Muhyiddin Memang Dah Jadi Badot, Merapu Dah.....!

on Apr 30, 2013




Kalau Anwar jadi PM kuasa asing akan masuk campur- kata Muhyiddin
Lupakah pada hakikat wahai Muhyiddin
Sekarang pun Yahudi dan syarikatnya sudah pun dibawa masuk!

Anwarkah yang membawa masuk Yahudi-Yahudi ini dan syarikatnya pada kedudukan stratergik negara?

Nak melawak pun biarlah bertempat 
Nak menipu biar kepada orang yang bodoh - tapi yang bodoh itu sape ek?
Ini bukan di zaman batu, rakyat senang ditipu
Bukan di zaman rakyat hanya baca Utusex dan Berita Hairan saja
Bukan tengok TV3/4 dan TV rapu saluran 1 dan 2 sahaja
Bukan lagi di zaman sekolah beratap nipah berdinding buluh! 



Muhyiddin: Kuasa asing masuk campur jika Anwar jadi PM

BATU PAHAT - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara bakal berhadapan dengan ancaman besar jika pembangkang memerintah negara ini kerana ada kuasa asing yang bersedia masuk campur jika ketua pembangkang dilantik menjadi perdana menteri.

"(Jadi) jangan masuk kepada kubu pembangkang kerana di sebalik pembangkang ini ada kuasa-kuasa asing yang memang bersedia masuk ke Malaysia kalau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) menjadi perdana menteri.

"Mereka akan mencampuri dasar mereka (pembangkang), program mereka dan ini bahaya sebab itu ALLAH nak tunjuk, dan parti pembangkang kini (pun)kian rapuh," kata timbalan perdana menteri ketika berucap merasmikan SJKC Yong Peng 2 di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Ir Wee Ka Siong dan Pengerusi Barisan Nasional Air Hitam Datuk Shamsolbari Jamali.

Sehubungan itu, Muhyiddin meminta rakyat bangkit dan bangun memberi isyarat kepada pembangkang bahawa rakyat mahu pertahankan negara ini daripada jatuh kepada pembangkang.

Katanya, negara juga berhadapan dengan ancaman besar kerana pembangkang bercita-cita mengambil alih pemerintahan negara tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tidak bersatu.

"Saya baca dalam surat khabar hari ini, macam-macam berita...dia mula bergaduh sesama sendiri. Mungkin setahun dua dahulu dia simpan... nak keluar, tetapi mereka tahan, mereka tutup jangan cakap tetapi orang dia (DAP) kini sudah mula bercakap minta jangan sokong Pas," katanya.

Anwar sendiri, kata Muhyiddin, tidak pernah jujur dalam perjuangan politiknya menyebabkan ramai rakan-rakannya yang suatu ketika dahulu bersama-sama dalam PKR sudah mula meninggalkannya.

Timbalan perdana menteri berkata Pas pula sibuk hendak mewujudkan negara Islam dengan melaksanakan hudud tetapi sekutunya DAP menentang keras pelaksanaan hukum itu.

Pas juga hanya mampu membina sebuah masjid sepanjang tempoh memerintah Kelantan, katanya.

Beliau turut meminta rakyat berfikir panjang kerana hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi (Ahad ini) untuk mereka menentukan kerajaan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Timbalan perdana menteri berkata kerajaan BN memerlukan undi rakyat untuk mempertahan negara daripada ideologi, fahaman, adat dan budaya yang bertentangan daripada yang berlaku selama ini.

Selain itu Muhyiddin berkata, pelabur asing turut menyuarakan kebimbangan jika sekiranya pembangkang menguasai negara termasuk Johor. 

Mereka khuatir pelaburan mereka berbillion ringgit akan rugi jika sekiranya DAP menang di kawasan parlimen Gelang Patah, katanya.

Bagaimanapun sebagai Pengarah Pilihan Raya BN, beliau yakin BN mampu kembali memegang tampuk pemerintahan negara dan negeri Johor hasil kerja kuat jentera pilihan raya dan dasar transformasi yang dilakukan kerajaan. 


http://mountdweller.blogspot.com

Photobucket

Kenapa CALON BN Berada Di KEM WARDIEBURN Semasa PENGUNDIAN AWAL?

on







Bahan bukti batalkan kemenangan calon UMNO parlimen Titiwangsa!



Salah satu lokasi tempat pembuangan undi awal adalah di Sekolah Rendah Agama Khalid Bin Al Walid yang terletak di dalam kem Wardieburn. Semuanya berjalan lancar dengan cuaca baik.


Bagaimanapun timbul persoalan bagaimana Calon BN Parlimen Wangsa Maju Datuk Mihd Shafie boleh bertemu pengundi di Kem Wardieburn ketika proses pengundian berjalan. Bukankah SPR pernah berkata bahawa parti politik tidak dibenarkan sama sekali berkempen di dalam kawasan keselamatan seperti kem tentera dan balai polis.

Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sendiri dilaporkan olehAntaraPos berkata peraturan tersebut telah lama berkuatkuasa seperti mana termaktub dalam peraturan pilihan raya (Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya).

Petikan laporan AntaraPos. Laporan penuh di sini.

Jika benar larangan ini ada, mengapa calon Parlimen BN tersebut dibenarkan masuk ke kawasan kem untuk bertemu pengundi. Adakah tindakan ini bukannya termasuk dalam istilah 'berkempen'. Lebih malang lagi ia berlaku sewaktu proses pengundian sedang berjalan dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz sendiri turut berada di kem tersebut.

Mohon penjelasan daripada pihak SPR...










Photobucket

Cubaan Dr M dan pemimpin Umno rampas kuasa cetus 13 Mei - Tamrin

on




NONE


Rusuhan kaum 13 Mei berpunca dari percubaan untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Tamrin Ghafar.

Menurut laporan Malaysiakini, anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu berkata, perkara tersebut diberitahu sendiri kepada beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas Menteri Dalam Negeri, Tun Ghazali Shafie.

“(Menteri Dalam Negeri ketika itu) Ghazali (Shafie) memberitahu Anwar (Ibrahim) dan saya, ketika kami berada dalam Pemuda Umo, bahawa kejadian itu adalah percubaan kecil untuk merampas kuasa yang dirancang pemimpin-pemimpin Umno dan Mahathir turut terlibat,” kata Tamrin dalam ceramahnya di Gelang Patah malam tadi.

"Tunku telah menulis dalam kolum ‘As I See It” dalam akhbar The Star, dua tahun sebelum beliau meninggal dunia, bahawa kejadian itu adalah percubaan merampas kuasa yang sengaja dilakukan pemimpin-pemimpin Umno yang kemudiannya menyalahkan DAP dan Cina," katanya lagi.

Pendedahan Tamrin itu sama dengan apa yang didapati oleh hasil kajian Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong tentang 13 peristiwa berdarah 13 Mei itu.

Menurut Dr Kua, peristiwa 13 Mei adalah akibat dari percubaan merampas kuasa dari Tunku yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdul Razak Hussein yang turut disokong oleh Dr Mahathir. 

Tamrin seterusnya menceritakan, Tunku telah mengusir Dr Mahathir dari Umno kerana menulis surat menuntut Tunku meletak jawatan selepas rusuhan itu.

"Selepas Tunku berundur dan Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dia membawa Dr Mahathir masuk Umno semula dan melantiknya sebagai Menteri Pelajaran.

"Perkara itu menunjukkan Razak terhutang budi kepada Dr Mahathir (kerana menuntut Tunku berundur)," kata beliau sambil menambah Lim Kit Siang tidak ada di Kuala Lumpur ketika rusuhan itu berlaku.

Tamrin berkata, tindakan Umno menakut-nakutkan orang Melayu dengan peristiwa 13 Mei membuktikan parti itu begitu terdesak kini.


ceritanya dari sini

Photobucket

ISTERI PI BALA DEDAH CUBAAB MEMBELI PENGAKUAN BERSUMPAH

on




isteri mendiang P Balasubramaniam

bahagian 1



bahagian 2








Hampir lima tahun selepas meninggalkan negara ini, balu kepada bekas penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam, A Santamil Selvi, akhirnya memberikan wawancara pertamanya kepada media.

Menurutnya, beliau didorong mengambil langkah itu selepas menerima panggilan telefon individu tidak dikenali yang menawarkan wang dan peluang pendidikan untuk anak-anaknya sebagai pertukaran dengan "bukti" bahawa PKR membayar suaminya untuk membuat kenyataan bersumpah.

Ini berlaku setelah baru sahaja terdapat SMS palsu disebarkan bulan lalu yang mendakwa beliau akan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan suaminya dibayar oleh peguam, kata Selvi kepada Malaysiakini dan KiniTV pada Jumaat lalu.



"Selepas Bala meninggal, mereka buat tawaran dan saya tak boleh terimanya. Ini sebabnya saya beri wawancara ini. Sebelum ini, saya tak pernah fikir untuk diwawancara, tetapi saya tak boleh terimanya lagi," katanya merujuk kepada gangguan berterusan itu.

"Ini sebabnya kenapa saya mahu beritahu rakyat apa sebenarnya berlaku pada saya," kata Selvi sambil menegaskan suaminya tidak dikuasai sesiapa pun.

Lima tahun lalu, Selvi juga tidak menyangka apa yang berlaku apabila melihat suaminya muncul di kaca televisyen pada 3 Julai 2008.

Bala, pagi itu, memanggil sidang akhbar di ibu pejabat PKR dan mengumumkan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.



lagi kisah nya kat sini

Photobucket

Pemuda Umno buang POSTER Najib..?

on





Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak.

Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.

APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!!

SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuhpadat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan. ~ TKO


INI DINAMAKAN A RIGHT PLACE AT A RIGHT TIME FOR THE RIGHT PRODUCT.


Photobucket

Seorang Anggota Tentera Buat Aduan Yang Dakwat Kekal Boleh Dipadam Dengan Menggunakan Sabun!!!

on





Nak tipu ya SPR, ingat kami ni bahlol sangat ka? nak kencing pun cerdik la sikit, bak lu suruh guna inai, tahan lama jugak, bahlol...pandai muka kantoi!!! pura-pura terkejut beruk pulak, suruh kita pi buat report polis ya, pala hotak lu!!! tan seri abdul aziz pala hotak lu!! sekarang zaman IT!! tipu hela cara tun madey sudah ketinggalan, sesuau pi buang dalam tong jamban umah lu!!!


PROSES pengundian awal hari ini menjadi haru biru apabila dakwat kekal yang dicalit di tangan pengundi rupanya boleh dipadam dengan mudah menggunakan air sabun.

Pengakuan salah seorang anak anggota tentera


 Lihat gambar bagaimana salah seorang tentera yang baru sahaja membuang undi menunjukkan dakwat yang dicalit di jarinya dengan mudah boleh dihapus begitu sahaja.

 Laporan polis dibuat di seluruh negara diketuai pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu dakwat kekal ini.

 Pengerusi SPR dan timbalan sila letak jawatan dan masuk rancangan Maharaja Lawak Mega!

#Tan Seri Abdul Aziz  Harus Letak Jawatan!!!...Kredbiliti lu sangat lemah!!!



lagi berita kat sini sini

Photobucket

Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Kempen Guna Lambang Bunga...?

on





Satu: Bekas Presiden UMNO Kempen BN Guna Parti Bunga. Macam Pelarian!  

(Gambar atas) Tun Mahathir sekarang ini berada di Rumah Che Johan untuk berkempen kepada Mursyidur Am Tuan Haji Ibrahim Ali, Presiden Parti Bunga. Kesian UMNO Kelantan terpaksa menumpang Parti Bunga untuk berkempen di Pasir Mas.

Paling kesian tak ramai yang hadir dan yang hadir pun lebih kepada nak makan bukan nak dengar 'latah orang tua'. Kita akan lihat bagaimana Tun Mahathir membantu menghancurkan UMNO!


Tak pernah begini berlaku dalam sejarah. Cuma Mahathir tumpang parti PAS lawan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman PM pertama Malaysia dulu, semasa dia dipecat dari UMO ada la.

Dua: Zaman sekarang, ada manusia bercakap dengan semut?

Berita ini, 'UMNO Kuala Krai ceramah kepada semut dan pasir!
 

Kesian kepada penceramah UMNO Dun Guchil, Parlimen Kuala Krai kerana terpaksa bercemah untuk pasir dan semut itu jika ada. Dato Nik Sapea ni yang sembur Tun Mahathir punya angkara!!
 


Tiga: Pemuda UMNO Pasir Puteh buang poster Najib

.
Klik untuk besarkan gambar

Berguni-guni poster BN belum lagi tamat PRU-13 telah dibuang dibelakang rumah orang kuat UMNO di Pasir Puteh ditempat pembakaran sampah. Kebanyakkan poster dan banner adalah bergambar PM Dato Seri Najib Razak. Menurut sumber perkara ini berlaku kerana ada perbalahan antara orang muda dan orang tua UMNO di situ dan 'cah keting' berlaku sangat ketara.


APA SUDAH JADI!!!!... PRU 13 BELUM LAGI HABIS TAPI POSTER DAN BANNER BN BERWAJAH HJ NAJIB 1M'SIA SUDAH PUN MULA DIBUNGKUS !!!!! SATU PEMANDANGAN YANG WAJAR DIFIKIRKAN SERTA MENDAPAT PENJELASAN DARI PIHAK YANG TERLIBAT.


Apa sudah jadi ni beb!!!!!.. Rakyat belum keluar mengundi longgokan sampah yang penuh padat berisi banner BN dan Najib sudah pun mula kelihatan.

Nak buat baja pun tak boleh, takut mati pokok. Buat racun mungkin boleh, kerana dosa banyak!!

Itulah 3 perkara ajaib yang Allah SWT tunjukkan  kepada rakyat Malaysia. Mungkin banyak lagi, jom kita korek-korek lagi. 




Photobucket

ANWAR DI PULAU PINANG

on







Anwar berucap dihadapan ribuan penyokong di Padang 
Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang...

Inilah ceramah mega PR malam ini, 29hb Apr 2013 di Padang
 Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang. 
Masihkah Najib Razak dan UMNO nak pasang angan-angan 
nak tawan Pulau Pinang hanya dengan kemasukan 
Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang ke UMNO 
dan terus lawan DSAI di Permatang Pauh?

Adakah ceramah anjuran JATI atas tajuk kononnya 
semua bekas rakan karib DSAI pun sudah tidak menyokong 
beliau maka rakyat termakan?

Mood rakyat mau melakukan perubahan cukup kuat sekali 
dalam sejarah negara... Tiada kuasa boleh menghalang 
melainkan Allah SWT. Saksikan kesungguhan rakyat Pulau Pinang dibawah ini...

 

 

 

 




Photobucket

TSUNAMI PERUBAHAN BAKAL MELANDA PAHANG.... ?

on





BERIBU HADIR CERAMAH PR DI PADANG KAMUNTING, TANAH PUTIH, KUANTAN, PAHANG!!!!!!











LOKASI:  Padang Kamunting Tanah Putih Kuantan.

TARIKH/WAKTU:-  29hb April 2013 jam 9.00 malam

ACARA:-  CERAMAH PERDANA PAKATAN RAKYAT.

JUMLAH KEHADIRAN:-   LIHAT, FIKIR, NILAI DAN KIRA.

KONKLUSI:-  Rakyat Pahang tidak mau ketinggalan untuk melakukan perubahan...PRU 13 harapan Pakatan Rakyat takluk Putrajaya semakin hari semakin cerah.

NAJIB SIBUK NAK RAMPAS KELANTAN TAPI PAHANG PULAK YANG NAK TERLEPAS!!!!





Photobucket

BILLBOARD INI MANGSA SPR.....KENAPA...?

on






 Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menggesa semua jentera parti mengabaikan arahan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menurunkan billboard berkaitan kenyataan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Menurutnya, billboard yang memaparkan kenyataan Tun Musa Hitam yang mengatakan bahawa “Negara tidak akan bangkrap jika Pakatan Rakyat memerintah” itu tidak melanggar sebarang etika pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR.

Jelas beliau, PAS persoalkan etika mana yang SPR gunakan untuk menghalang PAS menaikkan billboard kenyataan Tun Musa Hitam tersebut.

Asmuni berkata, Peraturan 7.6 (a) Tata Etika Pilihanraya hanya melarang pemasangan billboard yang mengandungi slogan, karikatur atau apa-apa bentuk penyampaian mesej yang berbentuk sindiran dan mengejek sahaja.  

“Tetapi apa yang dinyatakan oleh Tun Musa Hitam itu merupakan satu kenyataan fakta. Kenyataan tersebut merupakan satu bentuk pengakuan dan pengiktirafan beliau terhadap kebaikan tawaran-tawaran yang kita tawarkan di dalam Manifesto Pakatan Rakyat”, jelas beliau.

“Kenyataan itu juga bukanlah satu kenyataan fitnah dan menyerang serta tidak menyakitkan hati mana-mana pihak kerana kita tidak paparkan pun nama UMNO dalam Billboard itu”, jelas beliau lagi.

Tegas Calon PAS Dun Manjoi itu, kenyataan Tun Musa Hitam itu merupakan satu sangkalan terhadap dakwaan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno-BN termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat untuk memerintah, negara akan menjadi bangkrup.

Tambahnya lagi, SPR tidak mempunyai sebab untuk mengarahkan agar Billboard tersebut dicabut kerana kenyataan yang dipaparkan tersebut merupakan kenyataan ahli politik dan dibuat kepada awam.   

“Tun Musa Hitam adalah seorang ahli politik dan merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, maka kenyataannya itu boleh diambil oleh mana-mana pihak.

Tegas Asmuni, kenyataan Tun Musa Hitam itu bukanlah kenyataan yang dibuat secara tertutup tetapi dibuat dalam majlis umum yang dihadiri oleh orang awam dan telah disebar luas termasuk oleh akhbar Sinar Harian.

“Oleh itu, mana-mana pihak berhak untuk mengambil kenyataannya itu terutamanya Pakatan Rakyat kerana ia merupakan satu pengiktirafan terhadap Manifesto Pakatan Rakyat.

“Perkara seperti ini turut dilakukan oleh BN misalnya di pilihanraya kecil Galas dan Bagan Pinang yang mana BN telah menggunakan secara meluas gambar Najib menziarahi Tok Guru Nik Aziz di hospital sebagai bahan kempen pilihanraya mereka di sana. 

"Kita tidak boleh menghalang perbuatan mereka itu kerana ia merupakan kejadian yang benar,” jelasnya lagi.

Oleh itu, beliau yang juga AJK PAS Pusat mempersoalkan di bawah undang-undang dan peraturan mana pihak SPR mengarahkan agar billboard tersebut perlu diturunkan.

“Saya tidak nampak satu pun undang-undang dan peraturan yang memberi bidangkuasa kepada pihak SPR untuk mengeluarkan arahan tersebut. 

"Kuasa yang ada sekarang ini diberikan kepada pihak pemantau yang dibentuk oleh pihak SPR yang anggotanya terdiri daripada wakil-wakil parti, pihak polis dan PBT,” jelasnya lagi.

PAS katanya hairan kenapa pihak SPR boleh mengambil alih tugas pasukan penguatkuasa tersebut sedangkan tiada sebarang undang-undang dan peraturan yang membenarkannya.

- PerakiteDaily




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List