Ribut luar biasa sambut Rosmah dan Najib ke PD...???
Copy & Posted By mahi on
Semalam majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) telah disempurnakan oleh Rosmah dan najib Tun Razak telah mendapat kejutan luar biasa.
Tidak pernah Port Dickson dilanda ribut sedemikan rupa tetapi semalam ribut teruk melanda Port Dickson. Pokok-pokok tumbang, kenderaan banyak yang rosak terutamanya dikawasan letak kereta di PUSASDA. Menurut saksi yang ada ditempat kejadian khemah di tapak program juga musnah berterbangan.
Kawasan yang tidak pernah banjir, banjir teruk. Kawasan yang yang sering banjir seperti di Bandar Sunggala pula tidak banjir. Kubah Masjid terbang.
Bukan sedikit kemusnahan yang berlaku. Semoga 'cuitan' kuasa alam yang mendemonstrasikan kuasa maha Pencipta ini menginsafkan dan mengingatkan kita untuk mengenai betapa pentingnya menjauhi sikap bongkak dan zalim.
MOHD ASHRAF @ ALEESHA FARHANA MENINGGAL DUNIA
Copy & Posted By mahi on Jul 30, 2011
Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama
Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.
Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.
Katanya beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.
Semalam, doktor mengesahkan anaknya itu mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.
Katanya Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.
Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.-Bernama
Enam Tahanan EO Dibebaskan
Copy & Posted By mahi on
Semua enam tahanan anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan sejak 2 Julai lalu mengikut Ordinan Darurat dibebaskan sebentar tadi.
Semua mereka dibebaskan pada jam 5.30 petang di balai polis Jinjang dan menurut setiausaha agung PSM S Arulchelvam dalam tweeternya, pembebasan mereka adalah tanpa syarat.
Mereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, lima yang lain yang ditahan ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran 50, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu, 25.
Mereka yang dikenali sebagai PSM6 itu - pada mulanya ditahan bersama 24 orang lain atas dakwaan mahu 'melancarkan perang terhadap Agong', tetapi pada jawapan balas permohonan afidavit habeas corpus berhubung pembebasan mereka, polis mendakwa mereka sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.
Permohonan habeaus corpus itu bagaimanapun ditangguhkan kepada 5 Ogos, lima hari selepas tahanan 30 hari mereka berakhir tetapi polis berhak melanjutkannya selama 30 hari lagi.
KE MANA ARAH TUJU KU LI...?
Copy & Posted By mahi on
Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat....?
Sesuai dengan nama "AMANAH". YBM Tengku Razaleigh sedang diintai oleh rakyat jelata kemana arah yang akan dituju dalam arus kebangkitan rakyat mahu kepada pemimpin negara yang boleh meletakkan perpaduan kaum di Malaysia ini dihormati oleh semua lapisan masyarakat.
Tengku Razaleigh yang sering kecundang dalam hasratnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara kini muncul melalui satu NGO yang nama singkatnya AMANAH diwaktu rakyat sedang mencari cari siapakah yang akan meneraju kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti sekiranya UBN tumpas.
Nama Anwar Ibrahim sentiasa basah dibibir rakyat menyebut bakal Perdana Menteri apabila PR menang nanti, itu pun masih menjadi tandatanya sempatkah Anwar Ibrahim bertanding dalam PRU 13 kerana kes tuduhan liwat sudah hampir kepenghujungnya. Sedangkan PM Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen.
Apabila Anwar Ibrahim masuk penjara, nama Tengku Razaleigh tentunya akan disebut oleh rakyat sebagai salah seorang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi bukan atas kapasiti sebagai mewakili UBN. Nama Tengku Razaleigh akan sebut apabila beliau tidak bertanding atas tiket UMNO dalam PRU 13.
Tapi sekiranya Tengku Razaleigh bertanding atas tiket UMNO sudah pasti nama beliau tidak akan disebut sebagai orang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana dalam UMNO sebenarnya sudah menjadi rahsia umum Tengku Razaleigh sudah tidak diperlukan lagi. Bak kata orang tua-tua, hidung tak macung pipi tersorong-sorong, apatah lagi buat masa ini PM Najib lebih sujud kepada Anuar Musa di Kelantan.
PM Najib telah mengiakan permintaan Anuar Musa semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini dengan meluluskan peruntukan sebanyak dua juta ringgit untuk kemajuan bolasepak Kelantan, itulah buktinya bahawa sekarang ini PM Najib akur bahawa Anuar Musa lebih berpengaruh daripada Tengku Razaleigh.
Sudah sampai masanya diakhir riwayat politik Tengku Razaleigh, beliau mengambil peluang untuk memperhambakan diri kepada rakyat dan negara dengan mencapai cita-cita murni itu melalui jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kelak.
UMNO yang sudah nak kalah akan cepat ditinggalkan oleh ahli-ahlinya untuk menyokong Pakatan Rakyat apabila Tengku Razaleih mengistiharkan keluar daripada UMNO kerana sudah jelas dalam UMNO sebenarnya memang ramai sedang menanti suasana "Selamat Tinggal UMNO' dan akan mengikuti jejak sepertimana yang akan diumumkan oleh ahli majlis tertinggi AMANAH yang terdiri daripada bekas pemimpin tertinggi parti BN.
Kita hendaklah yakin, PRU 13 nanti Malaysia akan ada sebuah Kerajaan yang Adil dan Bersih, kerajaan yang dituntut oleh anak muda dan rakyat jelata, sebuah kerajaan yang AMANAH yang mana kerajaan bukan lagi dibentuk oleh Barisan Nasional tapi dibentuk oleh parti-parti dari PAS,PKR dan DAP yang boleh dinamakan 'Kerajaan Rakyat'.
Sebenarnya rakyat Malaysia hari ini tidak kisah siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 7, asalkan yang terbentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan amanah rakyat, tidak rasuah, tidak menyalah guna kuasa, adil dan tidak membalon harta rakyat dan khazanah negara.
Rakyat mahu hidup senang dan selesa dalam suasana aman, tidak ada kroni dan pendusta dan rakyat tidak mahu sentiasa ditipu dan ditindas. Sesunggunya rakyat benci kepada pemimpin bercakap lain dan buat lain seperti terdapat hari ini.
sumber :- http://newkk.blogspot.com
JANGAN TAK BONGKAR.
Copy & Posted By mahi on
Penyelewengan SPR bakal dibongkar
WarkahDaily – Kecelaruan dan penyelewengan suruhanjaya pilihanraya (SPR) berkaitan daftar pemilih akan dibongkarkan secara besar-besaran dalam tempoh beberapa minggu ini.
Usaha itu akan dilakukan oleh PAS Pusat selepas ianya diputuskan dalam mesyuarat khasnya Selasa lepas.
PAS turut menugaskan beberapa pakar dalam IT bagi menjalankan tugas pembongkaran berkenaan selepas berjaya mengesan kecelaruan dan penyelewengan daftar pemilih dari dahulu lagi namun SPR tidak pernah mengakuinya. Walaubagaimana pun, baru-baru ini, SPR mengakui wujudnya pengundi hantu dalam daftar pemilih.
Dipetik dari Harakahdaily, ahli jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris berkata, sehingga kini sekurang-kurangnya 17,000 nama pemilih dikenal pasti berada dalam daftar pemilih di dua tempat mengundi berasingan di seluruh negara.
“Bayangkan tuan-tuan 17,000 pengundi ini ianya jumlah yang besar dan kita sedang mengenalpastikan nama-nama pemilih yang lain sekarang ini.
“Semua ini adalah kelemahan dan penyelewengan yang mesti dipertanggungjawabkan kepada SPR sebagai badan yang bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengedalian pilihanraya di negara kita,” katanya Idris dalam satu ceramah di pejabat PAS kawasan Bukit Katil baru-baru ini.
Menurut Idris lagi, PAS bakal mengadakan seminar antarabangsa bagi membongkarkan penipuan yang dilakukan SPR setelah semua data diperolehi dalam masa terdekat.
“Kita mempunyai ramai pakar-pakar IT dan kita mempunyai sistem yang canggih dan berkesan untuk mengenalpasti penipuan dan penyelewengan dalam daftar pemilih.
“SPR tidak boleh berdolak dalik lagi dalam hal ini, jika bukan mereka siapa yang lagi yang melakukan kemungkaran dan penipuan dalam daftar pemilih ini,” tegas Idris lagi.
Ku Li ketuai Pakatan Rakyat...?
Copy & Posted By mahi on
Tengku Razaleigh Hamzah kini disebut-sebut sebagai sedang ditarik untuk memimpin gabungan pembangkang, dakwaan yang walaupun luar biasa, mempunyai merit tersendiri.
Melalui Angkatan Amanah Merdeka, veteran Umno yang mesra dengan panggilan Ku Li itu menempatkan diri dalam bahasa baharu politik yang lebih liberal, menyediakan ruang bergerak yang lebih selesa antara konservatif seperti Umno dan gabungan Pakatan Rakyat yang lebih liberal.
Tokoh yang dulu mengetuai parti Semangat 46 yang mendakwa lebih tegas memperjuangkan Melayu berbanding Umno, kini menerajui pula sebuah pertubuhan yang boleh disifatkan sebagai membawa "semangat merdeka" yang lebih inklusif.
Penubuhan Amanah dan bahasa yang dibawa memperlihatkan strategi politik yang cerdik oleh Ku Li, ketika apa yang disifatkan sebagai "politik baharu" menjadi sebutan popular, walaupun beliau dan beberapa individu yang menyertai Amanah merupakan orang lama dalam politik.
Nama-nama yang menyertai badan bukan kerajaan Amanah - yang merentasi garis etnik dan kecenderungan politik - memberi gambaran sifat dan hala tuju pertubuhan itu.
Masa Amanah dimunculkan, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tidak dapat mengelakkanya daripada dibaca sebagai satu usaha politik, sama ada secara kolektif mahupun peribadi bagi Ku Li.
Amanah kini menjadi kenderaan terbaharu Ku Li untuk menegaskan kedudukannya dan kepentingannya dalam politik nasional.
Kemunculan tokoh yang dilihat sebagai bercita-cita tinggi ini secara berprofil tinggi juga dikaitkan dengan masa depan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin berdepan cabaran getir, sehingga kehadirannya melalui dan melepasi Pilihan Raya Umum ke-13 semakin diragui.
Anwar yang semakin teruk berdepan pelbagai isu yang menjejaskan kredibiliti menjadikan Ku Li alternatif yang berpotensi untuk dipersetujui ramai dalam PR.
Ku Li sebelum ini pernah terlibat dalam rundingan untuk menguasai kepimpinan Pakatan Rakyat dalam usaha membentuk kerajaan pusat pada penghujung 2008. Usaha menarik beliau kali ini merupakan yang kedua dilakukan oleh sekumpulan dalam pakatan pembangkang.
Razaleigh ialah tokoh politik veteran yang disenangi sebahagian besar pembangkang, terutama PAS yang menerajui kerajaan Kelantan dan mendapat kerjasama belau dalam usaha menuntut royalti hasil petroleum.
Ahli Parlimen Gua Musang itu sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan PAS dan PR sehingga peranannya semasa pilihan raya kecil Galas tahun lalu berjaya dilalui tanpa mencetuskan banyak pertembungan dengan PAS.
Kedudukan Ku Li sebagai ahli politik veteran dan pendiriannya selama ini yang mengimbangi kedua-dua Umno dan pembangkang menjadikannya tokoh yang dilihat mampu mengetuai satu gabungan pembangkang.
Pada masa sama Datuk Zaid Ibrahim yang mengetuai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, Kita, juga menduduki posisi untuk memimpin satu gerakan liberal dalam pembangkang.
Tetapi Zaid terjejas ekoran pertembungannya dengan PKR dan pemimpin utamanya, Anwar, yang mampu menyukarkan kerjasama dengan parti berpusatkan bekas perdana menteri itu.
Zaid walau bagaimanapun mempunyai hubungan baik dengan Razaleigh dan turut hadir dalam majlis pelancaran Amanah, dan mempunyai ideologi yang hampir dengan pegangan Amanah.
Razaleigh walau bagaimanapun dijangka tidak akan diterima dengan mudah oleh pembangkang bukan Melayu dalam PR, sekiranya mengambil peranan kepimpinan gabungan pembangkang dan dikemukakan sebagai calon perdana menteri.
Potensi tindakan Ku Li menerima tawaran berisiko tetapi berpotensi itu mampu memberi impak besar kepada Umno yang sedang berdepan tekanan sejak Pilihan Raya Umum ke-12.
Sebarang kemungkinan walau bagaimanapun masih awal untuk dijangka. Untuk kepentingannya, Ku Li juga perlu berfikir panjang supaya tindakannya nanti berdasarkan perkiraan yang jelas dan pasti.
SiasahDaily
Najib takut kerajaanya jatuh!
Copy & Posted By mahi on
Hakikatnya kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Najib gusar akan kejatuhan itu adalah kerana kelemahan dan penyelewengan yang semakin parah berlaku dalam pentadbiranya.
Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib pada 22 Julai lalu.Mengulas lanjut, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kerajaan Najib sebenarnya bimbang jika tuntutan Bersih 2.0 itu ditunaikan, ianya adalah jalan yang sukar buat kerajaannya bertahan.
Umno-BN selama ini bertahan dengan pelbagai manipulasi undi dan penggunaan jentera serta media yang memihak kepada mereka, katanya.
Malah, setiap kali berlakunya pilihan raya, isu utama yang akan dibincangkan ialah terdapatnya penipuan pada daftar undi, undi pos dan rasuah, katanya.
Gelaja inilah yang mahu ditolak dan dibersihkan oleh Bersih 2.0 dalam lapan tuntutannya bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini telus dan adil, katanya.
Namun, terdapat kebimbangan dipihak pemerintah untuk melaksanakannya, malah ditambah lagi dengan sikap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terlalu memihak, katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan segera bagi memperhalusi isu-isu penyelewengan dalam pilihan raya di negara ini.
Sekembalinya Najib ke Malaysia, beliau ada membuat kenyataan bahawa Bersih 2.0 cuba untuk menggulingkan kerajaannya dengan mengadakan perhimpunan besar-besaran selain menafikan dakwaan gabungan itu bahawa wujud penipuan dalam sistem pilihan raya.
Perdana Menteri terus mempertahankan bahawa pilihan raya di Malaysia adalah bersih sepanjang masa.
"Kita tidak pernah menipu dalam mana-mana pilihan raya di Malaysia,” kata beliau di Kompleks Bunga Raya KLIA pada 22 Julai lalu.
Najib juga menolak dakwaan Bersih 2.0 bahawa BN mempunyai kelebihan tidak adil dengan memiliki ruang besar di media ketika berkempen.
"Kami kata ia adil, mereka (Pakatan Rakyat) kata tidak adil. Mereka berkempen setiap hari, bukan itu tidak adil? Setiap hari ada ceramah di sini di sana... bukan itu tidak adil?” katanya lagi.
Najib berkata perlu ada kesimbangan antara kebebasan bersuara dan ketenteraman awam, tetapi menekankan tiada ruang untuk perselisihan faham di Malaysia.
WAN NORDIN WAN YAACOB - DETIK DAILY
MANA NAJIB...?
Copy & Posted By mahi on Jul 28, 2011
Gambar disebelah dirakamkan pada tahun 2005.. DR. MAHATHIR Mohamad dan Dr. Siti Hasmah Ali diraikan oleh Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak pada majlis hari jadi beliau di Kuala Lumpur.
Sebahagian berita tentang sambutan hari lahir pada tahun 2005 itu.. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menjangkau usia ?? tahun pada 10 Julai ini tetap cergas dan sihat.Ini dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali diraikan pada majlis hari jadi yang dianjurkan oleh anak-anak mereka di Hotel J.W. Marriot di Kuala Lumpur malam tadi.
Turut meraikan beliau ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Kabinet yang lain.
Itu dulu...
Dibawah pula adalah gambar dari sambutan hari lahir Tun ke 83 baru-baru ini.. dimana Najib??
Sebahagian berita tentang sambutan hari lahir pada tahun 2005 itu.. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan menjangkau usia ?? tahun pada 10 Julai ini tetap cergas dan sihat.Ini dapat dilihat apabila bekas Perdana Menteri bersama isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Ali diraikan pada majlis hari jadi yang dianjurkan oleh anak-anak mereka di Hotel J.W. Marriot di Kuala Lumpur malam tadi.
Turut meraikan beliau ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa anggota Kabinet yang lain.
Itu dulu...
Dibawah pula adalah gambar dari sambutan hari lahir Tun ke 83 baru-baru ini.. dimana Najib??
Jangan buta sejarah dan tak kenang budi...!
Copy & Posted By mahi on
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sejak Gagasan 1Malaysia diperkenalkan, ia berjaya meningkatkan perpaduan dan integrasi nasional di kalangan rakyat negara ini yang berbilang keturunan, agama serta budaya.
"Saya mengajak seluruh rakyat Malaysia berpindah daripada konsep toleransi kepada konsep penerimaan. Konsep toleransi tak begitu bermakna... kalau kita berganjak kepada konsep penerimaan dapat kukuhkan perpaduan nasional," katanya pada Majlis Bersama Rakyat di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 1 di Jalan Kuala Kedah dekat Alor Setar serta sambutan 100 tahun penubuhan sekolah tersebut.
Najib tiba pagi ini untuk melakukan lawatan kerja sehari ke Kedah.
Bercakap kepada Bernama, katanya, kerajaan mengamalkan dasar yang begitu tepat sekali untuk kepentingan Malaysia dan membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan semakin hari semakin tinggi kejayaan serta pencapaiannya.
"Salah satu keputusan yang mencerminkan sikap kita yang terbaik dan liberal adalah dengan memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa di negara ini memilih jenis sekolah dan aliran yang hendak dihantar anak-anak mereka.
"Ia sesuatu keputusan yang dibuat pengasas-pengasas negara kita sejak negara merdeka... pemimpin-pemimpin Perikatan pada masa itu telah buat keputusan itu. Pemimpin parti lain menentang keputusan tersebut," katanya.
Beliau berkata pemimpin-pemimpin Perikatan faham bahawa cara itu amat sesuai apabila memberi kebebasan dan bersikap terbuka serta liberal terlebih dahulu daripada pihak lain, dan kerana itu lahirlah sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dalam negara ini.
"Kerajaan mengekalkan sekolah-sekolah yang patuh (mengikut) kurikulum sekolah kebangsaan atau sekolah persendirian Cina yang masih wujud hingga sekarang. Tiada negara lain di dunia yang amalkan sikap terbuka seperti ini.
"Jangan kita buta sejarah dan jangan tak kenang budi. Ini sejarahnya yang kita warisi sehingga hari ini. Kalau pemimpin-pemimpin Perikatan dulu tak buat keputusan ini takkan ada sekolah Cina hari ini. Jangan jadi bangsa yang buta sejarah dan tak kenang budi," katanya.
Beliau berkata Malaysia mengamalkan demokrasi sejak dulu dan mana-mana pihak yang mendakwa memperjuangkan demokrasi, golongan itu sebenarnya menafikan demokrasi yang dilaksanakan oleh pemimpin yang melahirkan sekolah jenis kebangsaan.
"Dia buta sejarah kerana (demokrasi) dah dibuat oleh pemimpin terdahulu. Kita mahu baiki sistem demokrasi kita tetapi jangan sampai menafikan tak wujud demokrasi di negara kita," katanya.
Sehubungan itu, perdana menteri meminta rakyat di negara ini beralih daripada amalan toleransi kepada amalan penerimaan yang mampu mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan masyarakat negara ini.
"Dalam amalan toleransi ada lagi tembok-tembok pemisah dan ada rasa tidak sama antara kita."
Katanya berbanding amalan penerimaan, ia adalah meraikan kepelbagaian antara rakyat dan menggunakan kekuatan semua tanpa mengira kaum.
"Ia satu kekuatan untuk negara kita. Seperti bermain bola sepak, kita daripada pelbagai kaum akan membantu sesama sendiri memastikan pasukan kita berjaya.
"Kalau satu posisi score gol sendiri pasti akan kalah, nilai ini amat penting bagi kita tidak kira apa warna kulit dan rupa kita," katanya.
Belum tentu India sokong BN...?
Copy & Posted By mahi on
Sokongan masyarakat India kepada kerajaan BN masih menjadi persoalan, kata presiden MIC Datuk G Palanivel, yang juga mengakui partinya dan juga BN hilang sebahagian besar sokongan pada pilihan raya umum 2008.
"Kami (masyarakat India di Malaysia) hanya dibantu semasa pilihan raya kecil dengan pemberian kecil, peruntukan kerdil untuk sekolah, kuil, pinjaman mudah - (tetapi) kami perlukan bantuan berkenaan dalam skala besar. Hanya dengan itu, masyarakat India akan kembali menyokong kerana tidak ada sesiapa yang boleh kami harapkan kecuali kerajaan BN,” katanya pada sidang media hari ini.
Dengan spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Dewan Rakyat pada akhir tahun ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, Palanivel berkata penyelesaian segera diperlukan bagi manangani masalah masyarakat India itu.
"Jika mereka (BN) bantu, maka kita akan dalam keadaan baik. Kita perlukan bantuan, Masyarakat ini adalah masyarakat minoriti... kita bukan masyarakat majoriti, hanya minoriti,” katanya yang juga adalah timbalan menteri industri perladangan dan komoditi.
Ustaz-Ustaz Simpanan...?
Copy & Posted By mahi on
Walaupun dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan terorisme, Ulama muda Umno berkata mereka tidak menyalahkan pihak kerajaan atau Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menganjurkan majlis itu.
Sebaliknya, tindakan itu disyaki diusahakan oleh beberapa 'ustaz-ustaz simpanan' yang didakwa berlegar di sekeliling MKN - badan bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri itu.
"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).
Beliau bagaimanapun enggan menyebut secara khusus pihak yang didakwanya sebagai 'ustaz-ustaz simpanan' itu.
Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya Isnin lalu, 40 ulama muda Umno antara pihak yang disebut bersama bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bagaimanapun, semalam, bekas mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar".
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul mengambil pendekatan sama dengan pihak lain yang dituduh dan mahu menyelesaikan kekusutan itu melalui pendekatan dialog.
"Kita sedia berdialog dengan siapa pun mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan," katanya yang lebih selesa majlis itu diadakan secara tertutup.
Graduan Universiti Madinah yang menyertai Umno setahun lalu itu juga berkata partinya tidak harus dipersalahkan kerana
Umno tiada kena mengeja dengan penganjuran taklimat itu.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.
Dakwanya, usaha itu tidak langsung dihargai dan kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.
Sebaliknya, tindakan itu disyaki diusahakan oleh beberapa 'ustaz-ustaz simpanan' yang didakwa berlegar di sekeliling MKN - badan bawah kelolaan Jabatan Perdana Menteri itu.
"Mereka ini cuma mengambil kesempatan atas beberapa perbezaan pendapat dalam perkara furuk untuk memecah belahkan umat Islam," dakwa pengerusi jawatankuasa kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU) Fathul Bari Mat Jahya (kanan).
Beliau bagaimanapun enggan menyebut secara khusus pihak yang didakwanya sebagai 'ustaz-ustaz simpanan' itu.
Malaysiakini difahamkan, dalam taklimat tertutup MKN di Putrajaya Isnin lalu, 40 ulama muda Umno antara pihak yang disebut bersama bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Bagaimanapun, semalam, bekas mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam mendedahkan beliau dan institusi kerajaan negeri Perlis turut menjadi mangsa kepada "tuduhan liar".
Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Fathul mengambil pendekatan sama dengan pihak lain yang dituduh dan mahu menyelesaikan kekusutan itu melalui pendekatan dialog.
"Kita sedia berdialog dengan siapa pun mereka supaya tidak timbul lagi kekeliruan," katanya yang lebih selesa majlis itu diadakan secara tertutup.
Graduan Universiti Madinah yang menyertai Umno setahun lalu itu juga berkata partinya tidak harus dipersalahkan kerana
Umno tiada kena mengeja dengan penganjuran taklimat itu.
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan semalam berkata beliau bersimpati dengan 40 ulama muda Umno yang terus dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan keganasan walaupun didakwa sudah berhempas pulas mempertahankan kerajaan.
Dakwanya, usaha itu tidak langsung dihargai dan kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata-rata.
BAKAL YB PAKATAN RAKYAT...?
Copy & Posted By mahi on
WarkahDaily – Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.
Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!
Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.
“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.
Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!
Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.
“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.
Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.
TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.
Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.
Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya.
NAK MINTAK TAMBAH DUIT BOLEK KER...?
Copy & Posted By mahi on
ANGGARAN PERBELANJAAN MENGURUS TAMBAHAN PERTAMA, TAHUN 2011
- Perdana Menteri mengumumkan bahawa perbelanjaan mengurus untuk 2011 adalah RM162.8 bilion. Sekarang kerajaan meminta peruntukan tambahan sebanyak RM13.19 bilion untuk baki 6 bulan. Kini jumlah perbelanjaan mengurus ialah RM176 bilion. Adakah hasil persekutuan yang dianggarkan meningkat lebih daripada RM165.8 bilion? Bolehkah kerajaan mengekalkan defisit pada 5.4%? Apakah defisit itu?
- Peruntukan tambahan RM 13.18 billion merupakan peningkatan 10.2% dari “Perbelanjaan Bekalan” Bajet 2011 yang diluluskan oleh Parlimen. Sebanyak RM 6.0 billion atau 45.5 % adalah untuk “Bayaran Pindaan.” Adakah peningkatan ketara ini disebabkan oleh faktor faktor luar biasa yang tidak disangka? Jika ya, sila perincikan faktor faktor luaran dan dalaman tersebut.
- Sebaliknya, adalah dipercayai bahawa peningkatan ini disebabkan oleh kelemahan dalam sistem perancangan dan pengurusan kewangan negara. Salah satu sebab ialah ketidakcekapan pegawai Perbendaharaan dalam merancang dan mengawal pengurusan Bajet Negara. Apakah langkah langkah khusus yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan bagi mengatasi kelemahan serta memperbaiki sistem masakini?
MAKSUD B.11 – PERKHIDMATAN AM PERBENDAHARAAN
4. Sebanyak RM 5.6 billion adalah untuk menampungpembayaran tuntutan subsidi barangan petroleum. Mengikut kajian Bank Dunia [Malaysia Economic Monitor, November 2010], golongan isi rumah sepuluh peratus terendah [bottom 10% households] hanya mendapat faedah 5 % daripada subsidi barangan petroleum. Apakah manfaat yang akan dinikmati oleh gologan tersebut dari peruntukan tambahan ini? Berapakah bilangan isi rumah terendah akan mendapat faedah secara langsung? adakah faedah subsidi ini akan dinikmati secara langsung oleh IPP.
5. Bolehkan menteri menyatakan bilangan isi rumah yang akan mendapat subsidi bagi pengecualian bil elektrik dari peruntukan tambahan RM 150 juta yang dipohon?
MAKSUD B.06 – JABATAN PERDANA MENTERI
6. Berapakah bilangan Imam dan Guru Takmir yang akan menikmati Elaun atau Bantuan baru dari peruntukan tambahan RM 66 juta yang dipohon? Apakah kadar elaun baru yang akan digunapakai?
7. Apakah rasional bagi pelaksanaan Government Integrated Radio Network [GIRN] yang akan melibatkan kos sebanyak RM 35 juta? Kenapa tambah cost dari cost asal RM22.7 juta? Apakah manfaat kepada rakyat jelata daripada pelaksanaan GIRN? Kenapakah JPM yang menguruskan projek GIRN dan bukan Kementerian Penerangan?
8. Sebanyak RM1 juta dipohon untuk menampung kos penubuhanSuruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock. Sila perincikan butir-butir perbelanjaan yang dimaksudkan. Yang lebih penting bilakah Kerajaan akan membentangkan Laporan Suruhanjaya kepada Dewan ini supaya rakyat dapat tahu penemuan dan ketetapan Suruhanjaya mengenai trajedi kematian Saudara Teoh Beng Hock?
MAKSUD B.13- KEMENTERIAN LUAR NEGERI
9. Sebanyak RM19,980,000 untuk mengajur dialog antarabangsa langkawi. Nampaknya ini satu angka yang melampau untuk menganjur dialog. Kenapa wang yang bagitu banyak untuk sesi dialog dan apakah pencapaian dialog?
MAKSUD B.21 – KEMENTERIAN PERTANIAN DAN IDUSTRI ASAS TANI
10. Nyatakan bilangan petani yang akan menikmati faedahpemberian Subsidi Baja Padi dan Insentif Peningkatan Hasil Padi yang melibatkan peruntukan RM 471 juta. Berapa kesan program beras ST15 untuk warga miskin. Sebab peruntukan banyak. Golongan yang ditutjui mest dapat manfaat nya.
MAKSUD B.28 – KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
11. Sebanyak RM 150 juta dipohon untuk membayar Maswings Sendirian Berhad bagi sewa pajakan pesawat di Sabah dan Sarawak. Kenapa mahu bayar syarikat ini? Siapakah pemilik syarikat Maswings Sendirian Berhad? Mohon Menteri berkenaan menyenaraikan butir-butir perbelanjaan bagi peruntukan tambahan ini.
MAKSUD B.47 – KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN
12. Sebanyak RM 8.6 juta dipohon untuk bayaran pampasan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad atas alasan pembatalan slot masa siaran iklan dan televisyen RTM. Apakah sebab-sebab pembatalan? Adakah bayaran pampasan ini dimeterai dalam perjanjian di antara Kerajaan dan Utusan Malaysia?
MAKSUD B.60 – KEMENTERIAN PERTAHANAN
13. Sebanyak RM 417 juta dipohon untuk membiayai kontrak senggaraan kapal selam Scorpene TLDM. Kenapakah peruntukan ini tidak dimohon dalam Bajet 2011? Adakah senggaraan ini satu perkara luar biasa yang tidak dapat dimasuk dalam anggaran perbelanjaan tahunan Kementerian?
MAKSUD B.62 – KEMENTERIAN DALAM NEGERI
14. RM 30 juta dibelanja oleh Kementerian Dalam Negeri bagimaksud kawalan keselamatan semasa Pilhan Raya Umum DUN Sarawak. Ada kah jumlah ini luar jangkaan atau lebih daripada budget.
15. Kenaikan harga barang yang melampau tidak mampu lagi dikendali oleh rakyat jelata.
Baru-baru ini, iaitu menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia daripada Januari hingga November 2010, harga makanan seperti gula, jem, coklat, dan madu naik 10.2%. Sayur-sayuran naik 8.1%, daging naik 2.9%, buah-buahan naik 1.7%, ikan dan makanan laut naik 1.6%. Manakala beras, roti, dan bijirin lain naik 0.9%. Harga makanan dan minuman juga meningkat 2.4% setahun dan kos pengangkutan naik sebanyak 1.4%. Kos perkhidmatan kesihatan juga meningkat sebanyak 1.7% setahun. Tetapi, gaji kakitangan awam tidak disemak dan tidak selari dengan kos sara hidup ketika ini. Satu laporan Bank Dunia menyatakan bahawa gaji di negara ini hanya naik 2.6% dalam tempoh 15 tahun.
Untuk makluman dewan yang mulia ini, 34% pekerja Malaysia memperoleh pendapatan kurang daripada RM720 iaitu di bawah penanda aras kemiskinan. Manakala 40% pekerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM1500 sebulan dan 80% pekerja memperoleh pendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.
Seorang graduan yang memulakan kerja pada tahun 1990’an menerima pendapatan antara RM1500 hingga RM2000 dan gaji permulaan itu tidak berubah sehingga hari ini. Graduan yang memulakan kerja pada tahun 2011 masih menerima gaji yang sama seperti tahun 1990’an.
Kita dapat lihat bahawa rumah yang bernilai RM130,000 pada tahun 1990’an, ketika ini berharga RM500,000 dan kadar kenaikan harga rumah adalah sebanyak 7% setahun. Kita juga dapat lihat perbandingan harga kereta PROTON pada tahun 1990’an bernilai RM21,000 manakala ketika ini iaitu sekurang-kurangnya RM40,000 dan kadar kenaikan harga kereta keluaran Malaysia itu adalah sebanyak 3.1% setahun.
Tuan Yang di-Pertua,
Bagaimanakah rakyat yang mempunyai ahli keluarga seramai 4 hingga 5 orang mampu menyara keluarganya dengan kenaikan harga barang, tetapi gaji masih tidak dinaikkan. Pada masa yang sama Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyeru rakyat untuk bersedia untuk kenaikan harga.
Ketika rakyat bersusah payah menghadapi kenaikan harga, kerajaan menarik balik subsidi untuk minyak masak, bahan api dan gula sebanyak RM24 bilion. Pada masa yang sama, subsidi untukPengeluar Tenaga Bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol yang dikendali oleh korporat besar yang mendapat keuntungan ratusan juta atau berbilion-bilion ringgit mendapat subsidi sebanyak RM84 bilion. Nampaknya kerajaan merompak rakyat dan menyokong syarikat kaya.
Bolehkah kerajaan dan menteri yang bertanggungjawab untuk polisi ekonomi memberitahu dewan yang mulia ini apakah cadangan-cadangan dan rancangan yang telah dan akan dilakukan untuk mengurangkan beban rakyat yang disebabkan kenaikan harga barang-barang.
Tuan Yang di-Pertua,
16. Dalam tempoh 54 tahun pemerintahan Barisan Nasional (BN), ada banyak skandal berlaku yang mengakibatkan negara kehilangan berbilion-bilion ringgit. Contohnya seperti projek PKFZ, di mana RM4.6 bilion telah hilang, skandal kewangan koperasi sebanyak RM1.6 bilion dan skandal penyelewengan Perwaja sebanyak RM11 bilion. Wang yang digunakan oleh kerajaan untuk menyelamatkan GLC2 belanja berbilion2 ringgit. Kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak RM30 bilion dalam spekulasi mata wang asing antara tahun 1992 hingga 1994. kerajaan masih gagal mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab di atas kehilangan wang berkenaan kerana sehingga hari ini tiada yang didakwa.
Jika skandal-skandal besar ini tidak berlaku, kerajaan boleh memberi pendidikan dan perkhidmatan kesihatan percuma kepada murid sekolah dari tahun 1 sekolah rendah sehingga peringkat universiti seperti yang diamalkan oleh negara-negara Eropah. Dua perkhidmatan ini merupakan tanggungjawab asas kerajaan kepada rakyat. Adakah kerajaan ada melakukan kajian dan siasatan mengapa skandal-skandal besar ini berlaku dan apakah perubahan yang dilakukan dalam sistem peruntukan, kelulusan, dan pemberian wang oleh kerajaan? Saya harap menteri yang berkenaan akan memberi penjelasan di dewan yang mulia ini mengenai perubahan yang dibuat untuk mengetatkan dan mengelakkan skandal-skandal kewangan ini berulang lagi.
17. Penswastaan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada PBT, menyebabkan perbendaharaan membayar tambahan RM500 juta setiap tahun. Jika PBT tidak dapat mengambil langkah untuk mengukuhkan mereka, kaji mengapa mereka tidak boleh mengurus atau hanya menswastakan PBT tertentu dan bukan semua PBT? Buat pengiraan yang betul dan telus dan rakyat yang terlibat mengapa mereka perlu membayar lebih jika perlu. Bukan menswastakan semua PBT dan kerajaan akhirnya membayar lebih RM500 setiap tahun. Penswastaan di Malaysia menyebabkan rakyat membayar lebih untuk perkhidmatan yang lebih teruk. Ia adalah pelanunan. Kerajaan dan rakyat akhirnya akan menjadi miskin dan hanya memperkayakan kroni-kroni mereka. (RM2.30 kepada RM8 kemudian RM14).