KETUA UMUM YANG BONGKAK ATAU PARTI YANG TULI.....

on Feb 6, 2011


Ramai yang terkejut dengan senario terbaru ini sebenarnya. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini. Apakah dek kerana kesilapan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tergamak melantik Pajudin Nordin yang hanya merupakan Naib Ketua Cabang ke Jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah?. 

Terkadang, ahli PKR perlu menerima kenyataan yang Anwar banyak juga membuat kesilapan dalam menentukan kepimpinan parti hingga menyebabkan krisis dalaman PKR berlaku di sana sini. Inilah hakikatnya, lantaran itulah kita tidak hairan orang-orang seperti Zaid Ibrahim dan terkini Gobalakrishnan akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Apa tidaknya, Anwar tergamak melantik seorang peguamnya iaitu R.Surendran sebagai Naib Presiden PKR sedangkan ada pemimpin India yang telah lama berjuang dan layak tidak diberi perhatian. Begitu juga dengan lantikan Rafizi Ramli selaku Pengarah Strategik PKR.

Ia juga menunjukkan Anwar ingin menjadikan PKR sebagai parti kroninya, kerana beliau tahu Rafizi adalah "ayam didiknya" di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor sekarang ini. Sedangkan umum mengetahui Rafizi tidak sehebat mana kerana takut berhadapan dengan Chegubard dalam pemilihan jawatan Ketua AMK menyebabkan beliau menarik diri sebagai calon di saat-saat akhir. 
Apakah orang sebegini layak dipilih ke kedudukan itu?. 

Kini Anwar bertanggungjawab menyebabkan PKR dalam "huru-hara" akibat sikapnya yang tidak mahu mendengar pandangan akar umbi sebenarnya. Maka dari itu sesuatu perlu dilakukan !. Dan aku juga sedang berkira kira untuk menentukan sokongan aku pada PKR.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List