MENGAPA INI TERJADI.......???

on Jan 11, 2011

NONEMenteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.


Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

NONE"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.


"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.


"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

azlanSiapa kata Rais bersalah?

Anwar, yang juga ketua umum PKR juga menafikan beliau atau mana-mana pemimpin PKR membuat kenyataan mempersoalkan pembabitan Rais dalam dakwaan terpalit dengan kes perogolan amah Indonesia pada 2007.


Amah berkenaan juga telah menafikan dakwaan berkenaan dan disebarkan secara meluas di internet.


Gerakan baru-baru ini mengeluarkan kenyataan media memberi amaran kepada PKR supaya berhenti mempersoalkan Rais berhubung kejadian itu.


rais yatim"Kita tidak pernah membuat keputusan dan saya tidak ada mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. Tetapi ada dakwaan, ada penafian, ia siasatan terbuka. Saya tidak pernah mengandaikan Rais itu bersalah.


"Adakan siasatan bebas yang berkecuali. Pendirian kita adalah jelas, kita belum mengeluarkan kenytataan dan jika dapati ada ahli yang membuat tuduhan liar, kita akan menasihatkan mereka. Kita mesti hormati undang-undang,” katanya.

 malaysiakini





'DSAI - Liwat' vs 'Rais Yatim - Rogol' ... awat jadi lagu ni?





Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.

Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim (gambar kiri) berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.

Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.

Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM

Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kanan) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.

Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.

Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:

1. Julai 2008: P.Balasubramaniam, seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.

3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia?

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas

hahaha aku agak bukan saja aku, tapi ramai lagi yang berfikiran macam aku yang tak berapa pandai ni ... kes Rais ini akan berkesudahan macam ni ... penafian mangsa dan pemangsa. So polis pun akan kata, apa nak disiasat lagi selepas mangsa dah kata dia tak diapa-apa oleh majikannya ... rakyat senyum sinis bila baca kedua-dua penafiaan ini ... hahaha ... inilah kelebihan menteri-menteri umno ... pasai tu ramai nak jadi menteri ...
Kalau boleh aku pun nak jadi menteri juga ... hahahahahahahaha

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List