Kerana Terlalu Takut Kehilangan Kuasa...!

on May 3, 2013



tengku adnan tengku mansor in putrajaya campaign ge13


Tengku Adnan mengakuinya
Secara langsung memang BN lakukan

Memang gila pelakunya
Dan alangkah malangnya Rakyat Malaysia nasib mereka ditentukan oleh Hantu-Hantu belaan entah dari mana asal usulnya!

Kalau aku kata gila pun aku rasa patut
Sebab memang gila
Kerana kuasa rela gadai maruah pertiwi
Maka sia-sialah perjuangan dan nyawa Perwira kita selama ini....


PKR: Tunjuk bukti jika mereka pengundi sah


Penyandang Ahli Parlimen PKR untuk kerusi Subang, R Sivarasa, menggesa BN memberikan bukti bahawa ia menerbangkan pengundi yang sah untuk membantu memudahkan proses pengundian dan bukan pengundi haram seperti yang didakwa PKR sebelum ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) 
dilaporkan sebagai berkata bahawa mereka adalah pengundi yang sah dan pesawat sewa khas yang menerbangkan mereka itu dibayar oleh "rakan-rakan BN".

"Jika demikian, tunjukkan kepada kami butiran pengundi yang sah ini. Siapakah mereka yang datang ke Kuala Lumpur untuk mengundi, dan semuanya dari Malaysia Timur?" tanya Sivarasa dalam satu sidang akhbar hari ini.

Beliau juga berkata PKR sedang mengumpulkan maklumat lanjut mengenai tindakan membawa pengundi yang meragukan dari Sabah dan Sarawak, dan pihaknya akan memberi lebih banyak bukti dan dokumen esok.


Photobucket

BERANI KERANA BENAR....TAKUT TERPAKSA TURUNKAN PAPAN TANDA!!!!!!...UMNO SUDAH TAKUT DAN PANIK DI GELANG PATAH!!!!

on




Tanya kemana lesapnya saham bumiputera bernilai RM52billion pun salah ke?

Papan tanda yang bertanyakan kemana hilangnya saham bumiputera bernilai RM52billion kepunyaan calon DAP/PR Parlimen Gelang patah telah diturunkan oleh SPR.

Mengapa perlu takut jika kita dipihak yang benar....Kalau apa yang dinyatakan oleh papan tanda itu salah saman saja tuan punyanya.

PERTANYAAN LAWAN DENGAN JAWAPAN BUKAN DENGAN RUNTUHAN!!!

Menunjukkan ada kebenarannya... takut nanti para pengundi Melayu beralih arah sokongan apabila mengetahui saham kepunyaan mereka lesap begitu saja keranai UMNO/BN mengamalkan cakap tidak serupa bikin..KRONI BN DIKAYAKAN...RAKYAT DI DUNGUKAN...JANJI TIDAK DITEPATI.

SEKARANG SIAPA YANG MENJADI PETUALANG DAN PENGKHIANAT KEPADA BANGSA MELAYU????? UMNO ATAU PR????

Oleh itu bangkitlah wahai pengundi Melayu...Tolak UMNO/BN!!!



Photobucket

SUMPAH LAKNAT SAIFUL SIRI KEDUA :- Video Saiful sumpah di Mekah guna teknik 'Chroma Key'?

on








SI SEPOL bersumpah laknat lagi?  Kali ini di depan Kaabah kononnya, setahun yang lalu.  Mungkin video baru siap.  Hahahaha.....

Dulu, sewaktu beliau bersumpah laknat 'Siri Pertama', beliau lakukan di Permatang Pauh tidak sampai 24 jam menjelang hari Penamaan Calon PRK Permatang Pauh di mana DS Anwar mahu bertanding.  Kebetulan, katanya.  Hahahahaaaa.....

Mungkin tidak percaya dengan 'Sumpah Laknat' di Permatang Pauh atau pun merasakan seperti 'tidak sah' sumpahnya di Permatang Pauh, kali ini beliau kononnya bersumpah laknat 'Siri Kedua' di depan Kaabah pula, kononnya.  Hahahaha......

Kali ini Siri Kedua 'The Sumpah Laknat ReTurn" juga menjelang beberapa hari saja untuk kita semua mengundi di dalam PRU 13.  Kebetulan, katanya!!  Hahahahaaaaa....

Bapak Si Sepol juga sama gak perangainya.  Buat 'U-Turn" cantik punya menjelang PRU.  Kebetulan, katanya!!  Hahahahaaaaa....

Sudah lihat video "Sumpah Laknat Siri Dua"?  Kalau belum, eloklah lihat untuk hiburkan hati kita semua menjelang PRU.  Memang kelakar gila.  Dia rakam di tengah orang lalu-lalang di hadapan Kaabah, tetapi tidak seorang pun pandang hatta jeling dia masa rakaman video dibuat.  Bahkan, orang yang lalu belakang dia boleh melencong ke tempat lain tanpa melihat sedikit pun dia di hadapan.  Hahahaha....

Mengapa Si Sepol lebih tinggi dari semua jemaah yang lalu lalang berhampiran dia?  Bukankah orang-orang Arab ni semua tinggi-tinggi belaka?  Kalau ada yang rendah dari Sepol pun, takkan semua kot?  Paling lucu, dalam ramai-ramai yang lalu-lalang tu, tidak seorang pun yang bergesel bahu jauh sekali terlanggar Sepol yang langsung tidak bergerak sedikit pun macam patung bercakap.  Hahahaaa....

Korang lihatlah video itu dan buat kajian sikit untuk melihat betapa lemahnya pembuatan filem terbaru "Sumpah Laknat Siri Dua" yang aku rasa sudah cukup untuk kita beritahu sememangnya Umporno bermula dari "lubang dubur' dan akan berakhir di "lubang dubur" jua.......Hahahaaaaa.....



Saksikan......kehkehkehkeh...



Photobucket

BN BAKAL KALAH TERUK GARA-GARA INI ..... !

on






Slogan "Ini kalilah" dan "Ubah" dilihat berjaya mencetuskan tsunami politik kali kedua terhadap BN. 

Jika tsunami terbesar pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu
dikatakan bermula empat hari sebelum pilihan raya tersebut, tsunami kali ini dilihat bermula sejak Jumaat lalu, iaitu 26 April.

Ketika tersebar berita dari sumber dalaman Umno yang menyatakan jentera Umno Selangor "hampir lumpuh" dan Wanita Umno pula "tidak bersemangat", tinjauan ke beberapa tempat di seluruh negara menyaksikan arus perubahan semakin dekat di hati rakyat dan kecenderungan untuk memberikan peluang kepada Pakatan
Rakyat (PR) nyata semakin ketara.


Bagi AJK PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli, apa yang berlaku itu adalah hasil dari arus bawah dari Selatan.
"Undercurrent from the South," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu. 

Beliau merujuk kepada kebangkitan luar biasa rakyat Johor menentang BN. Dr Mohd Hatta yang mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Krai mengakui "undercurrent" dari Selatan itu bukan sahaja memberi kesan dan manfaat yang besar kepada Kuala Krai, malah seluruh Kelantan.

Di Johor, sambutan puluhan ribu kepada ceramah-ceramah­ Pakatan semakin menjadi fenomena terutama menjelang PRU13. Sedangkan dahulu, seperti yang dinyatakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, lebih banyak pokok yang "mendengar" ceramah pembangkang berbanding orang.

Kehadiran Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang bertanding di kawasan Parlimen Pulai dan kawasan Dun Nusajaya dilihat memberi pengaruh yang besar kepada
masyarakat Melayu di negeri itu untuk memberi kepercayaan kepada Pakatan. 

Di kalangan masyarakat Cina pula, kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah membentuk gelombang tsunami yang
jauh lebih "gigantic" di kalangan masyarakat Cina. 

Melihat kehadiran beliau akan mengakibatkan kecederaan yang parah teramat parah kepada penguasaan Umno-BN di negeri yang mereka megahkan sebagai kubu mereka itu, Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dipertaruhkan menentang Kit Siang di kerus. Pada Umno, MCA tidak boleh diharap lagi dan hanya menjadi
bebanan.

Dalam tidak tentu arah dan latah yang berpanjangan kerana terpaksa bertarung dengan Kit Siang, Abdul Ghani terus berpaut kepada sentimen perkauman yang
"crude" atau kasar untuk menahan arus kebangkitan rakyat itu sehingga dilaporkan bahawa "habis hilang sifat gentleman" beliau.

Jika tsunami di Johor itu hanya terbatas kepada kaum Cina sahaja, tentulah BN tidak gabra dan menggelabah. 

The Malaysian Insider melaporkan, pengundi Melayu Johor bersedia mengundi calon bukan Melayu. 

Salahuddin pula memberitahu, banyak kawasan penempatan Melayu yang sebelum ini tidak dapat ditembusi kini tidak lagi menjadi "kawasan terlarang" kepada
pemimpin dan petugas Pakatan. Malah, ceramah-ceramah­ berjaya diadakan di kawasan tersebut, sebahagian besarnya menerima sambutan ribuan hadirin.

"Kalau ada banyak yang datang dengan kereta, van dan sebagainya, kita boleh kata itu orang luar. Tetapi kalau banyak yang datang menaiki motosikal dan
basikal, itu tandanya sambutan yang kita terima adalah dari penduduk tempatan," kata Salahuddin yang tidak dapat berbual panjang kerana tergesa-gesa untuk
menyambut kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang turun ke Johor untuk menambahkan bisa kempen Pakatan di negeri itu.


Di Shah Alam, peluang calon PAS, Khalid Abdul Samad untuk mempertahan kerusi Parlimen Shah Alam dilihat semakin cerah apabila calon BN, Dato' Zulkifli
Nordin menghadapi jalan berliku-liku. Sebaik sahaja diketahui beliau akan bertanding pada malam sebelum Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon-calon BN Selangor pada 16 April lalu, tiga bilik gerakan yang dikendalikan oleh petugas-petugas­ Umno di situ telah ditutup.

Apabila Zulkifli mencuba nasib melawat masjid-masjid dan surau-surau di dalam kawasan Parlimen berkenaan, sambutan yang diterima Naib Presiden Perkasa
itu amat dingin. Umpamanya, ketika melawat sebuah surau di Seksyen 7, hanya seorang sahaja ahli jemaaah surau itu yang bersalaman dengannya, iatu seorang
yang bergelar datuk.

Lebih malang lagi, pencalonan beliau menjadi bahan ketawa dan bahan gurauan di kalangan sebahagian besar penduduk Shah Alam termasuk di pejabat-pejabat
di situ.


Di kalangan pengundi India pula, mereka bukan sahaja amat marah dengan penghinaan Zulkifli terhadap kepercayaan mereka malah perbuatan pemimpin Umno termasuk dari Shah Alam yang memijak kepala lembu dalam satu tunjuk perasaan di hadapan Masjid Negeri juga amat menyakitkan hati mereka.


Malah, Naib Presiden MIC yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Dato' M Saravanan secara terbuka menggesa pengundi India supaya jangan mengundi Zulkifli.


Sebelum itu, Penasihat Strategik MIC, S Vell Paari dilaporkan menghantar mesej kepada Presiden MIC yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato'
G palanivel supaya menyampaikan kebimbangan kepada Najib tentang kebimbangan BN akan kehilangan 50 hingga 70 peratus masyarakat India berikutan pencalonan
Zulkifli. 

Najib ternyata tidak mempedulikan pandangan Vell Paari yang juga anak kepada bekas Presiden MIC, Tan Sri S Samy Vellu.

Begitu juga di Sepang, di mana kira-kira 18 peratus pengundinya adalah dari kaum India. Sentimen kemarahan akibat tindakan mencalonkan Zulkifli di Shah
Alam dilihat merebak ke Sepang.

Ketika PAS mempertaruhkan antara calon utamanya, iaitu AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, calon BN di situ iaitu Setiausaha Perhubungan Umno Selangor,
Dato' Mohd Zin Mohamed menghadapi pemberontakan dalaman.

Dua tokoh Umno Bahagian Sepang, iaitu Ahli Jawatankuasanya­, Hanapiah Mohamad dan bekas Adun Dengkil, Dato' Suhaimi Mohd Ghazali mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas dengan matlamat "hendak jatuhkan Zin".

Pada masa sama, bertebaran SMS kepada pengundi Sepang khususnya ahli-ahli Umno. Mengambil kira sebahagian besar yang menerima SMS itu adalah ahli-ahli
dan penyokong-penyo­kong, dipercayai SMS itu disebarkan orang Umno sendiri.

Memburukkan keadaan, tersebar pula berita cawangan-cawang­an Umno akan dibubarkan, bukan sahaja di Sepang tetapi di seluruh Selangor. Tidak kira sama ada
perkara itu berlaku atau tidak, ia dilihat menjejaskan nama dan peluang Mohd Zin kerana rancangan pembubaran cawangan-cawang­an Umno itu dikaitkan dengan
kemarahan terhadapnya. 

Di Kedah, perpecahan sesama Umno meletakkan tokoh-tokoh seperti Mohamad Sabu yang bertanding di Pendang dan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar yang bertanding di Pokok Sena dijangka dapat mengetepikan calon BN.

Walaupun BN meletakkan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan Ismail dalam percubaan merampas kerusi Pokok Sena yang sebelum ini disandang 
Mahfuz, tetapi perpecahan dalam Umno seluruh Kedah antara puak yang menyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan puak yang menentangnya memberikan kelebihan kepada Pakatan.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah sering dilaporkan sebagai pemimpin puak yang tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir di Kedah.

Ahmad Bashah adalah orang yang dilaporkan paling tidak senang dengan "campur tangan" Dr Mahathir kerana terlalu mengidam hendak meletakkan anaknya, Dato'
Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah jika BN menang di negeri itu. 

Selain perpecahan parah sesama Umno, antara berita baik kepada Pakatan di Kedah ialah kehadiran lebih ramai kaum wanita ke majlis-majlis yang diadakan
oleh pakatan itu. "Wanita-wanita ramai yang datang ke program-program­ kita," kata Mohd Nasir Mustafa yang mempertahankan Dun Kubang Rotan.

Menambahkan parah ialah apabila masyarakat Siam di Kedah yang tidak bersama dalam ombak tsunami 2008 dan dianggap "fix deposit" BN di Kedah kali ini berubah
apabila sokongan kaum minoriti itu semakin kuat kepaqda Pakatan terutamanya di Pendang, kawasan penempatan terbesar komuniti itu di negeri Jelapang Padi
tersebut. 

Di kawasan Parlimen Raub, peluang calon DAP di situ, Dato' Arif Sabri Abdul Aziz dilihat semakin menjanjikan apabila diambil kira sambutan pengundi Melayu
di situ kepada bekas Adun Pulau Manis, dalam kawasan Pekan itu.

Penyokong tradisi Umno di situ dilaporkan lebih cenderung kepada Arif Sabri yang pernah menjadi Ketua Penerangan Umno Pekan berbanding calon BN, Dato'
Hoh Khai Mun.

Di belakang tabir, tersebar cakap-cakap bahawa Umno Raub berharap calon MCA itu kalah bagi memolehkan mereka mengambil alih kerusi Parlimen Raub seperti
yang dilakukan parti itu di Gelang Patah, Wangsa Maju dan Kuantan.

Di kalangan masyarakat Cina yang membentuk 43.51 peratus pengundi di situ, peluang calon BN awal-awal lagi dilihat gelap berikutan penentangan mereka terhadap operasi sebuah kilang memproses emas di Bukit Koman, dekat Raub yang mereka bimbangi akan mengakibatkan terjejasnya kesihatan penduduk kerana keracunan sainida.


Kumpulan pejuang alam sekitar di Raub, Pahang Raub Anti-Cyanide Gold Mining Committee (BCAC) telah pun membuat kenyataan terbuka meminta penduduk Raub
supaya jangan mengundi calon BN.


“Kami menggesa pengundi Raub untuk menolak calon ini yang tidak jujur dan telah berkali-kali berbohong kepada masyarakat Raub.
“Khai Mun sebelum ini menuduh penduduk Bukit Koman mengidap penyakit kulit kerana menggunakan “sabun yang salah” dan bukan akibat keracunan sainida. 


Beliau mengelirukan rakyat untuk melindungi kerjasama antara pegawai-pegawai­ kerajaan dengan ahli perniagaan yang tidak beretika,” kata BCAC dalam satu kenyataan medianya.

Di kalangan pengundi undi India pula, sentimen dan kemarahan yang menjalar ke seluruh negara akibat tindakan BN mencalonkan Zulkifli Nordin di Shah Alam
dijangka memberi kesan yang besar kepada BN.



Photobucket

Suasana Jam 3.00 Pagi Tadi Di Kota Bharu

on





"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," 

Doa dari Tuan Guru Nik Aziz



 















This Is Kelantan Darul Naim..~~

Dan ini bukan solat isyak..

Tetapi ini Munajat kemenangan oleh raktyat Kelantan jam 3 pagi di Stadium Sultan Muhamad Kota Baharu Kelantan.

Mereka bermunajat kepada Allah dikala kita semua sedang nyenyak tidur dengan memohon agar Allah kekalkan Kelantan serta Ubah pemerentahan di Putrajaya..

Munajat seperti ini tak pernah ada di negeri yang ditakbir oleh parti sekular Umno. Maka wajar rakyat kelantan " KEKAL" kan pemerentah dibawah TGNA supaya Kelantan yang dipanggil serambi Mekah subur dengan syiar syiar islam.

Moga Allah kabulkan doa mereka . Amin....



Ya Allah Hancurkan Pengundi Hantu. 




Photobucket

Ya, kami terbangkan pengundi ke Semenajung – Tengku Adnan

on




PUTRAJAYA: Setiausaha Agong BN, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

"Tidak ada apapun yang benar berhubung dakwaan pembangkang, tidak lain dan tidak bukan penumpang itu hanya pengundi berdaftar Malaysia," kata Tengku Adnan.

Tengku Adnan juga menuduh Pakatan Rakyat sengaja membuat dakwaan bahawa sistem pilihanraya bermasalah untuk melemahkan demokrasi negara.

“Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," kata Tengku Adnan, yang merupakan penyandang kerusi parlimen Putrajaya yang kini dicabar calon PAS, Datuk Husam Musa.

(Adakah ini pengundi yang dimaksudkan oleh Tengku Adnan)

Semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa penglibatan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam operasi untuk membawa masuk pengundi yang diragui dari Malaysia Timur ke Semenanjung.

Antara bukti yang diperoleh ialah bukti dokumen, foto berhubung 16 penerbangan sewa khas yang membuat perjalanan setiap hari dari pelbagai lokasi di Malaysia Timur.

Beliau menganggarkan sebanyak 40,500 orang akan dibawa dalam penerbangan sebelum 5 Mei ini.  Menurut Anwar lagi, penumpang pesawat merupakan warga asing berdasarkan siasatan PKR terhadap daftar penumpang yang diperolehi.

Sementara itu, PMO teleh menafikan dakwaan Anwar dalam satu kenyataan ringkas.

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata seorang jurucakap kerajaan dalam laporan Bernama.

SPR telah ditekan hebat semenjak hari pengundian awal 30 April lalu setelah ramai yang mengadu dan laporan polis bahawa dakwat kekal yang digunakan tidak kekal pada jari dan kuku mereka.

SPR memberikan alasan bahawa terdapat pegawainya yang terlupa mengoncang botol dakwat kekal sebelum digunakan.

Keadaan itu memaksa SPR untuk membuat demonstrasi untuk membuktikan kepada wakil-wakil media bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jari pengundi memang tidak boleh dipadamkan.

Demonstrasi diketuai Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dan para pegawai SPR dengan melibatkan seorang petugas media tempatan dan disaksikan oleh rakan-rakan sejawatan mereka.

Petugas media yang dicalit dakwat kekal ternyata gagal untuk memadamkan kesan dakwat meskipun menggunakan beberapa bahan pencuci.

Namun, SPR tidak menjawab isu kegagalan para pegawainya untuk mengoncang botol dakwat setiap dua jam sekali selama 30 saat sebelum digunakan ketika pengundian awal hari itu.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List