Flash Mob : Kempen Saraf Terakhir.

on May 4, 2013





Baru-baru ini terbaca dalam FB, ada seruan dari alam siber minta semua yang berminat untuk turun ke jalan-jalan utama di kawasan masing-masing, membawa sepanduk menyatakan sokongan untuk Pakatan, dalam apa yang disebut sebagai Flash Mob – sebuah term yang agak baru dlm dimensi kempen politik masa kini.

Petang semalam, kami turun ke Jln-Jln utama sekitar daerah Kulim nak join Flash Mob ini, tapi tak adalah pula orang ber-flash mob di sebelah Kulim ini. Bila talipon seorang sahabat dari Markas, dia cakap depa terlalu sibuk dengan urusan kempen dan meraih undi, tak ada masa nak pikiaq bab-bab flash mob ini. Tak apalah, dari Kedah kami terus ke Penang.


Sebaik saja sampai ke roundbout Seberang Jaya, P Pinang; dari jauh kami nampak ada lebih kurang 10 orang peserta sedang berflash mob di 3 penjuru di sekeliling roundbout berkenaan -tak ramai mana, tapi bila menjelang jam 6, jumlahnya makin bertambah.


Tanpa melengahkan masa, terus kami 3 orang ini join depa.


Memang meriah Flash Mob ini – meriah dengan bunyi hon kereta/lori/bas/kontena/motor yang bermacam. Baru saya tau rupanya, ada kereta yang bunyi hon macam siren kereta polis dan lain-lain lagi.

Ramai yang bagi tanda “thumbs up” (jari ibu tunjuk ke atas), ada ramai juga yang bertakbir. Kebanyakannya pula melaungkan kata-kata “INI KALILAH!!” dan juga "UBAH!! UBAH!!".


Bunyi hon kenderaan jangan duk habaglah – memang meriah rupanya Flash Mob ini, berbeza sungguh dengan suasana “DEMO” lain yang pernah saya sertai selama ini. Ringkasnya, memang hebat sambutan yang kami terima, tak kira dari apa bangsa, Melayu Cina dan India, lelaki dan juga wanita.

Pun begitu, di celah-celah itu, ada seorang Pakcik ini, umur dalam pertengahan 50an macam orang pencen, ada isteri sebelahnya, bertudung – dia bukan bagi thumbs up kat kami, tapi dia pi tunjuk isyarat lucah, jari HANTU 1MALAYSIA dia itu ditunjuk-tunjukkan ke atas berulang-ulang kali.

Apa ra – buat malu Melayu saja!!

Kaum lain tak adalah pulak pi buat macam itu kat kami.

Cakap pasal kaum ini, ada sesuatu yang membuatkan saya agak terkejut hasil dari Flash Mob ini. Saya agak teruja dan tak sangka sokongan orang-orang India begitu hebat sekali. Kalau orang Melayu dan Cina bagi hon, bagi thumbs up, menjerit Ini Kalilah dan sebagainya, itu biasalah – tapi orang2 India pun sama.

Saya lihat sendiri, pemandu-pemandu lori berbangsa India, driver2 Van kilang berbangsa India, drebar bas berbangsa India, pemandu kereta berbangsa India, lelaki wanita dan juga yang bawa keluarga – depa ini pun sama, cukup seronok, bagi hon, melambai, menjerit UBAH, UBAH, INI KALILAH dan lain-lain lagi, menyatakan sokongan tak berbelah bagi kepada kami.

Saya hairan – sebab dalam dimensi politik negara masa kini kita dipahamkan bahawa secara amnya kaum India kurang memihak kepada Pakatan. Mungkin persetujuan HINDRAF untuk bersama BN membuatkan kita berpesepsi yang demikian.

Namun, senario dan suasana Flash Mob di roundbout Seberang Jaya semalam menceritakan yang sebaliknya. Mungkin sambutan di luar dugaan TG Nik Aziz di Putrajaya yang terpancar di merata You Tube itu, dan juga sambutan hebat > 70,000 orang dlm perhimpunan Pakatan di Sek Han Jiang, P Pinang serta sambutan dalam jumlah yg hampir sama ceramah Pakatan di Johor baru-baru ini telah memberi kesan psikologi kepada pengundi kaum India untuk turut bersama-sama dengan kita, semua rakyat tak kira BANGSA untuk sama MENGUBAH landscape politik negara di PUTRAJAYA!!

Insyaallah – jika apa yang saya lihat di Flash Mob ini adalah benar (sokongan kaum India), maka kita hanya menghitung hari saja untuk menawan PUTRAJAYA!

Mungkin ada bagusnya juga Flash Mob ini – kesan psikologi minit terakhir untuk mereka mereka yang berada di atas pagar!!



Photobucket

ZULKIFLI NORDIN YANG BUKAK LOBANG...!

on




KUALA LUMPUR: Setelah menyepi seketika waktu akhirnya Harakahdaily berjaya menghubungi sumber Umno untuk mendapat laporan terkini daripada beliau mengenai kenyataan Setiausaha Agong Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengenai penerbangan pengundi baru-baru ini.

Tengku Adnan mengaku bahawa dakwaan Pakatan Rakyat mengenai kewujudan penerbangan khas membawa pengundi daripada timur Malaysia ke Semenanjung sememangnya benar.

Bernama melaporkan Tengku Adnan mengaku kewujudan penerbangan sedemikian dan menegaskan bahawa khidmat itu ditaja oleh “rakan-rakan BN.”

“Itu plan B dah sebenarnya. Dah confirm akan kalah baru digunakan,” kata beliau kepada Harakahdaily pagi ini. 

“Jadi apa plan A-nya?” tanya Harakahdaily. 

“Video seks. Video seks buatan seorang pemimpin wanita PKR dah mula dikeluarkan. Ingatkan tak keluar sebab dah backfire. Patutnya Plan B dah jalan, Plan A akan henti. Sekarang jalan dua-dua, confirm dah dapat maklumat risikan nyawa tinggal sampai malam besok sahaja,” katanya sambil berseloroh. 

Disebabkan suara telefon yang agak kejauhan, Harakahdaily bertanya pada beliau lokasi kedudukannya. 

Sumber Umno itu memberitahu beliau kini berada di luar negara kerana hadapi tekanan kuat setelah meledakkan pada Harakahdaily tempoh hari bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan turun berkempen di Putrajaya untuk menyelamat Tengku Adnan. 

Harakahdaily cuba bertanya apakah Plan B sudah berjalan lama dalam perancangan. 

“Dah lama. Selama ini targetnya Selangor sahaja. Tapi masalah sekarang Johor, Putrajaya dah goyah. Mula-mula mereka ingat tempur Selangor sahaja.


 Sebenarnya kalau bukan Zulkifli Noordin besar mulut kata 110% akan menang, saya rasa Plan B ini tidak akan dihidu oleh sesiapa atau diledakkan keluar dari dalam.

"Silap percaturan plan A lepas video seks untuk benamkan PAS backfire badly – kamu attack orang yang berintegriti lama bertunjang di politik negara, siapalah nak percaya. Kadangkala pakar strategi kita ini memang bodoh sikit,” kata sumber Umno itu.

Beliau berkata sekarang waktu getir untuk mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Dulu di Sabah, selepas BN menang, berapa orang yang kehilangan kebebasan kerana terlibat dalam perbuatan terkutuk itu? Orang-orang yang hilang kebebasan itulah yang muncul menceritakan segalanya pada RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Sabah mengenai pendatang asing. Sekarang dalaman sedang bertiup kencang mengenai nasib mereka selepas ini, jika BN menang atau kalah,” kata beliau lagi.

Beliau menyuruh Harakahdaily menyiarkan nasihat ini kepada mereka yang terlibat dalam Plan B.

“Hentilah. Kamu semua akan menyesal nanti. Yang terkena ialah anak-anak dan cucu-cucu kamu. Orang Bangla ini akan jadi orang Melayu – boleh beli tanah rezab orang Melayu, dapat diskaun beli rumah Bumiputera, anak-anak masuk universiti guna kuota Melayu, beli amanah saham – silap hari dia jadi kaya, anda semua jadi kuli dia. Kalau rakyat dah tolak BN, hormatlah keputusan. Rezeki di tangan Allah, bukan Umno. Usah bimbang, hilang rezeki ini, Allah akan ganti dengan yang lain,” tegas beliau.

Sebelum mengakhiri perbualan, Harakahdaily sempat bertanya samada beliau akan balik mengundi.

“Insha-Allah balik – kena undi pada parti yang tidak disokong warga Bangla dan Nepal,” katanya sambil ketawa besar.

Sumber Umno itu seorang pengundi di Selangor.

SUMBER:Harakahdaily




Photobucket

LAIN DITANYA LAIN DIJAWAB...... TERKEDU AHLI PANEL

on




Siaran langsung rtm1....seorang pemanggil penyokong tegar bn dari pahang mengajukan soalan panas...xsenang duduk ahli panel nya..lain tya lain jawap...tonton lah rakaman ini..caya lah brother suhaimi ni...






Photobucket

Anwar Yakin Pembangkang Tawan Putrajaya

on




SUNGAI PETANI: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pembangkang berupaya mencapai kemenangan besar dan sekaligus berjaya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Ahad ini.
Katanya Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan berdasarkan sokongan rakyat terhadap mereka.

"Hingga sekarang kami sudah lakukan sesuatu yang sangat baik, jika tiada sabotaj atau penipuan...insya-Allah (boleh ambil alih Putrajaya)," katanya ketika ditemui selepas berucap pada ceramah di Jalan Boria di sini, Jumaat malam.

Ditanya mengenai peluang pembangkang untuk menang di peringkat negeri, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekali lagi menyatakan keyakinannya untuk menang.

"Kita sangat yakin, kita lebih kuat sekarang...sangat kuat. Saya sangat yakin," katanya ringkas.
Bagaimanapun Anwar tidak menyatakan negeri mana yang beliau yakin akan jatuh ke tangan pembangkang. Mstar



Photobucket

SIAPA BELA MAT BANGLA...?

on




Matlamat utama gua dalam entry kali ini ialah untuk mengingatkan semua kepada kemungkaran yang bangla lakukan di negara kita. 

Pada Tahun 1997 sekumpulan 4 hingga 5 orang bangla telah merogol seorang gadis melayu di meru klang sehingga putus puting buah dadanya dan meninggal dunia, Pada tahun berikutnya bangla telah merogol seorang pelajar UITM .



Kepada melayu yang merelakan kemasukan bangla ke negara ini atas dasar parti politik, harus berfikir semula. Bangla bukanlah satu bangsdalam tandas Kompleks PKNS Shah Alam menyebabkan ratusan pelajar UITM mengamuk memburu bangla di sekitar Shah Alam.

Dan yang paling mengharukan ialah pergaduhan besar-besaran antara melayu Johor dengan Bangla kerana bangla telah mencabul seorang anak gadis melayu... tahun berapa gua tak ingat. Mereka mengaku Islam tetapi mereka minum arak di tempat terbuika di Shah Alam. 

Melayu wajib melawan mereka dengan memberi undi kepada Pakatan Rakyat. Bangla memalukan Islam. Kalau ada peluang kita hantar mereka pulang atau kurung di penjara.

Lihat siapa import bangla ke negara kita. Nak tanya brader-brader askar dan polis... Tak bengang ke tengok bangla naik kapalterbang dan dikhabarnya dapat duit RM3k cash!! BR1M pula rakyat Malaysia dapat RM500 X 2 sahaja... 

Najib bela rakyat????? wakaka.. ... fikir semula bro Najib bela siapa?




sumber video JKK fan club
sumber SINI

Mahukah anda mendengar berita gadis-gadis kita menjadi mangsa nafsu serakah Bangla?
Hindari bangla dalam hidup kita. Nyahkan bangla!!!!!!

SATU UNDI UNTUK BN BERMAKNA SOKONG BANGLA ROGOL WANITA MELAYU

adios


http://www.wasukalu.com

Photobucket

PRU 13 - Kerana Projek Anak-Anak Bapa Terpaksa Turun Padang...

on






 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) turn padang membantu berkempen untuk calon-calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di sini hari ini.

Bersamanya ialah (dari kanan) calon DUN N10 Seberang Jaya, Datuk Mohammad Nasir Abdullah; calon DUN N11 Permatang Pasir, Anuar Faisal Yahya; calon Parlimen P44 Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail serta Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (kiri).
Dr Mazlan akan menentang calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada PRU 13 Ahad ini.

Harta hak rakyat dimonopoli oleh anak-anaknya,,, Bila Anwar dah bagi amaran,, maka terpaksalah turun padang
Photobucket

PRU 13 :- Manchester United Lawan Manchester City Tapi Pengadilnya Alex Ferguson...!

on







Isu pengundi yang diragui seramai kira-kira 40,500 orang dari Sabah dan Sarawak yang didatangkan ke Semenjung dengan penerbangan sewa khas sebagaimana yang dibangkitkan Anwar Ibrahim semalam terus menjadi perdebatan umum bila SPR memberitahu bahawa bukan suatu kesalahan mengangkut dan menyediakan penerbangan khas seperti itu.

Apa yang menjadi kesalahan, kata Pengerusi SPR, Aziz Yusof ialah bilamana ada paksaan terhadap mereka untuk mengundi calon-calon tertentu.

Semalam Anwar membangkitkan tentang wujudnya usaha untuk membawa pengundi dari Sabah dan Sarawak  yang terdiri daripada warga asing daripada Filipina, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan sebagainya melalui penerbangan sewa khas menjelang hati pengundian 5 Mei ini. Sambil mengemukakan pelbagai bukti yang diperolehinya mengenai perkara itu, Anwar segera menuntut jawapan daripada Pejabat PM, MAS dan juga SPR.

Sementara Pejabat PM dan MAS segera menafikan perkara itu, tiba-tiba Setiausaha Agung UMNO mengesahkan kewujudan penerbangan sewa khas itu sambil mengatakan ia dibiayai oleh rakan-rakan BN untuk membawa pengundi yang sah dan berdaftar dengan SPR menunaikan tanggungjawab mereka.

Isu bahawa siapa pengundi tersebut, apa asal keturunan mereka, sahihkah mereka pengundi yang berdaftar dan kemusykilan bagaimana seramai 40,500 pengundi di Semenanjung boleh tinggal di Sabah dan Sarawak, tidak pula cuba dijelaskan oleh sesiapa.

Pengerusi Bersih, S Ambiga juga hairan dengan angka itu kerana kebiasaannya pengundi dari  Sabah  dan Sarawak yang ramai tinggal dan bekerja di Semenanjung dan bukan sebaliknya.

Hakikatnya, sesiapa pun akan kehairanan dari mana datangnya pengundi seramai 40,500 orang itu dan tidak mungkin ada seramai itu orang Semenanjung yang bekerja dan tinggal di kedua-dua negeri tersebut.

Oleh kerana sehingga ini tiada jawapan siapa identiti 40,500 pengundi itu, kebarangkaliannya ialah mereka merupakan pengundi hantu yang diprojekkan atau diberikan kad pengenalan segera serta didaftarkan sebagai pengundi untuk membantu kemenangan BN di beberapa tempat, terutamanya di Selangor.

Hari ini jawapan SPR melalui Pengerusinya Aziz Yusof yang senada dengan jawapan Tengku Adnan, walaupun agak mengejutkan tetapi mengesahkann bahawa SPR sudah menjadi pengadil yang berat sebelah dalam pilihanraya akan datang ini.

Sekadar memberi jawapan menyediakan pengangkutan dan sewa khas kapal terbang bukan suatu kesalahan tetapi dilihat mengenepikan aspek utama iaitu kesahihan pengundi tersebut, SPR terang-terang dilihat tidak berlaku adil dalam perkara ini. Jika dalam soal lain yang melibatkan Pakatan Rakyat misalnya, begitu cepat SPR menuding jari dan mengugut mahu mengambil tindakan tetapi apabila berkaitan BN, beliau jelas dilihat memihak.

Sebagai badan bebas yang mengendalikan pilihanraya, SPR harus berlaku adil dan dalam kes kebanjiran 40,500 pengundi tersebut, wajar diteliti siapa mereka, asal keturunannya dan apakah mereka rakyat asli negara ini atau tidak. Membenarkan mereka yang diragui seperti rakyat asing yang diberikan kad pengenalan semata-mata untuk kepentingan politik dan kemenangan dalam pilihanraya, jelas merupakan suatu pengkhianatan kepada negara.

Jika UMNO dan BN yang disyaki melakukannya dan ada bukti yang bukti, SPR wajar bertindak menghentikan amalan itu kerana dalam jangka panjang ia menidakkan hak rakyat sendiri. Tidak bolehlah dalam perkara ini, SPR pula yang memihak kepada UMNO dan BN kerana ianya akan menyebabkan SPR dituduh pengkhianat sama.

Tindakan SPR yang cenderung memihak kepada BN ini seperti mengiyakan banyak dakwaan sebelum ini bahawa SPR lebih merupakan sebuah komponen BN berbanding peranan hakikinya sebagai sebuah badan  bebas, adil  serta berkecuali.

Jika begiitu keadaannya juga sehingga hari pengundian nanti,  persaingan BN dan PR dalam pilihanraya ini tidak mungkin berlangsung dengan adil. Ia umpama perlawanan bolasepak antara Manchester United dengan Manchester City tetapi berpengadilkan Alex Ferguson.

Dalam keadaan sedemikian, mustahil untuk mengharapkan Alex Ferguson menjadi pengadil yang benar-benar  adil. Dia mungkin memberikan beberapa tendangan percuma dekat dengan gol atau sepakan penalti untuk memberi kelebihan kepada Manchester United.

Begitulah keadaannya SPR menjelang pilihanraya ini. Ciri-ciri memihak dan berlaku tidak adil amat jelas di mata rakyat. Dalam isu dakwat kekal yang didapati tidak kekal, jawapan SPR bahawa ia berpunca daripada botol dakwat yang tidak digoncang terlebih dahulu amatlah melucukan dan seolah-olah SPR melihat rakyat Malaysia ini seperti murid sekolah rendah saja tarafnya.

Sekali lagi  SPR cuba bermain wayang kulit dan ini menimbulkan keraguan berkemungkinan berlakunya pengundi berulang membuang undi sepertimana dakwaan banyak pihak sebelum ini.

Banyak lagi jawapan-jawapan SPR sebelum ini yang menimbulkan keraguan dan kesangsian umum sebenarnya. Di sebalik kebimbangan ramai terhadapnya, harapan rakyat untuk SPR berlaku adil masih lagi tinggi kerana mereka telah diamanahkan untuk menjadi pengadil.

Kadang-kadang ketidakadilan SPR akan membangkitkan lagi semangat rakyat. Meskipun Alex Feguson menjadi pengadilnya, bukanlah pula mustahil Manchester City boleh menewaskan Manchester United, walaupun ada kesukarannya.


 


Photobucket

Ceramah terbesar PR di Pulau Pinang

on




Tinggal 36 jam sebelum mengundi, Pakatan Rakyat malam ini terus menunjukkan kekuatan melalui jumlah kehadiran ceramah di pelbagai tempat di seluruh negara yang mendapat sambutan hangat.

Di Esplanade, Pulau Pinang lautan manusia memenuhi kawasan itu bagi mendengar ceramah pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
penang dap rally 030513 audience 07Bagaimanapun, mood di situ lebih ceria apabila Lim terlebih dahulu menyanyikan lagu yang liriknya menyentuh isu politik wang yang didakwa berlaku di beberapa kawasan.

Malah, kehadiran Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu lebih menceriakan keadaan dengan cerita-cerita pendeknya yang lucu. 

Beliau kemudiannya meninggalkan Esplanade untuk ke satu lagi majlis di Tasek Gelugor.

Ceramah di Pulau Pinang itu dipercayai terbesar di Malaysia sepanjang tempoh berkempen ini. 

Setakat jam 12.26 tengah malam, kutipan derma dipercayai sudah mencecah angka lebih RM500,000 dan ia masih belum habis dikira.

Di Johor, beberapa ceramah besar berlangsung yang menyaksikan 4,000 orang hadir di Gelang Patah, 2,000 di Ayer Hitam dan 3,000 di Pasir Gudang.




Photobucket

GE13 Voter Sentiment Ratio (3rd May)

on




Bhai.... memang mengejutkan biler mana hasil tinjauan operatif agensi di lapangan memaklumkan bahawa Voter Sentiment Ration(VSR) untuk 3 Mei 2013 memberikan indikasi bahawa BN mendapat sokongan daripada pengundi baru dan pengundi atas pagar..

Walaupun begitu, PR perlulah memanfaatkan masa yang berbaki beberapa jam lagi nih untuk mendapatkan sokongan sebaik mungkin untuk PR... PR terutamanya PAS perlu melupakan sengketa dalaman serta perasaan bagoosh mereka demi untuk mendapatkan sokongan padu daripada rakyat dalam tsunami ABCD bagi memastikan Voter Sentiment Ratio (VSR) nih menjadi akademik sajer...

Kempen turun padang, pemberhentian perbalahan sesama sekutu dalam pakatan juga perlu diambil perhatian... Calon PAS di Kota Damansara dan Sg Acheh perlulah menarik diri.... tolong jangan menyusahkan PR... Puak-Puak UG perlu tutup mulut sekarang jika ingin PR memenangi PRU13 nih...

Voter Sentiment Ratio (VSR) ini hanya berpandukan keadaan realistik... dan ianya tidak termasuk percaturan pengundi hantu yang sedang dan akan dibuat oleh pihak tertentu dengan bantuan SPR.... Malah ianya juga tidak melambangkan kerja "magic" yang akan dibuat oleh SPR sebagai usaha memastikan BN menang pada PRU13 nih....

Seperti biasa... yang semalam punya laporan boleh dilihat di Voter Sentiment Ratio (VSR)



http://cipantapirtenuk.blogspot.com/




Photobucket

Pakatan Rakyat Diramal Bentuk Kerajaan Baru Ambil-Alih Putrajaya

on





Kajian Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (Kor Risik ATM) menunjukkan Pakatan Rakyat (PR) mampu memenangi 117 kerusi parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru dengan majoriti mudah 12 kerusi selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti.
Sementara BN pula dalam kaji selidik yang disalurkan anggota Kor Risik ATM itu menunjukkan hanya mampu memenangi 105 kerusi sahaja.

Kajian yang turut diguna pakai oleh BN itu turut menunjukkan, PR, selain berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, juga berjaya memenangi semula Perak serta merampas Negeri Sembilan dan Terengganu.

Demikian menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu program ceramah di Seksyen 7 di sini malam tadi.

“Johor walaupun kita boleh memenangi kerusi DUN dan parlimen yang jauh lebih banyak, tetapi mengikut ‘survey’ itu belum boleh dapat tawan negeri, saya cakap betul ini.

“Melaka, kita boleh tambah kerusi parlimen dan negeri, tetapi masih belum boleh tawan negeri.

“Pahang, kita boleh tambah kerusi, tetapi kita masih belum boleh tawan lagi, menjadikan kita ada tujuh negeri dan Perlis katanya 50/50,” ujar Mustafa.

Menurut Mustaffa, keputusan kaji selidik itu berdasarkan keadaan semasa sekiranya PRU-13 diadakan Selasa lalu.

Bagaimanapun tambah Mustafa, beliau juga dimaklumkan bahawa keputusan kaji selidik itu boleh berubah dalam masa beberapa hari sebelum menjelang hari mengundi Ahad nanti.

“Apakah dia akan turun atau pun dia akan naik, trend pada waktu ini menunjukkan kita sedang naik, maknanya tidak mungkin kurang daripada 117 kerusi.

“Ini yang mencemaskan (Perdana Menteri) Najib, mencemaskan (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin dan yang paling cemas (bekas Perdana Menteri) Dr Mahathir sendiri,” katanya lagi.

Mustafa dalam ceramahnya turut menjelaskan, kaji selidik yang dikeluarkan Kor Risik ATM merupakan kajian paling dipercayai pemimpin BN berbanding dua lagi agensi kerajaan lain, Kemas dan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.

Bagi menang di peringkat persekutuan sekaligus menduduki Putra Jaya, PR perlu menang sekurang-kurangnya 112 daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Buat pertama kali, dalam PRU-12 pada 2008, BN dinafikan majoriti dua pertiga kerusi di Parlimen apabila hanya mampu menang dengan majoriti 140 kerusi.

Manakala Pakatan menang dengan 82 kerusi.


Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...


Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.

Kajiselidik di kalangan pengundi di Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.

Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. 
-mk 




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List