4 isteri, jagalah yang pertama......

on Mar 31, 2011






Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!
Wallahualam



Fenomena Orbs di Alam Paranormal...???

on

Pernah korang mendengar apa itu Orbs ini?ianya merupakan makhluk ciptaan Allahjuga...



"Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11)

Sifat-sifat

Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali…walaupun ianya paling mudah bagi mereka…kita tetap tidak dalam melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya boleh dilihat dengan rakaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita boleh lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, dalam frekuensi yang tinggi…

Ia adalah suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merakamkan imej-imej. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berjaya dirakamkan adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sesebuah orb akan mempunyai bahagian dalaman dan terdapat satu bintik ditengahnya yang dipanggil “nucleus”.

Imej cahaya yang terhasil dari orb juga berbeza antara satu sama lain. Sesetengah dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat.

Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan laju dan tidak dijangka hala tujunya.


Orb biasanya hadir di merata-rata tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat popular di kalangan pengkaji paranormal.


Rahsia Anggota Badan Bergerak-gerak

on



Kepala
Jika kulit kepala bergerak-gerak, alamatnya anda akan mendapat pekerjaan dan sesuatu yang boleh membanggakan keluarga
Sekiranya kepala kanan bergerak-gerak menandakan anda akan dikhianati atau seseorang yang iri hati dan jika kepala kiri bergerak-gerak, seseorang itu akan mendapat harta atau pujian dari sahabat mahupun keluarga
Mata
Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan
Hidung
Jika hidung kanan bergerak ia bermaksud anda akan menemui musuh dan sekiranya hidung kiri yang bergerak seseorang akan terlepas dari bebanan seperti hutang
Telinga
Cuping telingga kanan bergerak-gerak menandakan anda akan memperolehi durian runtuh.Jika cupin telingga kiri pula menandakan anda akan bertemu dengan sahabat lama ataupun adik-beradik yang berjauhan
Bibir
Sekiranya bibir kanan bergerak menunjukkan anda berada dalam keadaan aman manakala jika bibir kiri atas bergerak menandakan anda akan menerima berita baik
Kedua-dua bibir bergerak menandakan akan bertemu kekasih
Lidah&Lelangit
Berlainan pula dengan gerak lidah ia memberi alamat anda akan memperoleh harta.Lelangit mulut bergerak menandakan orang itu mengalami masalah yang berpanjangan

Kerongkong
Kerongkong kanan bergerak menandakan anda dalam perhatian dan memperoleh kebaikan daripadanya.Sebaliknya jika kerongkong sebelah kiri menandakan anda akan memperoleh durian runtuh
Bahu
Gerak bahu kanan menandakan anda akan mendapat pertolongan jika kiri anda akan naik pangkat secara mendadak
Siku
Jika siku kanan bergerak alamatnya kebaikan jika geraknya lama pula maksudnya keburukan.Jika siku kiri bergerak maksudnya anda akan mendapat sakit
Telapak Tangan
Jika telapak tangan kiri bergerak menandakan anda akan memperoleh emas ataupun perak.Jika 4 jari tangan kanan bergerak menandakan harta akan diperolehi.
Telunjuk
Telunjuk kiri bergerak menandakan rahsia akan terbongkar.Kelingking kiri bergerak menandakan anda akan mendengar nasihat daripada orang jahat

Dada
Jika dada kanan bergerak menandakan anda akan mendapat kekasih.Sebaliknya jika dada kiri bergerak anda akan memperoleh ketenangan hati
Rusuk
Rusuk kanan bergerak menandakan terlepas daripada penyakit bahaya.sekiranya rusuk kiri yang bergerak seseorang akan memperoleh harta kekayaan
Pinggang
Jika bahagian kanan pinggang bergerak seseorang akan mendapat kebaikan atau kelebihan melebihi daripada anggota badan yang lain dan jika pinggang kiri yang bergerak anda akan memperoleh isteri
Kaki
Jika pergelangan kaki kanan bergerak menandakan ada orang yang berhasad dengki.Jika kaki kiri pula akan mendapat kebaikan
Jika kaki atau tapak kaki anda bergerak menandakan ada orang yang menaruh dendam atau anda akan mendapat kesakitan .Sebaliknya jika tapak kaki kiri yang bergerak anda akan memperoleh kekayaan
Sekiranya 4 anak kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendengar khabar berita sakit.Jika telunjuk kaki kanan bergerak anda seorang yang berhati mulia.Kelingking kaki kanan bergerak menandakan anda akan mendapat pakaian baru


Kenapa mereka bermati-matian ingin mempertahankan Putrajaya…

on




Kenapa mereka bermati-matian ingin mempertahankan Putrajaya sehingga sanggup merekacipta pelbagai fitnah yang jijik?




KOMEN :-

  1. salam tuan, tempat bermain lagi di kenang, ini kan tempat melepas kan hajat hehhehehehheeh
    • Tempat melepaskan hajat
      kat pejabat JPM,
      cantik gilee bhai…!!!!
      Sebab tu depa bermati-matian
      nak mempertahankan Putrajaya…!!!
      KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!
      • memanglah hang.
        hajat hang.
        nak ke mangkuk tandas.
        setakat nak lepais hajat.
        depa tak tau.
        kalau depa tau.
        depa bagilah kat hang.

      • Nak bagi kat aku…????
        Bagi Free…???
        Oh… Terima kasih…
        Terima kasih….

  2. saya pun hairan kenapa PR bersungguh2 hendakkan putrajaya hinggakan menabur pelbagai janji-janji kosong untuk rakyat?
    • sama saja jawapannya kenapa BN bersungguh2 nak mempertahankan putrajaya.
    • Aku pun hairan
      kenapa janji BN
      di PRK Manek Urai
      belum tertunai…

      • baru kita tau.
        hang ni, jenih.
        nak makang free.
        patutlah hang dok ikutCeramah.
        hang selinap makang free.
        bila takdak makang.
        hang ikutCelamah pulak.
        dok cela, cela.
        baguis sungguih hang.
        nuuur.

      • Mana ada makang free
        kat ceramah pakatan?
        Hang pernah dapat ka?
        Habaq mai ceramah mana?

  3. janji kosong pe nye.. ce cite.. ce cite..

    • kalau yang hang ada, ada pon.
      tak boleh guna.
      bagi apa pon, tak guna.

  4. Jiwa yang menggeletik, rimas, risau, tak keruan, haruhara, tertekan bukan satu perasaan yang selesa, bukan satu perasaan yang boleh dipujuk pujuk dengan kata2 atau minum air jampi penawar atau dengan membaca quran jika jiwa kacau dengan yang telah dibuat dan dimiliki itu hasil dari dosa.
    Nak bertaubat ertinya kena meninggalkan segala perbuatan yang berdosa. Mengakui segala dosa. memohon ampun dan maaf kepada yang menjadi mangsa dari dosa kita, kena menyerahkan semula milik yang bukan hak kita, apatah lagi hak itu milik rakyat dan negara. Kesanggupan ini pastinya tidak akan terjadi kalau dinilai dengan Iman umat nabi dizaman ini sementelahan pulak Alquran dan Islam itu hanya diletak ditapak kaki.
    Kerana Alquran dan Islam diletak ditapak kaki. Nafsu dan syaitan akan bertandang memujuk hati. Segala yang terjadi di Mesir, Tunisia, Yaman, Libya, Syria dan Maghribi bukan satu contoh yang perlu diambil peduli. Tak perlu bimbang rakyat Malaysia tidak akan berani bertindak seperti negara2 tersebut.
    Rakyat Malaysia masih sayang dan suka hidup harmoni. Rakyat Malaysia masih percaya kuasa hendaklah diambil melalui demokerasi. Jadinya kita perlihatkan yang kita adalah jaguh demokerasi, gunakan tipudaya dalam pilihanraya.
    Ciptakan idea dan slogan2 yang boleh dipercayai rakyat. Gunakan setiap jentera kerajaan yang ada samada secara terang atau gelap untuk bantu memenangi pilihanraya. Pokoknya rakyat mesti sentiasa dibodohkan untuk menyokong dan menang kerana inilah pembuktian kita mendapat kuasa melalui demokerasi pilihanraya. Itulah bisikan nafsu dan syaitan menguasai hati dan manusia yang memiliki kuasa.
    Setiap perbuatan, bathil mungkar dan amalan yang jahat. Allah sediakan pula golongan mereka yang bersedia menegakan haq dan kebenaran kerana ini sifat Allah. Buta, Pekak, bisu, jahil dan lalai adalah sifat mustahil bagi Allah. Maka hak dan kebenaran itu adalah musuh kepada nafsu syaitan. Hak dan kebenaran itulah yang hendak diperangi oleh mereka yang memiliki kuasa dan telah terlalu banyak melakukan salahguna kuasa.
    Takut kalah berperang dengan golongan inilah mereka terpaksa mempertahankan Putrajaya. Jatuhnya Putrajaya akan hilang kuasa dan segala dosa akan menghantui jiwa, yang paling pedih apabila dihukum oleh hak dan kebenaran.
    Begini sajalah.. Tinggalkan wasiat kepada waris dan sanak saudara. Jika anda telah mati nanti, mintak kafankan bersama jutaan wang nilai harta anda yang ada untuk disedekahkan kepada Munkar dan Nakir. kiraman dan katibin, Raqib dan Atid untuk melepaskan anda dari soalan kubur, untuk menambah dan memadam dosa dan kejahatan untuk dilihat bersih didepan Allah diakhirat nanti.
    Atau kalau masih sangsi, minta dikafankan bersama seorang hakim yang setia, Peguamcara Negara, Ketua Polis yang setia untuk membela anda di yaumun mahsyar mahkamah Allah nanti. Kerana anda dan saya tetap percaya bahawa mati itu benar!!!!.

    • Salam Kucing Kota.
      Hang tak bagi salam pon, takpa.
      Kita bagi sebab hang tulih Al Quran.
      Tentunya hang Kucing Islam.
      Seropa Jin jugak, ada Jin Islam.
      Mukad dan dimah hang, menggeletik.
      Amboi, hebat.
      Hang nak bagi ceramah ka.
      Tak usah Kucing.
      Nanti jadi celamah.
      Kalau ada orang bermati-matian.
      Tapi belum mati mati.
      Ingin pertahankan Putrajaya.
      Apa salahnya.
      Janganlah dok jealous kat depa.
      Sekurang-kurangnya.
      Tak payahlah kita hantar chief.
      Yang dok mengaku great.
      Pertahankan.
      Hang koot, yang dok teringin sangat.
      Kat Putrajaya.
      Sekadaq teringin kat mangkuk, koot.
      Koot lagi.
      • Aku pun teringin
        kat magkuk…
        Nak tau mangkuk apa?
        Mangkuk tandas
        sekolah tadika di Putrajaya…!!!
        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!
        Nak buat apa dengan
        mangkuk tandas tuh…???
        Aku nak hadiahkan….
        …pada BUDAK TADIKA…!!!
        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

      • hang teringin tak pa.
        jangan bagi Kucing Kota.
        marah kat hang.
        magkuk tu, takhta dia.
        dia bukang kira.
        yang hang al ka tak al.

      • Memang aku tak mau
        bagi magkuk jamban tu
        pada kucing…???
        Hang pernah tengok ka
        kucing berak
        kat mangkuk jamban…???
        Aku tak tau la kalau
        kucing kat rumah hang
        dah di ajaq supaya
        berak kencin kat
        mangkuk jamban…!!!
        KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!! KAH…!!!

  5. bro n sis……..
    Kenapa mereka bermati-matian ingin mempertahankan Putrajaya…
    depa tu sapa???……
    umporno ka???………
    kalu depa nie……
    apa cara pun sure depa buat punya……
    arak, judi, rasuah, gelap duit kat luaq, mega mall project, mega land project, super sky project n bla bla bla…..
    bursa saham depa punya……..
    judi genting pak penakan depa punya……
    petronas dah lama sangat depa dok jaga……..
    plus pun sukusakat depa yg dok urus……
    kapai selam tok nenek depa jugak yg punya……..
    keretapi laju pak tiri depa pulak yg punya……..
    segala ‘plantation’ besaq anak penakan depa yg punya……
    plabuhan kelang…..penang port……
    pasiaq gudang…..depa jugak yg jaga daaaaaaaaa…..
    dok bawak masuk mek mek indon ngan mat bangla ngan segala mcm spesis luaq nie yg melambak kat malas sia nie……… depa tak dak nak bagi kat sapa pun..depa sendiri yg dok urus…….
    tu tak kira lagi bank bank besaq dlm negeri……..depa punya daa…….
    tapi depa simpan kat luaq negeri…….
    hang sebut laa apa pun dlm malas sia nie……..
    dari buku sekolah budak-budak tadika sampai le baja urea yg dok bagi kat pak mat ngan pak leman…..semua depa ada hun………
    dari tokeh nasik lemak sampai cukong yg dok jaga api laa….jaga ayaq laa….jaga sayoq…jaga ikan….jaga bawang….jaga ubi kemili pun depa semua ada hun………
    pasai tu laa…….
    umporno kena pertahan semua toh…….
    kalu tidak…….melepas……
    boleh jadi susah habih semua…..
    laa nie depa tak payah seluk poket sendiri………
    semua nanti dok mai ‘butare’ saja……
    cerita pasai ‘susah’ lepaih ‘telepaih’ nie jangan sebut laa…….memang menyeramkan………
    mana tak segham……besa dok goyang kaki……bulan bulan cak bey liau……..boleh dok pi sana pi sini tak dak sapa kacau…….dpt layanan first class lagi…..super vvip class…….
    hangpa ingat senang depa nak biaq telepaih mcm tu saja???…..
    orang pakatan!!!!!!……
    hangpa jangan dok pikiaq senang hangpa
    nak pi rabut mantah mcm tu saja…….
    depa tak biaq punya……
    kah kah kah…..

    • Salam nasik kandaq.
      Apa yang hang dok kalut sangat.
      Kalau depa dah bermati-matian.
      Semuanya dah mati.
      BO BO Isu lah.
      Kata BOBOI, sukusakat hang.
      Yang malais membaca tu lah.
      Kang hang tak ingat.
      Seandainya mereka dah mati.
      Kerana bermati-matian.
      Maka hang bawaklah pengandaq hang.
      Hang kandaqlah kat sana pulak.
      Sebab di sana tu bersih sikit.
      Takdak lorong kucing@pulau tikus.
      Takdak padang kota lama@Dewan Sri Pinang.
      Yang belemuih.
      Tapi rasanya, hang dok mimpi lah.
      Di alam maya.
      Sebab jenih hang yang pjolor@porno.com.ke
      Bekawan great chief@doggy style.pe
      Becampoq leMAH jasMANI (ada ada, tapi tak boleh guna).
      Dok ikutCelamah al bahalol.
      Maka mimpi lah, hang.
      Sekadaq hang mimpi di siang hari.
      • tu saja ka yg hang tau merepet……….
        komen tahap tempoyak…….
        tempoyak masam……
        nak buat sambai pun nak temuntah…….
        nak buat tempeyek lagi laa merana….
        say no 2 umporno 3x
        kah kah kah

      • hang dok guna tong.
        mana tak temuntah.
        hang tu tongong.
        mana tak merana.

      • Guna tong…???
        Tong yang macam mana…???

  6. merapu lagi Budak Terencat nie.. bila la agaknya nak bagi komen yang ada unsur ilmiah… bila dah hilang terencat kut.. tapi selalunya terencat akal nie bawak smpi kemati.. so layan jer lar Budak Terencat akal nie.. sekurang-kurangnya komen bodoh dia bole gak hiburkan hati.. lawak siot

    • salam lejas……..
      yg hang kata tu 110% betoi sangat…….
      BT tu bukan ada bakat komentar……..
      dia ada bakat KUMANtor saja………
      tu pasai banyak penyakit……….
      kah kah kah……..

      • salam nasik kandaq.
        hang belajaq hisab kat mana?
        takkan kat u canada.
        yang hang masuk pintu belakang.
        keluaq pintu depan.
        kalau betoi sangat 100% lah.
        bukang 110%.
        ni yang 110% tu.
        betoi yang tak boleh guna.
        seropa leMAHjasMANI lah.
        tu penyakit yang hang kata.
        tak banyak aiih.
        sekadaq lemah yang tu saja.
        tong ongnya hang



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List