Calon PAS Kuala Besut...?

on Jun 28, 2013






Jika idola ramai diletak sebagai calon, InsyaAllah kerusi PAS dan BN akan seri.... tentu mat said akan garu2 kepala mcm berok mat yeh....


Photobucket

Lain Dari Yang Lain...!

on





sentiasa menampilkan kelainan .. memang lain dari yg lain,,, cuba teka apa yg lain dari yg lain tu?


Photobucket

Makin Terserlah Auta Mereka...!

on




Penipu 1Malaysia, Aziz dengan Ahmad, makin terserlah 'auta' mereka. Konon dakwat yang digunakan dalam PRU 13 adalah dakwat kekal. Konon dakwat kekal tak jadi kekal kerana kerani bilik menggundi tak goncang! Konon kecewa dengan pembekal dakwat kekal kerana dakwat tak jadi kekal. Konon rujuk Kementerian Kesihatan sebelum nak guna dakwat kekal (Menteri Kesihatan kata tak rujuk pun)!. Konon orang yang desak mereka berdua letak jawatan sebagai tidak menghormati Agong ( mereka menipu dakwat kekal tak pula nak kata memalukan Agong yang melantik mereka?), Konon dakwat kekal tak boleh banyak kandungan silver nitrate demi kesihatan rakyat! Sensitiflah sangat terhadap kesihatan rakyat Malaysia konon!! Menyampah aku!


Daftar pemilih tak bersih dari hantu-hantu C.I.M.B, tak apa! Umno/Bn guna jentera kerajaan, tak apa! Umno/Bn guna umpan wang ringgit kepada pengundi, tak apa! 

Sekarang semua auta penipu 1Malaysia telah terdedah dan 'terkopak'. Pekung dah pecah, busuk kohong jadinya SPR! 

So, tunggu apa lagi, lebih baik buat tindakan yang bermaruah dan berintegriti, tak payah banyak songel dan berdalih itu ini, letak je jawatan segera....bertaubat, daripada terus menerus mencari dalih dan alasan untuk 'mengautakan' rakyat. Buat malu negara je... India tak kecoh tentang dakwat kekal, Malaysia yang konon 7 tahun lagi akan mencapai taraf negara maju kecoh akibat daripada 'kebodohan' Aziz dan Ahmad mengenal pasti dakwat PRU 13, kekal atau tidak! Cheh...koman!



Dakwat: tadi kata tiada bahan kimia, sekarang ada

Hazayani Zakaria 27 Jun 2013.

KUALA LUMPUR: Jawapan bercanggah kerajaan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai dakwat kekal yang digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 semakin menimbulkan keraguan banyak pihak.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli mempertikai jawapan berbeza menteri kepada wakil rakyat yang berbeza pada hari yang sama mengenai dakwat kekal.

Menurut beliau, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim semalam mendedahkan bahawa dakwat kekal yang digunakan hanya mengandungi pewarna makanan dan bukannya bahan kimia Silver Nitrate.

Namun pada hari yang sama, menteri memberi penjelasan berhubung peratusan Silver Nitrate yang terkandung dalam dakwat yang digunakan.

"Semalam kita dengar jawapan kepada Ahli Parlimen Segambut bahawa dakwat tidak ada bahan kimia tetapi mengandungi pewarna makanan.

"Hari yang sama SPR menjawab melalui menteri kepada saya atas soalan mengapa kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan raya Umum ke-13 di bawah paras 1% sedangkan piawaian asal yang ditetapkan ialah 4%.

"Isunya, tadi menteri kata tiada bahan kimia sekarang ada bahan kimia pula, jawapan diberi pada hari yang sama kepada wakil rakyat yang berbeza," kata beliau pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Menjawab soalan beliau itu, menteri memaklumkan bahawa mengikut prosedur operasi standard (SOP) tidak menetapkan sebarang piawaian bagi peratus Silver Nitrate dalam dakwat kekal bagi digunakan dalam PRU13.

"Semakan SPR mendapati kandungan Silver Nitrate dalam dakwat kekal adalah berbeza-beza mengikut negara.

"Mengambil maklum akan pengalaman Kementerian Kesihatan yang menggunakan Silver Nitrate dalam rawatan untuk penyakit kulit tanpa memudaratkan pesakit ialah sebanyak 0.5 hingga satu peratus.

"Atas dasar mengutamakan kesihatan pengundi yang pertama kali menggnakan dakwat kekal, SPR mengambil pendekatan melalui prinsip penggunaan bahan kimia pada paras terendah seterusnya memutuskan kandungan Silver Nitrate satu peratus bagi penggunaan dakwat kekal dalam PRU yang lalu," kata menteri dalam jawapan bertulis kepada Hatta.

Hatta yang juga Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS juga berkata, dakwaan bahawa penggunaan Silver Nitrate boleh mengakibatkan penyakit sangat tidak masuk akal kerana pengundi hanya menggunakannya dalam kuantiti yang sedikit dan bukan digunakan setiap hari.

"Baru-baru ini SPR ada menyebut dalam temu bual di televisyen bahawa dakwat kekal ini yang mengandungi Silver Nitrate bahaya dan boleh menyebabkan kanser dan buah pinggang.

"Kalau kita guna secara berterusan dalam kuantiti yang banyak mungkinlah boleh sebabkan penyakit tapi kita mencalit sedikit sahaja atas kuku dan mengenai kulit lima tahun sekali.

"Jadi di mana logiknya bahaya dakwat kekal ini?" soalnya.




Photobucket

Boleh Tak Boleh...!

on






Pak Lah kata jawatan tertinggi dalam UMNO tak perlu atau tak boleh dipertandingkan atau dicabar atas sebab-sebab tertentu,manakala Tengku Adnan pula kata boleh dipertandingkan juga atas sebab tertentu, sebenarnya UMNO yang tak tentu arah.....


Photobucket

Ini Ali Lah...!

on






Beza antara Wakil Rakyat PKR Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Md Akin dan Bekas Ketua Menteri Calon Parlimen Bukit Katil UMNO Datuk Seri Mohd Ali Rustam selepas PRU13... 


Photobucket

Kenapa Rakyat Marahkan Sekeping Gambar...?

on Jun 26, 2013




Bhai.... Okeh... aper yang gua nak citerkan nih... mungkin akan menyebabkan pengkagum Anwar Ibrahim akan marah dan seterusnya memboikot blog ini... samer macam dulu masa gua tibai Hadi Awang... ramai pengkagum Hadi Awang terus marah dan blah dari blog gua....

Gua takder hal... gua cuma nak menyampaikan aper yang terbuku dalam hati nurani warga marhaen... rakyat marhaen ... dan rakyat mustad'afin...

Okeh... citernyer camnie.... kenapa rakyat marahkan sekeping gambar... Yer... sebab gambar itu boleh memberikan seribu satu makna.... Gambar Anwar Ibrahim gembira dan bersuka-suka didalam Parlimen tapi pada masa yang sama.... rakyat dibelasah di perkarangan luar Parlimen...

Kalu betullah Anwar Ibrahim dan segala mak nenek Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak menerima keputusan PRU13 atas dapat penipuan dan penyelewengan SPR ketika itu.... patutnya mereka bertindak memboikot ..... Kalu pon Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak berani (TIDAK ADER TELOR) nak memboikot urusan mengangkat sumpat menjadi wakil rakyar (Ahli Parlimen).... at least lar.... lepas selesai urusan angkat sumpah tue.... berambus la keluar beramai-ramai dari Parlimen.... sebagai solidariti memboikot keputusan PRU13...

Tapi tak.... bukan setakat takder nak boikot... nak amik keputusan keluar beramai-ramai dari Parlimen pon takder berani.... Kalu geng-geng PAS gua tau la ramai yang tengah syok dapat jadi Ahli Parlimen.... Samer gak ngan geng-geng PKR.... tapi yang DAP pon .... takkan la tak berani nak memboikot urusan lain (urusan makan-makan) di Parlimen....

Aper salahnyer semua setelah selesai angkat sumpah... terus keluar dari Parlimen... sebagai membantah keputusan PRU13.... tapi yer la.... ini semua pemimpin POKKE..... depan rakyat marhaen... gempak... tapi in realiti... poodah jer la.... hahahaha ...

Lagi satu.... dari aper yang gua dengar dari bebudak SAMM..... takder sekor pon Ahli Parlimen PR yang ader nak menunjuk muka semasa kempen solidariti terhadap penahanan aktivis Boikot 505 di Balai Polis Jinjang...... sampai kesudah... sampai diorang dah dibebaskan pon... takder sekor Ahli Parlimen PR yang datang..... itu maklumat yang gua dapat..... kenapa tak datang... takkan la sidang Parlimen sampai pukul 1 pagi kot.....  takkan la kan...

That's why la....  pada PRU14 nanti.... bukan sajer mangkuk-mangkuk Ahli Parlimen PR nih akan ditolak... dengan PR-PR sekali semua kena tolak dek golongan rakyat marhaen dan mustad'afin..... Kitorang skrang nih tengah memerhati tingkah laku sekor-sekor Ahli Parlimen PR..... jenis yang suka tido dalam Parlimen tue (macam makcik sorang tue)... gua nasihatkan jangan la bagi ceramah ker kat mana-mana... nanti tak pasai-pasai kena booo atau kena baling telur busuk...

Hahaha..... ader paham ka???







Photobucket

JANGAN TERASA HATI..... YANG BENAR ITU PAHIT...!

on






Photobucket

APABILA ANWAR DAN NAJIB BERTENTANG MATA...!

on Jun 25, 2013










Bila Mata Bertentang Mata... Ada Masa Berbalah, Ada Masa Profesional Bila Bekerja, Ada Masa Perlu Bekerjasama & Menentang Untuk Kebaikan Rakyat... Ini Yang Rakyat Ingin Lihat... Tentang Bukan Bermakna Lawan, Bersama Bukan Bermakna "Setuju"...


Photobucket

KENAPA MENTERI NI TUNJIK ISYARAT LUCAH...?

on





Photobucket

Punca Malaysia Tak Marah Pasal Jerebu Teruk...!

on Jun 23, 2013




Ladang milik Malaysia terbakar di Riau

PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Perhutanan Riau, Zulkifli Yusuf berkata, ladang syarikat dari Malaysia adalah antara yang terbakar di wilayah itu.

Kebakaran hutan di Sumatera menyebabkan jerebu dan asap tebal melanda Singapura dan Malaysia terutama di Johor dan Melaka.

Kata Zulkifli, antaranya ialah PT Langgam Inti Hibrida, yang berada di kawasan Desa Sering, Pelalawan, Kabupaten Pelalawan.

"Titik panas lain berada di kawasan ladang milik PT Bumi Reksa Nusa Sejati yang berada di Desa Simpang Kareman, Kecamatan Pelagiran, Kabupaten Indragiri Hilir.“Manakala yang lain terbakar adalah milik PT Tunggal Mitra Platation, PT Abdi Platation, PT Jati Jaya Perkasa, PT Udaya Loh Dinawi dan PT Mustika Agro Lestari.

"Semuanya milik modal asing dari Malaysia.“Jadi kami meluruskan (menjelaskan), itu bukan data yang dikeluarkan Jabatan Pehutanan. Titik panas itu dirakam satelit Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari peta kami melihat kawasan itu berada di ladang warga dan milik asing,” kata Zulkifli seperti dilapor viva.co.id.

Dalam perkembangan berkaitan, satelit pemantau cuaca dan pengesan panas bumi (NOAA) milik Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Riau mengesan 148 titik panas di wilayah itu.

Pemantauan Jabatan Perhutanan Riau, titik yang dirakam satelit sebahagian berada di kawasan ladang dan hutan tanaman industri milik Malaysia.

Channel News Asia pula melaporkan sebanyak 70 titik panas ditemui di Sarawak dan enam di Kelantan. Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan dibandingkan tahun-tahun sebelumnya dan cuaca di Malaysia panas dan kering.

Ini sekaligus menunjukkan kebakaran hutan ternyata tidak hanya terjadi di Indonesia yang menyebabkan asap dan jerebu melanda Malaysia dan Singapura ~ free malaysia today




Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List