GRAND FINALE PAKATAN RAKYAT

on May 4, 2013



Terima kasih kepada semua yang sudi menghadiri Ceramah Finale Lembah Pantai 
Thousands at DAP Seputeh's Election Eve ceramah now at Kuchai Lama.
Grand Finale Bentong.We want to see Adnan Yaacon ear cut off!

Pakatan Rakyat Grand Finale at Kelana Jaya Stadium.



Photobucket

Pastikan BN Dijadikan Pembangkang Di Parlimen!

on




Rakyat diseru supaya memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) duduk di kerusi Barisan Pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sekumpulan doktor lepasan Cambridge di United Kingdom berpendapat, cara terbaik menyelamatankan BN adalah dengan menjadikan mereka sebagai pembangkang sekaligus menjadi penyelia kerajaan yang berkualiti.

Mereka berkata, BN perlu melalui proses tersebut sebelum boleh menjadi kerajaan semula yang cemerlang.

“Masalah terbesar BN ialah mereka tidak pernah menjadi pembangkang dan kekurangan latihan sebagai penyelia.

“Hal ini menyebabkan jabatan kerajaan kekurangan pemantauan dan menyebabkan berlakunya penyelewengan sehingga harta kerajaan dibeli dengan harga yang berlipat ganda daripada harga asal,” kata Dr Chan Jinhooi dalam kenyataan bersama Dr Lee Chernyang, Dr Chin Shinliang, Dr Tan Jimmy PangHoaw serta Dr Low Choonpei.

Kata mereka, hanya melalui cara tersebut dapat menyelamatkan BN agar mereka jadi lebih kuat supaya diterima seluruh rakyat Malaysia sekaligus dapat kembali semula ke zaman kecemerlangannya.

“Sebagai penyokong BN yang setia, cara terbaik untuk membantu BN adalah dengan mengundi parti pembangkang (Pakatan Rakyat).

“Tidak mungundi BN tidak bermakna kita mengenepikannya. Ini merupakan suatu peluang keemasan BN untuk menghidupkan BN sekali lagi,” katanya.

Kesetiaan ahli

Menurut mereka, proses itu juga dapat menguji sejauh mana kesetiaan ahlinya terhadap BN.

“Sekiranya BN jadi pembangkang, ahli yang hanya mementingkan keuntungan diri akan memutuskan hubungan dengan BN dan hanya mereka yang betul-betul menyayangi BN akan terus berjuang di bawah BN serta membuktikan keupayaan mereka,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia boleh menunggu BN berlatih diri menjadi pembangkang yang berkualiti dan kembali memerintah pada masa akan datang.

Ini disebabkan rakyat sebelum ini telah memberikan tempoh peluang yang cukup lama kepada BN membuktikan dirinya sebagai kerajaan yang bagus, namun keyakinan itu semakin hilang.

Walaupun tidak menafikan jasa 56 tahun pemerintahan BN, tetapi sejak lima tahun kebelakangan ini rakyat mula sedar kerajaan BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang lebih positif.

Sebaliknya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berupaya mentadbir dengan baik kerana mengutamakan keadilan, kebersihan, dan nilai-nilai moral termasuk membanteras rasuah dan kronisme.

“Sekiranya BN terus memegang pucuk kepimpinan dalam tempoh lima tahun akan datang, mereka akan lebih bermaharajalela, rakyat jelata yang tidak berdosa akan menjadi mangsa ketidakadilan.

“Jadi, patutkah kita mengundi suatu parti politik mengikut emosi semata-mata ataupun secara rasional berdasarkan nilai moral sesuatu parti?

“Kami ingin membuat seruan kepada semua iaitu ’BERILAH BN  PELUANG JADI PEMBANGKANG!’,” serunya. -FMT



Photobucket

Blog Pro BN buat Cerita Mitos Tun Mahathir.. Maybe Dongeng Rakyat kot!

on




Saat akhir ini, banyak sangat cerita-cerita fantasi akan dipaparkan untuk menunjukkan kehebatan seseorang. Sebentar tadi terbaca satu dan banyak di 'paste' di facebook, kononnya Tun Mahathir di tembak di Bosnia demi menyelamat umat Islam di sana.

Yang aku hairan bin ajaib kenapa gambar Arafat dipaparkan. Bengong betul blogger UMNO, tak boleh nak bezakan antara Palestine dengan Bosnia Herzegovina. 

Aku rasa boleh cerita-cerita seperti ini boleh dibuat sebagai cerita mitos rakyat. Atau kalau dibukukan boleh dibuat sebagai buku cerita untuk kanak-kanak dengan tajuk "CERITA DONGENG RAKYAT BEBAL"

Engkau orang memang tak sabar nak baca apa mitos tersebut!!



TAHUKAH ANDA?? KISAH INI BELUM PERNAH DICERITAKAN DAN INI KALI PERTAMA SAYA MENDENGARNYA..

“Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan…. Beliau kata “tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja”

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1. Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” – Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10)Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..


11) Bila berbicara soal beliau MMI sudah pasti sebak dan berlinang air mata kerana jasa yang dicurahkannya sudah pasti tidak dapat dibalas.


Siapa dia? Ya.. dialah..


TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.


http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=6044

Photobucket

Cukuplah, BN perlu berehat...!

on




SEGALA yang perlu telah dilakukan. Kempen dan usaha meyakinkan pengundi bahawa era Umno-BN sudah berakhir serta perlu ditamatkan juga telah dijalankan.
Alhamdulillah, selama sebulan sebaik Parlimen dibubarkan, kami di Harakah, bersama petugas pilihan raya Pakatan Rakyat yang gigih mengatur gerakerja, cuba menyedarkan pengundi agar dapat membuat pilihan tepat.

Melalui beberapa produk baru seperti sisipan Bangkit dan tabloid Inikalilah! – selain Harakah sedia ada - kami bersyukur dapat terus menyumbang dengan menawarkan berita-idea.


Kami bukan setakat tidak mahu tertinggal dalam babak penting sejarah negara ini, tetapi mahu turut serta proaktif untuk membentuk Malaysia baru, yang lebih damai, sejahtera dan adil untuk semua warganya.

Malaysia terlalu kaya untuk ber terusan dibolot elit penguasa, kroni dan suku-sakat mereka. Ketamakan Umno-BN tidak pernah mengenal had dan batasan. Tsunami Mac 2008 memang tidak pernah memberi iktibar bermanfaat untuk pemimpinnya meng insafi makna sebenar amanah kepemimpinan.

Cukuplah. Tempoh 57 tahun Umno-BN menerajui negara sudah lebih daripada memadai. Mereka perlu direhatkan, sekurangkurangnya untuk lima tahun, ke rana bukan saja sudah kurang upaya membangunkan orang Melayu- Bumiputera tetapi telah banyak memudaratkan kesentosaan hidup rakyat berbilang kaum negara ini.

Penggiliran parti pemerintah adalah lumrah di mana-mana negara yang berkembang maju. Parti yang gagal memikul tanggungjawab dengan baik harus diundurkan.
Malah, jika kerajaan baru terbentuk dan terbukti tidak berjaya memenuhi aspirasi rakyat, ia juga harus ditukar.

Kali ini, saya yakin majoriti rak yat sudah bertekad mahu melakukan perubahan. BN boleh meng hasut de ngan apa jua tohmahan, tetapi rakyat terbukti bijaksana membuat penilaian dan bakal memutuskan bahawa pe luang mesti diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Insya-Allah, anda tidak perlu takut untuk mengubahnya. INIKALILAH!



Oleh Ahmad Lutfi Othman

Photobucket

Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood Umum Terbuka Sokong Pakatan Rakyat

on



Tiada lagi ucapan yang indah yang mampu kami ucapkan bila ustazah tv9 telah dengan begitu jujur akan memilih ABCD esok, kerana dengan begitu hebat dan tidak perlu lagi berkata apa apa..5 mei undi, 6 mei angkat sumpah, 7 mei minyak petrol seluruh negera di umum turun serta merta!









PILIHAN DI TANGAN ANDA! ABCD - Asal Bukan Cap Dacing.

JIKA BN MENANG ESOK, 100% MEREKA MENANG DENGAN MENIPU UNDI!





Photobucket

Bangla mari, IC Biru mari, Duit mari, Undi mari

on







Rakyat Bangladesh yang datang untuk mengundi.
Diberi IC membolehkan mereka dapat mengundi.
Diberi wang sebanyak RM1000 seorang.
"Cap Dacing" menjadi pilihan dihati.

Tolak Politik Kotor.
Ini Kalilah.
Asal Bukan Cap Dacing (ABCD)


UMNO GADAI NEGARA DEMI UNDI
TUMBANGKAN UMNO SELAMATKAN NEGARA!!!!

Photobucket

Tunku Abdul Rahman VS Mahathir

on








1. Tunku Abdul Rahman lah yang memperjuangkan nasib melayu untuk merdeka. Kalau tak de dia. Malaysia tak akan merdeka. Saya pemimpin lain Husin Rajak Mamakkuty Mr Sleep Mat monggol semua buang masa je. Menghabiskan boras je.

2. Sebenarnya peristiwa Mei 13 ni berpunca drpd Si Mahdey dan pemimpinx2 tinggi UMNO dan bukannya Kit Siang. Dulu dia fitnah Tunku Abdul Rahman dengan meggunakan taktik menulis surat benci kepada Tunku dan mengedarkan salinan surat beratusx2 utk kakitangan kerajaan dan orang melayu. Dlm surat Mahdey, dia menuduh dan mencaci Tunku kerana memberi banyak muka kpd orang cina demi utk kepentingan masa depannya dan kronix2nya. Kini Mahdey nak guna taktik lama isu perkauman di PRU13..Bangunla org melayu..

3. Mahdey is trying to use his old tactics against DSAI in PRU13 ...Old tactics he used against Tunku Abdul Rahman.....Bangkitla rakyat....

4. Tunku Abdul Rahman tak pernah berbaik dengan Mahathir, Sepatutnya Tengku Razaleigh yang jadi presiden UMNO, tapi dengan tipu helah Mahathir dengan memasukkan cawangan tak sah, dia diangkat jadi presiden tapi mahkamah memutuskan Umno diharamkan. Tapi Hakim dipecat kerana mengharamkan Umno. Umno masih lagi haram hingga sekarang


Photobucket

12 DUN dalam genggaman Pakatan di Utara Kedah

on



NONE

Tinggal tidak sampai 24 jam sebelum pilihan raya umum ke-13, Pakatan Rakyat dilihat selamat di 12 daripada 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.

Dengan jumlah itu, Pakatan hanya memerlukan 12 lagi kerusi daripada kawasan-kawasan Selatan, bukan sahaja untuk membentuk kerajaan tetapi juga mendapat majoriti dua pertiga DUN.

Walaupun sebelum ini kedua-dua parti bertanding - BN dan Pakatan - mendabik dada akan menang dengan majoriti dua pertiga, tetapi Pakatan kini dilihat mempunyai kelebihan ekoran pertambahan besar undi Cina dan masyarakat Siam, seperti digambarkan dalam perhimpunan 'Super Friday' di Alor Setar semalam.

Dua kelompok masyarakat itu dilihat sebagai penentu kemenangan dalam pilihan raya umum kali ini selain sokongan pengundi muda, kerana sokongan Melayu tidak banyak berubah dan dilihat akan mengekalkanstatus quo pada 2008.

Sepanjang dua minggu berkempen, pengundi kaum Tiong Hua di Kedah tidak menyatakan sokongan terbuka, tetapi situasi itu berubah dengan perhimpunan besar yang dihadiri pemimpin kanan pembangkang termasuk Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Dengan sokongan itu, Pakatan dijangka mampu mempertahankan sembilan DUN seperti berikut: Ayer Hitam, Kota Darul Aman, Alor Mengkudu, Bukit Lada, Bukit Pinang, Tokai, Kubang Rotan, Anak Bukit dan Pengkalan Kundor.

Di sembilan kawasan ini, peratus komposisi kaum Cina dan Siam cukup signifikan antara enam peratus hingga setinggi 59 peratus.

Mukhriz, Ahmad Bashah tewas?
Manakala, tiga lagi kerusi dijangka dirampas dari tangan BN, iaitu Kota Siputeh, Bakar Bata dan Derga. Ketiga-tiga kawasan itu dimenangi BN dengan majoriti sangat tipis sebelum ini masing-masing dengan majoriti 495, 358 dan 163 undi.

NONEDi Ayer Hitam yang ditandingi Datuk Mukhriz Mahathir (berbaju Melayu biru), susulan berubahnya sokongan masyarakat Siam dan Cina dari BN kepada Pakatan serta sentimen antilegasi Tun Dr Mahathir Mohamad - bapa Mukhriz - PAS dijangka tiada masalah mengekalkan penguasaannya walaupun berbekalkan hanya majoriti 506 undi yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008.

Malah sentimen itu dijangka melimpah ke kawasan sebelahnya iaitu Kota Siputeh.

Di Bakar Bata, gandingan calon mudanya Mohd Eekmal Ahmad, bekas pegawai akhbar ketua pembangkang dilihat bergandingan baik dengan calon Parlimen, juga dariapda PKR Gooi Hsiao Leung dan mampu menumbangkan 'calon heavyweight' BN Ahmad Bashah Nd Hanipah.

NONESementara itu, BN pula mampu mengekalkan enam kerusi di Utara Kedah, iaitu Air Hangat, Kuah, Jitra, Bukit Kayu Hitam, Kuala Nerang dan Pedu. Tiada kerusi DUN dijangka dapat dirampas oleh BN.

Di Kuala Nerang dan Pedu, BN dijangka mengekalkan sokongannya ekoran kegagalan PAS mengembangkan sokongannya kepada masyarakat bukan Melayu - trend yang berlawanan dengan tempat-tempat lain di Utara Kedah.

Sejumlah kira-kira 2,500 pengundi Siam di Padang Terap. Usaha PAS membentuk Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dari kalangan masyarakat Siam dilihat tidak mencukupi. Wujudnya kebimbangan mengenai "ketulenan sokongan" masyarakat Siam.

Sudah menjadi rahsia umum mengenai kebimbangan akar umbi PAS - sejak pertengahan kempen pilihan raya - mengenai situasi dua DUN bawah Padang Terap yang disandang oleh calon PAS Mohd Nasir Zakaria yang bakal menghadapi pertarungan sengit ditentang bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid yang masih berpengaruh.



Photobucket

Amaran Anwar jangan tipu rakyat

on




Anwar Ibrahim


SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sementara pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa rakyat tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penipuan sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) esok.

"Kami akan berhati-hati dalam semua aktiviti yang mencurigakan. Kami akan memastikan rakyat Malaysia akan menentukan nasib negara kita dan insya-ALLAH, kita akan berjaya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Anwar mendakwa Pakatan Rakyat (PR) telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila siri ceramah dan kempen pilihan raya di seluruh negara mendapat sambutan luar biasa apabila jumlah yang hadir semakin bertambah.

"Kita telah melihat beratus-ratus ribu rakyat Malaysia daripada semua kaum datang ke ceramah kita.

"Sambutan di kubu kuat Umno-Barisan Nasional seperti di Johor, Sabah dan Sarawak semakin bertambah besar," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Permatang Puah berkata, sebaik sahaja PR membentuk Kerajaan Persekutuan dan memasuki Putrajaya, mereka akan melaksana dan menunaikan manifesto yang ditawarkan kepada rakyat kali ini,
“Fokus pelan hala tuju ini mesti prorakyat dan terdiri daripada beberapa langkah yang akan mempunyai kesan serta-merta, dan manfaat jangka panjang.

“Ini adalah pembaharuan yang BN tidak berani untuk laksanakan, tetapi PR mempunyai keberanian untuk berbuat demikian iaitu pembaharuan yang akan membawa kembali kebangkitan, kemerdekaan dan demokrasi yang tulen kepada Malaysia,” ulasnya.

Anwar mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak berasa gusar jika berlaku peralihan kuasa di peringkat pusat nanti selepas PR memperolehi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.

Sebaliknya beliau memberi jaminan peralihan itu bukan sahaja mencatatkan sejarah di negara ini, bahkan ia akan dilakukan dengan aman mengikut perundangan dan sistem demokrasi yang sebenar.

Berikut 3 janji 30 hari, 10 tindakan 100 hari Pakatan Rakyat dikeluarkan hari ini oleh kenyataan Anwar:

6 Mei - Cuti awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
1.  7 Mei - menurunkan harga minyak serta-merta
2.  Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
3.  Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat

100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat

1. Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
2. Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
3. Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
4. Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
5. Membebaskan media dari campurtangan politik
6. Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri
7. Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum
8. Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerak kerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
                                                                      - Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
                                                                      - Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
                                                                      - Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20 peratus kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan
9.  Memulakan penyelesaian permasalahan tanah adat Orang Asal di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara


Photobucket

Terkini!! BN Menang 146, PR 76

on



Terkini!! BN Menang 146, PR 76


MAKLUMAT terkini dari bilik perang (war room) Pakatan Rakyat di Tropicana dan perisikan tentera menunjukkan BN akan menang dengan 146 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat 76 kerusi.
Laporan dari beberapa bilik perang Pakatan Rakyat yang lain seperti di Pulau Pinang dan Jalan Raja Laut juga, tidak menunjukkan banyak perbezaan.
Berdasarkan pengalaman lepas, laporan perisikan seumpama ini mempunyai margin tambah tolak (plus/minus) antara 5% – 10%.
Walaupun BN masih gagal mencapai sasaran untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, tapi yang nyata, Pakatan Rakyat juga masih gagal untuk menawan Putrajaya dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Dari jumlah tersebut, DAP menang 38 kerusi dari 51 kerusi yang ditandingi mereka – peningkatan 10 kerusi berbanding pilihanraya umum 2008.  Kerusi PAS pula  susut kepada 21 kerusi, berbanding 23 kerusi pada 2008, manakala yang paling teruk terjejas ialah PKR yang hanya menang di 17 kerusi parlimen, hampir separuh kurang berbanding keputusan 2008 (31 kerusi).
Laporan ini menepati ramalan banyak pihak sebelum ini bahawa BN akan berjaya mengekalkan Putrajaya  buat tempoh sepenggal lagi.  Dengan tempoh berkempen tamat tepat jam 12 tengah malam ini, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk menaikkan lagi peluang kemenangan.
Dari apa yang kami difahamkan, banyak isu-isu saat akhir yang menyumbang kepada kekalahan Pakatan Rakyat kali ini, antaranya tindakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din kelmarin yang membangkitkan soal perlaksanaan hudud.  Selain itu, gesaan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez agar penyokong DAP tidak mengundi PAS juga, memberi kesan yang agak mendalam.
 http://www.freemalaysiakini2.com/



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List