SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri - Datuk Dr Haron Din

on May 23, 2013






KOTA BHARU: “Mengapa hendak dikait dengan Arab spring, sedangkan kita ada cara kita sendiri ala Malaysia. Kita boleh nyatakan pandangan kita. Demokrasi yang pincang dan SPR sepatutnya menjawab segala keraguan.

“SPRlah yang mengundangkan hura hara kalau terus mendiamkan diri. SPR bertanggungjawab memberi penjelasan segera bagi memuaskan hati rakyat bagi menutup ruang untuk diadakan protes jalanan,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din petang tadi.

Ketika ditemui selepas menziarahi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud yang diserang strok kali kedua sejak lebih seminggu lalu, katanya mengapa tiada penjelasan sehingga hari ini dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal.

Katanya, beliau telah membuat laporan polis bagi membolehkan pasukan keselamatan itu menyiasat kerana disyaki ada sesuatu unsur penipuan yang berlaku.

Menurutnya, polis mempunyai kapasiti menyiasat siapa yang menipu siapa dalam kes tersebut.

“Pembekal membekalkan dakwat tidak kekal sedangkan dinama dakwat kekal. Ertinya pembekal menipu SPR. Kalau SPR memesan dakwat tidak kekal tetapi menamakan sebagai dakwat kekal, maka SPR menipu kerajaan dan menipu pengundi.

“Kalau kerajaan berpakat dengan SPR memesan dakwat yang tidak kekal tetapi mendakwa sebagai dakwat kekal, maka SPR bersekongkol dengan kerajaan menipu rakyat,” katanya.

Oleh itu katanya, beliau menyokong mana-mana perrhimpunan aman yang tidak mengundang kepada malapetaka. Lagi pun kekacauan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada provokasi.

“Saya berharap pihak yang menganjurkan perhimpunan aman perlu menjaga keamanan.

“Saya juga telah membuat komen secara peribadi menerima keputusan pilihan raya dengan protes kerana ada kelemahan yang nyata berlaku. Dan ia hendaklah diperbaiki dan perlu diberi penjelasan segera oleh SPR,” katanya.




Photobucket

Apa yang tak kena dengan PKR?

on




Mahu tidak mahu PKR harus mengakui bahawa parti itu telah mencatat rekod buruk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu berbanding PAS dan DAP sebagai rakan di dalam Pakatan Rakyat. 

Meskipun bertanding paling banyak kerusi di peringkat Parlimen iaitu 99 kerusi, tapi PKR hanya menang 30 kerusi Parlimen. Kalah hampir 70 kerusi yang lain.

Kini PKR bukan lagi parti yang menguasai kerusi dalam barisan pembangkang di Dewan Rakyat. Ia perlu melukut di tepi gantang dan mendapat belas ihsan khususnya DAP yang memenangi 38 kerusi Parlimen.

PAS meskipun hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen di dalam Dewan Rakyat, tetapi PAS menguasai jumlah kerusi yang besar di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan jumlah keseluruhan 85 kerusi DUN. 

Begitu juga DAP yang mempunyai 95 kerusi DUN di seluruh negara. PKR pula jauh ketinggalan iaitu dengan hanya mempunyai 49 kerusi DUN.

Agak menghairankan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap sebagai "pimpinan utama" Pakatan sebenarnya terpaksa bergantung kekuatannya kepada PAS, bahkan kepada DAP.

Partinya sendiri menjadi parti yang lemah dalam gabungan Pakatan.

Apabila keputusan PRU mendapati BN berjaya mendapat mandat untuk menubuhkan kerajaan, Anwar segera membuat sidang media di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. 

Apa yang berlaku malam itu, Anwar menayangkan sebuah video kononnya seorang pengundi hantu ditangkap. 

Video berkenaan bukanlah unik dan hanya diambil daripada sebuah Facebook yang mana sudah ramai orang mengetahui keadaan itu lebih awal, termasuklah para media.

Dalam keadaan yang kelihatan tergesa-gesa, Anwar bersama beberapa orangnya pun mengumumkan untuk mengadakan perhimpunan yang dinamakan "Blackout 505".

Dia perlu membuat perhimpunan itu segera dan secara bersiri untuk menutup kelemahannya yang gagal dalam misi menawan Putrajaya. 

Anwar pun meletakkan seluruh kesalahan dan cuba untuk mengambing-hitamkan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR).

Langkah untuk mengadakan siri perhimpunan "Blackout 505" itu tidak pula mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan pimpinan tertinggi PAS dan DAP. 

Ramai yang mula menyedari bahawa siri perhimpunan itu hanya untuk menutup kelemahan Anwar dan Pakatan secara umumnya di mata rakyat jelata.

Ketika menyertai pilihan raya, Pakatan dan PKR khususnya dilihat terlalu yakin atau over confident. 

Di mana-mana sahaja, Anwar menyanyikan lagu: "Tanya sama Najib, apa sebab goyang?"

Ini bertujuan mengejek BN yang didakwa akan kehilangan Sabah. Di saat-saat genting itulah, kesepakatan Pakatan rupa-rupanya rapuh apabila banyak tempat berlaku pula pertembungan sesama sendiri.

Hal berkenaan sedikit sebanyak digunakan BN sebagai bahan kempen demi menjejaskan peluang Pakatan di mata para pengundi seluruh negara. 

Mungkin kerana terlalu yakin dan gemar menyanyi lagu mengejek di ceramah-ceramah, maka Anwar terlupa untuk mengikat kesepakatan yang kuat di kalangan parti-parti dalam Pakatan sendiri.

Kata-kata manis Anwar dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang kononnya pembahagian kerusi sesama Pakatan "sudah selesai" hanya kata-kata politik sahaja.

Begitu juga di mana sepanjang lebih setahun Anwar aktif berkempen ke seluruh negara sebelum pilihan raya, Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat asyik goyang kaki dan tidak banyak membantu Anwar dan Pakatan. 

DAP dan PAS hanya menunggu untuk menuai hasil daripada apa yang disemai oleh Anwar dan PKR.

Di kalangan pemimpin PKR dan aktivisnya, sikap DAP dan PAS yang suka memanipulasi mood rakyat yang diciptakan Anwar itu sudah lama terasa. 

Bahkan pembahagian kerusi di peringkat DUN yang cuba dibolot PAS dan DAP di "kawasan pengundi Cina" juga menjadi rungutan ramai pemimpin PKR peringkat bawah yang tak dipedulikan pimpinan tertinggi PKR. 

Akibat terlalu yakin, mungkin dirasakan kalau diletakkan calon "selipar Jepun" sekalipun maka PKR boleh menang.

Di ketika PAS dan DAP cuba menangguk di air keruh dan memanipulasi keadaan, Anwar pula bukan terfokus untuk memperkukuh partinya sendiri. 

Sejak pemilihan tiga tahun lalu, beliau nampaknya dalam diam-diam lebih berminat untuk menyiapkan sarana untuk anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar agar lebih kukuh dalam PKR. 

Semua muka-muka baru yang dilantik adalah orang-orang yang boleh tunduk dan bekerjasama dengan Nurul Izzah.

Nama seperti Ketua Biro Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sehingga naib presiden paling muda, N Surendran adalah orang-orang Nurul Izzah. Itu belum termasuk Rafizi Ramli dan ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Cheng yang dilihat dapat "diikat" untuk berada bawah kem Nurul Izzah. 

Semua mereka ini kini memegang jawatan penting di peringkat pusat. Begitu juga anak saudara Anwar sendiri, Chegubard yang akhirnya dapat menjadi calon di DUN Sungai Acheh di Pulau Pinang dengan lari daripada kerusi asalnya di Rembau, Negeri Sembilan. 

Tanpa pertandingan tiga penjuru di DUN Sungai Acheh sekalipun, Chegubard tetap kalah.

Mengatur buah politik secara senyap-senyap yang dilakukan ini sangat buruk kepada PKR sebagai sebuah "parti masa depan" seperti yang selalu dilaungkan Anwar. 

PKR seharusnya tak meniru parti-parti lain seperti Umno, MCA bahkan DAP yang sudah terikat dengan amalan nepotisme. Nampaknya hampir semua parti politik di Malaysia kini dilanda penyakit politik anak-beranak.

Parti politik bukan milik individu. Umno bukan milik keluarga Najib Razak, Mahathir Mohamad mahupun Abdullah Badawi. 

Begitu juga PAS bukan 'syarikat' milik Nik Abdul Aziz Nik Mat mahupun Hadi. DAP pula bukan milik keluarga Kit Siang atau Karpal Singh. Begitu jugalah PKR bukan milik keluarga Anwar.

Kesempatan dan sumber dana yang diperoleh oleh PKR yang mengemudi kerajaan Selangor selama lima tahun lalu gagal digunakan sepenuhnya untuk membantu negeri-negeri lain dalam usaha untuk menawan Putrajaya.

Ramai orang tahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan setiausaha politiknya, Faekah Husin dilihat mempunyai hubungan rapat dengan presiden PKR. 

Tahun lalu Khalid menyediakan dana jutaan ringgit yang diberi nama "Geran Selangorku" yang mana dipengerusikan oleh Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri.

Sejak itu juga Anwar sudah tak mengungkit-ungkit lagi elaun seringgit yang diberikan kepadanya sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor.

Apabila fokus kepada rakyat terpesong dan mula ada yang membuat kem anak-beranak di dalam parti, maka Allah juga mempunyai rancangannya sendiri. Siapakah yang sebenarnya perlu dipersalahkan apabila Pakatan gagal ke Putrajaya? 

Keputusan pilihan raya umum lalu tentu ada hikmah yang tersembunyi dan memikirkan apa yang tidak kena dengan barisan pimpinan tertinggi PKR yang ada sekarang.



oleh :- AZIZUL RAHIM seorang aktivis dan pengamat politik nasional. 

Photobucket

Malaysiakini VS Utusan Malaysia

on





Kami ingatkan ada teguran untuk Utusan Malaysia, tetapi tidak. Seperti biasa Utusan Malaysia terus kebal daripada undang-undang negara. Belum mampu disentuh oleh sesiapa pun.

Tetapi yang cukup bersalah dan tidak beretika adalah portal Malayskini sehingga diberikan satu amaran keras oleh Menteri Kementerian Dalam negeri (KDN) yang baru, Datuk Seri Zahid Hamidi namanya. 

Berita Malaysiakini

“I will monitor every word, every sentence, every paragraph and every news item in Malaysiakini. You don’t play fire with me. You always spin.
Boleh atau tidak buat benda yang sama kepada RTM, TV3, Utusan dan sebagainya? Terima kasih wahai menteri jika suara & tuntutan rakyat Malaysia ini didengar.

Berita Semasa tidak pasti apa sebenarnya yang telah membangkitkan kemarahan Zahid Hamidi. Ini kerana berdasarkan semakan kami terhadap laporan berita yang dikeluarkan sendiri daripada Utusan malaysia dengan laporan berita Malaysiakini :
Utusan Malaysia Online

Laporan Berita Malaysia VS Utusan Malaysia?

 

Sumber berita Malaysiakini versi Inggeris :
New Home Minister Ahmad Zahid Hamidi says the opposition can “migrate elsewhere” if it is not satisfied with the country’s electoral system.
Sumber Berita Malaysiakini versi BM :
Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.
Kedua laporan berita Malaysiakini ini dipetik terus daripada laporan akhbar Utusan Malaysia sendiri yang isinya daripada anda sendiri. Jadi apa yang putar belitnya di sini?
  • Bagi kami daripada memberikan amaran keras, menggugut seperti ini, mengapa tidak menggunakan saluran yang betul jika benarlah Malaysiakini telah “spin berita” & membuat fitnah
  • Mengapa tidak menggunakan saluran undang-undang dengan cara saman Malaysiakini?
  • Be professional! Get your lawyer do the work. Statement ugut mengugut sudah tidak relevan pada masa sekarang.
  • Kalaulah mainstream media seperti Utusan, TV3 cukup beretika di mata Zahid Hamidi, mengapa mereka beberapa kali telah tumbang dalam kes saman fitnah terhadap mereka?
  • Besarlah harapan kami sekali lagi, diharapkan Zahid Hamidi jadilah Menteri Malaysia, Menteri Rakyat Malaysia
  • Bukannya Menteri untuk parti politik. Insyaallah.
Dan, alang-alang kami menyentuh realiti media arus perdana di Malaysia, kami masukkan sekali pandangan Menteri Penerangan yang baru, Datuk Seri Shabery Cheek yang mengatakan akses hebahan berita di media ketika ini adalah cukup adil kepada semua termasuklah kepada pembangkang kerana pembangkang lebih dilihat menguasai hebahan berita di Internet. Adil katanya….

Malaysia VS Utusan Malaysia
Kepada Shabery Chik, sebelum bercerita keadilan dan kesamarataan tentang realiti hebahan berita di Malaysia pada ketika ini :
  • Tahu atau tidak pengertian media massa?
  • Setahu kami, media massa dengan Internet bukan terletak di dalam kategori yang sama dnegan
  • Maafkan kami jika kami tersilap, betulkan kami.
Malaysian Insider Shabery Chik

“Opposition already has equal media access” says Shabery

Tepuk dahi kami membacanya.
  • Di Internet itu berapa juta orang tengok?
  • TV, Radio, akhbar berapa kadar pembaca secara keseluruhannya?
  • Makcik, pakcik di kampung dan di pedalaman Malaysia apa sumber beritanya? Kalau tidak ……………………… & ……………………
Besarlah harapan kami, supaya tindakan orang lama seperti Rais Yatim sepanjang beliau menggalas jawatan sebagai Menteri Penerangan tidak diulangi lagi. Buangkan ego, buka buku baru. Tokoh veteran sepertinya kami tidak terkejut andaikata idea dan pandangan yang dikemukakan tidak relevan dengan pemikiran masyarakat hari ini.
Insyaallah jikalau anda (Shabery Cheek) memimpin Kementerian ini dengan matlamat untuk menjadikan negara lebih baik tanpa campuraduk kepentingan parti, kami pasti seluruh rakyat Malaysia akan menyokong aspirasi anda selepas ini. Buktikannya…..
Nasib baik, ada ruang di Internet. Lagipun Internet tidak boleh dikenakan tindakan sekatan sebab ada Cyberjaya MSC itu. Kalau tidak, alamatnya tiadalah syarikat luar yang berminat membuka pejabat di Cyberjaya, lebih baik pergi ke Silicon Valley.

Akhir kata daripada kami (Berita Semasa) untuk diri kami sendiri dan kepada pemimpin-pemimpin negara terutamanya :
Negara ini bukan hak sesiapa pun, tubuh badan kita pun hanya pinjaman Allah yang akan dipersoal di Hari Akhirat, tetapi Allah telah lantik kita sebagai Khalifah di muka bumi ini untuk memakmurkannya, bukan membinasakannya dengan ucapan-ucapan sombong.
Kalangan menteri yang ada sekarang, perlu berani melakukan perubahan dalam diri sendiri dahulu sepetrimana yang cuba ditonjolkan YB Khairy Jamaluddin seja akhir-akhir ini termasuklah bagaimana beliau mengeluarkan pandangan dan halatujunya mengenai kementerian yang dikendalikan beliau ketika ini. Mungkin Khairy Jamaluddin boleh mengajar kalangan menteri yang ada sekarang bagaimana cara menguruskan kepelbagaian pandangan rakyat Malaysia ketika ini. Apa kata Anda Pula?





Photobucket

Adakah Anwar Terlepas Pandang Peluang...?

on May 22, 2013




Kemenangnan tipis BN berbanding dengan PRU12, sebenarnya merupakan peluang terbuka kepada Anwar Ibrahim meyakinkan rakyat bahawa dia layak dan paling layak mengetuai kerajaan alternatif jika berlaku undi tidak percaya terhadap Najib dan BN. Selepas pengumuman kabinet baru Malaysia perasaan tidak puas hati di kalangan komponen BN amat ketara.

Presiden PRS dari Sarawak Datuk James Masing secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hatinya. Parti-parti dari Sarawak terutama PRS dan SPDP menyumbang 10 kerusi tetapi tidak mendapat tempat sewajarnya dalam pemilihan anggota kabinet.

SUPP yang menang satu kerusi dapat menteri penuh. Begitu juga PBRS di Sabah yang hanya bertanding dan menang satu kerusi juga mendapat menteri penuh.

MCA, Gerakan dan MIC tentu sekali tidak berpuas hati dengan pemilihan kabinet Najib. Pemilihan pemimpin Hindraf telah mengecilkan peranan MIC dan PPP. Ramai MP dari UMNO yang lebih senior yang telah terlepas pandang juga tidak berpuas hati.

Dalam keadaan sebegini, beberapa kerusi boleh tinggalkan BN, tetapi di mana Anwar Ibrahim? Anwar terlalu sibuk dengan 'Road Show Black Out' membantah keputusan PRU.



Photobucket

Blackout 505 di Kota Sarang Semut, Kedah..

on







 



Himpunan Black 505, peringkat negeri Kedah malam ini yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut.
Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Ia akan disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ketua Menteri Pulau Pinang; Lim Guan Eng; Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Turut serta, seluruh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan Perlis.





Photobucket

BETUL KE PR KALAH SEBAB KENA TIPU...?

on





Ada kawan saya bertanya, bagaimana caranya bn menipu dalam pilihanraya. Saya kata, bn tipu pilihanraya, bukan dengan cara black out, atau tambahan peti undi. Ianya adalah tidak boleh. Dan jika boleh, ternyata mereka yang bekerja untuk urusan PRU bagi Pakatan Rakyat seperti seorang bodoh tunggul kayu yang mangkuk hayun.

Bn tidak menipu dengan menambahkan peti undi. Memang bukan begitu cara mereka menipu. Benda yang paling asas bn boleh menipu adalah dengan menipu borang 14, borang 13 dan sampul 7. Ianya penipuan yang SAH disisi undang-undang pilihanraya.

Penipuan yang lain pula, atau penipuan yang terpenting adalah penipuan undi awal. Atau lebih tepatnya, undi pos. Percayalah, undi pos yang terkandung didalam peti undi yang disimpan dalam sarung kuning selama 5 hari sebelum pilihanraya, adalah bukan genuine dari apa yang telah dipangkah semasa proses undian awal itu.

Proses undian awal mungkin betul, kerana ada wakil calon dari PR yang memantau, tetapi proses menyimpan peti undi itu memang sungguh memusykilkan. Apa-apa pun, yang 'betul'nya, pengiraan undi untuk undi awal benar, selagi wakil Counting Agent Pakatan Rakyat buat kerja dengan efisien.

Dan yang paling terpenting ialah, PR telah kena tipu bulat-bulat berkenaan dengan dakwat kekal. Sebenarnya, penipuan yang kerap kali berlaku, yang susah untuk dibuktikan didalam mahkamah, adalah undi lebih dari sekali. Percayalah, dengan penipuan dakwat kekal ini, pada PRU13 dahulu, ramai egen-egen bn yang telah mengundi lebih dari sekali untuk memenangkan bn.

PR yang sibuk-sibuk untuk melihat orang Bangla atau Indon mengundi, telah tersilap strategi. Sebenarnya, ramai manusia yang mengundi 2-3 kali untuk memangkah bn. Namun, buktinya adalah amat susah untuk dibuktikan pada mahkamah didalam bentuk petisyen. Kerana apa? Kerana Polling agent tidak akan tahu setiap pungundi yang mengundi di saluran mereka pantau. Mustahil mereka akan tahu kesemua muka, nama, dan IC pengundi yang akan mengundi.

Undi 2 kali, bukan bermaksud mereka akan mengundi 2 kali dengan nama yang sama. Undi 2 kali itu bermaksud, beliau akan mengundi dengan menggunakan IC orang lain. Sebab itulah adanya proses membeli (meminjam sebenarnya) IC dengan harga RM200. Ianya hearsay, namun ianya memang benar-benar berlaku.

Satu lagi penipuan yang amat nyata adalah dalam senarai pemilih pilihanraya itu sendiri. Senarai pemilih PRU adalah satu-satunya senjata ampuh untuk bn terus memerintah Malaysia. Pemindahan terancang adalah satu proses yang memerlukan jentera culaan dan statistik yang terbaik untuk melaksanakannya. Disinilah, yang memberi bn satu kekuatan untuk membuat proses pemindahan terancang untuk memberikan kemenangan maksima kerusi majoriti. Bukannya ditumpukan kepada kemenangan undi popular, tetapi kemenangan majoriti kerusi yang dimenangi.

Maka, adalah amat bodoh, jika PR, mulai sekarang, tidak menumpukan kepada 150 kerusi majoriti Melayu. Kerana walau dengan penipuan yang sah dilakukan SPR dan bn terhadap proses PRU, namun jika lebih 50% orang Melayu menyokong PR, maka bn akan tumbang walau dengan penipuan yang masih berlaku.

Semua politician tahu, pilihanraya di Malaysia adalah pilihanraya yang menipu. Perkara yang paling jelas, adalah mudah. Lihat sahaja pada media massa. Dengan melihat media massa pun, kita akan kata, PRU di Malaysia adalah berat sebelah yang melampau. Tiada SATU pun media TV, Radio dan akhbar perdana, yang memberi liputan adil kepada Parti selain dari bn. Tiada satu pun!

Maka, seperti Zahid Hamidi katakan, jika tidak suka dengan sistem pilihanraya di Malaysia, tolong keluar dari Malaysia. Namun, adakah kita akan berdiam diri dengan situasi ini? Sehingga bila kita perlu berada di dalam negara yang tidak bebas media massanya? Pun begitu, nanti ada orang umno kata, 'Alaah, Singapore pun sama juga...."......





Photobucket

Saksikan pantun UNCLE ini...!

on





Gua respek uncle ni! Dgr macai2 sekalian :)












Photobucket

NAIK 3 KALI GANDA...?

on




KUCHING, May 21 – Salaries of Tan Sri Abdul Taib Mahmud, his Cabinet and lawmakers were tripled today despite the Sarawak chief minister being linked to corruption by environmental pressure group Global Witness earlier this year.
The Sarawak state assembly approved the pay rise today, but backdated to January 1, 2012. This will involve some RM17 million, state news agency Bernama reported today.
The Members of the Administration and Members of Dewan Undangan Negeri (Remuneration, Pensions and Gratuities) Bill 2013 also provides for increased remuneration for the state assembly speaker, deputy speaker and political secretaries.
The remuneration of the chief minister (picture)will rise from RM13,000 to RM39,000; deputy chief minister, RM11,500 to RM35,000; senior minister and state assembly speaker, RM9,000 to RM30,000; ministers, RM9,000 to RM27,000; assistant ministers and assembly deputy speaker, RM7,000 to RM21,000; state assemblymen, RM4,500 to RM15,000 and political secretaries, RM3,000 to RM9,000.
The last pay adjustment for the state leadership was in 1992.
Second Finance Minister Datuk Seri Wong Soon Koh said a review of the remuneration was done in view of the increasing expectations of the people.
“Sarawak is as big as Semenanjung (the peninsula) and a lot of Members of the Dewan Undangan Negeri (state assemblymen) have to cover a large territory, particularly those who serve the rural areas,” he said.
Wong said the new bill would take effect by next week.
Last month, Taib challenged Global Witness to debate him on the issue of illegal land deals in Sarawak, and accused the international environmental activist group of having a hidden agenda by visiting Malaysia’s biggest state in a “sneaky way”.
The chief minister was cast into the international spotlight last month after Global Witness released a video documentary alleging the state Barisan Nasional chief to have received millions of ringgit in kickbacks over land deals that have denuded the Borneo state.
He refuted accusations that only five per cent of forests is left in the state, saying that the true picture can be found by looking at the state using Google’s satellite images.
Google maps the Earth using periodic shots taken using satellite imagery and aerial photography in its applications Google Earth and Google Maps.
Taib had also said that he will not co-operate with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) regarding his graft allegations as he believes the government body to be “naughty” and “dishonest” in its investigations.




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List