Ulasan buku berjudul “The Miracle of Shaheed” yang dibuat di Masjid Al Mujahidin, kompleks Kampus Universiti Negeri Yogyakarta, Khamis (2/06/2011). Dalam ulasan buku tersebut terdapat kesimpulan yang menakjubkan mengapa jasad para syuhada tidak hancur dan tetap utuh. Subhanallah!
Ratusan pendengar dari kalangan lelaki dan wanita tekun mengikuti perbahasan tema tersebut yang menghadirkan dua pengulas iaitu Ustaz Fuad Alhadzimi, bekas Imam Masjid Al Hijrah Tempe, Sidney, Australia dan Dr Wahyu Alamsyah, dari residen Bedah Kedoktoran Universiti Gajah Mada (UGM).
Acara yang dimulakan pada jam lapan pagi dengan pengulas pertama Dr Wahyu, yang mengupas bagaimana sebuah jasad orang yang meninggal dunia melalui proses pereputan. Dijelaskan sebuah jasad orang yang mati akan melalui proses dekomposisi (pembusukan) atau degradasi tubuh mayat kerana proses autolis dan aktiviti mikroorganisme. Maksima dalam lima hari maka jasad si mati sudah mula membusuk, diikuti proses lain seperti perut menggelembung, scrotum (alat kelamin) membesar dan lain-lain lagi seperti yang di jelaskan di dalam buku yang diulas.
Doktor yang bertugas di UGM ini juga menceritakan sedikit pengalaman seorang rakan doktor lain yang merawat sebuah jasad. Diceritakan seorang doktor di luar negeri yang menerima jenazah orang yang sudah meninggal dunia, kemudian doktor tersebut cuba memeriksa jasad tersebut, tetapi sayup-sayup dia mendengar suara adzan, kemudian doktor tersebut mengambil stetoskop dan meletakkan pada dada jenazah tersebut, ternyata suara adzan itu berasal dari jenazah tersebut. Doktor itu kemudiannya memanggil jururawat lain untuk membantu memeriksa, para jururawat lain ternyata turut mendengar hal yang sama. Setelah di cari informasi, mayat tersebut adalah seorang yang ketika hidupnya bertugas sebagai muadzin, lelaki itu tidak pernah terlambat solat dan selalu rajin ke masjid.
Ketika menceritakan hal tersebut, Dr Wahyu sempat terhenti dan menitiskan air mata.
Jenazah para syuhada tidak membusuk
Doktor Wahyu menjelaskan proses pembusukan mayat adalah kerana tindakbalas mikroba, sebuah makhluk bernama mikroba yang Dr Wahyu jelaskan sebagai “pasukan Allah” untuk mereputkan atau membusukkan mayat sehingga hancur.
“Namun anehnya perintah mikroba untuk menghancurkan mayat ini tidak berlaku pada jasad para nabi, syuhada dan orang-orang yang hafaz Al Qur’an,” jelas Dr Wahyu.
Acara kemudian dilanjutkan pada sesi pengulas kedua, Ustadz Fuad Alhadzimi. Ustadz Fuad, Bekas Imam Masjid Sidney Australia ini memulakan acara dengan menayangkan gambaran orang-orang yang syahid di medan perang dalam sebuah filem singkat. Diperlihatkan potongan film komandan Khottob (Chechnya), Syaikh Ahmad Yassin dan Abdul Aziz Rantisi serta Yahya Ayyash (Palestina), Syaikh Usamah bin Ladin, serta beberapa foto syuhada lainnya, termasuk dari Indonesia.
Ustadz Fuad memulakan dengan penjelasan keutamaan orang syahid, jihad serta penjelasan lainnnya sehingga adzan Dhuhur berkumandang. Tambahan informasi, buku The Miracle of Shaheed ditulis oleh Dr. Abdul Hamid Al Qudhoh, ia adalah seorang ahli ilmu mikrobiologi.
0 comments:
Post a Comment