Pertelagahan Pembangkang Bukti Mereka Tak Mampu Jadi Alternatif Kepada BN

on Apr 8, 2011


Pertembungan calon parti-parti pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak16 April ini menunjukkan pakatan pembangkang tidak ada persefahaman dan membuktikan mereka tidak boleh menjadi alternative kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata walaupun pembangkang pada mulanya cuba mengatur barisan yang diharapkan dapat memberi tentangan
kepada BN, akhirnya ianya tidak menjadi kenyataan kerana tiada persepakatan antara mereka.
"Amat jelas persefahaman yang mereka harapkan telah berkecai kerana banyak kawasan mereka terpaksa bertanding sesama sendiri selain menentang calon BN," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sirim Pintar-Learning dan Sirim Robokit di Sekolah Menengah Santubong, Kuching.
Najib berkata terdapat terlalu banyak pertandingan lebih daripada satu lawan satu, malah terdapat di beberapa kawasan sehingga melibatkan lima dan enam calon.
" Ini menunjukkan pembangkang khususnya di Sarawak memang tidak sekata. Mereka tidak sefahaman dalam pembahagian kerusi...pembahagian kerusi pun bertelagah apatah lagi kalau nak tubuh kerajaan. Pembangkang bukanlah sesuatu yang viable (berdaya maju) kepada rakyat," katanya.

http://www.sahabat-gunung.com


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List