Mazlan Aliman ditahan di Miri atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.
Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausah
Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.
Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.
Mazlan dalam rangka lawatan memberi penjelasan berhubong isu tanah di Sarawak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Nasaie yang mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.
Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.
Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.
Nasaie menyifatkan sekatan Mazlan yang juga Pengerusi Anak daripada memasuki Sarawak melambangkan ketakutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas penyelewengan tanah yang dilakukannya.
"Dia (Taib) sedang di ambang kejatuhan," katanya.
1 comments:
berapa lama lagi nak menongkat dunia,kubur pun dah panggil masih sombong dan angkuh lagi.....dunia ni umpama milik ku,makhluk lain dianggap pengacau aja.....kita tunggu dan lihat sapa yang kena nanti?????
Post a Comment