43 Pengundi Tidak Dikenali Di Daftarkan Di Enam (6) Rumah Di Parlimen Kuala Kedah

on May 27, 2013



Kewujudan pengundi hantu menjadi isu paling utama yang mempersoalkan perjalanan PRU13. Menurut laporan-laporan yang telah dibuat sebelum, semasa dan selepas hari mengundi, pengundi hantu ini dipercayai didatangkan dalam dua bentuk; iaitu rakyat asing yang diberikan kad pengenalan dan mengundi; serta pengundi rakyat Malaysia yang mengundi lebih dari sekali kerana didaftarkan di beberapa tempat.

Beberapa hari sebelum hari pengundian, jentera Barisan Nasional di seluruh negara giat mengedarkan slip-slip mengundi yang menyatakan tempat dan saluran mengundi dari rumah ke rumah. Slip-slip ini diambil dari daftar undi induk yang dikeluarkan oleh SPR.

Di seluruh negara, banyak berlaku kejadian slip undi yang diedarkan oleh Barisan Nasional itu menunjukkan wujudnya pengundi-pengundi tidak dikenali yang didaftarkan di alamat-alamat dalam kawasan tertentu. Banyak pemilik dan pengundi asal di alamat-alamat tersebut telah tampil membuat laporan polis mempersoalkan kenapa ada pengundi lain yang didaftar dengan ramai di alamat mereka, sedangkan mereka telah tinggal di alamat itu dari awal dan tidak pernah mengenali nama-nama yang didaftarkan.

Saya sendiri membantu membuat 2 laporan polis di Pandan berhubung kejadian ini pada hari pengundian.

Hari ini, saya tampilkan 5 laporan polis yang dibuat berasingan di Parlimen Kuala Kedah yang menunjukkan bahawa 43 orang yang tidak dikenali telah didaftarkan di 6 buah rumah di dalam satu taman, iaitu Taman Sri Putra.


kk1
kk2
kk3
kk4

kk5

Saya juga sertakan satu salinan Borang 10A yang dikeluarkan oleh SPR sendiri di Parlimen Kuala Kedah, yang mengesahkan bahawa seorang pengundi iaitu Lim Tiek Hong dinafikan hak mengundi kerana ada orang lain telah mengundi bagi dirinya.

kualakedah10a1
kualakedah10a2

Laporan-laporan polis dan Borang 10A yang dikeluarkan sendiri oleh SPR mengesahkan bahawa keraguan wujudnya pengundi hantu yang didaftarkan berkali-kali ada asasnya. Kejadian seperti ini di seluruh negara memperkukuhkan persepsi rakyat bahawa PRU13 penuh dengan penipuan dan SPR tidak mempunyai kewibawaan untuk mempertahankan satu proses pilihanraya yang adil, bersih dan telus.

Oleh yand demikian, saya menyeru kepimpinan SPR untuk memberikan penjelasan yang masuk akal mengenai kejadian-kejadian ini kerana ada laporan polis khusus yang dibuat mengenainya. Saya juga menyeru supaya pasukan polis mula membuat kenyataan mengenai pelbagai laporan polis mengenai penyelewengan pilihanraya yang telah dibuat selama ini.

Jika 43 pengundi yang diragui boleh wujud di satu taman di Parlimen Kuala Kedah hanya di 6 buah rumah, bayangkan berapa banyak pengundi hantu yang sebegini yang boleh didaftarkan di seluruh negara.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN
27 MEI 2013 





Photobucket

ANGKUT LAGI BANGLA RAMAI-RAMAI NANTI BOLEH JADI BANGLASIA

on





Selepas agak lama tertangguh, pekerja dari Bangladesh akhirnya dijadual tiba ke Malaysia secara berperingkat mulai minggu kedua Jun, kata Biro Tenaga Manusia, Pekerjaan dan Latihan (BMET).
 


Dhaka Tribune melaporkan bahawa keputusan itu dibuat selepas wakil buruh Bangladesh di Malaysia mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia pada 23 Mei.

Laporan itu menyebut bahawa penghantaran pekerja tertangguh disebabkan pilihan raya umum di Malaysia.

Delegasi empat anggota diketuai Ketua Pengarah BMET Begum Shamsun Nahar akan berlepas dari Dhaka hari ini untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa teknikal bersama yang dijadual 28 Mei di Malaysia.

"Kami akan membincangkan perkara-perkara berkaitan teknikal dan bagaimana untuk mempercepatkan proses migrasi ke Melaysia," kata Nahar.

Beliau berkata Malaysia bercadang mengambil 30,000 pekerja Bangladesh untuk sektor peladangannya di bawah perjanjian antara kerajaan kedua negara.

Kerajaan Bangladesh telah memilih sekumpulan 10,000 pekerja secara rawak daripada pangkalan data yang diwujudkan melalui proses pendaftaran secara dalam talian yang dibuat di seluruh negara.

Kerajaan menandatangani MoU dengan Malaysia pada 26 Nov tahun lepas, bersetuju untuk menghantar pekerja dengan kos perpindahan yang rendah. Seorang pekerja kini memerlukan Tk33,000 (RM1,236) untuk ke Malaysia berbanding sebelum ini apabila agensi pengambilan swasta mengenakan bayaran lebih Tk200,000 (RM7,492) untuk perkhidmatan yang sama.

Bernama
Photobucket

Ustaz Azhar Idrus Nikah

on





 


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga. Tahniah kami ucapkan kepada Ustaz Azhar Idrus dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Berikut adalah beberapa keping foto perkahwinan tersebut bersama isteri ketiga Ustaz Azhar Idrus. 


Update Terkini: Menurut sumber, Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru selamat diijabkabulkan dengan anak saudara Tn Hj Omar bin Tahar, Ketua Cawangan Keramat Permai AU 1, Hulu Klang, Gombak pada hari ini 26 Mei 2013 










Photobucket

Tunggu masa rumah diroboh di Kampung Serai Wangi

on






Photobucket

SHAMSUL ISKANDAR ATAU KETUA PEMUDA PAS PERAK YANG "KURANG CERDIK"?

on



Ini pandangan aku. Bukan nak tambah keruh keadaan ... Shamsul seharus nya lebih baik dan kuat bekerja dari Ali Rustam yang beliau tewaskan.....Jangan hanya pandai bercakap. Ingat pengundi kawasan anda yg berjumlah 99,581...! TURUN PADANG SHAMSUL JGN BYK BERCAKAP. ALI RUSTAM YG DAH KALAH PUN MASIH TURUN PADANG...!

Aku tak Nampak apa yang salahnya Shamsul katakan. Dia hanya mempersoal mengapa PAS meletakkan calon di kerusi yang telah dipersetujui bersama dalam pakatan. Kalau Shamsul buat silap pun mungkin sebab teguran secara terbuka. Bukan isu teguran yang kita personal, tapi pokoknya adalah isi cerita. 

Tapi kenapa pula ustaz Zawawi menjawab macam ni pulak..
Kenyataan Balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terhadap kenyataan Ketua A.M.K

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

1- Saya merujuk kepada ucapan Ketua A.M.K Sdr Shamsul Iskandar Md Akin di Kongres Nasional Keadilan seperti yang disiarkan oleh The Malaysian Insider bertarikh 24 Mei 2013. Berikut adalah kenyataan balas Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

2- Apa ingin saya tegaskan, PAS ialah sebuah gerakan Islam yang tidak akan mengkhianati janji kerana itu adalah akhlak Islam. Sekalipun berlaku salah faham, maka sewajarnya guna saluran yang baik dalam menegur demi menjaga keharmonian dan tidak memberi ruang pada pihak lawan.

3 - PRU -12 adalah sejarah hitam bagi Perak apabila ada di kalangan YB P.K.R sendiri telah lompat parti. Ianya merupakan pengajaran untuk PR di Perak secara umum dan PAS di Perak secara khusus untuk lebih berhati hati dan berwaspada dalam soal pemilihan calon.

4 - PAS bergerak di atas dasar kepentingan Islam tanpa mengkhianati prinsip dan perjuangannya maka tindakan yang dilakukan adalah diteliti dan dikaji. Tindakan oleh AMK ini mencerminkan nilai pemikiran politik AMK masih tidak matang dan mudah untuk pihak lawan memperkotak katikkannya.

6 - Seandainya DAP boleh menghormati segala permuafakatan dalam PR maka selayaknya PKR juga mencontohi nilai budaya politik mereka agar tidak tersasar daripada landasan matlamat sebenar.

7- Apabila Ketua AMK berani memburukkan dan menuding jari kepada Presiden PAS tanpa penjelasan secara rundingan bersama maka ia boleh diertikan sebagai tuduhan melulu. Sikap dan tindakan ini amat sukar diterima oleh para ahli PAS.

Salam persaudaraan dari saya
YB. Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan
ADUN Gunong Semanggol
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Shamsul..

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menyuarakan kekecewaannya terhadap PAS yang mengeluarkan watikah pelantikan calonnya bertanding kawasan yang ditandingi PKR pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Shamsul menegaskan sayap parti itu tidak mahu tindakan itu kembali berulang di mana terdapat persetujuan untuk ditandingi rakan sekutu parti lain.

Beliau yang juga ahli parlimen Bukit Katil turut mengecam tindakan mengecam calon parti gabungan tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Shamsul yang juga seorang peguam berkata pertikaian seperti itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman parti dan bukan menerusi media.

Pemimpin muda PKR itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres AMK petang ini.

Kalau korang perhati betul-betul. aku rasa ustaz Zawawi tak langsung menjawab solan yang dibangkitakan. So apa citer ni ustaz?

Aku bukan penyokong tegar PKR, PAS ataupun DAP. Aku cuma mahu yang terbaik untuk rakyat! 



SHAMSUL ISKANDAR TAK TAHU HORMATI KAWAN .. PENDAPAT KALIAN MACAM MANA?


Assalamualaikum,,...

Ketika kita mahu melupakan apa yang telah dibuat oleh Azmin dan Zuraida, tiba tiba Ketua AMK yang juga MP bukit ketil, Shamsul Iskandar Akin secara terbuka menyalahkan THHG, Persiden PAS atas isu pertindihan kerusi yang menyebabkan partinya PKR gagal meraih kerusi terbanyak di Selangor.

Orang Teganu kata mulut lembik sehingga tergamak beliau mengutuk TGHH tanpa ada sedikitpun rasa hormat.

Shamsul sepatutnya malu dengan pemuda PAS, yang ketua DPPM samada yang sekarang atau yang dulu, tidak pernah menyalahkan pemimpin utama PKR dalam apa jua isu yang terjadi.

Shamsul yang pernah bertanding di Dungun pada PRU 12 dan bersama UAI ketika berkempen seharusnya sudah belajar bagaimana layanan ahli PAS terhadapnya dan sudah pasti akan merasa malu untuk menyalahkan TGHH sedemikian rupa, apa kena Shamsul Iskandar sebenarnya?

Pada ketika seluruh jentera PR bersama NGO sedang tumpukan penuh perhatian untuk menekan SPR dan BN, kata kata Shamsul Iskandar adalah tidak diperlukan, lebih baik Shamsul memberi tumpuan kepada blackout 505 demi kepentingan bersama.

Kenapalah sebenarnya tujuan Shamsul, nak kata beliau menjadi proxy kepada Azmin, Azmin sendiri sudah mengaku kesilapannya dalam isu pertindihan kerusi di Selangor sehingga PKR dikatakan hilang dua kerusi, malah pengakuan Azmin boleh dikatakan menyebabkan Shamsul terpaksa menjilat ludahnya kembali.

Shamsul harus segera meminta maaf............ ~ TKO


Photobucket

KENAPA ANAK MUDA BENCI SPR...?

on May 26, 2013









Photobucket

Shamsul Iskandar Jangan Berlagak...!

on





'Samsu haram jadah membuak' di Bukit Katil......cesss



Pertama, saya mesti jelaskan, posting ini bukan bertujuan menghentam atau bahasa kasarnya mencari gaduh dengan PKR, pendokong PKR atau penyokong PKR.

Posting ini sepatutnya dibuat malam tadi.....tapi ketika itu api kemarahan membuak-buak seperti 'samsu haram jadah' di Bukit Katil itu membuak-buak......tapi memandangkan tiada seorang pimpinan tertinggi memberi komen atau respon kepada status di atas secara langsung atau tidak langsung atau kepada 'samsu haram jadah' di Bukit Katil yang mula membuak-buak masam itu sendiri sehingga ke saat ini maka saya sebagai ahli yang sah Parti Islam SeMalaysia (PAS) rasa terpanggil untuk memberi sedikit respon kepada Mamat itu.



Saya amat memahami pimpinan tertinggi mungkin mengambil jalan berdiam diri bukan kerana takut tapi lebih bersikap untuk tidak mengeruhkan lagi suasana......serahlah kepada saya yang tidak berkepentingan apa-apa dalam parti dan saya rasa saya mempunyai hak untuk bersuara.

Ramai sahabat-sahabat menghantar message supaya jangan dibuat posting......saya ucapkan terima kasih di atas nasihat tersebut tetapi saya memikirkan si Mamat itu lebih tidak patut menghentam Presiden sebuah parti dalam Pakatan yang kita sama-sama dokong dalam Ucaptama dan di dalam Kongress.

Selaku pemimpin yang berwibawa (kot pun berwibawa...jangan jadi taik sawa sudahlah) dia tidak akan menggunakan flatform Kongress lebih-lebih lagi di dalam Ucaptamanya.

Saya tidak hairan atau kisah kalau dia merungut dalam twitter, facebook atau blog......tapi biasanya Ucaptama seseorang dalam Kongress Parti selalunya akan menyerlahkan visinya untuk menjuruskan halatuju parti sendiri bukan untuk mencari publisiti murahan dan mensensasikan pendengar agar bersetuju dengannya.

Saya merasakan flatform yang sesuai untuk mengurangkan 'membuak'nya samsu haram' itu ialah di dalam Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Saya amat insaf bahawa seorang manusia tindak sunyi dari membuat kesilapan kecuali para Aulia 'Alaihumussalam tu Wassalam....itu pun jika ada kesilapan tidak lain untuk memberi manusia atau umatnya mengambil pengiktibaran.

Saya ulang sekali lagi......kenapa si Mamat ini menggunakan Ucaptamanya di dalam Kongress Parti untuk meng'hentam' seorang Presiden Parti sePAKATAN?

Saya masih teringat seorang pemimpin (?) wanita menggunakan Ucapatamanya di dalam flatform parti di Perhimpunan Agung partinya untuk mempertahankan diri sendiri dari serangan 'lembu-lembu' liar.

Inilah mentaliti kedua-dua pemimpin (?) yang ingin bertapak lebih jauh mungkin menggunakan apa-apa 'avenue' untuk mensensasikan keadaan.....maklumlah baru jadi 'giantkiller'.

Bercakap pasal 'giantkiller'......pada mulanya ter'hairan'lah jugak bila menang dengan penyandang Ketua Menteri yang berpengaruh......tapi bila melihat akan kewibawaannya...percayalah pemimpin jenis 'Cap Ayam' ini tak akan pergi jauh.

Saya berpendapat dengan kemenangannya serta dengan 'perasann'nya...'akulah' yang paling hebat konon......seharusnya semasa Kongress itulah dia menggunakan Ucaptamanya untuk melonjakkan dirinya dengan visi yang lebih 'menakjub'kan sesuai dengan tagline 'superhero' yang sesetengah penyokong beri padanya.

Saya ingin mengingatkan posting ini bukan satu posting bertujuan menyerang PKR sebagai sebuah parti tetapi hanya semata menyerang si mamat ini secara peribadi kerana peribadinya yang seolah-olah 'samsu haram jadah sedang membuak'.

Saya amat menyanjungi Datin Seri Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terbukti semasa pertemuan beliau selaku Menteri Pertanian pada tahun 1984 di Tsukuba, Jepun dengan kami yang sedang menghadiri kursus di dalam perkhimatan amat tersentuh hati kami dan hati orang-orang Jepun bilamana beliau hanya bersolat di atas karpet di bilik Pengarah Latihan Tsukuba.......sehingga Pengarah itu sempat membisikkan kepada kami, "You have an excellent and intteligent Minister.....his wife as well.".....Arigato Gozaimasuta Mr. Director.

[sumber .]

al-brangionline:

Campakkan ego....mintak maaf...case closed.....
Blog ini pun akan buat begitu......tunggu dan lihat episod seterusnya.

p/s posting ini dibuat tanpa desakan atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak......ia terbit dari kesedaran sendiri.



Photobucket

SPR AKAN MENIPU SELAGI ADA HAYAT...!

on



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bernaung di bawah Jabatan Perdana Menteri, memang pakar dalam kerja-kerja menipu dalam setiap kali diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK).
Demi memastikan Umno/BN terus berkuasa, ahli-ahli Suruhanjaya bermula daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, hinggalah kepada Ketua Tempat Mengundi, sanggup melakukan penipuan demi penipuan.
Dosa dan pahala sudah tidak wujud dalam kamus SPR yang kini lebih tepat dipanggilSuruhanumno Penipu Rakyat. Tak menipu, bukan SPRlah namanya.
Rakyat telah muak dengan kewujudan pengundi hantu dan pengundi warga asing pada setiap kali PRU dan PRK. Rakyat telah muak dengan skandal 'undi pos' dan kali ini ada pula 'undi awal'. Apa yang kerap terjadi, undi pos dan undi awal ini terdedah kepada manipulasi SPR.
Apabila mereka telah terperangkap dengan penipuan yang mereka lakukan, mereka akan mencipta penipuan baru bagi menutup penipuan asal. Begitulah Standard Operation Procedures (SOP) yang telah mereka gunakan.
Bentuk dan kaedah penipuan mereka sudah ketinggalan zaman. Zaman rakyat membiarkan diri diperbodohkan dengan pelbagai alasan karut-marut, sudah berlalu. Hanya tinggal sekelompok kecil masyarakat ala-ala Makcik Felda sahaja yang masih mempercayai cakap-cakap orang SPR - Suruhanumno Penipu Rakyat.
Rakyat yang cerdik nak percaya macam mana jika setiap ruang dan peluang yang ada, digunakan oleh SPR untuk menghentam pembangkang. Tak pernah kita dengar pihak SPR mengentam pihak Umno/BN walaupun pelbagai salah-laku dilakukan oleh pihak Umno/BN semasa berkempen, semasa hari pilihan raya dan juga selepas pilihan raya.
SPR sepatutnya berdiam diri setelah membuat pengumuman keputusan siapa yang 'menang' pada malam pengiraan undi. Selepas daripada itu, mereka tidak perlu lagi bersuara menghentam pihak 'pembangkang'. Apa yang patut mereka lakukan ialah menyiapkan kerja-kerja mewartakan keputusan pilihan raya tanpa perlu menyibuk menjadi 'wakil rakyat' memanggil sidang akhbar sana-sini semata-mata untuk mengentam pembangkang.
Habis sangat kalau teringin nak bercakap juga, ok, panggil sidang media dan beritahu, "SPR sudahpun mewartakan keputusan pilihan raya umum yang baru lalu. Kini pihak-pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya, bolehlah mengemukakan petisyen pilihan raya kepada mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari." Cukup setakat itu. Tak perlulah membuat ulasan apa-apa yang berlaku. Tunggu saja selepas 21 hari, jika ada petisyen, barulah SPR bersedia untuk menjawab, di dalam Mahkamah.
Tak payahlah nak ulas, yang itu fitnah, yang ini fitnah dengan niat hendak mempengaruhi 'hakim pilihan raya' yang akan mengendalikan perbicaraan.
LETAK JAWATANLAH SELURUH ANGGOTA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA!   Aranjada sungguh!!


KENYATAAN AKHBAR ADUN SERI SERDANG YB NOOR HANIM ISMAIL
GAMBAR LAKONAN BLACKOUT 505: MENYANGKAL DAKWAAN SPR


Saya mengecam kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menyatakan bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.
Ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.
Saya ingin menyatakan bahawa gambar yang tersebar tersebut adalah benar dan kejadian itu berlaku di SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG, di bilik pengiraan undi Saluran 3. “Counting Agent” kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku.

Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut. Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri. Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar. Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas.

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat. SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti.

YB NOOR HANIM ISMAIL
ADUN SERI SERDANG.
25 Mei 2013 / 15 REJAB 1434



Photobucket

MENANG SALAH KALAH LAGI SALAH.....MP BN yang disisih jawatan memberontak?

on



Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak diberikan jawatan kerajaan telah diberitahu mereka akan mendapat jawatan lain atau tempat dalam rombakan Kabinet selepas pemilihan Umno jika mereka berhenti merungut secara terbuka, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan pembantu Dato' Seri Najib Razak dan beberapa menteri memberitahu ahli-ahli Parlimen ini mereka sepatutnya mengelakkan menyiarkan keluhan mereka kerana Kabinet akan dirombak kemudian.
"Sesetengah pembantu PM dan menteri telah menghubungi ahli-ahli Parlimen BN ini dan memberitahu mereka agar tidak membuat bising dan menawarkan mereka jawatan tinggi atau jawatan Kabinet pada masa akan datang apabila berlaku rombakan selepas pemilihan Umno," kata sumber BN kepada The Malaysian Insider.

Pemilihan Umno dijadualkan pada Oktober ini dengan kebanyakkan pemimpin tertinggi parti dan ahli majlis tertinggi mendapat jawatan kerajaan. Sesetengah yang tercicir daripada senarai Kabinet dikeluarkan Rabu lalu telah secara peribadi merungut ahli Parlimen tanpa jawatan parti telah diberikan ganjaran.

Sumber juga mengesahkan perdana menteri telah memberitahu untuk berjumpa dengan menteri Umno yang digugurkan Dato' Seri Shaziman Mansor dan Dato' Seri Noh Omar mengenai masa depan mereka selepas pilihan raya umum 5 Mei.

Difahamkan beberapa ahli Parlimen yang menolak jawatan kerajaan juga telah disuruh untuk berjumpa Najib. BN menang 133 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013, dengan 57 ahli Parlimen dijadikan menteri dan timbalan menteri.

"Aturan telah dibuat untuk Shaziman, Noh dan ahli-ahli Parlimen ini untuk berjumpa PM secepat mungkin," tambah beliau.

Sumber lain mengatakan ahli-ahli Parlimen ini akan diberikan jawatan dalam agensi kerajaan buat masa ini.

"Sudah menjadi rutin ahli politik bersara atau penyokong dijadikan pengerusi atau pengarah sesetengah agensi dan syarikat kerajaan. Jadi tunggu beberapa berita tidak lama lagi," tambah sumber tersebut.

Ahli Parlimen yang menjadi pengerusi dan pengarah agensi ini telah disuruh meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum, meninggalkan beberapa kekosongan perlu diisi tidak lama lagi, kata sumber itu.

Pengkritik dan penganalisis telah mengatakan Kabinet yang diumumkan Rabu lalu dipenuhi dengan penyokong Najib bagi menghalang cabaran dalam pemilihan parti.

"Pemilihan parti datang dahulu, kemudian rombakan.

Tetapi, jika semua orang presiden menang, akan berlaku hanya rombakan kecil," kata seorang panglima perang Umno.

BN juga cuba untuk menenangkan parti Sarawak yang telah merungut’ mereka seharusnya mendapat lebih perwakilan dalam sektor relevan sejajar dengan kerusi Parlimen mereka menangi dalam pilihan raya umum.

Parti seperti PRS menang enam kerusi Parlimen akan tetapi Dato' Joseph Salang Gandum menolak pelantikan sebagai timbalan menteri sementara rakan partinya Dato' Joseph Entulu Belaun menolak jawatan Kabinet.

Satu lagi parti Sarawak SPDP menang empat kerusi Parlimen akan tetapi berakhir dengan tidak mendapat apa-apa jawatan kerajaan.

Akan tetapi MIC mendapat dua jawatan menteri Kabinet dan dua timbalan menteri untuk empat kerusi Parlimen yang mereka menangi.

Dua lagi parti Borneo SUPP dan PBRS mendapat jawatan menteri penuh walaupun hanya menang satu kerusi Parlimen.

Ahli politik Borneo telah juga merungut mereka mahu berada di kementerian yang relevan dengan negeri mereka, terutamanya pertanian dan juga komunikasi untuk merapatkan jurang digital.

"Terdapat sesuatu yang salah apabila kedua-dua menteri dan timbalan menteri Komunikasi dan Multimedia dari Terengganu.

Siapa yang memikirkan itu," soal seorang ahli politik Sarawak merujuk kepada Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Dato' Johari Jailani.

Difahamkan perdana menteri akan berjumpa dengan pemimpin-pemimpin parti ini tidak lama lagi untuk mendengar keluhan mereka dan memastikan 13 parti komponen kekal stabil dan bersatu.


Photobucket

GAMBAR BLACKOUT TULEN DAN ASLI.....WAN AHMAD SPR PENIPU BESAR...!

on




SERDANG: Adun Seri Serdang yang baru dipilih, Noor Hanim Ismail mengecam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu dan menipu.

Ini ekoran kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa bahawa kejadian Blackout 505 yang tersebar di internet dan akhbar adalah fitnah dan lakonan yang dirakam sebelum PRU 13.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," kata Wan Ahmad kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Noor Hanim, calon PAS dalam pilihan raya ini menang dengan majoriti 16,251 undi dalam pilihan raya ini untuk kerusi Seri Serdang.

Beliau mendapat 39,373 undi mengalahkan calon BN Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23, 486 undi.

Menurut Noor Hanim (gambar), gambar itu adalah asli yang berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

"Counting Agent kami telah mengambil beberapa gambar sebelum dan selepas kejadian blackout tersebut itu berlaku," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

"Saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," kata Noor Hanim dalam kenyataannya.

Katanya, ternyata hasil penelitian dan siasatan awal yang dilakukan beliau (Wan Ahmad) bersama pegawai-pegawainya adalah sangat lemah dan hanya sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihanraya yang ada dan menafikan kejadian blackout yang benar-benar berlaku.

"Saya juga melihat beberapa kelemahan Timbalan Pengerusi SPR dalam menilai beberapa aspek dikatakan Prosedur Operasi Standard (SOP) SPR sewaktu hari mengundi pada 5 Mei 2013 yang lalu.
"Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut," katanya.

Noor Hanim juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri.

"Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan," katanya.

Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon beliau juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

"Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya.

Harakahdaily

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List