Utusan Malaysia kini promosi Mat Sabu

on Nov 12, 2013



Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.






Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dikatakan hanya terkenal dalam arena politik Kelantan.
Selepas menyedari sokongan mereka bakal "membawa rebah" kepada calon Timbalan Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini membuat pusingan 180 darjah apabila mempromosikan Mohamad Sabu pula untuk jawatan itu.
Dalam analisis The Malaysian Insider bertajuk Timbalan Presiden PAS: Sokongan Utusan "membawa rebah" kepada Mohd Amar?, didedahkan bagaimana dalam pemilihan PAS pada 2011, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mendapat undi tercorot sebanyak 224 undi berbanding Mohamad (420) dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) walaupun mendapat sokongan kuat daripada Utusan Malaysia.
"Sememangnya daripada segi rekod perjuangan dalam PAS, Mat Sabu dilihat jauh meninggalkan Mohd Amar yang dianggap hanya dikenali sebagai seorang pemimpin di peringkat negeri sahaja.
"Mat Sabu pernah menjadi Ketua Pemuda PAS dan Naib Presiden PAS sebelum ini manakala Mohd Amar pula tewas dua kali dalam percubaan untuk menjadi Naib Presiden.
"Berbanding Mohd Amar, dalam soal bertanding dalam pilihan raya Mat Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri (1990-1995), Kubang Kerian (1995-1999) dan Kuala Kedah (1999-2004)," tulis Pengarang Utusan Malaysia, Zukiflee Bakar dalam artikelnya bertajuk, "Mat Sabu harapan politik PAS".
Timbul persepsi di kalangan perwakilan PAS calon disokong akhbar milik Umno akan menjadi tidak popular kerana parti Melayu itu adalah musuh tradisi PAS sejak zaman berzaman.
Sebelum ini dalam artikel Zulkiflee bertajuk "Memperkasa ulama dalam PAS" pada Ahad, Pengarang Utusan Malaysia itu berkata, populariti Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu menurun dan jumlah kehadiran orang di siri ceramah pemimpin nombor dua PAS itu semakin berkurangan.
"Sememangnya jika apa yang dipaparkan mengenai rentetan perjalanan politik Mat Sabu, tidak ada salah untuk beliau terus kekal sebagai Timbalan Presiden.
"Apatah lagi menurut satu sumber, Mat Sabu dikatakan mendapat pencalonan melebihi Mohd Amar bagi jawatan Timbalan Presiden," kata  Zulkiflee.
Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Utusan Malaysia kini mempromosikan Mohamad Sabu dalam laporan beritanya menjelang Muktamar PAS bulan ini.Perubahan sokongan Utusan Malaysia daripada Mohd Amar kepada Mat Sabu dilihat sebagai "reverse psychology" untuk memastikan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu memenangi perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Ini kerana jika dilihat sejak pilihan raya umum 2008, akhbar milik Umno itu konsisten dalam mengasak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) yang turut dianggotai oleh PKR dan DAP.
Ini selari dengan pandangan golongan ulama dalam PAS yang mahu kerjasama politik dengan PR dikaji semula terutama dengan PKR.
Utusan Malaysia dalam laporan beritanya sebelum ini sering menggelar Mohamad sebagai golongan Anwarinas - merujuk kepada pemimpin PAS yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara Mohd Amar pula diangkat sebagai wakil golongan ulama yang dikatakan bakal memperkukuh dasar Islam dalam parti itu.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut pada September, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) parti Islam itu terutama dengan PKR.
"Amat wajar tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.
Pandangan Harun itu dilihat sebagai pandangan golongan ulama yang berada di belakang Mohd Amar.
Di atas kertas, Mohamad mempunyai kelebihan dan lebih dikenali oleh 1,300 perwakilan PAS kerana sudah lama berperanan sebagai pemimpin nasional dan senangi oleh rakan-rakan PR berbanding Mohd Amar yang hanya aktif dalam arena politik Kelantan.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatannya selepas tiada pencabar.
Pemilihan PAS bagi 2013 akan diadakan dari 22 hingga 24 November ini di Shah Alam, Selangor.


Photobucket

76 Cawangan UMNO Di Sepang Akan Dibubar...?

on



House PK: Hingga ke saat aku tulis artikel ini, Noh Omar terus membisu! Perkara ini sangat memalukan wei. Tolonglah wahai UMNO Pusat! Do something about it!

12 comments:

  1. UMNO PUSAT WAJIB BERGERAK PANTAS MENANGANI SEBARANG ISU YANG TIMBUL TIDAK KIRA SEBESAR MANAPUN ISUNYA. INI MENGGAMBARKAN RASA HORMAT UMNO PUSAT KEPADA AHLI DI AKAR UMBI. TANPA AKAR UMBI , TOKOH TOKOH DI PUSAT ITU SEBENARNYA TIDAK BERMAKNA APA APA .
    Reply
  2. Salam Saudara,
    Kadang kala saya berasa sangsi dengan slogan transformasi yang UMNO laungkan. Saya meneliti sikap, cara pemimpin UMNO bertindak. Banyak isu yang berkaitan UMNO tidak diberikan perhatian serius . Sedangkan sewaktu pemilihan nampaknya pemimpin UMNO begitu bersungguh sungguh. Saya bimbang ahli akan berasa bosan, tidak dihargai dan akhirnya hilang keyakinan terhadap UMNO
    Reply
  3. Alamatnya PRU14 nanti jauh panggang dari api le UMNO nak tawan balik Selagor. Kalau dah bercakaran tak henti2, petandanya UMNO akan bungkus terus ... sampai bila2 pun nak rampas Selangor dari PR hanya akan tinggal mimpi.
    Reply
  4. Ahli sepang dah bosan, dah berpuak puak pun.... pkr & pas kini cuba utk menarik golongan ni di sepang. Senyap la wahai umno pusat, kita tengok PRU14 nanti
    Reply
  5. Sumbangan 100 Juta Dolar Kerajaan Saudi Untuk PBB Untuk Memerangi Umat Islam

    Dalam satu kenyataan akhbar, Raja Saudi telah menyumbang sejumlah 100 juta dolar Amerika kepada PBB di bawah rancangan untuk memerangi keganasan. Ini merupakan salah satu bentuk pengkhianatan terbaru ke atas agama dan umat Islam yang dilakukan oleh kerajaan Saudi. Dana ini bukan sahaja haram untuk disumbangkan kerana ia diberikan kepada sebuah lembaga kuffar yang memperjuangkan ideologi kufur, bahkan dana ini jugalah yang akan digunakan oleh PBB untuk membunuh dan menindas umat Islam dalam senyap. Siapa yang tidak kenal dengan PBB yang hanya pandai bersandiwara dan bermanis mulut? Ia merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang dijadikan sebagai alat untuk menghalalkan segala tindakan kejam yang dilakukan oleh Amerika dan sekutu-sekutunya ke atas negeri-negeri umat Islam.

    Agenda “war on terrorism” yang dilancarkan oleh Amerika selama ini adalah bermaksud “perang terhadap umat Islam”. Itulah definisi sebenar pengganas yang dimaksudkan oleh kaum kafir. Adakah kita telah lupa dengan kata-kata ancaman daripada bekas Presiden Amerika Syarikat, Bush yang menyatakan, “Either you are with us, or you are with the terrorists” (Sama ada kalian bersama kami, atau kalian bersama teroris). Kata-kata ini yang sememangnya memberi petanda yang jelas bahawa sesiapa yang tidak sejajar dengan Amerika, maka mereka itulah yang digelar sebagai pengganas. Sehingga kini, Kerajaan Saudi masih terus memberikan taat dan setianya kepada musuh Allah dan RasulNya untuk memerangi umat Islam. Padahal, seluruh tanah Arab termasuklah Arab Saudi adalah sebahagian daripada negeri umat Islam yang seharusnya memihak kepada Islam dan bukan kepada kaum kuffar.

    Ya Allah, bantulah umat Islam dan bebaskanlah negeri-negeri umat Islam ini dengan bantuan para Ahlun Nusrah yang ikhlas yang semata-mata mengharapkan keredhaanMu untuk menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah yang berdiri di atas jalan kenabian seperti yang dijanjikan.”

    Sumber: islamtoday.net
    Reply
  6. Tolong kuatkan umno. Bukan kucar kacirkan keadaan. Bukan tak boleh settle dalam. Mangkok gak kekadang HousePK ni
    Reply
    Replies
    1. Biasala...parpukari kan anjing...kalau tuan dia suruh salak dia salak la
    2. Blogger ni berbayar la.Mana cerita-cerita yang diarahkan untuk menjatuhkan orang lain atasa arahan tuan dia akan buat la.ngko ingat blogger Pro BN ni semua ikhlas ke.Banyak yang pukimak jer kejar rating bodoh+syok sendiri konon otai.Ingat ni burger otai ke.

      PtuiiiiHHH..!!!!
    3. Ko dengki apa Reentry dgn Parpu Gendut, kalu ko nak ko cari le sponsor untuk bayar ko buat posting kat ko punya blog. Cari cerita sensasi sikit bagi ada rating ... ini blog cikai sorang diri mcm nak mampus jer, posting pun mcm tahi palat ...
  7. Woi parpu...kau tau la nasib kau lps ni skali ngn kwn baik ko MIK
    Reply
  8. Kau g keje kedai mamak lg bagus la parpu dari pecah belahkan umno
    Reply
  9. Ajak hasan ali join umno..insyallah slngor dpt smule umno..hasan ali ada tokoh MB n bsfat tegas..
    Reply
http://parpukari.blogspot.com/2013/11/siapa-punya-kerja-main-ugut-ugut-76.html
Photobucket

Penganalisis Dedah Punca Pakatan Rakyat Tak Menang Pilihanraya

on Nov 10, 2013




Muhamad Hisomuddin menggesa Pakatan Rakyat didik pengundi tentang keburukan politik wang jika mahu perintah Malaysia dalam pilihan raya akan datang. 

Badan penyelidik Ilham Centre menyarankan kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14  akan datang.

Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.

"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.

Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.

"Ini maksudnya mentaliti orang kita ini yang menerima rasuah politik, perkara ini termasuklah pembangkang. Sepatutnya mereka gagaskan menolak politik wang ini.

"Tapi mereka ini beritahu pengundi apabila diberi duit, ambil tetapi jangan pangkah," katanya.Beliau menggesa PR sekiranya mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan perlu mendidik pengundi tentang politik wang ini.

"Sebenarnya dalam iklim demokrasi sebenar, jika kita nak mendidik rakyat menolak rasuah politik politik, kita kena mula sejak awal."Kalau dengan peratusan ini, sampai bila-bila pun pembangkang tidak boleh menang," katanya.

Sebelum PRU13 yang berakhir 5 Mei lalu, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) berbelanja besar dengan pelbagai pemberian yang dianggap oleh pengkritik sebagai "gula-gula politik".

Pengkritik dan pemerhati tidak menolak berbilion ringgit dihabiskan oleh BN sepanjang tempoh berkempen, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan berbelanja lebih besar semasa berkempen berbanding perdana menteri sebelumnya.


Bagaimanapun, Najib masih gagal untuk merampas kembali majoriti dua pertiga di Parlimen malah kehilangan undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada PR semasa PRU13 lalu. ~tmi


Photobucket

2 Adun BN Perak bakal melompat parti ke PKR...?

on



Kehangatan suasana politik kembali panas-panas tahi ayam.....

Konon-kononnya ada 2 orang Adun BN nak melompat ke PKR selepas berjumpa dengan Dato Seri Anwar baru-baru ini... Betui ka... 

Kalau kepercayaan aku hanya 15% sahaja kalau nak percaya pun,, 

Apakah ceita ini benar, ingat balik apanya berlaku sejarah kejatuhan Pakatan Rakyat Perak 2009 yang lepas...

Apakah Umno Perak sengaja nak buat heboh untuk mendapat perhatian Najib dan nak menutup beberapa isu yang panas dinegeri Perak?.....

Dan jika ini benar-benar berlaku, aku harap Adun-adun Pas tak usah masuk campur, tak payah nak minta kouta untuk jadi exco, Ceo GLC atau sebagainya,, Nizar nak jadi MB semula rasanya tak mungkin, sebab syarat lompat nak jawatan MB... 

Jadi Adun Pas adalah lebih mulia dan ada harga diri dengan mengambil sikap berkecuali,,, tidak setuju dengan mengkhianati pengundi dengan melompat parti, dan percayalah,, kerajaan yang jenis begini dalam posisi pembangkang,, apakah boleh bertahan....

Dengan sikap bercuali Adun Pas,, membolehkan Pas menjadi kuasa menentukan untuk jangka hayat PKR dan DAP akan melaksanakan tugas dengan betul-betul telus,,, 

Dengan cara ini Pas akan dipandang dengan lebih dihormati oleh parti lawan dan kawan...!   




Photobucket

NAJIB MAINKAN MAHATIR: Serangan balas pertama akan bermula!

on Nov 3, 2013



NAJIB MAINKAN MAHATIR: Serangan balas pertama akan bermula!

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno Mahathir Mohamad adalah seorang lelaki yang licik dalam politik dan yakin dia mempunyai jawapan kepada persoalan dan penyelesaian bagi setiap masalah.

Visi pembangunannya berskala besar dan dia akan menentukan undang-undangnya sendiri. Dia tidak pernah menyembunyikan kenyataan bahawa dia tidak bersetuju dengan prinsip demokrasi dan berpendapat bahawa ‘golongan yang kotor (err.. golongan berpendapatan rendah) belum cukup bersedia untuk berfikir untuk diri mereka sendiri.

Dia memastikan semasa menjadi Menteri Pendidikan bahawa pelajar tidak akan dibenarkan, untuk bebas berfikir, dalam diam dia berpendapat bahawa rakyat yang jahil dan tidak bijak sepatutnya tidak boleh dibiarkan mengundi.

Pilihan raya baginya merupakan sesuatu yang tidak disukainya namun perlu dilaksanakan  dan dengan sedikit bantuan dari Suruhanjaya Pilihan Raya yang patuh dan Jabatan Pendaftaran Negara - kegagalan boleh dielakkan dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang sistematik, undi pos dan pengundi hantu dalam daftar pemilih yang telah diubah.

Selagi undi memihak kepada partinya, Mahathir akan bertolak ansur dengan konsep demokrasi berparlimen.

Dipaksa meletak jawatan setelah menjadi liabiliti yang besar


Untuk memastikan kuasanya kekal untuk selamanya, dia menjadikan jawatan presiden Umno tidak akan dicabar. Dia memecat setiap timbalan yang dirasakan ancaman yang serius terhadap dirinya, dan mengangkat pengampu yang pentingkan diri untuk memegang jawatan menteri. Dia memansuhkan kekuasaan raja-raja pada tahun 1983, sekali gus membuka jalan untuk melantik dirinya sebagai Presiden seumur hidup dan menjadikan Malaysia umpama sebuah republik - tetapi dia tahu dia terpaksa mengambil masa yang lama masa untuk menjadikan cita-cita ini kenyataan.

Sudah pasti, dia tidak suka dengan sikap keras kepala bekas timbalannya Anwar Ibrahim - dia dipecat pada September 1998 dan kemudiannya meneruskan kempen menjatuhkan Anwar dengan sejahat-jahat niat untuk memusnahkan reputasi dan kerjaya Anwar buat selama-lamanya. Anwar bertahan dan membela maruahnya, walaupun telah dipenjarakan selama 6 tahun atas tuduhan palsu. Dendam Mahathir memakan diri sendiri dan populariti Anwar mula memuncak, memecahkan orang Melayu kepada dua kumpulan.

On 31 October 2003 Mahathir was virtually forced to step down because he had become a grave liability to Umno – or, rather Umno Baru, the ersatz party Mahathir conjured into being in 1988 through sheer sleight of hand. But that didn’t stop Mahathir from daydreaming of a political dynasty. After all, his political enemies had established their own dynasties – why should he not aspire to the same?

Pada 31 Oktober 2003 Mahathir hampir terpaksa berundur kerana dia telah menjadi liabiliti besar kepada Umno – atau lebih tepat lagi, Umno Baru, parti yang diwujudkannya pada tahun 1988 dengan kelicikkan muslihat. Tetapi itu tidak menghalang Mahathir daripada berkhayal akan sebuah dinasti politik. Lagipun, musuh-musuh politiknya telah menubuhkan dinasti sendiri - mengapa dia tidak boleh mengimpikan sesuatu yang serupa?

Raksasa Frankenstein



Bekerja tanpa mengenal penat lelah di sebalik tabir, Mahathir menggunakan sumber dan pengaruhnya ke atas teman-teman setianya untuk melemahkan penggantinya, Abdullah Badawi dan Najib Razak. Umur merupakan musuh Dr Mahathir, maka dia akan memberi tumpuan untuk memerintah melalui proksinya Mukhriz, si anak bongsu. Akhirnya dia berjaya mendapatkan Mukhriz, seorang yang kurang dikenali di arena politik, untuk dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, negeri asal Mahathir. Langkah seterusnya adalah untuk memastikan Mukhriz menjadi naib timbalan presiden dalam Umno.

Walaupun stelah berusaha bersungguh-sungguh, Mahathir gagal untuk mendapatkan apa yang dia mahu bagi anaknya Mukhriz. Seperti semua orang yang gila kuasa, Mahathir yang dikelilingi oleh peminat dan pemuja, dengan jayanya melindungi dirinya dari kemarahan pengundi yang semakin meningkat kerana semakin berpengetahuan. Egonya yang besar menjadikan dirinya enggan menerima kenyataan bahawa dia sudah tidak lagi relevan dalam landskap politik yang semakin berubah.

Umno Baru, raksasa Frankenstein yang rakus dengan kekayaan segera yang dicipta Dr Mahathir, sudah tidak lagi taat kepada penciptanya .

Memilih antara dua kejahatan- Hisham dan Mukhriz
Sekarang mari kita lihat calon-calon yang menang dalam pemilihan Umno baru-baru ini.

Zahid Hamidi telah berkempen bersungguh-sungguh untuk memenangi pemilihan parti. Sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru dilantik, Zahid mempunyai kelebihan sebagai penyandang jawatan dan dia menunggang arus paranoia kaum yang dicipta oleh Mahathir untuk memelihara perpecahan kaum agar lebih mudah disalah tadbir.

Hishammuddin Hussein berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah panjang dan mantap dalam politik dan kerajaan –tambahan pula, dia mendapat sokongan Najib dan lampu hijau. Fakta yang menunjukkan dia hanya memenangi margin yang sedikit menjelaskan kegagalannya untuk menarik perhatian sebagai pemimpin. Antara kem Najib dan Mahathir, sentimen kurang memihak kepada Hishammuddin berbanding Dr Mahathir dengan caranya untuk mendapatkan apa yang dihajati- dan bahagian besar gula-gula – untuk sekali lagi.

Shafie Apdal pada dasarnya merupakan ‘lone renjer’ dan baru sahaja setahun jagung dalam arena politik nasional tetapi dia mempunyai kelebihan sebagai seorang menteri yang penting di peringkat persekutuan dan telah berada dalam kedudukan itu selama hampir dua penggal. Ini adalah faktor utama yang membolehkan Shafie untuk membina sokongan di seluruh negara di kalangan akar umbi.

Mukhriz Mahathir, sebaliknya, teragak-agak dan hanya mengumumkan pencalonannya di saat-saat akhir. Dia tidak mempunyai keyakinan diri dan hanya boleh mengambil jalan keluar dengan protes-protes kosong. Selepas memasuki perlumbaan itu, dia bergantung kepada pengurus kempennya, tak lain tak bukan bapanya yang cerdik, untuk mempromosikannya. Sebagai anak bongsu Mahathir, Mukhriz sentiasa mendapat jalan yang mudah. Dia memperolehi kekayaan di atas monopoli perniagaan yang diserahkan kepadanya begitu sahaja. Jadi Mukhriz hanya duduk dan berharap untuk mencapai kejayaan.

Najib menipu Mahathir



Mahathir memandang ringan pada Najib, yang dengan liciknya ini membuat Mahathir memberi persetujuan ke atas pelantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, di mana dia boleh memainkan peranannya sebagai ikan besar dalam kolam kecil - tetapi tanpa sokongan di peringkat kebangsaan, Mukhriz tidak mungkin dapat meninggalkan kesan dalam perebutan jawatan presiden Umno Baru yang dipimpin Najib.

Mahathir mempunyai beberapa strategi.

Sehingga dia mencapai matlamatnya, Mahathir tidak akan membiarkan Najib begitu sahaja. Itulah sifat binatang politik di dalam dirinya - dia sudah pasti tidak akan membiarkan Najib Razak begitu sahaja.

Mahathir the Unstoppable may have officially relinquish the post of Umno Baru president and prime minister, but his unrelenting ego ensures that nothing short of death will bring his insatiable power lust to an end. Even then, he will not quickly be forgotten, as the administrative mess he left behind will take at least another generation to sort out.

Mahathir yang sukar dihalang secara rasmi telah melepaskan jawatan presiden dan perdana menteri dalam Umno Baru, tetapi egonya mahu memastikan hanya kematian sahaja yang mampu mematahkan nafsunya untuk berkuasa. Namun begitu, dia tidak akan cepat dilupakan, kerana keadaan huru-hara yang telah ditinggalkannya dalam sistem pentadbiran akan mengambil masa sekurang -kurangnya satu generasi lagi untuk diselesaikan.

Mereka yang menghalang Mahathir akan menghadapi kemarahan dan dendamnya. Orang yang memerintah dengan kuku besi selama 22 tahun kini dalam misi antara hidup -atau- mati untuk mengembalikan pengaruh politik dan melindungi warisannya yang penuh dengan keangkuhan.

Mahathir tidak akan mampu melakukannya sendiri


Mahathir tidak boleh mengalahkan Najib dengan sendiri. Dia mesti mempunyai satu pasukan, senario yang sama telah digunakan oleh Ku Li semasa mencabar Mahathir, dengan pasukan A dilagakan dengan pasukan B.

Mahathir menyedari bahawa kuasanya semakin berkurangan dari hari ke hari, dan perkara pertama yang perlu dilakukannya adalah untuk menyatukan apa sahaja sumber-sumber yang masih dikawalnya.

Sejak ramai pemimpin UMNO kini tunduk dan mencium tangan Najib, Mahathir perlu mendapatkan bantuan dari luar UMNO: orang-orang yang tidak terikat dengan sesiapa, NGO ultra-Melayu dan blogger upahan. Dia akan terpaksa membelanjakan wang yang banyak, yang sudah semestinya, dia mampu.

Dia akan mempunyai untuk memenangi hati musuh-musuh Najib dalam Umno Baru. Pemimpin yang jatuh seperti bekas Menteri Besar Melaka Ali Rustam yang mahu kuasa dan kegemilangannya dikembalikan; Idris Jusoh, yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Terengganu dan segelintir yang telah ditawarkan jawatan yang kabur tetapi masih mengimpikan perkara yang lebih besar. Ini adalah orang-orang yang boleh dipujuk untuk berada di pihak Mahathir.

Mendapat semangat dari mereka yang percaya

Mahathir akan mengalu-alukan orang-orang di dalam komuniti perniagaan yang telah dilupakan oleh Najib - dan agak ramai juga jumlah mereka sekarang. Mereka juga sedang menunggu Mahathir untuk melakukan sesuatu bagi pihak mereka untuk memperbetulkan keadaan kerana Najib dan Rosmah telah menutup pintu bagi mereka.

Mahathir perlu memastikan bahawa media seperti TV3 dan Utusan akan memberi pendedahan yang cukup untuk menyuarakan pandangannya, jika tidak, untuk menumpukan perhatian kepadanya supaya dia akan lebih menyerlah berbanding Najib. Mahathir masih mempunyai penyokong setia dalam media - dan dia telah 'memujuk' mereka yang pro-Najib untuk tidak terus mengabaikan mereka..

Selain memperkasakan dirinya, Mahathir terpaksa melemahkan Najib dengan mensabotaj rangkaian perhubungan dan melonggarkan cengkamannya. Mahathir tidak mempunyai pilihan tetapi bergantung kepada skandal lama dan apa-apa kisah baru yang mungkin timbul: menghidupkan semula cerita-cerita lama dan memperbesarkan isu-isu yang baru.

Mahathir tidak perlu bimbang untuk mendapatkan bantuan luar bagi mencemarkan imej Najib kerana sudah ramai di antara NGO dan pihak pembangkang yang berbuat demikian.

MO - Serang, serang, serang

Mahathir kini perlu menyerang Najib dengan merosakkan sekutu terdekat Najib, rakan-rakan dan ahli keluarganya. Mahathir akan cuba memperkecil-kecilkan mereka, jika tidak, menghina semua yang telah dilantik Najib.

Cerita pemilihan Umno Baru belum berakhir. Sebenarnya, ia baru sahaja bermula.

Terjemahan olen Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle

Photobucket

RUPANYA BERLAKON SAHAJA...!

on Oct 31, 2013



KDN RUPANYA BERLAKON SAHAJA! 28 JUTA NYAWA RAKYAT DIPERTARUHKAN!

BERITA BUAT SEDAP HATI (SINAR HARIAN)

Dukacita dimaklumkan syarikat yang pengawal keselamatannya membunuh pegawai Ambank itu masih beroperasi seperti biasa!

Tetapi sebelum ini kita diberitahu:

RAKYAT SEDANG DITIPU (MALAYSIAKINI)

Rupanya berita yang dipapaprkan di media hanya satu "public relation exercise"! Tidak lebih dari itu. 28 juta rakyat Malaysia (tidak termasuk expatriate dan pelancong) ditipu hidup-hidup!

Berikut petikan berita dari Malay Mail:

TAK BUAT SALAH MENGAMBIL PENDATANG HARAM JADI PENGAWAL KESELAMATAN? (MALAY MAIL)

Syarikat Ambank mendakwa Kawalan Prima hanya mendapat "show-cause letter" = surat tunjuk sebab. 

LESENNYA BUKAN DIBATALKAN OLEH KDN! 

Setelah menjelaskan, semua jadi ok. Business as usual. Kawalan Prima tak buat salahpun. Tak buat salah mengambil pekerja yang memegang MyKad palsu!!!

Tidakkah rakyat Malaysia merasa aneh?

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia. Asyik kena tipu. Nyawa rakyat dipertaruhkan!

Tidakkah pemimpin rasa berdosa?

Sebelum ini telah keluar pendedahan tentang pengawal keselamatan haram beroperasi di Lembah Kelang:

SAMA SAJA: YANG TIDAK BERLESEN AMBIL JAGA HARAM. YANG BERLESEN AMBIL JAGA MYKAD HARAM

Beberapa kejadian jenayah yang melibatkan pengawal keselamatan telah lama terjadi. Yong tulis di sini

Ada apa tindakan?

Riuh-rendah! Tangkap-tangkap! Lepas tu senyap. Business as usual.

Siapa yang jaga KDN sebelum Zahid Hamidi? Semua orang tahu potfolio itu dipegang oleh sepupu yang sekarang memegang potfolio yang ada kaitan dengan keselamatan negara!

Jaga KDN hancur. Masih nak jaga Pertahanan Negara?

Salahkah kita menuntut supaya kerajaan bersikap tegas terhadap penjenayah sebenar?

ENDLESS POSSIBILITIES SUDAH MENJADI ENDLESS TREACHERIES

yong suka kuning

Photobucket

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List