Media Indonesia Bongkar 4 Faktor Utama Kemenangan BN Dalam PRU13

on May 12, 2013



Pesatnews.com


Media Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
1. Isu dakwat kekal yang luntur, 
2. Pengundi hantu, 
3. Pengundian berulang kali, dan 
4. Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.

Laporan itu turut menyatakan, kemenangan BN tidak mewakili pilihan rakyat kerana Pakatan berjaya memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta sahaja.
“Anehnya, dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk pemerintahan.
“Lebih aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu dipetik.
Sementara itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya, pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam pilihan raya lalu.
Rahmat berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti korup.

Baca laporan asal di SINI.




Photobucket

Najib: Bawa ke mahkamah, kita terima keputusannya

on




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13. 

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut. 

"Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai "blackout" di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses. 

"Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah," katanya. 

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. 

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali. 

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu. 

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri. 

"Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri. 

"Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi. 

"Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang," katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa terdapat penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13 yang diumumkan Isnin lalu. 

Sehubungan itu, Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, sebuah pasukan bagi menyiasat penipuan pilihan raya ditubuhkan kerana Pakatan enggan menerima keputusan pilihan raya itu. 

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar. 

Pakatan turut mengadakan himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" yang mengumpulkan kira-kira 120,000 orang Rabu lalu bagi menyatakan bantahan terhadap keputusan pilihan raya itu. - Malaysiakini




Photobucket

Puluhan Ribu Banjiri Stadium Batu Kawan, P.Pinang

on





Puluhan ribu rakyat berhimpun di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang untuk membantah keputusan pilihan raya minggu lalu.

Kebanyakkan mereka berpakaian hitam, terpaksa meletakkan kereta mereka sejauh di plaza tol Bukit Tambun kerana kesesakan lalu lintas.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di stadium jam 8.30 malam untuk menggelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium.

Pada pukul 9.00 malam stadium yang boleh memuatkan 40,000 orang itu sudah separuh penuh.

Kebanyakkan mereka adalah anak-anak muda yang mengibarkan bendera gergasi PAS, PKR dan DAP.-TMI
















Photobucket

SPR ambil tindakan undang-undang

on



SPR ambil tindakan undang-undang


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang meneliti secara serius dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang memfitnah dan sengaja memburukkan SPR berhubung keputusan PRU13, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, pemimpin pembangkang sepatutnya menggunakan saluran undang-undang dan memfailkan petisyen di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 bukannya menghasut orang ramai iaitu golongan muda untuk berada di jalanan dan berdemonstrasi di stadium.

"Buat cerita tidak betul, fitnah badan yang uruskan pilihan raya sehingga mereka tidak mahu terima keputusan pilihan raya, ini perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Apa akan terjadi pada demokrasi negara kalau pemimpin politik mengajar rakyat dan generasi muda untuk tidak mematuhi undang-undang, ajar rakyat tidak menerima keputusan pilihan raya sedangkan keputusan itu dibuat oleh 85 peratus rakyat keluar undi,” katanya.

Menurutnya, SPR kecewa dan mengecam tindakan pemimpin yang membuat rakyat keliru dan mengheret anak-anak muda ke stadium untuk hujah pembohongan.

“SPR akan teliti perkara itu kerana fitnah tetap fitnah dan tindakan perlekeh institusi SPR. Ini masalah orang terdesak dan hilang kewarasan fikiran. Saya bimbang anak-anak muda yang tidak faham, terpengaruh sehingga membelakangkan Perlembagaan dan ini serius.

“Kalau ada bukti pilihan raya tidak adil dan penyelewengan seperti dituduh, tunjukkan bukti melalui saluran undang-undang. Negara kita ada undang-undang, tidak bersetuju, pertikaikan, fail petisyen dan berhujah di mahkamah,” katanya.

Wan Ahmad berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 boleh mengemukakan bantahan dalam masa 21 hari selepas ia diwartakan.

Katanya, keputusan PRU13 diwarta selewat-lewatnya hujung Mei ini dan ketika ini, semua urus setia SPR terima Borang 16 yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya di dewan penjumlahan rasmi undi pada malam itu (5 Mei).

Menurutnya, apabila borang itu dihantar, SPR akan menyemak semula setiap digit yang dicatatkan dan selepas itu ia akan diwartakan.

“Apa pun keputusan yang diisytiharkan oleh Pegawai Pengurus pada malam itu adalah muktamad. Sesiapa yang tidak berpuas hati, pilihlah saluran undang- undang dan mahkamah,”katanya.

“Apabila fail petisyen pilihan raya, kumpulkan bukti. Pemimpin politik yang meraung dan menghasut rakyat perlu kumpul bukti, bariskan peguam terbaik, berhujah di mahkamah untuk bantah dan pertikai keputusan pilihan raya,” katanya.


komen :-

Dendang Perantau ·  Top Commenter · SMK Seri Manjung
fitnah kepala hotak hang.dah 3 kali pilihanraya bila kira undi di MPM seri manjong perak lampu dipadamkan,geram betul tgk muka hang,dasar penipu !!!

Cerita Kedaikopii ·  Top Commenter
Hope SPR saman skali akhbar n media luar negara spt hong kong,autralia dll coz menyiarkn liputan berkaitan penipuan SPR dimata dunia...barulah kredibiliti SPR terjamin..kikikiki...ada branie x??/


Photobucket

Kalau Isu MB Selangor Anwar Tak Mampu Settle , Apatah Lagi Isu Negera

on May 11, 2013



Keputusan PRU13 banyak duka daripada gembira bagi rakyat, khusunya penyokong PR. Kemenangan 3 negeri pengubat dan penghibur kepada kedukaan yang lebih besar.

Malangnya pengubat hati ( kerana dapat pegang 3 negeri ) kini diselubungi rasa gelisah kerana kerenah dan kedegilan pihak tertentu dalam PR iaitu PKR. 

Semua negeri dah selesai dengan pelantikan MB namun Selangor masih tergantung-gantung. Sebagai penyokong tegar Anwar dan PR rasa hampa dan marah yang terhingga bilaman keadaan begini terjadi.

JELAS ROH UMNO MASIH KUKUH DALAM JASAD FIGUR-FIGUR TERTENTU DALAM PKR.

Nampaknya roh enggan keluar dari jasad pemimpin2 tertentu PKR Selangor. Malah MP Ampang peelnya saling tak tumpah seperti sayap perempuan bertudung merah.

Kecewa dan sedih.

Rakyat yang tentukan nasib kamu pada 2018 nanti sebagaiman rakyatlah yang menghumban Khir Toyo pada 2008.

Kalau Azmin , Zuraida dan orang-orangnya mengamalkan gaya umno ( nampaknya begitulah ) , bermakna rakyat yang menyokong PKR
TERTIPU DAN DITIPU.

Rakyat menolak umno kerana isu-isu seperti yang  KAMU SEDANG REBUTKAN sekarang.

Dalam hal ini mana Anwar ? Kata boleh selasai itu ini sekiranya dapat Putrajaya ,sedangkan isu MB Selangor seolah-olah kamu tak mampu menyelesaikannya.
APAKAH SITUASI DISELANGOR PERMULAAN YANG BAIK BAGI SESEBUAH KERAJAAN?

Seandai Tan Sri Khalid Ibrahim dicuri oleh umno, PR akan menerima padah.



Photobucket

Kerja Pakatan Rakyat kah ini? Angkara DAP kah ini

on





Bandar Iskandar Johor mempunyai keluasan 2217 km persegi dan keluasan ini adalah tiga kali ganda Singapura, tetapi hakikatnya 80% dari hartanah bandar Iskandar adalah milik rakyat asing (terutama Singapura)
 Saya dibesarkan di Johor Bahru dan Jln Capt Mohd Amin (Kg Mohd Amin) itu laluan bas saya berulang-alik ke sekolah dan kesekolah agama. Hari ini hampir keseluruhan Kg Mohd Amin sudah tergadai ke tangan warga Singapura.


Bandar Iskandar juga menerima nasib yang sama dgn kampung tradisi seperti Kg Mohd Amin dan lain-lain tempat yang pembangunan hartanah di JB.

Setelah mereka puas memenuhkan tembolok kapitalis dan kroni mereka (melayu, cina dan India) mereka memberi amaran, pangkah PR akan tergadailah tanah orang melayu. orang melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.

Rrrrrupa-rrrrupanya mereka dah lama kenyang dan sendawa, baru mereka nak takut-takutkan orang melayu sedangkan kampung mereka telah lama tergadai.


--------------------------------------------------------


Beberapa fakta tentang Bandar Iskandar Johor Bahru



-Harga hartanah rumah di Iskandar Malaysia Johor telah meningkat sebanyak 40 peratus setiap tahun (secara purata) sejak tahun 2006.
Trend kenaikan hartanah (harga rumah) bermula pada tahun 2009 lagi
-Lonjakan mendadak pula ibarat “pelancaran roket Soyuz ke angkasa” melibatkan nilai hartanah di Iskandar Malaysia Johor telah berlaku sejak tahun 2011
-Harga pangsapuri mewah telah mula berjaya memecahkan harga siling pada RM500 sekaki persegi dan naik ke RM700 setiap kaki persegi
- Hakikatnya, setakat ini 80% aset di Iskandar Malaysia adalah kepunyaan orang Asing (rakyat Singapura)


selatan online

Photobucket

CHANGKAT JERING :- Pengundi nya tetap bersama PR...!

on



Dr Mahahir  pada tahun 2008 kempen untuk UMNO, pada Prk 2009 kempen untuk   UMNO. Akhir sekali Mei 2013 juga kempen untuk UMNO.Tapi pengundi Bukit Gantang tetap dengan PR.


Changkat Jering-Datuk Rosli Husein,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang bertanding di DUN Changkat Jering berlawan dengan DS Nizar ,kalah DS Nizar menang dengan majoriti 1170.

Sudah terbukti kerusi Dun Changkat Jering bukan kerusi selamat untuk Ketua UMNO Bahagian.Dahulu Cikgu Mat Isa ,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang kalah dengan Osman Jailu(PKR ) pada tahun 2008.UMNO silap kerana menggunakan isu anak tempatan.

Changkat Jering masyarakatnya pelbagai latar belakang. Dun Changkat Jering penduduknya pelbagai kaum dan suku.Mereka (pengundi) juga berasal dari banyak tempat..Contoh cawangan UMNO di Seberang Ampang,Bukit Gantang majoritinya orang kerinci.Cawangan UMNO di Kg Benggali juga terdapat orang-orang berasal dari India.


Photobucket

BUKAN KAH DAP ITU KAFIR HARBI DAN RASIS..... KENAPA AJAK MASUK BN....MEMANG SAH MUKA TAK MALU LAH.....

on







"Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini?" kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) sebagai reaksi kepada cadangan agar DAP menyertai BN.

Selain itu, kata Tuan Guru Nik Aziz, bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah?

"Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?" kata Tuan Guru Nik Aziz kepelikan.

Kafir harbi dan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian adalah laporan utama akhbar Umno, Utusan Malaysia yang ditujukan kepada DAP dalam sessi kempen PRU 13 baru-baru ini. Kafir harbi dari tafsiran perundangan Islam adalah orang bukan Islam yang memerangi Islam dan mereka dihalalkan darah oleh Islam.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz dalam kenyataannya, beliau membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. 

"Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?" katanya.

Ekoran itu, Tuan Guru Nik Aziz berkata, "Saya kira inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat."

Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. 

"Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!" tegas bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Bagi beliau, daripada DAP masuk BN, lebih baik Umno keluar BN dan menyertai Pakatan Rakyat. 

"Sedarlah, ideologi perjuangan Umno hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat telah menang!

"Sudah sampai masanya BN dan Umno bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!" ujar beliau.



Photobucket

PM menambah derita Arau - Shahidan...Menteri Besar Perlis Yang Baru Angkat Sumpah

on







(Komen Shahidan dalam facebooknya)

ARAU: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan kekesalannya terhadap pemilihan Menteri Besar Perlis yang baru. Ia digambarkan melalui facebooknya.

“Selepas itu jawatan MB dipilih begitu saja tanpa ikut hierarki parti. Kami semua tak dimaklumkan langsung. Bila menang saja MB dilantik bukan di kalangan yang senior dalam parti. 2008 pun saya menang tetapi dirampas juga. PM menambah derita Arau,” menurut komen tersebut.


Menteri Besar Perlis Yang Baru Angkat Sumpah

Selasa, 7 Mei 2013






ADUN Pauh, Azlan Man, 54, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-11 di Istana Arau, pagi Selasa
ARAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Pauh, Azlan Man mengangkat sumpah Menteri Besar Perlis di Istana Arau, di sini pada Selasa.
Azlan, 55, mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pukul 10 pagi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azlan yang merupakan calon muka baru memenangi kerusi DUN Pauh dengan menewaskan calon PAS Idris Yaacob.
Azlan menggantikan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, yang tidak bertanding pada PRU-13.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi Antarabangsa dari Universiti of Denver, Amerika Syarikat, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengaduan) Biro Pengaduan Awam di Jabatan Perdana Menteri.
Azlan juga pernah berkhidmat sebagai Konsul di Pejabat Konsul Besar Malaysia di Toronto, Kanada adalah anak tempatan.
* Sumber mStar Online


Photobucket

BERITA TERGEMPAR...!

on




Ramai rakyat Malaysia yang tak sanggup mendengar berita paling SADIS neh..!

Bayangkan, banyak-banyak berita semenjak habisnya PRU-13, ini adalah berita paling gempar, paling sedih, paling pilu dan paling sadis. Tak sanggup rasanya rakyat Malaysia mendengar tentang berakhirnya riwayat si Adi Jagat moden neh...

Ramai yang rebah pengsan, tak kurang jugak yang histeria bila Presiden Perkasa, Ibrahim Ali umumkan perletakan jawatannya dengan serta merta. Mereka memujuk, merayu dan menagis hiba agar beliau memikirkan semula tindakannya itu.

Perletakan jawatan Brahim Perkasa di tolak mentah-mentah oleh Pertubuhan Perkauman itu. Demikian diumumkan hari ini di dalam malaysia kini.

Bayangkan tuan-tuan semua, kalau Brahim Ali tiada, siapa lagi yang akan pertahankan Melayu, Islam dan Raja. Hassan Jati diberitakan tak cukup power untuk kerja-kerja berat sebegitu.



Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List