[Kenyataan Media] Pakatan Pertahankan Kemuliaan Dan Kebebasan Anggota Keselamatan

on Jan 23, 2013






Pakatan Rakyat menghargai peranan dan sumbangan anggota keselamatan negara yang pernah dan sedang berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan ini hanya boleh dilaksanakan dengan berkesan sekiranya kebebasan, kedudukan, kebajikan dan kemuliaan ATM dipertahankan sepenuhnya.

Justeru, saya membantah tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak dan penipuan politik untuk perolehan ATM. Soal persenjataan negara yang melibatkan dasar pertahanan strategik dan taktikal adalah kepakaran kepimpinan ATM yang amanahnya perlu dipikul oleh mereka.
Skandal-skandal yang membabitkan pembelian persenjataan dan kelengkapan yang mahal dan melibatkan rasuah sebenarnya mengkhianati pengorbanan dan perkhidmatan anggota keselamatan.

Apabila Dato’ Seri Najib Tun Razak terlibat meluluskan satu pembayaran komisen yang mahal kepada orang kanannya sendiri dalam pembelian kapal selam Scorpene, tindakan beliau itu mengkhianati kebajikan dan kedudukan pasukan keselamatan negara.

Pertamanya, apabila peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan dengan berhemah bagi keperluan dan kebajikan anggota tentera (baik persenjataan, kelengkapan, perumahan dan pendidikan) dihabiskan sebagai habuan rasuah, ini menyebabkan ATM tidak dapat berbelanja bagi keperluan-keperluan yang lebih mendesak kerana kekurangan peruntukan. Keduanya, cemuhan rakyat terhadap perlakuan rasuah yang bersabit dengan pembelian persenjataan turut terpalit kepada ATM yang mencalarkan imej ATM, walaupun skandal itu tidak ada kena mengena dengan anggota keselamatan.

Sebab itu, saya bertegas bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak ansur mengenai rasuah dan amalan kronisme dalam pembelian persenjataan negara. Keputusan dan penilaian kewajaran pembelian persenjataan perlu diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan ATM mengikut tata kelola pentadbiran kerajaan persekutuan yang berteraskan ketelusan dan amanah kepada rakyat. Saya yakin prinsip ini akan menjimatkan berbilion wang rakyat yang kemudiannya boleh diperuntukkan untuk membela kebajikan dan kemajuan anggota tentera.

Berbekalkan peruntukan yang meningkat apabila kita berjaya membanteras amalan rasuah dan kronisme, saya telah meneliti dan mencadangkan perkara-perkara berikut sebagai langkah membela kebajikan anggota-anggota tentera:

1. Pengurusan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu dirombak semula dengan perwakilan dari kalangan anggota tentera yang lebih adil dan bebas mewakili anggota terbanyak. Keuntungan dan perolehan LTAT wajarlah diagihkan dengan leih adil kepada anggota terbanyak, termasuk melalui peruntukan skim mikrokredit khas anggota tentera untuk memastikan mereka mendapat perhatian selepas meninggalkan perkhidmatan;

2. Kerajaan Pakatan Rakyat wajar meningkatkan jumlah caruman yang disumbangkan oleh kerajaan di dalam LTAT kepada 20% daripada gaji setiap bulan (berbanding 15% sekarang). Peningkatan 5% caruman ini perlu diuruskan secara berasingan di dalam dana LTAT dan dikhususkan kepada program-program imbuhan yang berbentuk bantuan bulanan kepada bekas anggota tentera (yang berpencen dan tidak berpencen);

3. Kerajaan Pakatan Rakyat wajar memperkenalkan Dividen Khas kepada bekas anggota tentera tidak berpencen bergantung kepada keuntungan LTAT setiap tahun dan caruman tambahan 5% yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dividen Khas ini bagi membantu anggota keselamatan yang tidak mempunyai pencen berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang meruncing;

4. Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan paras pencen adalah setara dengan dasar gaji minima RM1,100 yang diangkat oleh Pakatan Rakyat akan dilakukan, supaya tidak ada bekas anggota keselamatan yang tercicir dari pelarasan pencen seperti yang sering berlaku sekarang.

Saya yakin pendekatan berganda membanteras rasuah dan menggunakan peruntukan yang diselamatkan untuk membela kebajikan anggota tentera akan berjaya mempertahankan kemuliaan ATM di mata rakyat.

Kemuliaan dan kedudukan anggota tentera di mata rakyat adalah sangat penting kerana mereka adalah benteng pertahanan negara. Di bawah Pakatan Rakyat, saya yakin ATM akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

23 Januari 2013




Photobucket

Antara Delegasi Najib Ke Gaza

on






Lihat lah siapa yang najib angkut buat lawatan ke gaza. Mana YB2 UMNO mahupun ketua bahagian UMNO.?

Photobucket

IC Warga Asing :- Kalau dia tak salah, kenapa saya bersalah...?

on





Kenyataan Dr M yang kononnya dianggap sebagai 'negarawan kanan' bahawa RCI perlu ditubuhkan bagi menyiasat pemberian hak kewarganegaraan pramerdeka menjelaskan lagi bahawa ahli politik tua itu sedang terhimpit dan dihantui dosa-dosanya sewaktunya berkuasa.

Timbalan Presiden Gerakan(parti komponen BN) turut terkejut serta membidas kenyataan Mahathir itu yang 'menimbulkan rasa syak antara kaum'.

"Semua orang tahu pemberian kewarganegaraan itu dipersetujui oleh nenek moyang kita. Kenyataan demikian daripada seorang negarawan kanan yang berusia seperti beliau amatlah dikesali," kata Chang.

Mahathir yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa Tunku telah melakukan kesalahan yang lebih teruk dalam hal pemberian warganegara kepada rakyat asing, seolah-olah menyedari keturunannya sendiri daripada India.

Menurut Chang, kenyataan Mahathir itu "tidak membawa sebarang manfaat, menjejaskan perpaduan, dan mewujudkan syak wasangka serta sikap tidak percaya antara rakyat Malaysia".


Photobucket

Anwar - Projek IC dibuat task force Dr M tanpa pengetahuan Kabinet

on







KUALA LUMPUR 23 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia beri keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah jika dipanggil.
Anwar menegaskan, sepanjang menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam projek tersebut.
Menurut beliau, bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu adalah peneraju utama projek tersebut.
“Ia (kewarganegaraan untuk warga asing) disebabkan penglibatan Abdul Aziz Shamsuddin dan Megat Junid Megat Ayub, dengan sokongan Perdana Menteri pada masa itu (Mahathir),” katanya pada sidang media di Ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini.

“Saya sedia beri keterangan jika dipanggil. Saya yakin saya tidak terlibat dalam apa-apa perkara dan tidak mempunyai kaitan langsung,” katanya.
Menurut Anwar, projek IC tersebut tidak melalui Kabinet kerana ia adalah satu ‘task force’ di bawah Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu.
“Bahkan semasa saya memangku jawatan Perdana Menteri selama dua bulan itu, saya tidak menerima sebarang laporan apa-apa mengenai projek IC ini,” kata Anwar.
Beliau turut menegur Datuk Seri Najib Razak kerana membiarkan proses pemberian kewarganegaraan diteruskan semasa pentadbiran Perdana Menteri itu.-K.Daily



Photobucket

PAS Tidak Tahu Nasharuddin Mat Isa Ikut Najib ke Gaza

on












Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat kereta yang telah dibom oleh tentera Israel di Bandar Gaza, Rabu. Najib merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama menjejak kaki di bumi Palestin setelah melakukan lawatan kemanusiaan ke Gaza. - foto BERNAMA


[Mstar] PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia.

"Saya tak tau pun, saya tak dapat apa-apa maklumat dia ke Palestin. Memang saya tak tau apa-apa," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut memberikan reaksi yang sama ketika ditanya tentang tindakan Nasharudin.

"Saya pun tak pasti, tak ada apa-apa maklumat dia ikut PM (Perdana Menteri) ke sana," katanya ringkas.

Media pada Rabu menyiarkan gambar yang memaparkan Nasharudin berdiri di sebelah Najib ketika deligasi Malaysia bersama Perdana Menteri Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh mengaminkan doa sambil melihat sebuah kereta yang dibom tentera Israel di Bandar Gaza.

Pada Selasa, Najib mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama mengadakan lawatan ke bumi Palestin bagi menawarkan bantuan Malaysia untuk menjayakan pelan perdamaian antara Hamas dan Fatah.

Pada Ogos tahun lalu Nasharudin turut dipertikaikan oleh beberapa pimpinan PAS apabila akhbar memaparkan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.
 
 
 
 P/s: Kawan Nasha di Gaza, penentang tegar Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat
 

Sehati sejiwa!

Mungkin selepas ini sehati, sejiwa, separti!

Kali ini apa pula alasan untuk "back up" bekas Timbalan Presiden Pas ini? 

 

Laporan lain boleh dibaca di sini.

Kononnya mahu jadi hero, mahu menjadi orang tengah antara Hamas dengan Fatah, kononnya....kononnya...namun akhirnya menegangkan hubungan Fatah dengan Hamas. Lagi menarik, Malaysia diminta memberikan penjelasan tentang tindakan Najib ke Gaza.

Siapa yang mencadangkan Najib ke Gaza tanpa memikirkan impak politik terhadap Hamas dan Fatah dan hubungan Malaysia dengan Palestine? Zul Kulim? Nasharuddin Mat Isa?

Aduhai, berbuihlah mulut PM kita untuk menjawab kewajaran dan tujuan dia melawat Gaza. Walaupun berita media pencacai hangat memperkatakan kunjungan Najib ke Gaza semalam, hari ini, adakah media yang sama akan menyiarkan rasa tidak puas hati Presiden Palestine pada kaca TV atau media cetak masing-masing?
 Berita terdahulu di sini.


Photobucket

Orang Munafik Suka Bersumpah

on Jan 20, 2013






Photobucket

Dr Mahathir Diberi Amaran...?

on





KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ...  ianya bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.
Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan perdana menteri sebelum beliau.

“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.

Vell Pari turut memuji langkah proaktif Najib melaksanakan Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah walaupun sedar tindakannya itu bakal memberikan kesan kepada kerajaan BN.

“Berkenaan RCI di Sabah, kita patut rasa bangga dengan Najib, walaupun ada kenyataan daripada RCI itu yang tidak baik untuk BN, tetapi Najib teruskan ...  beliau cuba untuk menjadi telus,” katanya.

“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.
Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu dimainkan.

“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.

“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu kerajaan.

“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi.


Photobucket

Dengarkan Kenyataan Tunku Abd Rahman Siapakah Dr.Mahathir!

on







Ramai yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri,Dr.Mahathir Mohamad tiba-tiba membuat tuduhan melulu mengatakan "Bapa Kemerdekaan Negara"Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj (foto) telah terlibat memberikan taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka.

 Kenyataan yang dibuat oleh Mahathir itu adalah bertujuan untuk menutup isu penglibatan beliau sebagai "mastermind" projek IC di Sabah yang sedang disiasat oehSuruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sebenarnya. Mahathir menjadi serba salah apabila saksi-saksi utama siasatan kes tersebut mendakwa orang kanan beliau seperti Aziz Shamsuddin dan Megat Junid terlibat secara langsung dengan skandal ini. Mahathir bimbang rakyat akan melihat beliau sebagai "pengkhianat negara" maka itulah dia gusar andainya Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

 Oleh itu beliau rela lakukan apa saja bagi memastikan UMNO BN akan terus berkuasa. Oleh kerana kenyataan Mahathir terhadap Tunku ini dibuat ketika Tunku sudah tiada lagi di dunia ini, maka biarlah video di bawah ini menjawab segala persoalan yang diperkatakan oleh Mahathir. 

Biar rakyat yang menilai kenyataan "Bapa Kemerdekaan Negara" ini. Ingatlah, "lampu ajaib" kini berada di tangan rakyat jelata, gunakan akal untuk  memilih kerajaan yang lebih bertanggungjawab bagi kehidupan yang lebih aman dan selesa di masa akan datang. Mahathir boleh cakap apa saja pasal Tunku Abd Rahman sebab beliau sudah tiada di atas muka bumi ini. Namun, sedarkah rakyat banyak benda yang dilakukan oleh Mahathir untuk merosakkan UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.


Mahathir tidak wajar menuduh orang lain untuk mengelakkan dirinya daripada kesalahan besar yang telah dia lakukan. Paling panas apabila yang dituduh itu adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan disanjung sendiri oleh kerajaan UMNO BN sejak sekian lama.

 Mahathir perlu menjelaskan dengan jujur hasrat beliau membawa masuk warga asing dan diberika IC ke Sabah adalah bertujuan untuk merampas "Negeri Di Bawah Bayu" itu dari tangan pembangkang (PBS ketika itu). Kini beliau berkerjasama pula dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk menggandakan projek IC bagi membolehkan UMNO BN terus kekal berkuasa di negara ini. 

Ternyata pemimpin negara telah khianat dan sanggup gadaikan maruah negara hanya untuk kuasa. Rupa-rupanya sudah lama rakyat ditipu hidup-hidup oleh mereka. Jika tidak kerana warga asing yang dapat kerakyatan serta boleh mengundi maka kemungkinan besar UMNO BN sudah lama tumbang. Inilah kejahatan yang sukar dimaafkan oleh rakyat. 

Oleh itu, marilah lakukan perubahan pada PRU-13 ini, walau seramai mana pun pengundi warga asing yang akan mengundi BN nanti rakyat harus bersabar. Apa yang penting suara rakyat untuk perubahan itu lebih tinggi jumlahnya dari segala penipuan yang bakal dilakukan oleh mereka. Ubah sebeluh lebih parah, selamatkan Malaysia !!.


sumber

Photobucket

Jangkaan PRU 13.....

on






Photobucket

SYABAS SUDAH TERBABAS

on Jan 13, 2013





Sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.

Pengerusi NGO Hak Air Untuk Rakyat (HAYAT) Arshad Ahamad yang mewakili kumpulan penduduk berkenaan berkata, siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.

"Oleh yang demikian kami mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor," katanya yang membacakan satu memorandum.

Beliau bersama lebih 40 penduduk lain berhimpun di hadapan Wisma Rozali, yang menempatkan pejabat SYABAS di Shah Alam bagi menyerahkan memorandum tuntutan berkenaan.

Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.

Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Arshad yang ditemani empat lagi wakil penduduk kepada pengarah eksekutif SYABAS Ismail Hashim.

Ismail semasa menerima memorandum tersebut berkata beliau akan membawa perkara itu kepada pihak pengurusan.

Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.

Dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum tersebut, Arshad berkata, pihaknya akan turut mempertimbangkan untuk mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.

Katanya, perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.

"Kita akan mempertimbang untuk saman SYABAS. Insya Allah akan bincang dengan pihak peguam untuk ambil tindakan dalam masa terdekat," katanya lagi.

Ulasan GB

Najib, UMNO BN dan SYABAS akan hancur binasa kerana menjadikan "isu air" sebagai bahan ugutan terhadap penduduk Selangor supaya mengundi BN.

Air adalah hak asasi rakyat,dan sebarang usaha untuk mempolitikkannya akan hanya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya kelak! Ketiga-tiga pihak itu akan tetap mendapat balasannya sepertimana janji Allah :


Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu.Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List