Kumpulan Anwar: Mahukan Hadi disingkir

on Apr 23, 2011



Penyokong kuat Anwar Aziz Bari awal minggu ini menyuarakan bahawa Hadi Awang-Presiden Pas merupakan liabilti parti itu.

Aziz bersandarkan kepada faktanya kepada kegagalan Pas bertapak di Sarawak, beberapa kekalahan calon Pas di PRK-PRK dan kegagalan Gerakan 16 September Anwar.

Selain itu, Aziz mendakawa bahawa berasaskan kepada pengamatan dan masukkan daripada para pemimpin Pas sendiri, bahawa Presiden Pas tersebut merupakan liabilti parti itu.

Namun- seorang pemimpin Pas-mantan calon Timbalan Presiden yang kalah, Datuk Husam Musa menegaskan parti Islam itu hanya perlu “disegarkan” dengan dibawa elemen-elemen baru yang boleh memperkukuhkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13; bukannya mengganti Presiden.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini berkata, kepimpinan Hadi selaku presiden parti masih diperlukan, cuma ia perlu mengambil tindakan untuk memperkasakan kedudukannya.

Exco Kerajaan Negeri Kelantan ini berkata, PAS kawasan Kerian yang diterajui juga telah mencalonkan Hadi sebagai presiden kerana beliau adalah orang yang paling layak untuk menerajui PAS.

“... kerana beliau sudah buktikan dan ia sudah terbukti, malah beliau juga sudah menghadapi banyak cabaran (sebelum menjadi presiden).

“Cuma apa yang diperlukan PAS adalah ia harus disegarkan semula, bukan bermaksud ganti orang sedia ada tapi disegarkan dengan melakukan transformasi, elemen-elemen baru dalam parti... mungkin boleh dapatkan penasihat dari golongan profesional untuk bantu memperkuatkan PAS,”.

Husam juga menepis dakwaan Aziz Bari bahawa Hadi adalah liabilti parti.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List