Aku nak sambung siri antara dua darjat. Siri 1 berakhir bila aku teringat pada seseorang masa aku sedang gunakan chain saw.Teman baik aku yg byk berkongsi masalah suka duka ngan aku. Semua masalah nya di cerita pada aku sebab aku seorang pendengar yang setia.Aku fikir banyak juga pandangan dan nasihat yg telah aku berikan pada nya.Kengkadang aku pun hot jugak pd kawan aku ini sebab pertama nya segala pandang aku tidak di terima nya dan yg kedua nya dia ni jenis panas baran beb.Yang hairan nya dia masih teman baik aku. Nasib lah aku pandai kuntau boleh tepis tepis kalau tak dah lama aku arwah kena belasah dek dia ni.
Aku tak tahu lak kawan aku ni darjat jenis apa. Mungkin masa zaman muda dia ni nak di tabalkan untuk perintah sebuah negeri agak nya. Dia tak tahu aku ni keturunan raja melaka. Haa ambik kau. Raja Melaka jangan main main. Antara aku dan teman aku ni punya jurang darjat yg amat luas. Aku ni ibarat supir dan dia ibarat bos le. Aku lak kena ikut arahan dia.Dah sah sah le aku kena ikut ckp dia pasal tadi aku kata dia ibarat bos, aku lak supir je. Betul tak. Haa kan tu jugak antara dua darjat.
Apa pun teman aku ni yg aku namakan maikel sumaker sebab kami sama sama minat pada F1, punya cita rasa yg high high sedangkan aku cita rasa nya low low. Haa kan antara dua darjat 2. Ada sekali maikel ckp kat aku dalam bahasa orng puteh dan aku tulis dalam bahasa melayu :- Adalah lebih baik anda tidak mengetahui nya daripada anda mengetahui nya kerana apabila anda mengetahui nya ianya akan membuat anda terluka. . Wah mcm sastrawan lak aku ni tadi kata supir. Haa kan dah naik darjat!!!!!.
Tapi mikel ni pandai simpan rahsia. Walaupun teman setia tapi maikel masih nak berahsia dengan aku. Tapi tak apa walaupun maikel pandai simpan rahsia, aku dapat tahu gak sebab sebagai insan kita selalu lalai dan alpa. Dan kita mesti akur ada insan di kurniakan panca indera ke 6. Haa tu darjat jugak kan. Apa pun kehidupan kita semakin menuju ke penghujung nya. Ada org kata dah senja. Dalam konteks maikel ni aku fikir lebih baik berterus terang tak kira apa juga perkara yg terjadi dan berlaku pada masa silam kau daripada menyembunyikan nya kerana hidup ini adalah satu perjalanan. Akan kita tempohi ranjau dan duri. Akan ku sambung cerita antara dua darjat ini dalam siri seterus nya.
Pada maikel, aku tetap teman setia kau.
CAKAP TERUS TERANG, JANGAN BOHONG.
Bekas askar kena jel 6 bulan pukul isteri 36 tahun
4 minutes ago
0 comments:
Post a Comment