Sultan Terkejut Dengan Nurul Izzah, Rakyat Lagi Terkejut Dengan Tengku Amir

on Nov 9, 2012



Raja Muda Tengku Amir Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas, bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam.

“Sebagai penasihat kepada Sultan Selangor, Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini Selasa.
Perkembangan Raja Muda Selangor Tengku Amir sekarang? Apa yang kami idamkan selama ini, mempunyai barisan Sultan/Raja & kerabat diraja yang ada sekarang di Malaysia benar-benar ikhlas dan prihatin kepada rakyat. Bukan sekadar bersifat kosmetik di mata rakyat Malaysia. Senantiasa turun berdamping dengan rakyat dan membantu rakyat dikala mereka hidup dalam kesusahan.

Bukan hanya…..gah semata-mata untuk tayangan televisyen dan hebahan di akhbar sahaja untuk diberitajhu kepada rakyat semata. Ini yang dimahukan sebenarnya….

Kalau dilihat ada kalangan orang Melayu Islam lebih gemar berdamping dan berkawan dengan kawan-kawan daripada negara orang putih sana. Terpulang…..tetapi jangan memalukan diri sendiri apabila anda dilihat lebih “Mat Saleh” dengan kehidupan sosial + liar yang diamalkan sekarang ini. Sehingga orang bukan Islam pun geleng kepala melihatnya….
Tengku Amir Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Macam ini pegang botol Moet untuk tuang dalam gelas, ada style..
Tengku Amir Raja Muda Selangor Gambar Raja Muda Selangor, Tengku Amir (Raja Muda Selangor) Bersosial + Arak? Berubahlah!!
Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis @ Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya

EkELEH.com, Teringat kepada Sultan Muhammad V, Sultan kesayangan rakyat!!





Photobucket

Adakah Ini Petanda Nya...

on Nov 8, 2012





Antara petanda sesebuah parti itu akan kalah adalah apabila syiarnya tidak ada atau kawasan kuatnya sudah berjaya ditembusi.

Atau, kawasan yang selama ini tidak ada pihak yang berani kacau sudah berubah haluan.

Itulah yang berlaku di sebuah flat di Selayang, Selangor.

Selama ini, hanya bendera BN dan Umno sahaja berani diletakkan, namun kini flat ini penuh dengan bendera PKR yang akan menentang BN di kawasan ini.

Penghuni flat tersebut sudah tidak gentar dan cuak menunjukkan parti mana mereka sokong secara terbuka.

Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Dulu kalau dirumah pangsa @ flat, rata-rata hanya bendera Umno/BN saja yang berkibar, namun kini, ianya sudah jauh berubah.

Rakyat sudah maukan perubahan kerajaan berlaku dalam negara ini.

Adakah ini salah satu punca, Datuk Seri Najib Razak masih keberatan untuk membubarkan parlimen?

Sudah diketahui umum, dulu kebanyakkan penghuni rumah pangsa @ Flat adalah penyokong kuat Umno/BN namun kedudukkan itu sudah berubah.



Photobucket

Cara Mahathir Memutar Minda Penduduk Malaysia

on




Mahathir Mohamad selalu makan orang dalam manis sehinggakan kemungkaran dilakukan tidak terperasaan sama sekali. Tenguk bagaimana dia melepaskan jerat daripada untuk tidak dilihat bersubahat dalam memberi projek untuk anaknya berhubung kepentingan dalam Petronas.

Apabila wartawan menimbulkan soal kedudukannya sebagai pengerusi Petronas, apakah tidak dianggap sebagai sekongkol dengan kelulusan oleh syarikat gergasi itu kepada Sapurakencana Sdn Bhd di mana anaknya ada kepentingan, beliau menempelak wartawan dengan berkata; iya kamu akan kata saya yang suruh Petronas berikan kepada dia (anaknya).

Tambahnya lagi untuk menampakkannya ikhlas dan jujur, kamu tulislah dalam surat khabar kamu.. katanya saya yang suruh beri. (Sebenarnya memang pun). Dengan menjawab begitu orang akan anggap bahawa beliau putih dari nepotime, walhal hakikatnya memang benar begitu.

Kalau beliau tulus dan bersih beliau tidak akan membenarkan Petronas memberi projek kepada syarikat di mana anaknya ada kepentingan disitu. Kalau apa yang dilakukan Mahathir itu tertimpa ke atas diri Anwar Ibrahim negtara akan riuh macam kolam dipenuhi katak.

Beliau awal-awal memintas apa yang menjadi persoalan wartawan. Cara Mahathir itu adalah cara memansung soal dan memberi malu kepada si petanya. 

Cara Mahathir memutar otak orang ini sudah lama sejak 22 tahun lalu. Tetapi orang yang taksub dengannya tidak pernah menilai dan nampak apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri ini. Selagi hidup Mahathir dan kuncu-kuncu akan terus mendapat manfaat dari kekayaan negara sebab rakyat sudah tidak mahu menerima apa saja keburukan dilakukannya.

Naiflah Mahathir kalau tidak menggunakan kuasa dan kedudukannya untuk kesenangan anak-anak dan penbgampunya. Hanya syaiatan yang dikenali saja tidak jahat. 


sumber
Photobucket

Najib Ketepi MT UMNO, Lantik Bekas Setpol Pilih Calon Pilihanraya

on






Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas.


Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.

Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.

Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.

Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.

Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.

Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.

Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.

Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.

Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka. 

Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.

Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.

Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.

Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.

Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.

Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.

Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.

Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.

Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian. 

Oleh Shahbudin Husin

Photobucket

Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir..

on





Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri.

Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa?

“Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?” katanya dipetik Media Selangorku.
Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi.

Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri.




Photobucket

Penjelasan UNHCR Berkenaan Aktiviti Warga Asing Di Stadium KLFA

on






Segalanya bermula bila sorang pengguna Facebook,Shirley Gabriella mendedahkan, beliau terkejut apabila menyaksikan pada pukul 6:45am jumaat lalu ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan.
Beliau menganggarkan sekitar 10,000 warga asing berbangsa Myanmar menunggu di Kuala Lumpur Football Association Stadium (KLFA stadium) untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan satu syarat, mereka mestilah beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.

Bagaimanapun menurut pihak UNHCR , mereka kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar.. Ini terjemahan kenyataan itu...

Kenyataan dari UNHCR Berkaitan Aktiviti di Stadium KLFA
7 Nov 2012

Pihak UNHCR kini sedang melakukan aktviti pengumpulan maklumat pemohon suaka yang belum berdaftar di Stadium KLFA di Cheras.

Pemohon suaka yang belum berdaftar itu terdiri daripada etnik Rohingya, Myanmar Muslim, dan Myanmar Tamil dari Myanmar.

Ini adalah sebahagian daripada proses berterusan pihak UNHCR untuk mengumpul maklumat tentang pemohon suaka yang tidak lagi berdaftar di Malaysia.

Pengumpulan data akan membantu pihak UNHCR dalam perancangan program masa hadapan, termasuk program pendaftaran di masa hadapan.

Bagi tujuan perancangan, UNHCR perlu tahu siapakah pemohon suaka yang belum berdaftar di negara ini, dan aktiviti pengumpulan data sebegini membantu kami mendapatkan maklumat ini.

Pihak UNHCR telah melakukan aktiviti ini buat komuniti Myanmar yang lain tahun lepas, dan kami telah merancang untuk melakukan aktiviti ini untuk tiga komuniti yang tersebut di atas, pada tahun ini.

Boleh percayake?.. Kalau Media luar negarapun boleh dibayar berpuluh juta RM untuk mereka cerita yang baik bagi memulihkan imej Najib.. pegawai-pegawai UNHCR ni... apalah sangat ...

cuba baca apa yang terpapar dalam printscreen di bawah berkenaan Pelarian Burma di Langkawi..


Ini pula perbualan King Jason dengan Dato Ahmad Kuah..

Lagi pendedahan mengenai Pelarian Burma di Langkawi yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh UMNO/BN sila baca di sini ( King Jason )




Photobucket

Permohonan murtad 135 orang diluluskan

on





Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bawah, kiri).

Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu.

Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.
Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang.

Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47.

Tiada permohonan murtad dicatatkan diKelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil. 6:27PM Jun 14 2011-malaysiakini

Ini berita tahun lepas tapi sengaja disiar semula untuk kita sama-sama fikirkan betapa bersungguh-sungguhnya BN menangani isu murtad. Cina DAP pulak yang mengambil berat akan isu murtad seseorang penganut agama Islam. Tak ke pelik? 



Photobucket

Kenapa Anwar Tak Tawar Diri Bertanding Di Pekan....Ada Berani...?

on Nov 7, 2012






Kalau dari segi ketahanan mental dan perasaan, apa yang ada pada diri batang tubuh bakal Perdana Menteri Malaysia ke 7 ,  tidak aku nafikan, bagaimana beliau mampu dapat menahan dari segala macam fitnah yang tak perlu aku paparkan semula, sabar menempuhi kehidupan dalam penjara di Sungai Buluh,, semuanya itu belum tentu ada pada semua pemimpin lain.
Namun dari segi keberanian lain Anwar sebenarnya penakut...  


Anwar hanya berani mencabar Najib untuk bertanding di Marang, namun apakah ia berani menawarkan diri bertanding di Pekan sama seperti TG Haji Hadi Presiden PAS.. 

Anwar mula menceburi politik tahun 1982, waktu itu aku baru sahaja habis dari rekrut TLDM, memenangi kerusi Permatang Pauh mengalahkan calon PAS Allahyarham Zabidi Ali. 

Sepatutnya Anwar ditawarkan bertanding dalam parti PAS, tetapi kononnya ia nak mengislamkan UMNO waktu itu,, jadi masuklah UMNO,, namun apa yang ia dapat,, apa yang aku nampak dia hanya dapatnya  perangai UMNO yang masih belum boleh dibuang,, sama-sama penakut macam Najib juga... begitu juga dengan kroni dan banyak lagi samanya seperti UMNO.

Tak perlu aku nak korek kisah lama 1982 tu banyak-banyak, ,, OK Kita ambik kisah tahun 2008 selepas Anwar dibebaskan dari penjara dah boleh bertanding semula,,, ada dua kerusi PKR yang aku dengar Anwar nak bertanding iaitu Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baru,,, apakah Anwar tak berani di dua kerusi tersebut dan Anwar hanya berani di kerusi Permatang Pauh., wallahhuaklam..

Jadi tak payahlah nak cabar Najib,, renungi diri sendiri dahulu,, lebih kurang juga,,, janganla terlebih sangat sembang politik,,, 

Tahniah kepada Naib Presiden PAS, YB Salehudin Ayub, yang betui-betui anak jantan,, berani balik ke negeri sendiri walaupun nak harap kemenangan masih belum tentu lagi, kerana Johor masih lagi lubuk UMNO,, 

Kesimpulannya, buat pemimpin-pemimpin kanan parti PAS atau pun juga pemimpin melayu PKR  janganlah duk nak cari kerusi yang boleh beri kemenangan sahaja,,, belum bertanding belum tentu anda akan merasa kemenangan, anda hanya boleh merancang,, pengundi akan menilai nak undi siapa namun keputusan nya Allah sahaja menentukannya,

Buktikan dahulu keiklasan anda nak jadi pemimpin, Insyaallah, kemenangan akan berada di pihak anda...yakinlah..,  , 

sumber

Photobucket

Obama Kekal Presiden Amerika

on






New York - Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.





Photobucket

Rozita Che Wan bercuti bersama bekas menteri...?

on Nov 6, 2012






Belum pun reda isu gambar separuh bogel yang didakwa miripnya, nama Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan.

Ditimpa kontroversi bertimpa-timpa,  Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, kembali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama golongan VIP yang lebih kurang sama versinya dengan kisah sebelum ini.

Malah ada pihak mendakwa, penerbangan Che Ta ke Kota London yang ditemani adiknya pelakon, Ayu Raudhah, baru-baru ini turut ‘diselitkan’ dengan kehadiran bekas menteri.

Menurut sumber, bekas menteri itu memberikan tiket kepada Che Ta, berdasarkan nombor tempahan tiket yang sama. Malah kemesraan mereka juga turut mencuri tumpuan krew apabila dilihat bersama dalam penerbangan itu.
Walaupun Che Ta kini berada di Jepun untuk menjalani penggambaran musim terbaru, Kiah Pekasam, berjudul, Kiah Spy Jepun, Zass berjaya mendapatkan penjelasan dari pelakon jelita ini.
“Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni.
“Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini," katanya yang bakal muncul dalam program bual bicara, Primadona, bersama Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura.
Sementara itu, berhubung dakwaan gambar separuh bogel miripnya itu,  Che Ta nekad untuk menyaman wartawan hiburan tempatan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.


Anak kena tempias

Menyedari pancaroba bergelar anak seni sentiasa mengekori perjalanannya sebagai pelakon, Che Ta sudah lali dengan apa yang berlaku.

Malah, perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri demi membesarkan dua puteranya, Ammar Effendi, 15 dan Aniq Ezra, 14.

Akui bimbang akan penerimaan anak-anak mengenai kisah kurang enak yang bertebaran, namun, Che Ta bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami dan tidak mudah terpedaya dengan kisah yang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk meraih publisiti.

“Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami persekitaran kehidupan sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan, walhal cerita itu tidak pernah terjadi.

“Malah, mereka tahu dengan siapa saya berkawan dan apa yang saya buat. Mereka lebih bijak menilai siapa saya,” kata pelakon drama, Bunga-Bunga Syurga ini. 





Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List