KE MANA ARAH TUJU KU LI...?

on Jul 29, 2011

Dari Rakyat, Kepada Rakyat, Untuk Rakyat....?





Sesuai dengan nama "AMANAH". YBM Tengku Razaleigh sedang diintai oleh rakyat jelata kemana arah yang akan dituju dalam arus kebangkitan rakyat mahu kepada pemimpin negara yang boleh meletakkan perpaduan kaum di Malaysia ini dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Tengku Razaleigh yang sering kecundang dalam hasratnya untuk berbakti kepada rakyat dan negara kini muncul melalui satu NGO yang nama singkatnya AMANAH diwaktu rakyat sedang mencari cari siapakah yang akan meneraju kerajaan baru dibawah Pakatan Rakyat selepas PRU 13 nanti sekiranya UBN tumpas.

Nama Anwar Ibrahim sentiasa basah dibibir rakyat menyebut bakal Perdana Menteri apabila PR menang nanti, itu pun masih menjadi tandatanya sempatkah Anwar Ibrahim bertanding dalam PRU 13 kerana kes tuduhan liwat sudah hampir kepenghujungnya. Sedangkan PM Najib sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen.

Apabila Anwar Ibrahim masuk penjara, nama Tengku Razaleigh tentunya akan disebut oleh rakyat sebagai salah seorang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia, tapi bukan atas kapasiti sebagai mewakili UBN. Nama Tengku Razaleigh akan sebut apabila beliau tidak bertanding atas tiket UMNO dalam PRU 13.

Tapi sekiranya Tengku Razaleigh bertanding atas tiket UMNO sudah pasti nama beliau tidak akan disebut sebagai orang yang paling layak jadi Perdana Menteri Malaysia kerana dalam UMNO sebenarnya sudah menjadi rahsia umum Tengku Razaleigh sudah tidak diperlukan lagi. Bak kata orang tua-tua, hidung tak macung pipi tersorong-sorong, apatah lagi buat masa ini PM Najib lebih sujud kepada Anuar Musa di Kelantan.

PM Najib telah mengiakan permintaan Anuar Musa semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini dengan meluluskan peruntukan sebanyak dua juta ringgit untuk kemajuan bolasepak Kelantan, itulah buktinya bahawa sekarang ini PM Najib akur bahawa Anuar Musa lebih berpengaruh daripada Tengku Razaleigh.

Sudah sampai masanya diakhir riwayat politik Tengku Razaleigh, beliau mengambil peluang untuk memperhambakan diri kepada rakyat dan negara dengan mencapai cita-cita murni itu melalui jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam PRU 13 kelak.

UMNO yang sudah nak kalah akan cepat ditinggalkan oleh ahli-ahlinya untuk menyokong Pakatan Rakyat apabila Tengku Razaleih mengistiharkan keluar daripada UMNO kerana sudah jelas dalam UMNO sebenarnya memang ramai sedang menanti suasana "Selamat Tinggal UMNO' dan akan mengikuti jejak sepertimana yang akan diumumkan oleh ahli majlis tertinggi AMANAH yang terdiri daripada bekas pemimpin tertinggi parti BN.

Kita hendaklah yakin, PRU 13 nanti Malaysia akan ada sebuah Kerajaan yang Adil dan Bersih, kerajaan yang dituntut oleh anak muda dan rakyat jelata, sebuah kerajaan yang AMANAH yang mana kerajaan bukan lagi dibentuk oleh Barisan Nasional tapi dibentuk oleh parti-parti dari PAS,PKR dan DAP yang boleh dinamakan 'Kerajaan Rakyat'.

Sebenarnya rakyat Malaysia hari ini tidak kisah siapakah Perdana Menteri Malaysia ke 7, asalkan yang terbentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang dapat menunaikan amanah rakyat, tidak rasuah, tidak menyalah guna kuasa, adil dan tidak membalon harta rakyat dan khazanah negara.

Rakyat mahu hidup senang dan selesa dalam suasana aman, tidak ada kroni dan pendusta dan rakyat tidak mahu sentiasa ditipu dan ditindas. Sesunggunya rakyat benci kepada pemimpin bercakap lain dan buat lain seperti terdapat hari ini.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List