ADUN Sri Muda nafi letak jawatan

on Jan 12, 2011

SHAH ALAM, 12 Jan. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini menafikan dakwaan akan meletak jawatan sebagai ADUN yang disebar menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Penafian itu dibuat oleh wakilnya, Kamarudzaman Sanusi yang juga Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Raja.

“SMS itu tidak ada kena mengena dengan kami dan saya tegaskan adalah satu yang mustahil bagi YB (Shuhaimi) untuk letak jawatan,” katanya kepada kumpulan wakil media yang menunggu di pejabat ADUN tersebut di Kota Kemuning, di sini.
Kumpulan wakil media itu berada di situ selepas menerima jemputan menerusi SMS bahawa Shuhaimi akan mengadakan sidang akhbar pada pukul 10.30 pagi bagi mengumumkan peletakan jawatannya.

Sambil mendakwa tidak tahu siapa yang menghantar SMS tersebut, Kamarudzaman berkata, Shuhaimi sendiri memaklumkan kepadanya tidak akan meletak jawatan.
"My voice is his voice, saya berhubung dengan dia dan dia sendiri beritahu tidak akan letak jawatan berhubung isu yang dikaitkan dengannya,” katanya ketika ditanya mengapa Shuhaimi tidak tampil sendiri memberi penjelasan.  

Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List