Jawatan MB Perak :- Zambry berperang besar dengan 3 Menteri Kabinet

on Feb 14, 2013






Perpatah Melayu ada mengatakan"Kalau Tiada Angin,Mana Mungkin Pokok Bergoyang". Itulah yang berlaku didalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Perak, dikala Presiden  UMNO Najib tercari-cari tarikh PRU-13 yang masih belum ditemui, suasana dalaman UMNO Perak semakin kucar-kacir dengan macam-macam isu yang amat meruncing.

Dari isu penjawat awam tak mahu ikut arahan Zambry dan  pembahagian kerusi di DUN dan Parlimen di Perak masih panas didalam UMNO BN Perak,kini Zambry Kadir semakin tertekan dalam mempertahankan jawatan Menteri Besar yang disandanginya secara rampasan kuasa di Perak di gugat oleh 3 orang sekali gus..!!!!

Hari ini terpapar disebuah dada akhbar edisi Utara menyiarkan tajuk "Tiga Idam Kerusi MB". 

Ahmad Zahid Hamidi, Husni Mohamad Hanadzlah dan Nazri Aziz disebut-sebut beriya sangat  dan berperang besar merebut untuk jawatan Menteri Besar Perak.

Memang dasar perangai lanun pemimpin UMNO,untuk satu jawatan pun sampai 3 orang nak berebut. Dah macam filem "Tiga Abdul"pula, bezanya filem  "Tiga Abdul" ada watak hero Abdul Wahab yang budiman tapi dalam isu UMNO ini semuanya watak lanun..hahaha....

Walaupun disangkal oleh salah seorang Menteri Kabinet ini konon-nya turun padang di Perak kerana hendak membantu Zambry,itu semua adalah omongan kosong yang tidak boleh dipercayai rakyat.

Siapa tidak mengenali pimpinan UMNO diseluruh negara khususnya di Perak ?? Jawatan dan pangkat adalah matlamat utama mereka dalam arena politik. Cantas mencantas adalah perkara rutin dalam UMNO.

Zambry dilihat sekarang terkontang-kanting di Perak, Jawatan Menteri Besar yang disandangnya pun sudah di tempah oleh rakan se-UMNO di Perak. 

Sedangkan tarikh PRU pun entah bila masanya, jentera UMNO BNdi-Perak pun masih hidup segan mati tak mahu dan  hasrat UMNO terus berkuasa di Perak pun masih teramat kabur. 

Orangni amat yakin pergolakan dan peperangan Zambry dengan 3 Menteri Kabinet akan berterusan sehingga PRU-13, dimata rakyat mereka akan berlakon seperti berdamai tapi hakikat sebenarnya mereka berperang besar merebut Jawatan Menteri Besar.

*Perpatah Orangni: Kalau tiada bangkai...mana mungkin 3 burung gagak berlegar-legar diudara dan burung gagak walaupun di celup tepung tidak akan menjadi putih...hahaha....


orang ni

Photobucket

Pengarah SPR letak jawatan...???

on







Pilihanraya sudah terlalu hampir, bila-bila masa sahaja. Tetapi tiba-tiba Pengarah SPR , seorang yang merupakan berpengalaman dalam mengendalikan pilihan raya telah meletakan jawatannya. Sudah tentulah ini akan menyulitkan keadaan. 

Ramai yang terkejut biawak bila membaca berita perletakan jawatan tersebut



sumber
Photobucket

Pak Habib :- Anwar Ibrahim Perdana Menteri... Siapa Mati...???

on









STOK TERHAD! emailkan HP number ke alxsunilife@gmail.com RM60 senaskah termasuk pos.


Photobucket

Iklan Minyak Wangi Untuk Kakitangan Awam :- Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13?

on


Elaun Perumahan Wilayah 2013 Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13?



Elaun Tetap Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun kakitangan awam seperti Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak semula laporan berita sebelum-sebelum ini :
Jikalau berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini (DI SINI), Cuepacs mahu menuntut Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan :

Tuntutan Cuepacs 2013 Sebelum PRU Ke 13

Antara Yang Terkandung Dalam Kertas Cadangan Cuepacs yang telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara ialah :
  1. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
  2. Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
  3. Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
  4. Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
  5. Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
  6. Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
Melihatkan rekod dan tindakan sebelum ini :
  • Tahun 2011 : masih dalam peringkat kajian
  • Tahun 2012 : masih lagi kajian
  • Tahun 2013 : harap-harapnya menjadi kenyataan
Elaun Sara Hidup JPA 2013 Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13?
Kami yakin pada waktu yang terdekat ini, kakitangan awam lebih selesa jika elaun tetap perumahan diberikan perhatian yang lebih untuk direalisasikan.
Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebenarnya kerajaan berbesar hati untuk memberikan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP). Cuma kertas cadangan yang dihantar oleh Cuepacs sebagai salah satu prosedur biasa (syarat) sahaja.
  1. Minggu ini masuk kertas cadangan.
  2. Dalam masa terdekat, semakan cadangan akan dilakukan & diluluskan. Mungkin angka tidak akan dapat “sebiji” seperti yang dipohon. Mungkin berkurang sedikit. Mungkin tidak semua tuntutan tidak dipenuhi. Cuma  Imbuhan Tetap Perumahan ITP akan diberikan perhatian lebih oleh pihak kerajaan buat masa ini termasuklah isu gaji maksimum.
Dan selepas itu, dijangka Perdana Menteri akan mengumumkannya semasa menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13. Apa respon balas anda pula? 



Photobucket

Rakyat tidak berselera lagi dengan UMNO

on






Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok di jadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan keatas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak orang penting dalam politik negara sekarang ini.

Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan di gantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini di andaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan di perbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.

Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah di ketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk di muatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau di perguna oleh Najib dan isterinya ketahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.

Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.

Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang di alami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.

Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak sudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan Majlis Tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepuimpinan Najib.

Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok di cadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisek untuk menjadi pemimpin utama negara.

Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakkan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun tahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kehendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah keuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagai orang penting dalam segala-galanya.

Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan  Malahan itu lah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku dikalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.

Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu sahaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.

Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.

Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang di tubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak di kenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.

Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat 



 

Photobucket

GEMPAR ...PM UMUMKAN TARIKH PILIHANRAYA

on Feb 13, 2013






Perdana Menteri telah membuat kejutan dgn mengumumkan tarikh pilihanraya pada 14 Sept tahun ini. Pengumuman awal ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pengundi agar lebih fokus kepada isu nasional, juga dapat melepaskan bebanan pengundi daripada berteka-teki tentang tarikh pilihanraya. Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard di National Press Gallery, Canberra, Australia.

Tak sangka demokrasi di Australia begitu cantik sekali, Perdana Menterinya membuat pengumuman tarikh pilihanraya 8 bulan lebih awal supaya rakyat bahkan musuh politik bersedia untuk menghadapinya.


Di Malaysia? Perdana Menteri sehingga hari ini tidak mengumumkan apa-apa tarikh pilihanraya walaupun tempoh sepenggal pemerintahan BN selepas PRU12 semakin sampai ke penghujung. Mungkin masih tercari-cari tarikhnya tak jumpa atau takut untuk umum awal kerana bimbang musuh politik akan jauh lebih bersedia?

Semakin lama dipendam tarikh itu, semakin kusut kepala Perdana Menteri kesayangan rakyat Malaysia ini kerana lagi ditangguh piliharaya, makin banyak pula rahsia-rahsia ketirisan UMNO/BN bocor.

Walaupun Perdana Menteri tak umum tarikh pilihanraya lagi, beliau dan timbalannya sudah sibuk pusing satu Malaysia membawa janji-janji kepada rakyat terutamanya di empat buat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Belum umum tarikh tapi sudah sibuk janji sana, janji sini. Kempen sana, kempen sini. Yang terbaru BN berjanji mahu buat litar lumba di Kedah, pada hemat saya ringankan bebanan rakyat lebih penting daripada litar lumba itu. Saya tak faham kenapa BN ini terlalu mahu beri rakyat berhibur. Pelik.

Nak tangguh pun tangguhlah, Perdana Menteri tak mahu umum sekarang tak mengapa kerana tempoh sepenggal itu hanya tinggal tak kurang 100 hari je lagi. Mahu atau tak mahu, parlimen dan dun akan bubar secara automatik juga kelak. Mahu atau tak mahu, UMNO/BN perlu berhadapan dengan Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang dijangka sebagai pilihanraya paling sengit di Malaysia.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, rakyat berharap agar tidak tiru demokrasi ala UMNO ini. Pakatan Rakyat perlu lebih profesional menguruskan pentadbiran negara, profesional apabila berurusan dengan sesiapapun bahkan musuh politik mereka. Jadi bila PRU14 nanti, boleh lah umum tarikh lebih awal.




Photobucket

Kakitangan awam di jadikan iklan minyak wangi......Kaji Sampai Bila...?

on



Elaun Penjawat Awam Naik Berita Gembira 1.4 Juta Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?



Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.

Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :

Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan
  1. Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
  2. Persoalan dan permintaan mengenai status gred
  3. Status perjawatan kontrak
  4. Elaun perumahan
  5. Tuntutan perjalanan
  6. Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
  7. Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
  1. Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI SINI)
  2. Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. ETP RM180 (KLIK SINI BUTIRANNYA) sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.
P/S : Harapan kami, diharapkan jikalau lakukan kajian janganlah terlalu lama. Bertahun-tahun juga kalangan penjawat awam ini tertunggu-tunggu. Mari kita nantikan….elaun apa yang “terkena”. Apa kata orang kerajaan di sini?


sumber

Photobucket

Siapa BENGONG sekarang?? Pembaca Berita yang bernama Suriani Abdul Rahman atau Penyokong Pakatan Rakyat??

on





Aku tercari-cari apa yang telah ditulis oleh seorang pembaca berita dari RTM yang cuba mahu menafikan rakyat Pulau Pinang mengatakan 'Yes for Psy, No for BN' tetapi dah tak ada.. mungkin dia dah delete..

Oleh kerana aku tak jumpa maka aku copy n paste dari blog AmenoWorld apa yang pembaca berita RTM itu telah tulis diwall FaceBook miliknya..

Dia kata penyokong Pembangkang (Pakatan Rakyat) bengong..

Ini apa yang dia tulis menurut AmenoWorld..

manusia tidak pernah puas. semuanya serba salah. beri salah tak beri salah. psy dtg msia dah buat konsert kira bagus la. bukan duit rakyat yg diguna pakai pun. tak caj duit tiket pun. free for all.. dah tu ada pulak puak2 bengong yang jerit kat videocam sendiri NO bila PM tanya R U READY FOR BN.

bhgn majoriti besar yang jawab YES tak di upload ke internet pulak :-p. apa pun sejak berita rtm pkl 10 mlm semalam RTM dah siar dlm berita VISUAL yang majoriti jawab YES bila PM tanya R U READY FOR BN.

apa lah bengong pembangkang. tak sedar ke semua stesen tv dengan kamera2 yg canggih merakam semua perlakuan di lokasi?! tinggal balik dan preview je utk dpt kebenaran fakta.

bengong2 yg setakat jerit kat dvcam masing2, baik balik rumah buat 'home video' hantar kat program 'BEST HOME VIDEO'

pendek kata, berhemah lah jikalau hendak bergaduh pun. hv some 'class'..

Dua video dibawah menyerlahkan siapa yang bengong sebenarnya dan ianya juga membuktikan bahawa video yang telah diupload ke dalam FaceBook bukanlah video yang telah diedit sepertimana yang didakwa kebanyakan pencacai-pencacai UMNO..

SAKSIKAN!!!



Ini pula apa yang Channel New Asia siarkan..




Siapa BENGONG sekarang?? Pembaca Berita yang bernama Suriani Abdul Rahman atau Penyokong Pakatan Rakyat??

Saksikan juga Najib dan Rosmah dimalukan oleh Psy bilamana berkali-kali dijemput untuk mengaul 'yee sang' bersama... Psy tak layan di ( SINI )

sumber

Photobucket

BN Perak Bergolak, Zambry Kadir Arah Presiden MIC Tutup Mulut

on Feb 12, 2013





Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.

Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata: “Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.

Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk  MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.

Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbar untuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit. 



Photobucket

DUN Perak :- Analisis Buktikan PR Bakal Menang 40 Dari 59 Kerusi ....

on





Sejarah bakal berulang, analisis yang diperolehi daripada pelbagai sumber mengatakan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi sekurang-kurangnya 40 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. kata Naib Pengerusi DAP Perak, V Sivakumar.

Katanya, rakyat negeri Perak tidak pernah lupa bagaimana mandat yang diberi kepada PR secara demokratik akhirnya dirampas Barisan Nasional (BN) dengan cara yang paling tidak bertamadun.

Beliau berkata, tertubuhnya kerajaan haram Perak yang disusuli krisis perlembagaan membuka mata ramai pihak betapa tamak dan jahatnya tindakan BN dan sejarah hitam itu akan terus berparut dalam sanubari setiap rakyat yang cintakan keamanan dan menjunjung tinggi prinsip Perlembagaan.

“Tambah menyedihkan, niat BN merampas negeri itu dilihat semata-mata untuk membolot kekayaan negeri itu.

“Sebagai bukti, pendedahan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang lalu menyebut lebih 68,000 ekar tanah di seluruh Perak diberi kepada kroni UMNO-BN dengan harga premium tanah yang terlalu murah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sivakumar juga berkata, terdapat banyak usaha yang diambil kerajaan haram BN Perak untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu ini tetapi menemui kegagalan.

“Rakyat Perak sedar bahawa kerajaan negeri hari ini tidak sah atau ‘haram’ di sisi undang-undang dan mereka tidak akan membenarkan keadaan itu berterusan.

“Negeri Perak memerlukan satu kerajaan sah melalui mandat rakyat. BN telah melakukan satu kesilapan besar,” ujar beliau.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perhitungan meleset apabila menganggap ‘rakyat Malaysia mudah lupa’, beliau turut berkata, ia diperkuat lagi dengan bukti bahawa BN tidak berjaya membawa apa-apa perubahan nyata di Perak.

“Banyak slogan retorik seperti ‘Perak Aman Jaya’, ‘Tiada Yang Tertinggal, Tiada Yang Terpinggir’ sekadar omong-omong kosong saja.

“Rakyat dapat menilai, membuat pertimbangan rasional dan membandingkan pemerintahan PR selama 11 bulan dengan BN selepas empat rampasan kuasa.

Rakyat tidak boleh lagi ditipu dengan janji manis yang tidak dilaksanakan,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh itu.

Menurutnya, masa yang ditunggu-tunggu rakyat Perak semakin hampir kerana Parlimen dan DUN Perak akan dibubarkan tidak lama lagi.

“PR Perak akan terus berusaha keras untuk menambah bilangan kerusi pada PRU-13.

Pemimpin PR negeri ini yakin bahawa rakyat Perak akan memberi mandat yang lebih besar pada PRU-13 nanti,” tambahnya. -Roketkini



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List