Komik Lucah pulak dah.....!!!

on Mar 29, 2011





Saya mendapat maklum tentang senaskhah komik 16-muka surat bertajuk, Kisah Juara Raja Lawak, yang mengandungi imej-imej lucah seorang watak yang kelihatan serupa seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke semua pengundi baru di Lembah Pantai. 

Komik tersebut telah dihantar melalui sebuah pejabat pos di Shah Alam. Tindakan mengedar komik berniat jahat ini kelihatan seperti suatu kempen untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Ketua Pembangkang kami, dan juga imej seluruh Pakatan Rakyat.




Pengedaran pamplet lucah ialah suatu kesalahan di bawah Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah mengedar pamplet lucah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya, dan juga Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan di mana mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun, atau dikenakan denda, atau kedua-duanya. 

Saya menggesa PDRM untuk menyiasat aduan ini dengan pantas, adil, dan secara menyeluruh dan memastikan mereka yang bertanggungjawab bermain politik lucah sebegini dibawa ke muka pengadilan. 

Kegagalan untuk berbuat sedemikian menunjukkan kerajaan persekutuan yang dipimpin BN bersekongkol khususnya berkait dengan video lucah yang dimainkan dengan hebatnya oleh media arus perdana. 

Saya juga menggesa pihak PDRM untuk menyiasat keempat-empat laporan polis yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara 9 Julai 1999 hingga 20 Ogos 1999, berkenaan salah guna kuasa oleh Tun Dr Mahathir dan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail seperti yang disebut dalam surat terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara semalam. 

Akhir kata, saya menjemput dan mengingatkan semua pimpinan politik tidak mengira kepartian untuk mendokong sebuah budaya politik baru yang menolak politik fitnah dan lucah yang menghancurkan nilai integriti dan manusiawi kita bersama. 

Rakyat menuntut pimpinan yang berwibawa dan mempertahan etika moral. Janganlah kita menghampakan harapan rakyat. 


Nurul Izzah Anwar 
Ahli Parlimen Lembah Pantai 
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat 


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List