Najib, LIABILITI yang semakin berat...?

on Dec 9, 2012



Najib, LIABILITI yang semakin berat: Umno ditenggelami bom Altantuya & Deepak


Perhimpunan Agung Umno ke-66 yang hangat diperkatakan telah berakhir dengan tangisan. Laungan bahawa mereka akan merampas dua pertiga kerusi di Parlimen bakal dimusnahkan oleh peluru berpandu yang disasarkan dari akar umbi mereka sendiri kepada pemimpin teratas yang sering dibelenggu skandal dan masalah, iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun akur bahawa rasuah itu sendiri merupakan musuh ketat Umno, Najib telah gagal menyentuh isu rasuah atau berjanji untuk memulakan lembaran baru dimana ketelusan akan menjadi kewajiban dan tiada yang akan terkecuali.

Ini tidak mengejutkan pesaing politiknya, Ini berdasarkan 3 kes yang terbongakar hanya beberapa hari sebelum perhimpunan Umno bermula.

"Apa lagi yang boleh katakan. Sudah sememangnya jelas Umno tidak akan berubah. Pemimpinnya boleh mengarahkan media arus perdana, TV dan surat khabar untuk tidak menyiarkan berita. Mereka boleh mencanangkan bahawa mereka yakin akan menang dalam pilihan raya umum ke-13 namun jauh dilubuk hati perwakilan Umno dan ahli-ahlinya yang lain, mereka tidak percaya," ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad memberitahu Malaysia Chronicle.
"Sebenarnya, akar umbi telah kecewa dan jijik dengan kecurangan dan rasuah pemimpin mereka tetapi mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana ini sememangnya sifat Umno. Sesiapa yang tidak tahan akan meninggalkannya,dan yang masih bertahan pula sebenarnya berharap akan mendapat sedikit sebanyak habuan daripada rasuah walaupun mereka tahu ianya salah. "

Bom BERGANDA, ada lagi bakal menyusul?

Berita pertama di antara 3 berita yang mengejutkan negara dikhabarkan oleh peguam Perancis, mendedahkan bahawa hakim penyiasatan yang mendengar kes Scorpene berjumlah RM7.3 bilion di Paris telah memutuskan bahawa warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang telah dibunuh terlibat secara langsung dalam pemerolehan kapal selam kerajaan Malaysia dari gergasi senjata laut DCNS dan akan meminta rekod penuh perbicaraan pembunuhannya.
Berita ini telah menyebabkan ahli Umno yang membanjiri Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur di mana kongres tahunan mereka telah diadakan terkedu. Mungkin juga berita ini telah menjadi lebih panas kerana Najib dengan bodohnya tidak memberi kebenaran kepada peguam Perancis itu untuk masuk ke Malaysia dan memberi taklimat kepada Ahli Parlimen mengenai status terkini kes, sekaligus meningkatkan perasaan curiga terhadap PM dan isterinya Rosmah Mansor, dimana kedua-duanya telah dituduh terlibat kerana bekas pengawal peribadi merekalah yang telah dujatuhkan hukuman gantung kerana didapati membunuh.
Seterusnya pula merupakan bom berkembar yang telah digugurkan oleh penjual permaidani Deepak yang juga, bekas teman karib Rosmah. Menurut Deepak, pasangan pertama itu meminta bantuannya untuk menerbalikkan akuan berkanun yang telah mengaitkan mereka dalam pembunuhan Altantuya. Berita itu memberi peluang untuk membuka semula perbicaraan pembunuhan Altantuya dimana keadilannya dipersoalkan apabila mahkamah dituduh mengabaikan bukti bahawa pengawal peribadi itu mungkin hanya diupah oleh pihak yang mengarahkan mereka dan pembunuh sebenar masih bebas.

Tambahan pula, ahli-ahli Umno bagaikan tidak peduli akan salah laku presiden Umno serta isterinya, Deepak juga menuduh seorang "ahli keluarga Najib" telah mengaut berjuta-juta keuntungan daripada hasil meluluskan projek RM100 juta Puspahanas, sebuah pusat penyelidikan untuk Kementerian Pertahanan yang telah diswastakan pada tahun 2005 tetapi hanya kira-kira 20% sahaja yang siap dibina sehingga hari ini.

"Perang Umno dalam Perhimpunan Agungnya yang ke-66 telah berakhir dengan pemimpin UMNO yakin dan teruja apabila Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin Umno yang lain mengisytiharkan bahawa Umno bukan hanya akan menang dalam pilihan raya umum yang akan datang, tetapi akan memenangi semula dua pertiga majoriti kerusi dalam parlimen serta keempat-empat negeri Pakatan termasuk Kelantan dan Pulau Pinang," kata penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan.
"Bagaimanapun, manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun Perhimpunan yang baru berakhir itu seperti telah dirancang dengan teliti, dengan begitu banyak nasihat yang diberikan oleh mereka yang berucap pada empat hari persidangan Umno untuk menampakkan keikhlasan Umno pada PRU ke-13 nanti, kesimpulan yang telah dibuat oleh rakyat Malaysia adalah walaupun sibuk dengan cakap-cakap tentang "transformasi", para pemimpin Umno dan Umno itu sendiri tidak akan mampu berubah selagi Umno masih korup dalam memegang kuasa.

"Umno dan Barisan Nasional telah sinonim dengan rasuah di Malaysia dan setelah 44 bulan Najib menjadi Perdana Menteri, nampak begitu jelas bahawa Najib sememangnya hanya pandai melaungkan slogan anti-rasuah tetapi sebenarnya tiada kesungguhan dan komitmen untuk membasmi rasuah, terutamanya yang melibatkan politik dan pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan.

"Inilah sebabnya mengapa dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-66, kita telah menyaksikan lakonan menyedihkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, yang menghilangkan diri setelah usaha berani oleh wakil-wakil media menunggunya memberi maklum balas kepada perwakilan UMNO Sabah yang mahu Musa menjelaskan skandal "derma politik kepada UMNO Sabah" yang berjumlah RM40 juta yang diberikan kepadanya oleh usahawan balak Sabah, Michael Chia.

Apa yang juga membimbangkan adalah Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi yang langsung tidak menyentuh isu projek RM100 juta Kementerian Pertahanan pada tahun 2005 yang dibangkitkan oleh usahawan Deepak Jaikishan. Tindakannya itu juga mengiakan tindakan Najib yang juga tidak mahu memberi respon kepada dakwaan Deepak kerana ia melibatkan ahli keluarganya dan juga kes pembunuhan berprofil tinggi warga Mongolia Altantuya Shariibu. Roh Altantuya telah menghantui Najib pada perhimpunan Agung Umno ke-66 itu. Kenapa agaknya roh ini tidak boleh tenteram?

Maria Begum, Malaysia Chronicle




Photobucket

KAMERA AES DI LEBUH RAYA SKVE DICABUT !!!!

on Dec 4, 2012





Rakaman gambar para petugas dari pengendali kamera AES @ kamera 1m'sia  sedang mencabut kamera berkenaan di lebuhraya SKVE atas arahan Kerajaan PKR/PR Selangor dibawah pimpinan YAN Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Dua minggu diberi tempoh, kalau gagal roboh atau cabut kamera AES yang hirup darah rakyat itu makan kerajaan negeri akan lakukan sendiri.

Alhamdulillah, akhirnya mereka akur jua.


HIDUP KASE!!!!... HIDUP RAKYAT!!!!... HIDUP PAKATAN RAKYAT!!....SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.




Photobucket

Bekas Ketua Polis Negara kini diekori SB

on





Kini bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan pula diekori oleh para SB susulan pendedahan beliau dalam sidang media bahawa terdapat unsur penjenayah yang telah meresap dalam PDRM dan pemimpin politik telah menghalang siasatan. Musa Hasan menegaskan adalah bodoh mengekori orang macam dia sedangkan pihak polis sepatutnya menjejaki penjenayah. ( Komen : Apa sudah jadi dengan Malaysia? )

SB tailing me, says Musa
4 Dec 2012

Following his explosive revelations at a press conference last week, the former IGP finds himself on the other side of the police radar.

PETALING JAYA: Ironic as it may sound, former inspector-general of police Musa Hassan has claimed that he is being tailed by special branch officers.

This followed his controversial press conference last week, where he claimed that criminal elements had infiltrated the police force and revealed that politicians interfered with investigations.

Apart from him, Musa said that R Sri Sanjeevan from the NGO My Watch which organised the press conference was also being tailed. Musa is the patron of the newly-formed NGO.

“To me it’s funny lah. Why must you put me under surveillance? As if I am a threat to security.

“I would like to advise them not to follow me lah. I won’t destroy the nation, that’s number one. Number two, I think you have better work to do, like following criminals, who are really jeopardising the safety of the public,” the former IGP told FMT.

“So I think it is stupid of them [to follow us], wasting the rakyat’s money. If you want anything just call me, I’ll tell you everything,” he added.

On how he found out, Musa said:”Of course I know who is following me but I didn’t want to confront them. Don’t want to embarrass them. Of course they ran away when they saw me.”

Asked why he was being tailed, Musa shrugged and replied: “I don’t know, probably instructions from up top. Maybe the IGP himself, I don’t know.”

Musa said that although in the past he had been tracked by syndicates and tontos “plenty of times”, this was his first time being followed by a policeman.

“Never by policemen, but by syndicates and tontos you know, who want to know my movements. I still remember when I was in the drugs unit. That’s why whenever I got out of the house, I would never follow the same route for fear that people might either follow me or ambush me and all that. We must be aware of my environment, being a trained police officer, you know,” he added.

While Musa said he did not feel threatened, Sanjeevan admitted that he was slightly more rattled.

“From the day we held that press conference, we have been followed. The same face, the same cars are around here. The cracking sounds on my phone…,” he added.

Sanjeevan said that there was no reason for the police to resort to these “harassing” tactics as MyWatch was merely an NGO that was concerned about the welfare of the country.

“I feel it is a breach of human rights, this is all abuse of power and is being instructed at the higher level. The thing is, we’ve got nothing to hide. We’re just concerned because crime happens and it is not political, it does not care who we are.

“If you want, just call us up, record our statements. Please don’t plant SBs on the people who are trying to help you reform,” he added.

Sanjeevan reiterated the call for the current IGP Ismail Omar to meet them in person in order for them to work together and share information.

- Free Malaysia Today





Photobucket

Pegawai kanan SPR ada jawatan dalam Umno...?

on





KOTA KINABALU: Dewan Pemuda PAS negeri Sabah mendesak agar Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)  tampil memberikan penjelasan berhubung isu salah seorang kakitangan kanan mereka di SPR cawangan negeri Sabah dikatakan turut mempunyai jawatan yang penting di peringkat pemuda UMNO bahagian Kinabatangan.

Hal ini disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS negeri Sabah oleh beberapa orang rakyat negeri ini yang prihatin apabila mereka mendapati bahawa beberapa kenyataan pegawai SPR tersebut di media sosial kelihatan jelas menampakkan beliau mempunyai kedudukan dan kepentingan dalam Umno.

Justeru pemuda PAS Sabah menuntut agar respon yang segera daripada SPR.

Demikian kata Lahirul Latigu (gambar), Ketua Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini.

Pemuda PAS Sabah menginggatkan bahawa ia akan menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kredebiliti SPR selaku organisasi yang bertanggungjawab memastikan pelaksanaan demokrasi di negara ini. 

"Sekiranya SPR tetap memilih untuk terus membisu dalam isu ini pihak Dewan Pemuda PAS tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran yang lebih lanjut berkaitan individu ini," kata Lahirul.

Dewan Pemuda PAS, katanya, akan memastikan hal ini mendapat jawapan yang jelas dari pihak SPR kerana mereka tetap dengan komitmen untuk bersama dengan inspirasi rakyat Sabah untuk melihat proses pilihanraya dinegeri ini berjalan secara adil dan bersih.



Photobucket

JANGAN TAKUT TUKAR KERAJAAN

on




KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini diseru bangkit menjadikan PRU-13 tidak lama lagi sebagai gelanggang terbaik untuk menukar Kerajaan Umno-BN kepada Pakatan Rakyat yang lebih prihatin, adil, telus dan mesra rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, ketakutan Umno terhadap jatuhnya mereka dalam PRU-13 telah digambarkan dengan jelas oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dalam Ucapan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC, 29 Nov lalu.

Najib ketika berucap meminta rakyat tidak cuba-cuba bereksperimen untuk menukarkan kerajaan dalam PRU-13 kerana Umno-BN merupakan parti yang terbukti relevan sepanjang zaman sebagai pilihan utama. 

"Suka tidak suka, persoalan ini sangat asasi. Sesungguhnya, rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui secara nyata sebelum membuat keputusan paling penting bersabit masa depan mereka. Pilihanraya bukan satu uji kaji.

"Lima tahun ialah jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan. Pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku hatta sebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur," kata Najib mempengaruhi ahli Umno dan rakyat negara ini agar tidak memilih Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, telahan Najib itu seperti orang tidak bertamadun kerana dalam demokrasi sememangnya diizinkan kepada rakyat untuk menukar kerajaan.

Malah katanya lagi, ia adalah perkara biasa dalam demokrasi serta sering dilakukan oleh rakyat di negara-negara demokrasi lain di seluruh dunia termasuk antara lain di Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun. 
     
"Itu juga merupakan satu gertakan untuk menakutkan rakyat. Gertakan seperti itu memang sudah lazim dilakukan oleh para pemimpin Umno-BN tahun 60-an," katanya. 

Kenyataan kononnya hanya Umno-BN sahaja yang boleh menjamin masa depan negara dan rakyat perlu mengekalkan BN dalam PRU-13, adalah kenyataan dangkal seolah-olah Pakatan Rakyat tidak upaya memakmurkan negara.

Terbukti katanya, empat negeri yang ditadbir Pakatan - Kedah, kelantan, Selangaor dan Pulau Pinang - mendapat pujian daripada Ketua Adit Negara kerana pentabiran yang baik berbanding negeri-negeri yang dikuasai BN.

"Apakah rosak binasa negeri-negeri ini sepanjang ditadbir Pakatan?" soal beliau.

"Kalau Pakatan memerintah negara akan jahanam hanya kenyataan ugutan bagi Umno pertahankan kuasa. Kalau BN tumbang, yang rugi  Perdana Menteri, isterinya, para pemimpin Umno-BN kerana mereka tidak lagi berpeluang untuk mengaut habuan untuk kepentingan peribadi dan kroni-kroni mereka," katanya.

Mohamad Sabu yakin, rakyat negara ini cerdik dalam berpolitik, mereka akan menukar semula kepada Kerajaan Umno-BN dalam PRU-14 jika didapati Pakatan Rakyat menyelewengan dan tidak adil.

"Yang penting, kerajaan BN mesti ditukar oleh rakyat pada PRU-13 nanti. Lepas itu lihatlah hasilnya. Bukannya lama, hanya lima tahun sahaja untuk seluruh rakyat negara ini melihat hasilnya," tegas beliau.



Photobucket

Amaran Najib Tak Laku...?

on





Tak sampai seminggu presiden Umno, Najib Altantuya mengingatkan perwakilan dan ahli Umno tentang budaya sabotaj atau 'cah keting' yang boleh menyebabkan kekalahan besar, seruannya itu kini bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!

Salah sebuah negeri yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat, Negeri Sembilan kini dikatakan berada dalam kedudukan 'amat tidak selesa' dan bila-bila masa saja boleh dirampas dengan majoriti mudah di dewan undangan negeri (DUN) yang mempunyai 36 kerusi keseluruhan itu.

Pakatan Rakyat cuma memerlukan LIMA kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru dengan syarat mengekalkan kemenangan di 16 DUN yang diraihnya dalam pilihanraya umum lalu.

Dan jika syarat itu dipenuhi, tidak mustahil negeri yang terkenal dengan adat perpatih ini bakal menikmati pelbagai jenis bantuan seperti yang dirasai negeri jiran di sebelah utaranya, Selangor.
Bukti ahli Umno melakukan tindakan yang melemahkan parti di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas sudah pun ditubuhkan untuk menangani masalah itu.

Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 lalu.



Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula ‘berputik’ di Negeri Sembilan.

“2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan faktor sabotaj.

“Ketika ini, di Negeri Sembilan ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.
“Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.

“Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .

“Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Najib Altantuya baru-baru ini.

"Paling penting, jangan  kita biarkan ‘putik’ itu berbunga,” katanya.



Photobucket

Kisah Mazlan Aliman berjaya 'lamar' Dato' Seri Abd Rahman Maidin

on




Dato' Seri Abd Rahman Maidin, 66 tahun, seorang tokoh korporat yang tidak asing kepada kita. Terlibat dlm dunia perniagaan selama 32 tahun, melalui syarikatnya MRCB, pernah menguasai TV3 suatu ketika dahulu.

Terlibat aktif dalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia selama lebih 25 tahun. Beliau sangat mengetahui situasi peniaga2 bumiputera yang terhimpit dan menjadi mangsa percaturan ahli perniagaan Umno yang memonopoli semua projek2 kerajaan.

Beliau mula menjarakkan diri di hujung pemerintahan Dr Mahathir kerana kecewa dengan polisi Kerajaan yang melonggokkan projek untuk beberapa kerat ahli korporat yang menjadi kroni pemimpin Umno. Hujahnya, apa makna segelintir jadi billionaire tapi puluh ribu peniaga lain gulung tikar?

Beliau sering berbeza pendapat dengan pemimpin2 kanan Umno termasuk Dr Mahathir, kecewa layanan yang diberikan kepada peniaga bumiputera.

Saya diperkenalkan oleh YB Salahudin kepada DS Rahman Maidin beberapa bulan yg lalu. Saya agak terkejut kerana DS Rahman bukan calang2 orang. Saya bertambah rapat dengan beliau atas isu projek RAPID Pengerang. DS Rahman telah menubuhkan sebuah Ngo pro rakyat, INSTITUT PEDULI RAKYAT, yang memperjuangkan hak rakyat khususnya kes2 rampasan tanah di seluruh negara.

Alhamdulillah, daripada tokoh korporat yang tegar Umno, beliau memilih PAS. Saya diamanahkan YB Salahudin dan pimpinan PAS Johor 'melamar' DS Rahman Maidin. Saya menyerahkan borang PAS kepadanya dan menjadi pencadang keahliannya dalam PAS.

Syukur Alhamdulillah, berbondong2 tokoh2 negara, pegawai kanan Kerajaan dan ahli korporat menyertai PAS. Makin difitnah, dinista dan berbagai serangan sepanjang Perhimpunan Agong Umno yang baru lalu; semakin ramai yang masuk PAS!

DS Abd Rahman Maidin menyatakan hasratnya melalui Institut Peduli Rakyat, untuk bersama2 Ngo lain turun padang membantu rakyat yang dizalimi. Kini, beliau menganggotai Task Force MANTAP yang diketuai YB Salahudin, bagi menangani isu RAPID Pengerang.

Syabas atas kesediaan DS Rahman Maidin bersama PAS dan Pakatan Rakyat!



Hanya kroni UMNO tertentu yang kaya raya, peniaga Melayu bukan kroni merempat dan gulung tikar...


ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR.



Oleh Mazlan Aliman


Photobucket

Jangan Ghairah Sangat Mencabar Najib

on




Keghairahan UBN merasakan mereka akan menang malahan akan mencapai 2/3 dalam pilihan raya akan datang sepatutnya tidak dicemburui oleh Pakatan Rakyat. Pemimpin PR tidak perlu merasa tercabar dengan keghairan itu sehingga mencabar balik Najib Razak supaya membubarkan segera parlimen.

Kenyataan Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Najib segera membubarkan parlimen kalau benar parti itu berada dalam keadaan selesa, rasanya bukan satu cabaran yang bijak dan baik. Cabaran ke atas lawan yang kita sendiri belum siap siaga sepenuhnya bukan tepat. Tuan Ibrahim atau sesiapa saja jangan begitu 'cepelek' (celupar) mulut mencabar UBN kerana sikap begitu boleh dilihat sebagai 'agah' atau pun sombong.

Biarkan apa saja pemimpin UBN hendak kata usah dipedulikan. Kata-kata Najib kononnya BN selesa dan akan menang besar adalah provokasi saja. Dia mahu melihat bagaimana pemimpin PR memberi reaksi ke atas semua itu. Kalau dengan provokasi itu pembangkang termakan sehingga membuat cabaran balik ia akan merosakan imej Pakatan Rakyat kerana rakyat akan melihat Pakatan sudah over konfident.

Kalaupun BN dalam tidak selesa atau tertekan dalam perkiraan Pakatan Rakyat biarkan saja. Mengajak orang untuk bertumbuk bertalu-talu walaupun orang diajak itu relatif lemah tidak bijak. Apa kena diingati yang menilai diri kita bukan sesama sendiri tetapi rakyat. Kita akan menilik di hadapan cerin besar rakyat bukannya menilik dengan cermin sopek di rumah sendiri. 

Hari ini adalah lebih baik kalau PR menumpukan kepada gerak kerja untuk menghadapi pilihan raya. Memperkemaskan jentera parti dan juga mempereratkan persefahaman sesama sendiri. Menyediakan sebanyak bahan-bahan bacaan untuk disebar kepada rakyat. Mengolahkan dalam bentuk design atau persembahan yang mudah difahami.

Pakatan lebih baik muhasabah diri sejauh manakah Pakatan telah benar-benar bersedia didalam perkara ini. Rasanya Tuan Ibrahim sendiri maklum mengenai perkara ini. Masih ada sudut-sudut tertentu di dalam Pakatan Rakyat belum kemas molek. Kemenangan tidak akan tertempa dengan angan-angan dan bahasa yang retorik.

Map road ke Putrajaya biarlah jelas dan lurus, jangan mencabar parlimen dibubarkan.

Biarlahl kita dilihat 'seronyeh' dan 'serebeh' tetapi hakikat sebenarnya kita kuat dan gagah. Tidak ada guna kita bertempik dan menunjukkan kita kuat tetapi hakikatnya tidak begitu. Apakah masalah pembahagian kerusi di antara komponen Pakatan Rakyat kini sudah selesa. Dan kalau selesa apakah pengagihan kerusi didalam Pas sudah sempurna. Di Terengganu misalnya sudah redakah pertikai kerusi di antara Pas dengan PKR.

Sudahkah Pas Terengganu melayan PKR dengan adil dan saksama? Dan apakah PKR pula menyedari kekuatan dan tenaga sahwat politik mereka di negeri penyu itu, jangan pula kata orang nafsu kuat energi kurang?

Juga apakah Pas sudah mengenal pasti calon-calon mereka diambil dari kalangan berwibawa untuk bertanding atau pun terpaksa mengulangi calon lama, tidak dapat dikehek kerana kroni ataupun kerana dia semata-mata Yang Dipertua kawasan?

Masalah ini patut dijuruskan oleh Tuan Ibrahim dan pimpinan Pas lain. Perkemaskan diri sendiri dan menanti saat bertempur dengan penuh siapsiaga. Tidak ada guna kita bertempik mencabar orang berlawan dengan kita kalau dalam perlawanan nanti kita jatuh bertonggeng. Kalau itu berlaku orang hanya kata, kita hanya kuat di mulut dan 'reng' (tenaga) tidak ada.

Jadi awaslah sebelum membuat cabaran dan pastikan cabaran itu tidak akan membidas ke muka sendiri. Hari ini tidak perlu mencabar excited Najib membubar parlimen lagi, kerana edah pembuburan itu sudah pun hampir rapat. Cabaran atau tidak parlimen terpaksa juga dibubarkan nanti. Dibimbang apabila parlimen dibubarkan pihak Pakatan masih kalut, itu tidak ada, ini tidak buat, akhirnya akan kalah nanti. 


Oleh Mohd Sayuti Omar

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List