Mesir buka semula laluan Rafah masuk ke Gaza

on Feb 20, 2011




RAFAH: Mesir memutuskan untuk membuka semula laluan Rafah memasuki Jalur Gaza yang ditutup ketika negara itu berdepan tunjuk perasaan yang menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak, kata pegawai Hamas, hari ini.

"Laluan itu akan dibuka semula bermula Selasa ini dengan 300 orang setiap hari," kata Ketua Jabatan Sempadan pentadbiran pergerakan Islam, Ghazi Hammad. Laluan Rafah adalah laluan tunggal memasuki Gaza yang tidak dikuasai Israel, ditutup sejak 30 Januari lalu ketika tunjuk perasaan menentang Mubarak yang terpaksa berundur pada 11 Februari lalu. Ribuan rakyat Palestin termasuk pesakit cuba mendapatkan rawatan perubatan dan pelajar yang terperangkap di Mesir sejak laluan itu ditutup.

 AFP

NGO di Malaysia sepakat bersama PR jatuhkan BN dalam pilihanraya akan datang

on

Berpuluh-puluh NGO di Malaysia mencapai kata sepakat semalam untuk menjadikan agenda menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke 13 ini sebagai agenda bersama mereka.

Kata sepakat itu dicapai dalam pertemuan tertutup mereka di sebuah hotel dekat sini bersama para pemimpin Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan juga DAP.

PAS katanya diwakili oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, PKR oleh Setiausaha Agungnya, Saifudin Nasution Ismail manakala DAP diwakili oleh Ketua Pemudanya, Anthony Loke.

Menurut sumber, pertemuan tertutup itu dibuat atas jemputan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ia telah dihadiri oleh pelbagai NGO di Malaysia bagi membincangkan peranan Kuasa Ketiga (Third Force) dalam politik negara ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membincangkan peranan Kuasa Ketiga di samping BN dan Pakatan Rakyat dalam politik Malaysia.

Ia dipelopori oleh Raja Petra Kamarudin melalui laman webnya Malaysia Today bersama dengan apa yang dinamakan sebagai Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM)

MCLM telah dilancarkan oleh beliau dan rakan-rakannya pada 30 Oktober tahun lalu.

Menurut sumber, persidangan meja bulat semalam cuba membincangkan peranan Kuasa Ketiga.

Sumber itu berkata, selepas berbincang, mereka mencapai kata sepakat paranan mereka yang utama sebenarnya adalah menjatuhkan BN bukannya memecahkan Pakatan Rakyat.

Ini kerana, para NGO ini bimbang kalau-kalau kekeliruan berlaku di kalangan rakyat jika isu Kuasa Ketiga ini diperbesarkan sedangkan kewujudan kuasa atau pun power base mereka pun dipertikaikan. 

-HRKH

Alahai Anwar...Cerita Le Kat Rakyat Sarawak....

on

Anwar: Taib dan BN Harus Akur Rakyat Sarawak Tertindas






Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dan seluruh Barisan Nasional(BN) tidak boleh lari dari dalil bahawa pemerintahan rasuah, penyelewengan kuasa dan rampasan tanah adat sekian lama menyebabkan sebilangan besar rakyat negeri itu terus dibelit dengan kemiskinan dan kemunduran.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata biar apa pun mesej baru yang cuba ditiupkan oleh pemerintah bagi pilihanraya negeri yang bakal diadakan bila-bila masa, hakikat adalah BN menindas rakyat Sarawak secara berterusan.



Anwar berkata Taib dan parti-parti BN Sarawak ghairah membawa fitnah kononnya undi untuk Pakatan Rakyat bererti memberi laluan kepada parti dari Semenanjung untuk menjajah Sarawak namun kempen keji lagi terdesak sedemikian tidak akan berjaya kali ini.



"Itu semua gambaran daripada puak-puak yang menyokong Umno. Soalnya Umno, PBB(Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan BN sudah perintah lebih setengah abad di Sarawak tetapi tidak ada apa-apa perubahan untuk membantu rakyat miskin kerana rasuah. Ini semua berlaku walaupun Sarawak kaya dengan kayu balak dan minyak," kata Anwar kepada Tv Selangor di Pulau Pinang semalam.



"Sekarang ini, rakyat Sarawak ada pilihan untuk membetulkan ketelanjuran dan menggantikan kerajaan rasuah BN dengan cara tadbir Pakatan Rakyat seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang," tegas beliau.



Anwar menggesa penduduk Sarawak tidak melepaskan peluang keemasan untuk menukar kerajaan negeri sekarang dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kekayaan negeri itu kepada rakyatnya.



Jika berjaya menawan Sarawak, Pakatan Rakyat antara lain mahu menubuhkan sebuah suruhanjaya tanah bagi memulihkan hak penduduk yang menjadi mangsa rampasan tanah oleh pemimpin kerajaan dan agensi berkaitan secara berleluasa.



Di peringkat persekutuan, gagasan itu akan meningkatkan royalti petroleum kepada Sarawak dari lima peratus kepada 20 peratus, jika ia berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.



Isu rampasan tanah adat dan dakwaan ahli keluarga dan kenalan rapat Taib diberikan kontrak dan permit balak ratusan juta ringgit adalah antara perkara utama yang mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Taib Mahmud yang akan menyambut ulang tahun pemerintahan 30 tahun sebagai Ketua Menteri Sarawak bulan depan.



Pilihanraya negeri itu harus diadakan sebelum Julai.



Sarawak dilihat sebagai kubu utama BN untuk meneruskan kekuasaannya di Putrajaya namun keluhan rakyat negeri itu terhadap Taib kian memuncak sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pemimpin BN pusat dan di peringkat negeri itu sendiri.



Malah sudah ada desas-desus sesetengah pemimpin mahukan Taib berundur sebelum pilihanraya negeri bagi meredakan kemarahan rakyat itu, namun Taib menegaskan beliau akan tunduk kepada tekanan itu.



Taib memerintah sejak tahun 1981 dan syarikat milik keluarganya Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dibelit dengan tuduhan mengumpul kekayaan dengan menggondol kontrak tanpa tender daripada kerajaan pimpinan beliau.



Anwar memberitahu Tv Selangor bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak dipimpin oleh pemimpin-pemimpin tempatan yang berkerja dapat dengan pucuk pimpinan parti bagi menamatkan era pemerintahan korup di Sarawak.



"Pilihan raya (Sarawak) belum diumumkan tapi sekarang ini kita buat persiapan yang boleh dan Baru Bian (Pengerusi PKR Sarawak) dan Majlis Perhubungan Negeri sudah memberi laporan dan kita tugaskan Azmin Ali untuk memantau persiapan." kata Anwar.

PERGI NYA BEN ALI

on

Mantan Presiden Tunisia, Ben Ali Meninggal Dunia







Setelah berada dalam keadaan kritikal, mantan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali menghembuskan nafas terakhir. Akhbar Mesir Al-Wafd, Sabtu melaporkan, seperti juga dikutip sebahagian media massa Arab.

Berita IRNA juga mengutip laporan Televisyen Perancis 2 melaporkan, Ben Ali meninggal dunia setelah koma dua hari. Sebelumnya, seorang kerabat mantan presiden Tunisia, Zine Al-Abidine Ben Ali, mengatakan, mantan diktator tersebut ketika ini dalam keadaan koma diserang stroke.

Kerabat Ben Ali berkata kepada Reuters, Ben Ali sudah dalam keadaan koma selama dua hari. Ketika ini Ben Ali dirawat di sebuah hospital di Jeddah. Ia terkena stroke otak dan keadaannya sangat kritikal.

Jurucakap Pemerintah Tunisia, Tayib Bakush juga mengatakan, "Keadaan fizikal Ben Ali dibahas oleh kabinet Tunisia semalam 

8 Negara Arab Bergolak....

on

Libya paling serius selepas 84 terbunuh protes tiga hari

KAHERAH: Sekurang-kurangnya lapan negara Asia Barat berhadapan dengan bantahan anti kerajaan dalam apa yang disifatkan sebagai gelombang baru di rantau Arab mendesak sistem demokrasi. 

Kira-kira seminggu selepas penyingkiran Presiden Mesir, Hosni Mubarak yang diraikan beribu-ribu penduduk Kaherah di Dataran Tahrir, Libya pula menyaksikan sekurang-kurangnya 84 orang terbunuh sejak bantahan bermula tiga hari lalu di negara timur Afrika Utara yang diperintah Muammar Gaddafi selama empat dekad itu. 

Angka kematian berkenaan adalah seperti didakwa badan pemantau hak asasi Human Right’s Watch. 
Anggota keselamatan khas Libya semalam dilaporkan melakukan serbuan di Benghazi bandaraya kedua terbesar di negara itu yang menjadi tempat tumpuan penunjuk perasaan awal semalam dalam usaha meleraikan demonstrasi mendesak pengunduran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi memerintah sejak 42 tahun lalu. 

Perkhidmatan internet juga dilaporkan diputuskan kira-kira jam 2 pagi sebagai usaha menghalang penyampaian maklumat di kalangan penduduk negara itu mengenai gelombang anti kerajaan yang turut melanda negara berkenaan. 

Kira-kira jam 5 pagi, pasukan keselamatan khas menyerang beratus-ratus penunjuk perasaan termasuk peguam dan hakim yang berkumpul di hadapan bangunan mahkamah di bandar raya timur Benghazi yang menjadi tumpuan bantahan. 

“Mereka menyembur gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dalam khemah dan membersihkan kawasan selepas ramai yang melarikan diri menyebabkan ada yang maut dan cedera,” kata seorang penunjuk perasaan melalui telefon. 
“Ini adalah bandar hantu, kami semua bimbang sesuatu besar akan berlaku di Benghazi hari ini.” 

Kira-kira 20 keranda dibawa ke sebuah dataran di luar mahkamah di Benghazi petangnya sebagai sebahagian pengebumian beramai-ramai mangsa yang terbunuh dan dihadiri beribu-ribu orang. 

Gaddafi dipercayai menghadapi pemberontakan popular terhebat sejak memerintah 42 tahun lalu. Negara itu mempunyai simpanan minyak yang besar, tetapi turut menghadapi masalah kemiskinan. 

Diplomat Amerika Syarikat mendakwa, rejim Gaddafi sengaja tidak membangunkan kawasan timur menyebabkan ramai penduduknya menganggur dan miskin bertujuan melemahkan pembangkang di sana. 

Sementara itu, di MANAMA, Bahrain, blok pembangkang Syiah utama menolak gesaan istana untuk berdialog bagi menamatkan rusuhan yang sudah meragut enam nyawa berikutan bantahan anti kerajaan di negara berkenaan. 

“Tiada siapa yang bersedia untuk duduk berbincang dengan kerajaan jika tentera membunuh rakyat,” kata Ibrahim Mattar, ahli blok Wefaq yang menarik diri dari parlimen Khamis lalu. 

“Kami tidak merasakan keinginan serius untuk berdialog kerana tentera masih di jalanan dan penduduk tidak dibenarkan untuk menunjuk perasaan.” 

Raja Hamad bin Isa al-Khalifa kelmarin menawarkan satu dialog membabitkan semua pihak untuk menamatkan krisis yang meragut enam penduduk dan menyebabkan beratus-ratus yang lain cedera sejak bermulanya bantahan di Dataran Pearl, Isnin lalu. 

Di SANAA, Yaman, bantahan anti kerajaan menyaksikan pertempuran antara penduduk dan polis pencegahan rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata dan tembakan yang menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 48 yang lain cedera. 

Bantahan selama sembilan hari berkenaan adalah tercetus daripada apa yang berlaku di Mesir dan Tunisia, mendesak pengunduran Presiden Ali Abdullah Saleh yang menjadi sekutu utama Amerika Syarikat dalam menentang al-Qaida. Beliau menjadi presiden negara itu selama 32 tahun. 

Di DJIBOUTI, Kementerian Dalam Negerinya menuduh penunjuk perasaan anti kerajaan melakukan keganasan dan vandalisme sehari selepas bantahan anti rejim meletus, menyaksikan pertempuran dengan polis. 

Beribu-ribu pemuda di negara itu berarak di jalanan sejak Jumaat menuntut Presiden Ismael Omar Guelleh yang memerintah sejak 1999 meletak jawatan. 

Kementerian terbabit juga menuduh penunjuk perasaan membakar kenderaan dan merosakkan beberapa balai polis. 

Di ibu negara Algeria, ALGIERS, penunjuk perasaan pro demokrasi berikrar untuk mengadakan perhimpunan baru walaupun beribu-ribu anggota polis ditempatkan untuk menghalang laluan mereka sejak seminggu lalu. 

Seorang bekas pemimpin kanan regim Algeria, Abdelhamid Mehri menggesa perubahan politik di negara Afrika Utara itu dalam satu surat terbuka beliau kepada Presiden Abdelaziz Bouteflika yang memerintah sejak 1999. 

Di AMMAN, Jordan, pertempuran membabitkan 200 penyokong kerajaan dan 2,000 penunjuk perasaan menyebabkan sekurang-kurangnya lapan cedera sejak bantahan mingguan dua bulan lalu apabila pembantah mendakwa mereka diserang dengan belantan, batu dan paip. 

Selain mahukan pemerintahan berperlembagaan penunjuk perasaan juga membantah kenaikan harga barangan dan kadar pengangguran yang tinggi. 

Di OMAN, sekurang-kurangnya 300 orang menuntut perubahan politik dan kenaikan gaji dalam bantahan aman sejak kelmarin. 

Penduduk lelaki dan wanita berhimpun di Ruwi daerah komersial di ibu negara selepas solat Jumaat dan melaungkan “kami mahukan demokrasi” manakala yang lain melaungkan “gaji dan kerja lebih”. 

Di KUWAIT, seramai 30 orang cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan penduduk Arab yang menuntut kewarganegaraan dalam bantahan di Jahra, barat laut Kuwait City. 

Seramai 50 orang ditahan selepas demonstrasi, kata sumber pasukan keselamatan manakala tunjuk perasaan hampir sama di Salibiya menarik sekurang-kurangnya 80 penunjuk perasaan. – AFP/AP/Reuters

P/s: Setelah berada dalam keadaan kritikal, mantan Presiden Tunisia yang digulingkan Zine El Abidine Ben Ali khabarnya telah menghembuskan nafas terakhir. Zine El Abidine meninggal dunia dalam keadaan maruahnya diaibkan oleh rakyatnya. Pengajaran untuk pemimpin dunia yang lain, termasuklah di Putrajaya. 

ceduk dari  :-  http://duniacacamarba.blogspot.com 

Mitos bisul yg tidak anda ketahui !!

on Feb 19, 2011

BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues

Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.

“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites - sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi," katanya kepada Berita Minggu.

Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.

Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.

Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.

Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.

Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.

Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.

“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit.

“Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.

Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.

“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.

"Perlu diingat, bisul pada kebanyakan bahagian tubuh agak sukar untuk sembuh dengan sendirinya. Kerana itu, sekiranya tanda awal bisul muncul, rawatan perubatan segera perlu diberikan," katanya.

ceduk dari  :-  http://lhakim-suarahati.blogspot.com   

Masjid Al-Khalidiah

on


Ini bukannya mendirikan masjid yang berkahwin itu ye. Ini mendirikan masjid yang benar-benar masjid buat. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Datuk K dan Datuk Siti kerana menerusi Yayasan Nurjiwa telah pun berjaya disiapkan dan dirasmikan semalam oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
masjid siti nurhaliza
Masjid ini diberi nama Masjid Al-Khalidiah dan merupakan salah satu impian Datuk Siti dan Datuk K. Abang Nara rasa hanya tinggal 1 lagi impian Datuk Siti yang belum tercapai. Semua orang pun rasanya tahu kot. Semoga impian beliau yang satu lagi itu dipermudahkan dengan terbinanya masjid untuk kegunaan orang ramai ini.
Lagi gambar Masjid Al-Khalidiah dengan membaca entri  ini sepenuhnya.
masjid siti nurhaliza
masjid siti nurhaliza
masjid siti nurhaliza
masjid siti nurhaliza

Pelik dan seram

on

Satu gumpalan asap menyerupai syaitan bertaring dikesan semasa kejadian kebaran yang berlaku di Iraq baru-baru ini. Samada ini benar atau tidak belum dapat dipastikan. Kalau benar mesti ada sesuatu hikmah yang Allah hendah tunjukkan kepada hambanya.

Macam mana Noh Omar boleh dapat invois dan resit.......

on





Macam mana Noh Omar boleh dapat invois dan resit.......Siapa yang punya angkara........


Guna wang MBI: Selangor kata biasa, tak janggal


Tindakan Selangor membelanjakan wang anak syarikatnya Perbadanan Menteri Besar (MBI) bagi tujuan penginapan tetamu merupakan amalan biasa dan bukan sesuatu yang janggal, kata setiausaha politik kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Faekah Husin berkata, dakwaan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar itu jelas merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan kunjungan rasmi dan perjumpaan dengan Khalid.

"Memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat.

"Sedikit pun kita tidak berasa gusar kerana kerajaan Selangor khususnya MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman, hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor didakwa membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada Kongres PKR tahun lalu sebanyak RM80,500.

Sambil mendakwa mempunyai bukti invois dan resit, menteri pertanian dan insdustri asas tani itu berkata, ia dikeluarkan oleh MBI bagi membayar tempahan 100 bilik di sebuah hotel di Petaling Jaya ketika kongres tersebut diadakan.

'Hisham politikkan isu polis bantuan'
Noh berkata, Pemuda BN akan membuat laporan kepada SPRM dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan pagi ini, Faekah sebaliknya berkata banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Noh berkenaan pentadbiran negeri "jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor."

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Faekah menyatakan kekesalannya terhadap sikap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwa mempolitikkan isu permohonan polis bantuan oleh kerajaan negeri.

"Beliau katakan kerajaan negeri tidak pernah menolong membanteras jenayah tetapi dengan masa yang sama menolak pula tawaran kami untuk menyediakan pasukan polis bantuan yang telah dicadangkan sejak Julai 2010.

"nilah akibatnya apabila pemimpin-pemimpin mengutamakan kepentingan politik sebelum kepentingan rakyat. 

"Amat menyedihkan apabila tawaran kami yang dibuat berkali-kali ditolak dengan alasan yang lemah dan jelas menunjukkan bahawa keputusan itu dibuat demi menjaga air muka pemimpin BN," katanya.

Bahrain Ikut Jejak.......

on



Protes: Giliran rakyat Bahrain pula desak 'kerajaan tua' berundur





WarkahDaily – Rakyat negara Arab mula tonjolkan keberanian menuntut keadilan dan kerajaan bersih. Minda mereka semakin celik dan terbuka. Mereka sudah mengerti apa hak mereka. Dengan kuasa keramat yang ada, mereka mula berani mendesak ketua kerajaan mereka letak jawatan.

Kebanyakan pemimpin yang didesak letak jawatan adalah mereka yang boleh dikatakan ’kerajaan tua’ kerana begitu lama memegang tampuk pemerintahan.

Kalau lama memerintah, korupsi berjaya dibanteras, penyalahgunaan kuasa dapat dibasmi, kayakan kroni dapat dielakkan, rakyat tidaklah marah tapi kalau memerintah sampai berabad, segala masalah rakyat tidak diberi perhatian dan pemerintahan kotor belum juga dapat dibanteras, sudah pasti rakyat bangkit kerana dah mula meluat dengan masalah berkaitan. Mereka merasakan selama ini hanya diperbodohkan.


Sinar Harian - MANAMA: Selepas Tunisia dan Mesir, penunjuk perasaan antikerajaan di Bahrain pula memenuhi sebuah dataran di ibu negara itu, semalam, pada hari ketiga protes ganas yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang maut.

Penduduk negara itu menuntut Perdana Menteri, Sheikh Khalifa bin Salman al-Khalifa berundur selepas memegang jawatan itu selama empat dekad bermula semasa kemerdekaan Bahrain pada 1971.


(Gelombang penunjuk perasaan anti-kerajaan mengibarkan bendera dalam demonstrasi di dataran Pearl, di Manama, Bahrain. Kelihatan di belakang gerombolan rakyat adalah menara berkembar Bahrain Financial Harbour. –foto AFP)


Orang ramai juga enggan bersurai walaupun selepas pemimpin negara itu memohon maaf atas kematian dua penunjuk perasaan yang ditembak oleh polis.

Selain itu, terdapat laporan awal mengenai jaringan internet di Bahrain mula disekat oleh kerajaan bagi menghalang penunjuk perasaan menganjurkan protes, sama seperti yang berlaku di Mesir, akhir bulan lalu.

Ribuan penunjuk perasaan memenuhi Bulatan Mutiara di Manama yang berfungsi serupa dengan Dataran Tahrir di Kaherah, Mesir sebagai pusat protes.

Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al-Khalifa mengucapkan takziah atas kematian dua penduduk negara itu dan berjanji akan menyiasat pembunuhan mereka, Selasa lalu.

Sementara itu, Amerika Syarikat menyuarakan kebimbangan berhubung protes di Bahrain, iaitu sekutu kuat Washington.

Ribuan penduduk Bahrain mula memenuhi jalan raya di negara kecil itu sejak Isnin lalu selepas mendapat inspirasi daripada kejayaan kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Najib beri amaran....

on


Najib beri amaran kepada SUPP sebagai menyindir Taib Mahmud?




Tiba-tiba Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, "saya akan menggunakan kuasa saya sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) untuk menentukan siapa yang boleh menjadi calon pada pilihan raya akan datang". Alasan Najib, supaya keputusannya itu dapat memastikan kemenangan dan mengisi kepentingan BN.

Beliau bercakap di Sarawak ketika berucap merasmikan Konvensyen Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 2011 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) dekat Kuching baru-baru ini. Turut hadir di konvensyen itu Presiden SUPP, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam.



Khabarnya, Najib bercakap dalam nada yang berlainan di Semenanjung, ketika beliau sering berjanji akan memilih calon yang dikehendaki pengundi dan bukan yang rapat dengannya atau calon yang kuat melobi.


Barangkali, Najib serik dengan calon pilihan SUPP, Robert Lau Hui Yew yang terpilih menjadi calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu, Mei 2010, apabila kalah kepada calon DAP, Wong Ho Leong dengan majoriti 398 undi.

Tidak mustahil juga, Najib tidak minat dengan Presiden SUPP, Dr. George Chan Hong Nam yang dianggap gagal memainkan peranan bagi menarik pengundi Cina kembali menyokong BN dalam PRK Sibu tersebut.

Menoleh sejenak bagaimana pemilihan calon Dun Bagan Pinang, Negeri Sembilan, yang dikatakan penuh kontroversi apabila bekas Perdana Menteri (PM), Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak bersetuju jika pucuk pimpinan memilih Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon BN, tetapi atas kehendak pengundi, Mohd Isa terpaksa dipilih semula.

Waktu itu, jika Najib menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN, mustahil beliau akan memilih Mohd Isa kerana Mohd Isa bukan calon yang dikehendaki Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Mohamad Hasan. Di tambah dengan pandangan Dr. Mahathir, menjadikan Najib serba salah. Namun, maklumat yang Najib kutip dari bawah, rata-rata mahukan Mohd Isa, menyebabkan waktu itu, Najib tidak dapat menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN.

Perlu disebut, beberapa anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno sendiri tidak bersetuju jika Mohd Isa dicalonkan semula. Antara yang lantang menentang nama Mohd Isa dicalonkan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah dan Dr. Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran. Kedua-duanya adalah anggota MT Umno.

Nampaknya, Najib sudah bercanggah pendirian. Satu ketika, beliau akan memilih calon tanpa menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi BN, tetapi dalam konteks SUPP di Sarawak, Najib bercakap dalam nada yang berbeza.

Apakah Najib sudah hilang kepercayaan kepada SUPP? Atau Najib tidak mahu lagi cadangan datangnya dari Dr. George Chan sebagai Presiden SUPP?  Atau, Najib mempunyai agen dalam SUPP yang mahu menjatuhkan Dr. George Chan dari kedudukan tertinggi dalam parti itu?

Najib dipetik sebagai berkata. "tolong berikan saya hanya calon boleh menang, diterima dan mendapat sokongan majoriti rakyat, bukan kerana mereka pilihan parti disebabkan kedudukannya dalam parti.

"Pada masa sama, dekati, selami serta penuhi kehendak sebenar rakyat dengan berpegang kepada prinsip mendahulukan rakyat, bukan buat apa yang kita fikir rakyat mahu, tetapi apa yang rakyat benar-benar mahu. Beliau berkata, apa guna jika calon yang dikemukakan itu tua, tetapi tak boleh menang. Apa guna juga jika mereka calon baru yang muda jika tak boleh menang. Jangan beri saya calon kerana mereka orang penting atau popular dalam parti, bukan di kalangan rakyat." 

Ada juga yang berpendapat, Najib hanya memerlukan SUPP ketika parti itu kuat dan dapat memberi sumbangan kerusi kepada BN. Dalam masa yang sama, walaupun kata-kata keras Najib ini dilontarkan ketika Konvensyen SUPP, tetapi ada yang berpendapat, Najib menyindir kepimpinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang dikatakan sudah hampir 30 tahun menjadi Ketua Menteri. 

Namun, disebabkan sumbangan Taib yang terlalu besar kepada BN di peringkat Persekutuan, Najib mempunyai rasa cuak untuk berterus-terang kepada Taib. Jadi, jalan yang paling mudah, "pukul anak, sindir menantu".

Najib juga mengingatkan SUPP, bahawa pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang bukan berdasarkan kedudukan dalam parti tetapi seseorang itu mestilah diterima dan mendapat sokongan majoriti rakyat. Kerunsingan bersarang di dada Najib. Jika BN Sarawak kecundang kali ini, ia memberi petanda bahawa BN tidak akan dapat mengekalkan kuasa lagi di dalam PRU 13 akan datang.

Sarawak dan Sabah adalah "simpanan tetap" BN tetapi dengan kekalahan BN di dalam PRK Sibu, tahun lalu, Najib benar-benar kecewa selepas BN menang bergaya di Dun Bagan Pinang dan menang tipis di PRK Parlimen Hulu Selangor.

Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2006, SUPP tewas lapan dari 19 kerusi yang diperuntukan kepadanya. SUPP merupakan parti komponen BN kedua terbesar di Sarawak, selepas PBB pimpinan Taib. Najib sebenarnya tidak sepatutnya bercakap secara terbuka kehendak hatinya untuk memastikan BN terus berkuasa, dengan menjadikan SUPP sebagai "bahan belasahan" seolah-olah selama ini SUPP tidak pernah ‘berbudi’ kepada BN di Sarawak dan Persekutuan.

Kenapa, ketika SUPP tewas lapan dari 19 kerusi DUN Sarawak, Najib mahu membelasah SUPP seolah-olah kekalahan SUPP itu hanya kerana pengundi Cina tidak mengundi BN, tetapi dalam masa yang sama, BN tidak pernah membuat kajian menyeluruh, mengapa berlaku begitu teruk kemerostan sokongan pengundi Cina terhadap calon BN (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri 2006 yang lalu.

Jika Najib seorang pemimpin yang berpegang kepada semangat setiakawan, sepatutnya beliau tampil membantu SUPP habis-habisan dan bukan dengan mengukit pemberian kerajaan kepada masyarakat Cina di Sarawak tetapi masyarakat Cina tidak memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya.

ceduk dari   :-  malaysiakini

AZMIN, JANGAN BIADAP....

on



Rasa terharu oleh kerana sebenarnya kumpulan sasaran Azmin bukan ahli-ahli PAS atau DAP tetapi ahli-ahli PKR. Azmin cuba menggunakan isu peruntukan kerusi, suatu persefahaman asas di antara para pemimpin PR, untuk menonjolkan dirinya sebagai Timbalan Presiden. ‘Grandstanding’ bak kata orang putih. Jawatan yang disandang beliau adalah hasil daripada proses pemilihan yang pincang dan beliau dipilih oleh hanya 9% daripada jumlah ahli-ahli PKR. Beliau sedar yang beliau hanya seorang Timbalan Presiden “itik tempang” (lame-duck). Untuk menutup ‘inferiority complex’ ini, terpaksalah bercakap mengenai satu isu besar seperti isu peruntukan kerusi.
Rasa lucu oleh kerana Azmin masih dalam sindrom penafian. Hakikatnya, sejak 2008 telah ramai wakil rakyat PKR meninggalkan parti tetapi tiada seorang pun wakil rakyat PAS yang berbuat demikian. Alasan yang diberi oleh Anwar Ibrahim ialah ramai calon PKR pada PRU 12 adalah bidan terjun yang ditangkap muat. Kalau dah sebegitu ketandusan calon, kenapa masih gelojoh mahu bertanding di kawasan bercampur? Berilah peluang kepada PAS yang mempunyai proses pemilihan calon yang lebih teliti dan rapi.
Rasa sedih pula oleh kerana Azmin telah memilih untuk mengutarakan satu isu sensitif secara terbuka melalui media, bukan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat. Seolah-olah dengan jawatan Timbalan Presiden yang baru dimenangi, beliau berhak mengeluarkan arahan kepada pucuk pimpinan PR. Bayangkan jika Anwar dipenjarakan atau lari ke luar negara, mampukah Azmin memainkan peranan seperti yang dimainkan oleh Anwar dalam PR sekarang? Wajarkah dia berbuat sedemikian? Sanggupkah PAS dan DAP mengikut telunjuk seorang pemimpin “itek tempang”?
Sudah tiba masanya untuk PAS dan DAP mengkaji satu pakatan tanpa PKR. Realitinya, sokongan orang bukan Melayu kepada PAS kian bertambah, begitu juga ramai orang Melayu telah menerima DAP. Kawasan-kawasan bercampur boleh diagih antara PAS dan DAP. Hanya dengan strategi sedemikian dapat PR memenangi PRU 13.
ceduk dari  :- luahan hati ahli 

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List