MEREKA YANG LUPA SEJARAH.......???

on Jan 13, 2011

NONE
Seorang saksi utama dalam kes perbicaraan Datuk Seri AnwarIbrahim lebih 10 tahun lalu, kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah.

Umi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.

Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.

Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin.

Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah.

Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar.

Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan.

Tindakan saman itu akan dilakukan "secepat mungkin."

Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, Karpal Singh dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz.
"Saya rasa penyalahgunaan kuasa telah berlaku melampaui batas pada 1997," katanya.

Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat.

Ummi mendakwa, penahanan itu semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.

"Sudah sampai masanya saya menuntut hak saya. Beliau telah didapati salah pada selama enam tahun, membuktikan bahawa dia bersalah dan saya rasa saya berhak menuntut hak saya," tegasnya.

Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar".

"Sebab itulah saya rasa terpanggil untuk muncul semula mengadakan sidang akhbar hari ini untuk meneruskan saman saya sebanyak RM700 juta terhadap lima individu dan satu parti," katanya.

Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal RM200 juta.

Katanya lagi, PAS juga disaman sebanyak RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya.

Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil termasuk Mohamad Sabu untuk menemuinya berhubung satu kes.

"Kedua-dua PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepadaMahathir ketika itu untuk membongkar kes tersebut," tegasnya.

Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentam saya.


Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.

Sah Sah dia orang ni lupa sejarah..... Lu fikir lah sendiri.

1 comments:

Anonymous said...

Ini merupakan petanda bahawa dubur Sepol sudah tak berguna untuk kempen menjatuhkan DSAI.

Umi antara individu terselamat dalam hukuman Allah dalam kes liwat I. Perancangan Allah sebaik-baik perancangan, insyaallah kemunculan dia kali merupakan kemuncak kepada kebinasaan yang bakal ditunjukkan Allah sebagai balasan atas perbuatan yang pernah dan akan lakukan.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List