Kalau Hati Busuk Mulut Pun Busuk Sama......???

on Mar 31, 2011

Tolak janji manis 'jembalang', kata Muhyiddin


Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 


Katanya pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April depan adalah peluang terbaik bagi rakyat Sarawak berbuat demikian.

Muhyiddin berkata "hantu" dan "jembalang" itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini.

"Perjuangan mereka hanya untuk kepentingan suku sakat mereka... bukan untuk semua rakyat. Ini (pilihan raya negeri) adalah detik penentuan yang penting bagi rakyat Sarawak untuk masa depan yang terjamin," katanya ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching hari ini.

Muhyiddin berkata BN tidak pernah berbohong kepada rakyat dan berharap rakyat terus memberi memberi sokongan apabila tiba masa
penentuannya supaya rakyat Sarawak terus terbela.

Katanya apabila tiba pilihan raya, pertimbangan-pertimbangan tertentu perlu diambil kira dalam memilih parti yang boleh dipercayai untuk mewakili penduduk Sarawak.

"Kita harus bersyukur negara kita dan Sarawak khususnya adalah negara dan negeri yang begitu aman, begitu stabil dan begitu maju. 

"Pertimbangan utama yang perlu diambil kira (pada pilihan raya) adalah untuk menjamin politik yang terus kekal stabil, menjamin proses pertumbuhan ekonomi negeri terus mantap, menjamin pengagihan kekayaan yang ada di negara dan negeri dilakukan secara adil dan saksama serta menjamin masa depan generasi muda yang maju dan cemerlang," katanya.

Muhyiddin berkata ini semua telah dilakukan oleh BN, dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan program-program transformasi yang hebat. 

"Kita tidak mahu Sarawak, negeri yang besar dengan penduduk yang ramai terpinggir daripada arus perdana. Kita tidak mahu Sarawak tidak terpaut dalam transformasi besar di peringkat nasional.

"Saya ingin mengajak rakyat Sarawak berganding bahu membantu BN untuk mengekalkan kuasa politik... kalau boleh lebih besar daripada pilihan raya dahulu," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang tiba di Kampung Boyan-Gersik dengan menaiki sampan pada pukul 2.30 petang, memulakan lawatan ke kampung itu dengan mengecat sebahagian surau sementara Kampung Gersik yang dalam proses baik pulih. 

Beliau yang diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu kemudian melawat premis-premis yang mengusahakan kek lapis Sarawak, satu perusahaan yang cukup terkenal di kampung itu.

Timbalan Perdana Menteri kemudian mengunjungi orang kelainan upaya (OKU) Awang Ahmad Awang Bakri, 64, di Kampung Gersik, yang cacat kakinya sejak lahir, diikuti lawatan ke rumah seorang warga emas, Dayang Jamilah Abang Lias, 86, yang tinggal bersama seorang anaknya yang mengalami masalah mental.

Dalam lawatan ke rumah Awang Ahmad dan Dayang Jamilah, Muhyiddin meminta supaya kedua-dua mereka diberi bantuan oleh Baitulmal dan rumah mereka diperbaiki.


- Bernama






KOMEN :-


Roslee Ayob ·  Top Commenter · Sek men jitra
Janji Jembalang

Jangan kata janji jembalang tuan, tak elok. Nak tau jembalang atau tidak, bagilah Pakatan Rakyat perintah selama tiga penggal. Kalau tak tertunai janji dlm tiga penggal, barulah boleh kata janji jembalang.

Pelik, seorng timbalan perdana menteri boleh cakap mcm tu sedangkan PR belum lagi perintah negara. Harap rakyat Sarawak tidak bodoh termakan kata2 TPM ini. Nak tau janji jembalang atau tidak bagi PR peluang perintah. Umno dh perintah 53 tahun pun negara masih mundur ke belakang, sebab otak mereka maju!

Cucu Mat Candu: Tak sabar nak tengok Sarawak tumbang.

Ahmad Shafei ·  Top Commenter · Perunding Takaful atZol's Organisation
Seorang TPM telah menghina pemimpin yang dipilih secara sah oleh rakyat dgn hinaan hantu dan jembalang....ini menunjukkan betapa despradonya BN utk menang.TPM telah menghina RAKYAT apabila memberi label itu kepada pemimpin yang dipilih rakyat..malang sungguh TPM membodoh dan mendungukan dirinya sendiri...

Ayu Nasha ·  Top Commenter
Siapa jembalang.hantu yang bawa pengundi hantu undi pilihanraya.Kalau tidak si pemerintah regime BEE END.TPM saya ikuti juga apa yang dikatakan selalu meniru gaya pakatan rakyat berbicara.contohnya Kita mestilah sayang kasih rakyat..keluar di media arus perdana walhal dah lama Pemimpin pakatan rakyat berbual demikian dan melakukan demikian bukan hanya di bibir sahaja seperti di Selangor Pakatan Rakyat baru memerintah 3 tahun air kita dapat percuma 20 meter padu walau ditekan oleh Kerajaan Persekutuan dan kroni2 Regime BEE END.

Selekoh Tajam ·  Top Commenter · Friends with Aku Penyokong Pas
Kalau dtg buat janji ajak kepada kebaikan, bagi cdangan apa nk buat tu bukan jembalang...Jembalang nie yg datang bawak juta2 janji bukan2 bila dah menang rembat berbilion2...ha tu lah JEMBALANG UMNO namanya...

Abdul Samad Alias · SM Methodist (ACS) Kampar Perak Darul Ridzuan
Inilah otak dungu TPM yang tak mahu malu sanggup gelar orang dengan perkataan seperti itu. Dizaman serba canggih masih percaya kepada hantu dan jembalang. Yang orang tak tahu hanyalah penyamun dan penyanggak zaman seperti yang Taib mahmud dan kuncu2nya buat di Sarawak. Tak percaya pergi tengok sendiri di kawasan pendalaman keadaannya lebih teruk macam sebelum merdeka setelah 30 tahun Taib Mahmud dan kuncu2nya memerintah. Bagi peluang kepada Pakatan Rakyat wahai rakyat Sarawak kamu pasti akan melihat perubahan tersebut dengan mata dan kepala kamu sendiri. Ngap Sayot Sarawak.......

Rosman Kadir · Kuala Lumpur, Malaysia
Siapa jembalang sebenarnya???? mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan...siapa????bukan ke Umno/Bn? bukan setakat janji perbodohkan rakyat 54thn memerentah janji macam2 janji..lepas menang pilihan raya habuk pun tara...Buku Jinga janji pakatan dibuktikan jika memerentah...tgk aja Negeri diperentah PR rakyat lebih hidup selesa berbanding pemerentah BN......jadi siapa jembalang sebenarnya?????jembalang tanah,jembalang air jembalang langit jembalang bumi dan segala bapak, hatuk jembalang sebenarnya adalah UNNGOK/ Be End...

More Comments

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List