PELUANG GOBALAKRISHNAN BANTAI PKR.....

on Jan 30, 2011




Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mulai hari ini kerana bosan dengan sikap pucuk pimpinan parti itu.

Beliau yang memilih untuk menjadi ahli Parlimen Bebas turut melepaskan jawatannya sebagai Ketua Cabang PKR Padang Serai.

"Saya sudah fed-up (bosan) dengan (Penasihat PKR) (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali, yang kini telah mengawal 100 peratus pentadbiran PKR,” katanya.

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, beliau bersama beberapa orang temannya terdiri daripada peguam, jurutera, doktor dan lain-lain akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memperjuangkan dan menjaga kepentingan pengundi di kawasan Parlimen Padang Serai.

Gobalakrishnan berkata, pengorbanan dan perjuangan yang dilakukannya selama 12 tahun menjadi ahli parti itu tidak pernah dihargai dan merasa amat kecewa dengan sikap Anwar dan Azmin yang mengambil sikap membisu seribu bahasa terhadap semua komennya termasuk dalam Twitter beliau sejak dua bulan lalu.

Beliau berkata, selama ini tindakan Anwar bukan sahaja memperkudakan kaum Melayu dan Cina sahaja dalam mencapaikan cita-citanya tetapi kaum India juga tidak terkecuali.

Katanya, beliau yakin hasrat Anwar untuk menakluk Putrajaya akan tersasar sekaligus gagal kerana Ketua Pembangkang itu nyata gagal untuk menyelesaikan masalah dalaman parti sendiri.

"Kerana itulah saya membuat keputusan keluar parti yang saya juga menjadi salah seorang pengasas ketika penubuhannya. Nampaknya parti ini sudah nak runtuh, jadi biarlah saya keluar sebelum “rumah” ini runtuh,” katanya.

Gobalakrishnan berkata, tindakannya keluar parti adalah tindakan bersendirian dan terpulanglah kepada penyokong-penyokongnya sama ada mahu ikut bersamanya atau kekal sebagai anggota PKR.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Padang Serai S. Nagalingam yang turut hadir pada sidang media itu berkata, Timbalan Pengerusi Cabang berkenaan Johari Ismail akan memangku jawatan Ketua Cabang yang dilepaskan Gobalakrishnan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List