Bonus Tetap Kepada Kakitangan Awam Jika Pakatan Rakyat Memerintah : Anwar Ibrahim

on Oct 18, 2010



Pakatan Rakyat akan memberikan bonus tetap kepada kakitangan kerajaan sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminannya ketika membahas Bajet 2011 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet Jumaat lalu.

"Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan fesyen Islam di Monaco.

 "Monaco merupakan pusat fesyen yang 'menarik' dari segi lain. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur dulu la, Jakarta, Jeddah atau Istanbul," tegas beliau.  

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri menjustifikasikan pertunjukan fesyen di Monaco merupakan satu jawapan yang amat tidak munasabah. Bila tanya boleh tambah bonus, Najib kata tunggu dulu, kerajaan perlu berjimat," kata beliau lagi.  

Anwar menjelaskan alasan Perdana Menteri itu tidak dapat diterima kerana kerajaan sanggup membazirkan begitu banyak wang untuk pelbagai projek pembinaan dan aktiviti yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat tetapi menafikan pemberian bonus kepada lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan.

 Beliau menjelaskan tindakan pemberian bonus ini bukanlah langkah mengambil hati penjawat awam tetapi semasa beliau masih dalam kerajaan dahulu, dalam keadaan ekonomi yang sempit kerajaan masih berupaya memberikan sebahagian daripada bonus untuk kakitangan kerajaan.

"Sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit," sindir Anwar.

"Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

 "Tambahan pula boleh menderma lagi kepada Prince Albert. Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan," tegas beliau.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List