Pengerusi DAP Pasar Pandamaran Dipercat Kerana Surat Sokongan

on Sep 4, 2010


KUALA LUMPUR 3 Sept - Pengerusi DAP cawangan Pasar Pandamaran Yap Hock Siew dipecat daripada parti itu hari ini manakala timbalannya Ong Chai Huat digantung keahlian selama dua tahun kerana mengeluarkan surat sokongan yang memberi faedah kepada satu perniagaan yang kedua-duanya mempunyai kepentingan.
Jawatankuasa Disiplin parti yang membuat keputusan itu hari ini telahmendapati bahawa Yap dan Ong mengeluarkan surat sokongan itu menggunakan kepalasurat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negei Selangor (Pandamaran) untuk tujuan berkenaan pada 17 Jun lepas.
"Mereka mempunyai 14 hari untuk membuat rayuan," kata pengerusi JawatankuasaDisiplin DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, parti itu memecat seorang pemimpin akar umbi, Tee Boon Hock, yang ketika itu anggota Majlis Perbandaran Klang, kerana mengeluarkan surat sokongan menggunakaan kepala surat seorang anggota exco kerajaan Selangor, bagi mendapatkan kontrak untuk anggota keluarga dan rakan-rakannya.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List