pemerintah tersebut membiarkan rasuah berleluasa.

Beliau mengkritik Setiausaha Umno Sabah, Abdul Rahman Dahlan mengatakan bahawa ahli parlimen Kota Belud ini telah berkali-kali mempertahankan derma dengan mengatakan tiada apa-apa kesalahan dalam sumbangan berkenaan.
“Pengakuan (Abdul Rahman) juga meninggalkan banyak persoalan yang tidak terjawab seperti dari mana wang itu datang?
“Adakah wang tersebut dikecualikan dari cukai atau apakah penderma membayar di atas wang yang didermakan?” soalnya.
Bumburing dan seorang lagi MP Sabah, Lajim Ukin meninggalkan BN baru-baru ini dan berikrar untuk menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (PR) mengatakan mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Najib Altantuya.

Awal bulan ini, didedahkan di parlimen bahawa Musa telah dibersihkan daripada rasuah selepas pihak berkuasa tempatan mendapati bahawa RM40 juta yang menjadi persoalan adalah "derma politik" untuk Umno Sabah dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Menurut laporan lalu, siasatan pertama bermula pada tahun 2008 di atas permintaan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC), Hong Kong, selepas seorang ahli perniagaan yang didakwa ditangkap ketika cuba menyeludup wang tunai kembali ke Malaysia.

Akan tetapi, penemuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian membersihkan nama Musa menyebabkan ICAC menutup kes terhadap ketua Umno Sabah itu.

Ali parlimen Pakatan Rakyat tidak berpuas hati dengan penutupan kes tersebut dan menuntut pentadbiran Najib Altantuya mendedahkan sumber derma tersebut dan peristiwa tepat membawa kepada siasatan pada Musa.

Menurut laman pembocor maklumat Sarawak Report, yang pertama mendedahkan kes tersebut, peniaga kayu dari Sabah, Michael Chia ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong (HKIA) dengan wang tunai dalam bentuk matawang dolarSingapura.

Pada ketika itu, Chia dilaporkan memberitahu pihak berkuasa Hong Kong wang tersebut adalah untuk Musa.
Dalam pendedahan April lepas Sarawak Report turut mendedahkan dokumen dikatakan dari ICAC Hong Kong menunjukkan peguam Sabah itu memegang US$30 juta (RM90 juta) dalam akaun bank Swiss (trustee) untuk Musa. 

Laporan itu juga mendakwa jejak kertas menunjukkan bahawa berjuta-juta dalam matawang Euro serta Amerika Syarikat, Hong Kong dan Singapura telah disalurkan dari beberapa firma diuruskan oleh Chia yang berpangkalan di Hong Kong untuk beberapa syarikat British Virgin Island dan seterusnya kepada akaun peguam di Swiss yang dimiliki peguam tersebut.

Tetapi apabila menjelaskan isu ini di Parlimen Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz berkata bahawa Chia tidak pernah ditangkap dengan wang tunai di Hong Kong dan tidak pernah ditangkap oleh ICAC.

Nazri berkata RM40 juta sebenarnya dibekukan dalam akaun pelaburan di Hong Kong, yang kemudiannya perlu dipindahkan ke sebuah akaun dalam bank Switzerland.
"Itu adalah pemahaman saya dalam kes itu," katanya kepada Dewan.




Photobucket

Kekayaan Musa Aman Kini RM1.5 Bilion?

on Oct 30, 2012






Politik tetap politik.

Ia tidak membezakan antara agama, keturunan, kaum dan keadaan geografi, malah ia merentasi segenap kehidupan kita tanpa kita sedari.

Politik di Sabah tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

Politik di sini adalah politik balak, dan sesiapa yang paling berkuasa akan mengaut seberapa banyak kekayaan bumi paling berharga itu tidak kira melalui jalan yang sah atau haram.

Inilah yang berlaku sejak berpuluh tahun lalu di mana parti yang berkuasa akan menggunakan kedudukan mereka melahap ratusan malah ribuan konsesi balak yang menganjur dari pantai barat hinggalah ke pantai timur negeri di bawah bayu ini.

Semasa Umno mula-mula masuk ke negeri ini pada 1990, kekayaan balak yang dimiliki cuma berlegar di tangan Joseph Pairin Kitingan dan kroninya sahaja.

Akan tetapi dengan menggunakan muslihat ciptaan Mahathir, kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang diketuai Pairin tumbang dan inilah angkara projek IC yang terbongkar semasa perbicaraan di Likas pada 1995.

Sejak itu, lanskap politik Sabah berubah, dengan Umno menguasai hampir segenap inci kekayaan yang dimiliki dan hanya meninggalkan sedikit habuan kepada parti-parti bertaraf nyamuk seperti AKAR, PBRS, UPKO dan sebagainya.

Ketua Menteri, Musa Aman yang dilantik sejak 2003 sebenarnya sudah mempunyai kekayaan peribadi dianggarkan RM600 juta sebelum mengangkat sumpah jawatan menggantikan Chong Kah Kiat yang mewakili etnik Cina dalam sistem penggiliran jawatan setiap tiga tahun.

Perjanjian yang dimetrai sejak 1994 itu mensyaratkan sistem jawatan digilirkan antara bumiputera Islam, bumiputera bukan Islam dan Cina.

Bagaimanapun ia dimansuhkan Umno sejak Musa menjadi ketua menteri.

Ternyata dalam tidak sampai 10 tahun Umno bertapak di Sabah, bukan setakat hasil mahsul negeri dipunggah keluar ke Kuala lumpur malah dibebankan dengan harga barang yang tidak masuk akal di saat rakyat termiskin masih melata dari Papar hingga ke Tawau.

Musa terus mengumpul kekayaan peribadinya dari RM600 juta pada 2003 kepada lebih RM1.5 bilion menurut dokumen yang bocor dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2011.

Menjelang 2013, kekayaan Musa dianggar terus naik kepada RM2.1 bilion berikutan prestasi pasaran balak dan pelaburan emasnya di luar negara terus menunjukkan petanda positif.

Ini meletakkannya sebagai pemimpin kedua paling kaya selepas rakan sejawatannya di Sarawak, Taib Mahmud yang mempunyai aset sehingga RM25.5 bilion setakat awal tahun ini.

Balak Sabah dikeluarkan berdasarkan syarikat kroni mana yang boleh memberi habuan rasuah paling tinggi kepada pemimpin Umno dan cuma mengembalikan sedikit pulangan premium balak kepada rakyat melalui kerajaan negeri.

Amalan tersebut sudah menjadi lumrah biasa bagi pemain rasuah bertaraf jutawan seperti Michael Chia yang membawa matawang RM40 juta dalam bentuk dolar Singapura semasa ditahan di lapangan terbang Hong Kong (HKIA) beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke-12 diadakan pada Mac 2008.

Pendedahan semalam yang mengaitkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Azizi yang didakwa menerima suapan RM3 juta bagi menutup siasatan SPRM terhadap wang RM40 juta sememangnya sudah dijangka.

Nazri tidak mengiyakan malah tidak menafikan dakwaan yang sama bahawa anaknya Mohamad Nedim turut menerima hadiah mahal iaitu kereta sport berharga lebih RM1.4 juta.


Michael yang cuma pembawa beg wang tunai pemimpin Umno mengaku ia milik Musa dan wang tersebut dirampas agensi penguatkuasa rasuah Independent Comission Against Corruption (ICAC) negara itu.

Wang yang didepositkan dari Jepun itu tidak dibenarkan keluar sehingga siasatan menyeluruh dijalankan, bagaimanapun pemimpin Umno mendiamkan diri kerana mereka tahu satu perkara penting.

Wang yang disyaki diperolehi dari sumber rasuah hanya boleh ditahan selama tiga tahun dan sama ada pertuduhan dikenakan ke atas pembawa wang atau tidak, wang tersebut mesti diserahkan semula kepada pemiliknya.

Nazri pula mempertahankan kenyataan bahawa SPRM sudah menjelaskan isu wang tersebut kepada ICAC menyebabkan tiada sebarang pertuduhan diletakkan ke atas Michael sehingga kini.

Mengapa boleh terjadi begitu?

Peguam Negara, Gani Patail mempunyai hubungan kekeluargaan dengan abang Musa Aman iaitu Menteri Luar, Anifah Aman, tambahan pula kedua-duanya berasal negeri ini.

Isteri Anifah adalah kakak kepada Johan Samad, iaitu timbalan pengerusi Yayasan Sabah.

Johan pula berkahwin dengan Fazar Arif, adik kepada isteri Gani Patail.

Maka perlindungan yang diperolehi Musa adalah kerana hubungan kekeluargaan dan inilah yang menyebabkan Malaysia semakin hancur di tangan mafia dan penyangak harta rakyat selain peguam negara yang sepatutnya melindungi kepentingan negara telah menyalahgunakan kuasa bagi melindungi penjenayah seperti Musa.

Lebih lama lagi Umno memerintah negara, lebih banyak kerosakan yang dilakukan terhadap hutan di negeri itu yang semakin lama semakin diancam kemusnahan akibat penerokaan hutan yang tidak terkawal.



sumber

Photobucket

Ada Di Kalangan PKR Tidak Setuju Aziz Bari Bertanding Di Sabak Bernam

on






Terdapat perwakilan PKR Bahagian Sabak Bernam tidak bersetuju dengan keputusan parti meletakkan Profesor Dr Abdul Aziz Bari bertanding atas tiket PKR di kawasan parlimen itu dakwa Ketua Bahagian Umno Sabak Bernam, Datuk Warno Dogol.
Warno bercakap kepada Antarapos berkata maklumat bantahan itu disampaikan kepadanya oleh ahli perwakilan PKR sendiri baru-baru ini.
Abdul Aziz menerusi kiriman emel kepada Antarapos semalam sekali lagi mengesahkan bahawa beliau akan diketengahkan sebagai calon PKR di parlimen Sabak Bernam, tempat kelahirannya.
“Benar saya akan bertanding, saya sekarang adalah ahli politik sepenuh masa. Saya telah ditunjuk untuk mewakili PKR di kawasan parlimen Sabak Bernam.
“Walaupun itu belum rasmi, saya telah turun ke kawasan yang secara kebetulan adalah kampung halaman saya,” ujarnya.
Aziz Bari pernah mencetus kontroversi apabila beliau mengkritik tindakan Sultan Selangor bersabit pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Pada mulanya Aziz Bari tidak mahu menyertai politik, namun perkembangan terkini menyebabkan dirinya terpaksa terjerumus ke kancah politik.
Parlimen Sabak Bernam mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang dan Sekinchan.
Tiga daripada empat kerusi DUN tersebut disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar) dan Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang) – masing-masing menewaskan calon PAS pada pilihan raya umum yang lalu.
Manakala kerusi DUN Sekinchan dipegang ahli DAP, Ng Sue Lim.
Pada pilihan raya umum 2008, Barisan Nasional (BN) menang dengan mempertandingkan Datuk Abdul Rahman Bakri sebagai Ahli Parlimen Sabak Bernam mengalahkan Dr Badrulamin Bahron (PKR).
Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Dr Mohamad Khir Toyo tidak terkejut dengan pencalonan Aziz Bari sebagai calon PKR di parlimen itu.
“Kita memang sudah tahu perkara ini lama dah, poster pun sudah naik. Nak kata tidak terjejas langsung tu, tapi Insyallah tidak akan tewas kepada Pakatan.
“Barisan Nasional masih boleh kekal lagi di Sabak Bernam sebab BN bekerja kuat di situ, jadi saya rasa tidak masalah,” katanya.





Photobucket

Benarkah Dr MAZA Bakal MB Perlis...?

on






Khabar dari sumber inner circle Dr MAZA sendiri bertiup kencang bahawa beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihanraya di negeri tersebut.
Ini merupakan kali kedua berita berkenaan bekas Mufti kontroversi ini, yang sentiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau neutral dengan mengkritik UMNO dan PAS sedangkan pada masa yang sama beliau cukup mengkagumi reformis Kristian barat seperti Martin Luther.
Malah ada ura-ura beberapa minggu lepas, beliau telah dengan bangganya memberitahu beberapa orang yang rapat dengannya bahawa Kerajaan Syaithan Besar Amerika Syarikat di bawah Barrack Obama cukup berminat untuk memberikan beliau biasiswa Leadership tajaan White House.
Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin
Beliau bagaimanapun menafikan khabar tersebut walaupun mengambil masa lebih dari 24 jam untuk dengan ‘berat hati’ menafikan berita tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mempercayai penafian beliau kerana beliau dilihat menghentam para pencinta ahlul bayt, pejuang-pejuang Islam di dalam PAS dan UMNO tetapi cukup rapat dan memuja-muji para tokoh liberalisme dan pluralisme agama seperti Anwar Ibrahim dan mengangkat dan menjulang pemikiran-pemikiran para kafirin orientalis barat.
Malah, beliau secara konsisten selalu memuji demokrasi Syaithan Besar Amerika Laknatullah yang meyeksa umat Islam seluruh dunia termasuk di Al–Quds dan Iran.
Beliau juga cukup berbangga menghadiri majlis kerabat DiRaja England walaupun tidak diketahui atas kapasiti apa beliau hadir di majlis tersebut.
Dr MAZA di Majlis Makan Tengahari Bersama Duke and Duchess of Cambridge
Perkhabaran terbaru berkenaan tawaran istimewa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak dinafikan oleh Dr MAZA.
Di dalam twitter beliau, seseorang telah bertanya berkenaan mesyuarat rahsia selama 4 jam melibatkan beliau dan DSAI. Juga ditanya tentang tawaran yang diberikan terhadap beliau.
Dr MAZA tidak menafikan malah memberitahu, belum tiba masanya untuk diumumkan!
Twitter dari Dr MAZA bertarikh 18 Oktober
Twitter dari Dr MAZA bertarikh 20 Oktober- Dr MAZA mengesahkan tawaran tetapi belum tiba masa untuk umumkan
Sungguhpun begitu, sumber dalaman dari kem Dr MAZA sendiri memberitahu bahawa Dr MAZA telah ditawarkan jawatan sebagai bakal Menteri Besar Pakatan untuk negeri Perlis.
Ini memandangkan MB Perlis sekarang Datuk Seri Dr Md Isa Sabu masih mempunyai konflik dengan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang masih mengintai peluang merampas semula kerusi MB yang telah dilucutkan dari dirinya.
Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Shahidan Kassim adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk beberapa ulamak ke dalam UMNO.
Dr MAZA senantiasa cuba menampakkan seolah-olah beliau setia kepada Datuk Seri Shahidan akan tetapi, tindak tanduk terkininya yang menghentam para ulamak yang masuk UMNO sebagai ulamak hanyut dalam politik wang jelas telah menunjukkan bahawa ia merupakan usaha besar Dr MAZA untuk memisahkan diri dari Dr Shahidan.
Dan bertujuan untuk memberi signal kepada semua bahawa Dr Shahidan Kassim sudah tidak lagi berpengaruh untuk mengawal Dr MAZA dan Dr Shahidan tidak signifikan lagi dalam politik tanahair.


Kenyataan-kenyataan dari Facebook Datuk Seri Shahidan Kassim yang tidak bersetuju dengan Dr MAZA, langsung tidak diendahkan oleh Dr MAZA.
Melihat kepada modus operandi Dr MAZA dan Anwar Ibrahim yang sama, (yakni Anwar mengkritik dahsyat PAS dan UMNO sebelum masuk UMNO), adalah boleh diramal bahawa tindakan Dr MAZA mengkritik ulama PAS dan ulama UMNO tetapi memuja Amerika dan reformis Kristian adalah merupakan satu langkah awal sebelum Dr MAZA masuk PKR yang liberal.
Kerusi ulama dalam PKR kosong semenjak Dr Badrul Amin ditangkap khalwat dan Ismail Mina meninggalkan Anwar. DS Anwar Ibrahim dalam keadaan terdesak untuk mengisi kekosongan tersebut. Calon terbaiknya tentulah Dr MAZA.
Seperti mana Anwar menjatuhkan Tun Ghafar Baba, begitulah Dr MAZA akan mengkuburkan Datuk Seri Shahidan Kassim.
MAZA bakal mengGhafar-Babakan Datuk Seri Shahidan Kassim?
Negeri Perlis sebenarnya sudah ada calon Menteri Besar Pakatan dari PKR iaitu saudara Mohamad Faisol bin Abd Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang cukup berjiwa rakyat dan merupakan pencinta ahlul bayt.
Saudara Mohamad Faisol bin Abd Rahman, Pengerusi PKR Perlis
Tindakan DSAI meletakkan Dr MAZA sebagai calon MB Perlis (sekiranya betul) merupakan usaha menguatkan tapak liberalisme agama dipasakkan di negeri Perlis kami yang tercinta.
Kepada Dr MAZA, dari Datuk Arif Perkasa sibuk mengkritik tindakan Tuan Hj Muhammad Sabu melawat Syria, lebih baik Datuk periksa dahulu tindak tanduk Datuk yang menjulang Syaithan Besar Amerika Laknatullah sehingga ada ura-ura bakal menjadi mufti white house.
Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang?


sumber


Photobucket

Faekah Husin Bakal Musnahkan Azmin Ali Dengan Projek DATUM JELATEK

on







Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.
Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.
Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.
Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.
Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim yang berhutang, tidak mahu bayar, kemudian buat pelbagai helah agar hutangnya dilupuskan oleh Bank Islam?
Jadi, daripada mendedahkan bossnya itu kepada kecaman dan dakwaan yang lebih berat, lebih baik Faekah tutup mulut berkenaan Khir Toyo. Cerita tentang hartanah Khir Toyo itu sebenarnya sudah pun jadi senjata makan tuan, baik kepada PKR, Pakatan Rakyat, mahupun kepada beberapa kerat pemimpin UMNO-BN yang cuba menjadikan Khir Toyo sebagai kambinghitam.
Faekah sedar, kelangsungan dan keberadaan jawatannya di dalam pentadbiran Selangor amat bergantung kepada Azmin Ali. Bukan Faekah tidak tahu yang Azmin Ali mempunyai kekuatan yang hebat di Selangor. Azmin ada rangkaian dan rantaian kuasa, dari sekecil-kecil kuasa seperti kontraktor sampah sehinggalah kepada kepala gangster, terutama sekali di Ampang!
Namun sebagai SETPOL dan orang yang paling rapat serta dipercayai oleh Khalid Ibrahim, Faekah Husin juga tahu apa yang Khalid Ibrahim tahu. Faekah tahu, Azmin boleh digenggam telurnya menerusi projek ratusan juta ringgit yang Azmin sendiri terlibat secara langsung. Projek berkenaan adalah DATUM JELATEK yang telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. Projek yang terletak di tapak rumah pangsa Taman Keramat suatu ketika dahulu, masih belum dibangunkan walaupun komisyennya telah hilang disamun Azmin Ali dan konco-konconya.
Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor menyatakan bahawa Faekah sudah pun mempunyai details tentang DATUM JELATEK termasuklah jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya. Faekah hanya menunggu masa untuk membuat pendedahan, sama ada menerusi mulutnya sendiri atau seperti biasa, ‘mengupah’ atau meminta pihak lain mendedahkan butiran tersebut bagi pihaknya.
Azmin Ali mempunyai peranan yang cukup besar dalam projek ELIT dan SUPER MEGA bernilai hampir RM1 bilion itu. Turut sama ada bahagian adalah ADUN Hulu Kelang, Shaari Sungib.
DATUM JELATEK merupakan salah satu daripada projek PKNS Property di mana Azmin merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah PKNS sewaktu projek tersebut diluluskan. Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas bersengketa dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung beberapa perkara, termasuklah projek DATUM JELATEK.
Dan DATUM JELATEK jugalah menjadi punca keretakan hubungan antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim. Azmin sudah canangkan ke seluruh negara bahawa projek DATUM JELATEK akan menjadikannya sebagai ‘pemegang dana’ kepada segala komisyen namun Khalid Ibrahim yang mempunyai latar belakang korporat mempunyai mulut-mulut yang lebih besar dan lebar.
Kesudahannya, Azmin gagal dalam perebutan berkenaan tetapi dengan menggunakan kelicikannya, Azmin Ali berjaya menyekat PKNS Property daripada meneruskan projek berkenaan sehingga tertangguhlah projek bernilai hampir RM1 bilion tersebut sehingga sekarang.
Itu adalah sebahagian daripada rahsia yang ada dalam kocek Faekah Husin sekarang. Azmin Ali nampaknya tidak mampu pun melepasi tembok yang menghalangnya daripada jawatan Menteri Besar Selangor yang sangat diidam-idamkan. Tembok terbesar yang perlu dibelah adalah Faekah Husin. Sedangkan pada masa yang sama, Faekah tidak sahaja mempunyai senjata yang jauh lebih tajam dan berkesan, bahkan dengan jerkahannya sahaja sudah cukup untuk memandulkan dan memandomkan Azmin Ali buat selama-lamanya!



sumber


Photobucket

Kabinet Bayangan UMNO Terengganu: Siapa Dalang Perebutan Kuasa ini?

on






Hari ini bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda Umno Terengganu, Amirudin Abd Rashid berkata dalam Sinar Harian bahawa calon Barisan Nasional (BN) yang bakal diketengahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak akan diwakili mana-mana kumpulan, sebaliknya hanya pasukan presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Kenyataan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu ini dipercayai ekoran daripada tersebarnya satu minit mesyuarat sulit yang dipercayai telah didalangi satu 'team' yang cuba mengekalkan kuasa Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkir beberapa orang penting dikalangan musuh dan juga orang yang dipercayaai dalam team Datuk Seri Ahmad Said itu sendiri. Penyingkiran"orang-orang Mat Said sendiri" ini dikatakan kerana ada dikalangan mereka telah belot dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Said daripada dalam.

Minit mesyuarat tersebut telah mula tersebar dua minggu lalu di facebook Kelab Penyokong UMNO Terengganu. Penyebaran ini juga dikaitkan dengan usaha untuk mengekalkan team Datuk Seri Ahmad Said untuk berkuasa semula bagi penggal kedua jika Barisan Nasional mengekal kuasa.

Walaupun tiada pihak dapat memberikan kepastian di mana dan bila mesyuarat itu diadakan. Siapa yang hadir tetapi yang paling jelas mesyuarat ini adalah 'grand design' untuk mengekalkan kuasa Datuk Seri Ahmad Said dan menyingkirkan secara halus dan terancang mereka yang menentangnya daripada luar dan dalam sebelum pilihan raya ke-13 bermula.

Dalam minit yang tersebar itu ada dan jelas menunjukkan pembahagian kabinet, robakan beberapa portfolio sedia ada dan ini menepati sebagaimana aduan keberkesanan perjalanan exco Terengganu seperti yang pernah dimesyuarat pada tahun yang lalu.
Minit yang tesebar dalam FB kelab penyokong UMNO Terengganu.



Kabinet Bayangan Terengganu 2013 seperti tersebar ialah;


Menteri Besar
Datuk Seri Ahmad bin Said
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Petroleum dan Hasil Bumi Negeri,
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri.

YM Dato' Tengku Putera Tengku Awang
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan Negeri.

YB Dato' Abdul Rahim bin Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Ksenian dan Warisan Neggeri.

Ashari bin Khartib Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri.

Datuk Wan Ahmad Nizam bin Wan Abdul Hamid
Pengerusi Jawartankuasa Belia dan SUkan Negeri.

YB Alias bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri.

YB Toh Chin Yaw
Pengerusi Jawatankasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri

YB Asha'ari bin Idris
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri.

Datuk Haji Jalaini bin Ngah
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri.

Haji Muhammad Pehimi bin Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri

Haji Mohamad bin Jusoh
Pengersui Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri.




Menurut sumber yang dipercaya saudara Mohd Hisham Haji Zubir, Ketua Pemuda Kemaman ketika ditanya hal ini semasa majlis Qurban Aidil Adha mengesahkan bahawan memang untuk menang dan mengekalkan Barisan Nasional memerintah Terengganu perlu ada kabinet yang kukuh, kuat dan dipercayai. 

Ini bertepatan dengan kenyataan dan saranan Setiausaha Kelab Veteran Umno Malaysia Datuk Mustapha Yaakub supaya UMNO menamakan calon lebih awal. Dengan itu tindakan ke atas pensabotaj akan lebih berkesan daripada mengambil tindakan ke atas mereka di saat akhir selepas penamaan calon.

Menurut sumber tersebut, Mohd Hisham setuju dengan kenyataan Datuk Mustapha dan menyebut Terengganu sudah bersedia dengan muka baru yang lebih mantap dan taat.

Menjadi persoalan adakah kabinet ini telah mendapat makluman dan persetujuan daripada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak?

Ada pula sumber menyebut bahawa Datuk Seri Najib telah menemui Sultan Mirzan untuk mendapatkan perkenaan untuk calon-calon UMNO Terengganu supaya tidak terjadi seperti mana sebelum ini.

Banyak persoalan timbul daripada Kabinet 2013 UMNO Terengganu ini kerana kabinet tidak dimaklumkan secara rasmi dalam mana-mana mesyuarat Bahagian UMNO.

Adakah itu satu lagi edisi cantas (cah kenting) yang mahukan satu team sahaja berkuasa dalam UMNO Terengganu. Sama-sama kita saksikan nanti.




 http://polispencen.blogspot.com





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List