DAP mahukan pemimpin Melayu yang berintergriti memimpin negara.......

on Apr 30, 2011

Saya ditanya oleh beberapa orang adakah DAP benar-benar ingin mengambil alih negara ini dan pemimpinnya akan menjadi PM jika DAP berkuasa? Jawapan saya kepada soalan itu ialah; jika DAP berjaya menguasai Parlimen pemimpinnya akan menjadi PM dan mengetuai eksekutif negara.

Tetapi adakah itu akan terjadi? Jawapannya adalah TIDAK kerana DAP tidak pernah menurunkan jumlah calon yang cukup untuk mengambil alih negara jika semua calonnya menang di dalam pilihanraya umum. DAP memahami 'limitations' yang ada pada mereka.

Di Sarawak baru-baru ini, DAP hanya bertanding di 15 kerusi daripada jumlah 71 di dalam DUN Sarawak. Di Pulau Pinang sendiri DAP hanya bertanding di 19 kerusi sedangkan untuk mendapat majoriti yang ‘simple’ secara sendirian parti itu memerlukan 21 kerusi setidak-tidaknya. Tetapi DAP hanya menurunkan 19 calon dan memenangi kesemua kerusi yang ditandinginya.

Seperti juga MCA kehadirannya di dalam politik negara bukan untuk mengetuai kerajaan dan menjadi PM kepada negara ini. Di Perak, PAS hanya memenangi kerusi yang kecil bilangannya tetapi DAP yang telah memenangi kerusi yang banyak tidak mengambil kerusi MB kerana undang-undang tubuh negari itu hanya memperuntukkan jawatan MB itu untuk orang Melayu. Maka diberikan kerusi itu kepada Nizar Jamaludin daripada PAS. 

Tetapi UMNO telah merampas kuasa melalui permainan politik kotor dan mengambil alih pentadbiran negeri Perak itu. Hanya UMNO sahaja memilih seorang MB yang tidak berapa Melayu sebagai MB negeri itu. Itu bukan salah DAP.

Dalam pilihanraya dahulu DAP telah bertanding kurang dari 50 kerusi Parlimen dan jumlah itu tidak sampai pun 25% daripada keseluruhan jumlah kerusi di Dewan Parlimen kita. Masing-masing bilanglah jumlah kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di negeri-negeri lain. Jumlah calon mereka jika menang sekali pun tidak akan membolehkan DAP menjadi tunjang pemerintahan negara.

Hanya mereka bersatu dengan parti-parti yang mereka bersama di dalam ‘coalition’ alternatif untuk memerintah di Pulalu Pinang seperti juga yang berlaku semasa Gerakan memerintah dahulu. Bezanya dulu Gerakan yang didominasi oleh bangsa Cina dan sekarang diperintah oleh DAP parti ‘multi-racial’ yang didominasi oleh kaum Cina juga.

Persoalannya, apa yang menjadi masalah kepada orang Melayu di Pulau Pinang misalnya…atau kepada orang Melayu di seluruh negara? MCA tidak akan membolehkan bangsa Melayu untuk menjadi calonnya di dalam mana-mana pilihanraya sedangkan DAP boleh membenarkan calon daripada orang Melayu jika parti itu mahu menunjukkan dengan secara ‘real’ bahawa parti itu merupakan parti ‘multi-racial’. Jika DAP meletakkan calon Melayu di setengah kawasan, maka parti itu wajar menjadi alternatif kepada MCA. Apa lagi yang orang Melayu hendak memberikan sokongan kepada MCA lagi sedangkan parti itu tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada BN? 

Malahan MCA sudah menjadi beban yang berat untuk dikendung bersama. Calon-calon MCA terpaksa diletakkan di kawasan yang didominasi oleh orang Melayu untuk mendapatkan sedikit peluang untuk menang, sedangkan DAP merupakan parti yang ‘reliable’ yang boleh membawa sokongan orang Cina jika kita bekerjasama dengannya. Tidak bolehkah BN memikirkan hal ini?

Kenapa tidak diusahakan untuk bekerjasama? Mungkin DAP boleh memberi kerjasama dengan BN tetapi yang menjadi ‘apprehension’ kepada parti itu ialah samada mereka berkeyakinan dengan keseluruhan kepimpinan BN khususnya UMNO yang ada pada hari ini.

Itulah sebabnya jika pemimpin UMNO mampu untuk berkorban demi parti dan bangsanya maka kerjasama itu tidak mustahil boleh dilakukan. Apabila kerjasama itu mampu dilakukan maka kita akan kembali kepada zaman negara mula mencapai kemerdekaan dahulu. Parti Cina mengambil sokongan orang Cina, parti Melayu meraih sokongan orang Melayu dan India mengambil sokongan orang India. Itulah Perikatan dahulu.

Yang masih menjadi masalah ialah orang Melayu sahaja. Orang Cina sudah sepakat berteduh di bawah DAP, Orang India nampaknya sudah kembali bersatu di bawah MIC dengan kompromi yang sedang dilakukan oleh parti itu dengan menyatukan kembali semua ahli-ahlinya yang telah dipecat oleh Samy Vellu dahulu dengan ahli-ahli yang sedia ada.

Pendeknya, orang Cina telah mengambil sikap dan telah pun menunjukkan pendirian mereka. Orang India pula mengambil sikap untuk terus bersama MIC. Hanya orang Melayu sebenarnya yang belum bersatu dan saya merasakan orang Melayu sedang melakukan ‘soul-searching’ dan belum lagi menampakan ‘urgency’ untuk menentukan sikap mereka.

Orang Cina dan India sudah bersedia dan sudah pun menentukan sikap yang baik untuk mereka. Ini negara demokrasi. Orang Melayu sememangnya tunjang kepada politik negara. Tetapi orang Melayu harus menunjukan ‘dispositon’ sebagai peneraju kepada politik negara. Sebagai tunjang, pemimpin Melayu mesti menunjukkan kepimpinan bersih yang hakiki untuk mendapat penghormatan oleh bangsa lain yang kita pimpin sekali.

DAP tidak anti Melayu. Tetapi momokan media dengan parti-parti yang berkuasa telah membuat orang Melayu mempunyai perasaan takut kepada dominasi DAP di kalangan bangsa Cina. Maka yang menggunakan sentimenracist ini adalah UMNO dan ini hakikat. Takkanlah saya keliru kerana saya juga pernah bergiat aktif dalam UMNO dan itu perkara yang di antara sesama Melayu memahaminya. 

Jika DAP menunjukkan kepada rakyat bahawa parti itu adalah parti untuk semua kaum maka DAP sepatutnya meletakkan beberapa calon Melayu dan jika ini dilakukan oleh DAP maka yang pasti akan terjadi parti itu akan mendapat sokongan dari sebahagian pengundi Melayu di dalam pilihanraya yang akan datang. 

Saban hari rakyat bertambah terbuka dan berfikir dan tidak lagi menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh media perdana dan aktivis pro BN yang giat melalui alam cyber dan sebagainya. Zaman berubah dan siasah pun berubah. Sedangkan sungai pun berubah apatah lagi pemikiran manusia yang begitu sophisticated pada hari ini.

Yang menjadi ‘apprehension’ yang terbesar bagi DAP untuk bekerjasama pada pendapat ramai yang saya bertanya ialah DAP tidak berkeyakinan bahawa kepimpinan hari ini boleh melaksanakan tugas kenegaraan dengan penuh tanggungjawab dan telus.

Maka itu masalah UMNO. Tidak tahulah kita samada parti ini boleh melakukan perubahan kerana ianya memerlukan pengorbanan barisan kepimpinan untuk mempastikan UMNO ini relevan lagi kepada keperluan dan kehendak ramai. 

Tetapi mahu tidak mahu UMNO mesti berubah untuk tidak menjadi parti yang dipinggirkan oleh rakyat pada masa akan datang. Kehendak rakyat lagi berperanan daripada kehendak pemimpin, kerana tanpa rakyat tiadalah pemimpin. Persepsi buruk yang ada pada UMNO harus dikikis dan ianya hanya boleh dilakukan dengan pertukaran barisan kepimpinan.




ISU VIDEO SEKS AKAN JATUHKAN NAJIB...???

on





Muhyiddin menunggu durian runtuh


Muhyiddin Yassin, sebagai orang kedua dalam kerajaan dan UMNO, sebenarnya berada pada keadaan yang lebih selesa.  Najib, dengan segala kuasa yang ada dalam tangan, memikul tanggungjawab yang lebih besar pada masa yang sama.  Silap satu langkah, maka Najib bakal diguling dari jawatan Perdana Menterinya.

Muhyiddin agak konsisten selepas menjadi Timbalan Presiden UMNO.  Beliau secara terbuka mendakwa bahawa dirinya mendahulukan identiti Melayu-nya, daripada Malaysia-nya - satu pengakuan yang jelas bercanggah dengan konsep 1Malaysia.  Baru-baru ini, beliau sekali lagi mempertahankan tulisan "Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu 1Bumi" oleh Zaini Hassan dari Utusan Malaysia, selepas Najib mendakwa bahawa pandangan ini tidak mewakili kerajaan.

Muhyiddin (gambar kanan) mungkin berkongsi pandangan yang sama dengan Utusan Malaysia - teruskan sahaja dengan agenda Melayu, dan jangan lagi membuang masa untuk memikat undi Cina.  Seandainya Najib tidak mengambil pendekatan sedemikian, maka beliau perlu bertanggungjawab jikalau keputusan PRU 13 menyaksikan UMNO kehilangan sokongan di kedua-dua pihak (Melayu dan bukan Melayu).

Sokongan Melayu yang sedia ada terhadap UMNO tidak menjamin majoriti dua pertiga untuk BN.  Persoalannya, jikapun UMNO menang besar dalam PRU 13, tetapi apakah kedudukan Najib tetap kukuh, apabila kerajaan BN tidak mendapat sokongan daripada kaum kedua terbesarnya dalam negara?  Dan apakah malam hari pengundian PRU ke-13 bakal menyaksikan ulang tayang adegan yang sama seperti awal pagi 9 Mac 2008, tetapi dengan senyuman pahit pada wajah Najib?


sumber :-  http://suwaritimur.blogspot.com/

PAS tolak pelawaan Najib, dakwa Umno-BN terdesak......

on

Setelah sumpah laknat selesai Pas diajak sertai BN

Setelah sumpah laknat selesai dilakukan oleh Datuk Eskay dengan memakai baju kalis peluru ketika bersumpah mengenai isu video seks yang didakwa babitkan Anwar Ibrahim , PM Najib pun ajak Pas sertai BN.Sapa-sapa atau mana-mana pemimpin Pas yang berjiwa Umno kalau rasa masuk BN lagi baik untuk kenyangkan tembolok sendiri masuklah BN ,pintu sentiasa terbuka.Masuk Umno atau masuk BN anda boleh berkawan dengan trio datuk T n the gang.Boleh berkawan dengan tukang karut Umno Umi Hafilda dan juga Mat Ezam.




KUALA LUMPUR, 30 April – Sambil mengucapkan “terima kasih” kepada Datuk Seri Najib Razak, PAS dalam reaksi segera menolak sama sekali pelawaan terbaru Perdana Menteri agar parti Islam itu menyertai Barisan Nasional (BN).

“Terima kasihlah atas jemputan, kami akan tetap setia dengan Pakatan Rakyat dan tidak akan meninggalkan semangat kesetiakawanan yang sudah dibentuk dengan PKR dan DAP,” kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.
Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, Kuala Terengganu pagi tadi.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, jemputan dibuat Najib di Kuala Terengganu adalah tindakan “terdesak” selepas BN terus gagal memperoleh sokongan masyarakat Cina termasuk ketika pilihan raya negei Sarawak baru-baru ini manakala  gagasan 1 Malaysia digerakkan pentadbiran beliau tidak mendapat sambutan.
“Saya fikir pelawaan ini satu tindakan terdesak kepimpinan Najib. Saya tidak terkejut dengan pelawaan ini,” kata Salahuddin.
Kata beliau, kepimpinan Umno-BN akan menggunakan isu perkauman apabila setiap kali berhadapan dengan persekitaran terdesak sebagaimana dialami sekarang.
“Ini bukan kali pertama pelawaan macam ini dibuat... PAS tidak akan terperangkap,” katanya lagi.
Salauddin juga mendakwa pelawaan itu sebagai “terdesak” apabila mengatakan PAS harus meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah memperjuangkan Islam.
Kata beliau, soal PAS harus keluar Pakatan Rakyat hanya kerana kononnya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam tidak timbul sama sekali.
Malah kata beliau, DAP juga sudah memberi jaminan bahawa ia akan menghormati perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Misalnya kata beliau, Islam adalah agama rasmi negara dan peruntukan ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dengan Raja-raja Melayu adalah ketua.
“Kita ada Perlembagaan, agama rasmi adalah Islam dengan raja-raja adalah ketua... jadi tak timbul soal ini,” katanya sambil menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh wakil DAP juga “tidak pernah mengabaikan soal berkaitan dengan Islam... tiada apa-apa masalah.”
“Bagi kami ini bukan satu isu, dan soal ini tidak berbangkit sama sekali,” kata Salahuddin yang turut menyifatkan pelawaan itu sebagai “madu manis yang berbisa.”
Salahuddin juga berkata, beliau yakin yang prinsip dibawa DAP itu akan terus diamalkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya kelak.
Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.
Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.
Menteri Besar Kelantan itu telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.
PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.
PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.
Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, partinya akan kekal bersama Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Najib sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.
“Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat bagi memastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia,” kata Mustafa dalam kenyataannya hari ini.
Bagi Mustafa, kenyataan Najib hanya kenyataan politik.
Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini.
“Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu,” tegas beliau.



MP Kapar Terima CD Dari Thai, Tembelang Najib Pecah.......

on

Video seks: MP Kapar terima CD dari Thai, pertikai PDRM

Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Manikavasagam (gambar), wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.
Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar.

Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,” kata beliau kepada pemberita di sini.

“Ini adalah CD penuh, jadi mahu minta polis menyiasat dan saya juga ada menyatakan dalam laporan polis bahawa Datuk T telah memberi CD asal kepada polis, tetapi kemudian CD ini masih disebarkan?” kata beliau kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi di sini.

Katanya, CD itu membuktikan bahawa polis tidak boleh dipercayai dan mahu satu badan bebas menyiasat kes ini.

“Saya tidak yakin dengan polis (lagi) kerana jika CD asal sudah diserahkan, maka bagaimana (salinan) boleh ada untuk disebarkan? Saya telah minta supaya sebuah badan bebas dibentuk untuk siasatan,”kata beliau bersama Naib Presiden PKR N. Surendran, yang juga seorang peguam.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada CD itu asasl atau sebaliknya, Manikavasagam menafikan beliau ada menonton video seks asal.

“Saya tidak melihat video tersebut, tetapi selalu keluar di TV3 dan ia sama,” katanya.

Surendran menambah, sampul surat yang mengandungi CD itu diemel dari Thailand.

“Tanda pos pada sampul surat adalah dari Thailand, jadi adalah jelas mereka di belakang cuba untuk mengelak pergerakan mereka dikesan.

“Mereka sangat takut bahawa kami akan mengesan siapa di belakangnya kerana jika anda ikut kesemua kaitan ini, anda akan lihat bahawa ia menunjukkan Umno dan BN,” kata Surendran.

Semalam, salah seorang “Datuk T” iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Kelmarin, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Ketua Pembangkang itu yang sejak sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat. Dalam video itu, seorang wanita pada awalnya dilihat mengadakan seks oral dengan seorang lelaki mirip Anwar.

Kedua-dua mereka kelihatan mengadakan hubungan seks kira-kira lima minit.

Rakaman tidak diedit ini yang disebarkan hari ini termasuk sedutan klip yang telah pun dimuat naik dua kali termasuk yang terbaru semalam.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Polis sedang menyiasat “Datuk T” di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Awal minggu ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih menjalankan siasatan dan yakin akan menyerahkan hasil siasatan kepada pejabat Peguam Negara minggu ini.

Beliau juga berkata akan “mendedahkan” identiti pelaku pada masa yang sesuai.

Khalid berkata polis telah memulakan siasatan terhadap penyebaran sedutan klip kedua video seks oleh beberapa portal dan blog sejak tengah hari kelmarin.

Khalid berkata pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti pihaknya yang bertanggungjawab memuat naik bahan itu di YouTube.

Satu rakaman klip video hitam putih aksi seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin tertinggi pembangkang telah dimuat naik dalam laman Internet tiga hari lalu.

Sedutan klip video dengan durasi satu minit 47 saat itu menampilkan seorang lelaki dan wanita dalam keadaan bertuala dan kemudian berbogel sebelum lelaki itu memakai seluar.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama tersebar luas di Internet. -TMI

Najib minta PAS keluar pakatan pembangkang

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP (pakatan pembangkang)," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 15,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia, dekat sini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri berkata, masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Najib berkata, rakyat bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.

Eskay ialah seorang daripada tiga individu yang menggelarkan diri sebagai Datuk "T" atau trio, yang terlibat mendedahkan video aksi seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang.

Najib berkata, sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.

"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya. - BERNAMA


Ulasan GB

Jelas kini bahawa sebaran Video Seks berkenaan adalah sebahagian dari usaha UMNO untuk mengajak / mendesak beberapa pimpinan Pakatan Rakyat terutama PKR supaya meninggalkan parti untuk menyertai BN atau setidak-tidaknya melompat untuk menjadi ahli Bebas.

Najib usah berselindung dengan menyatakan UMO tidak terlibat dengan sumpah laknat Datuk T, sedangkan episod berkenaan kerana telah diberikan liputan meluas oleh media massa UMNO dan juga menjadpat "layanan dan kawalan keselamatan istimewa" pihak polis.

Najib dan UMNO mengharapkan dengan isu video seks ini akan dapat menghancurkan terus kredibiliti Anwar dan akan menyebabkan PAS akan meninggalkan Pakatan Rakyat sepertimana yang Najib sendiri harapkan agar PAS sertai BN.

Tetapi malang... bak kata Manickavasagam:

“Saya telah melihat VCD ini tiga kali dan saya juga menonton sekali lagi pagi ini. Tetapi, sah si pelakunya bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rupa bentuk fizikal dan rambutnya semua berbeza,”

Najib dengan megah berkata:

"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya.

Najib berkata, rakyat bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.


Kita ingin katakan kepada Najib, parti yang lahir dari istana adalah untuk melayu yang lahir di istana jugak seperti Najib. Tetapi majoriti melayu adalah anak marhaen yang bukan lahir dari istana, justeru itu mengapa melayu marhaen tidak memilih UMNO yang umum ketahui UMNO adalah penindas melayu marhaen seperti merampas royalti rakyat Kelantan.

Awnar Tetap Berceramah Di Machang Malam Ini Walaupun Mungkin Ditangkap

on

MALAM ini Anwar Ibrahim akan tampil depan publik kali kedua selepas malam tadi di Ampang Selangor selepas tersebarnya video lucah diserata dunia yang dikatakan watak di dalamnya ada iras-irasnya. Beliau akan berceramah di padang Majlis Daerah Machang malam ini, jam 9:00 malam.


Menurut seorang ustaz muda yang menjadi penjenguk setia blog Merah Tinta melaporkan Kelantan kini sudah jadi macam Barghad di mana penuh dengan polis. "Abang Ti Kelantan dah jadi macam Barghad dah, penuh dengan polis, sekatan jalan raya diadakan di mana-mana saja," begitulah kata ustaz muda ini.



Katanya sekatan bermula di Jalan Kuala Krai menuju ke Machang lokasi di mana Anwar akan berceramah malam ini. Menurutnya sekatan jalan raya juga diadakan setiap tiga kilo meter. Sekatan jalan raya juga dipercaya di buat di Jalan Tanah Merah ke Machang, Jalan dari Pasir Puteh ke Machang dan jalan utama Kota Bharu - Kuala Krai.



Tujuan sekatan ialah untuk menghalang dan menyulitkan orang ramai daripada pergi ke tempat ceramah Anwar. Pagi ini juga sudah disebarkan berita kononnya ceramah Anwar di Machang malam ini dibatalkan. Banyak risalah ditaburkan menghebahkan akan pembatalan itu.



Kain rentang juga digantung memberi tahu akan pembatalan ceramah itu di beberapa jalan raya utama.



Petang tadi majlis Mukasid Syariah yang diadakan di Pusat Islam Lundang melibatkan Anwar Ibrahim mendapat sambutan hangat. Dewan besar Majlis Agama itu penuh sesak. Nampaknya fitnah seks ke atas Anwar sedikitpun tidak mengugahkan minat dan keyakinan orang ramai kepada kredibaliti Anwar sebagai pemimpin.



Majlis itu menampilkan Anwar Ibrahim, dan Dr Mohamad Nur Manuty. Mulanya Husam dijangka hadir dan kain rentang memaklumkan kehadirannya itu telah dipasang beberapa hari lalu.



Bagaimana pun Husam katanya tidak hadir kerana dia ke Penang. Saya yakin kalau Husam hadir jumlah yang datang akan bertambah.



Di sebelah tengah hari Anwar Ibrahim telah mengunjungi Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di SUK. Tiada kenyataan atau laporan dikeluarkan apakah tujuan pertemuan berkenaan tetapi dipercayai ianya ada kiatan dengan isu video lucah yang kini tersebar di seluruh dunia. Anwar juga makan tengah hari bersama Nik Aziz.



Perkembangan mutakhir politik hari ini menunjukkan usaha untuk meleburkan pengaruh Anwar dan mengurangkan sokongan dan kepercayaan umum kepadanya tidak menjadi. Keadaan jadi sebaliknya, makin ditekan, makin diasak, makin dihimpit pengaruh dan sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat semakin membuat dan meledak. Perubahan ini amat terasa sekali di Kelantan. Isu video lucah bukan saja tidak dipercayai tetapi menimbulkan kemarahan kepada Umno.



Kita tunggulah perkembangan malam ini, apakah Anwar dibenarkan berucap atau pun tidak. Saya menjangkan Anwar akan dihalang untuk naik ke pentas dan kemungkinan juga akan ditangkap.





Syaitan Juga Bersumpah....

on

"Allah berfirman dalam Surah AL-A'RAAF, ayat 20

Setelah itu maka syaitan membisikan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakan kepada mereka akan aurat mereka yang ( sekelian lama) tertutup dari pandangan......

ayat 21,

Dan ia bersumpah (dengan berkata) "sesungguhnya aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua"

Wahai mufti-mufti Malaysia!!! Tolonglah hamba yang hina dan dhaif ini, agar kamu semua memberikan penerangan mengenai SUMPAH yang telah Allah nyatakan dan yang telah Nabi SAW bersabda;

Muka surat 86. Juz kedua; surah Al Baqarah ayat 224. TAFSIR PIMPINAN AR RAHMAN; Dikeluarkan oleh JAKIM

Dan janganlah kamu jadikan(nama) ALLAH dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat baik, dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. Dan ingatlah , ALLAH sentiasa mendengar, lagi sentiasa mengetahui.

(88) Ayat ini melarang supaya kita jangan bersumpah dengan nama ALLAH.

HADIS NABI SAW pula:

" Barang siapa yang bersumpah atas suatu sumpahan, lalu dilihatnya ada hal yang lebih baik dari itu, hendaklah dia lakukan pekerjaan yang lebih baik itu, dan hendaklah dia membayar kaffarah sumpahnya"

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan muslim)


"Tidak ada nazar dan tidak ada sumpah pada perkara yang tidak dikuasai oleh anak Adam , dan tidak pula dalam hal yang maksiat kepada Allah dan tidak pula dalam hal yang memutuskan silaturrahim"

(Diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)

Akhir kata kalau kamu para mufti mengamalkan Mazhab Iman Shafie maka tolonglah kamu para mufti , PEGANGLAH kata -kata Iman Syafie;

" Aku tidak pernah memakai sumpah, baik pada yang benar ataupun pada yang dusta"

Sekiranya kamu sermua berpegang pada mazhab Syafie maka cepat-cepatlah keluar fatwa!!!" 



Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN....

on

Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib (gambar) mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.


Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.
“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.
PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.
Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.
Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.
“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.
Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.
Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.
PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.
Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.



ANWAR IBRAHIM.......

on


AKIBAT SUMPAH ESKAY, CERAMAH ANWAR MALAM TADI ...... SAKSIKAN SENDIRI.










BERKATNYA Eskay bersumpah walaupun beliau baca `Bismillahi...dan mengucap dua kalimah syahadah pun salah, maka ceramah Anwar malam tadi tiada sambutan. Dewan hanya separuh sahaja dipenuhi, ertinya sumpah Eskay dipercayai ramai.


Gambar yang sempat diambil hanyalah di dalam dewan sahaja, jika dilihat di luar sana sesiapa yang hadir sahaja boleh menganggarkan betapa berkesannya sumpah Eskay. InsyaAllah, sedikit masa lagi kita pamirkan kehadiran ceramah luar dan dalam dewan malam tadi di Ampang.

Ada kawan bertanya, mengapa Rahim Thamby tidak bersumpah? Rahim sudah jawab, dia hanya wakilkan sahaja pada Eskay. Sudah macam berwakil Wali pula nampaknya. Mungkin di antara three strooges itu, Eskay dilihat lebih `ulamak' dari Rahim atau Shuib. Sebab itulah, kita dengan bagaimana insan yang berjuang untuk agama ini membaca Bismillah dengan amat tertil sekali, dan melafazkan dua kalimah syahadah amat baik sekali.

Peliknya, jika mereka wakilkan kepada Eskay, mengapa Eskay hanya menyebut `aku' dan tidak `kami'? Mungkin aku itu bermaksud kami, namun apa pun tetap bersumpah juga. Peduli apa Eskay dengan pesanan seorang Ustaz yang menasihatinya tentang Sumpah menurut Islam serta Qazaf itu. Apa yang penting buat Eskay, alang-alang buat fitnah lebih baik bersumpah terus, fitnah pun masuk Neraka, persendakan sumpah pun Neraka juga. Jadi, apa beza?/



Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List