POLIS DIPECAT

on Jul 14, 2011



Krisis politik: Mesir pecat 700 pegawai kanan polis



KAHERAH, 14 Julai — Hampir 700 pegawai kanan polis Mesir dibuang kerja ekoran insiden membunuh penunjuk perasaan ketika kebangkitan rakyat negara itu menggulingkan Presiden Hosni Mubarak awal tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Mansour Essawy berkata seramai 505 jeneral dan 164 pegawai biasa akan ditamatkan perkhidmatan mereka mulai 1 Ogos ini.
Tindakan itu diambil ekoran protes yang berterusan di Dataran Tahrir di sini, menggesa kerajaan mempercepatkan tindakan ke atas anggota polis dan pegawai-pegawai Hosni yang berasuah.
Pihak tentera juga mengesahkan bahawa pilihan raya September ini akan ditangguh.
“Diputuskan bahawa (pilihan raya Parlimen) akan diadakan Oktober atau November,” kata seorang pegawai majlis tentera dipetik laporan BBC.
Laporan stesen TV Mesir berkata seramai 37 pegawai yang dipecat turut berhadapan dengan tuduhan membunuh penunjuk perasaan.
Lebih 800 penunjuk perasaan terbunuh ketika kebangkitan rakyat selama 18 hari yang membawa kepada Hosni meletakkan jawatan pada 11 Februari
.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List