Amaran Najib Tak Laku...?

on Dec 4, 2012





Tak sampai seminggu presiden Umno, Najib Altantuya mengingatkan perwakilan dan ahli Umno tentang budaya sabotaj atau 'cah keting' yang boleh menyebabkan kekalahan besar, seruannya itu kini bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri!

Salah sebuah negeri yang menjadi sasaran Pakatan Rakyat, Negeri Sembilan kini dikatakan berada dalam kedudukan 'amat tidak selesa' dan bila-bila masa saja boleh dirampas dengan majoriti mudah di dewan undangan negeri (DUN) yang mempunyai 36 kerusi keseluruhan itu.

Pakatan Rakyat cuma memerlukan LIMA kerusi bagi membentuk kerajaan negeri yang baru dengan syarat mengekalkan kemenangan di 16 DUN yang diraihnya dalam pilihanraya umum lalu.

Dan jika syarat itu dipenuhi, tidak mustahil negeri yang terkenal dengan adat perpatih ini bakal menikmati pelbagai jenis bantuan seperti yang dirasai negeri jiran di sebelah utaranya, Selangor.
Bukti ahli Umno melakukan tindakan yang melemahkan parti di negeri ini sudah kedengaran, biarpun jawatankuasa khas sudah pun ditubuhkan untuk menangani masalah itu.

Ia disahkan sendiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Mohamad Hasan yang jelas kecewa dengan perkara itu apabila menjadi antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 lalu.



Mohamad berkata, sebagaimana parti politik lain, sabotaj parti sememangnya isu penting dihadapi Umno yang kini sudah mula ‘berputik’ di Negeri Sembilan.

“2008 fakta jelas menunjukkan BN kalah banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disebabkan faktor sabotaj.

“Ketika ini, di Negeri Sembilan ‘bunga’ belum keluar tapi ‘putik-putik’ sabotaj parti telah mula nampak apabila kedengaran ada yang berkata, jika tidak dicalonkan, dia akan tutup bilik gerakan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, barisan kepemimpinan dari segenap lapisan termasuk ahli parti diminta mengambil iktibar atas kekalahan BN pada 2008 sehingga menyebabkan beberapa kerusi diambil pembangkang.
“Sebelum ini kita telah 'menjaringkan gol' kita sendiri, jadi sebab itu BN kalah. Sebenarnya pembangkang tidak kuat tapi ada orang BN yang mahu lihat kita kalah.

“Jika tiada kesedaran dari sekarang, kita akan tewas. Tewas bukan disebabkan parti lawan yang kuat, tapi disebabkan masalah dalaman dan sabotaj,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Kesyukuran Projek Pembinaan Masjid Hussain Seremban 2, di sini, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, sebarang usaha menangani masalah itu memerlukan kesedaran semua ahli parti kerana tanpa perubahan dalam kalangan mereka, mustahil masalah dapat diselesai .

“Saya berharap cakap-cakap kurang sedap didengar berkaitan sabotaj parti ini tidak lagi kedengaran selepas semua jentera parti mendengar ucapan penggulungan Najib Altantuya baru-baru ini.

"Paling penting, jangan  kita biarkan ‘putik’ itu berbunga,” katanya.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List