Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

on Aug 8, 2011







CAMERON HIGHLANDS, 8 Ogos — Tiga wanita terbunuh manakala tiga lagi, dua lelaki dan seorang wanita, cedera parah dalam tragedi tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Brinchang di sini semalam.
Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15, dan Ali Hassan, 50.
Tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat.
Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian.
Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata.
Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat kira-kira 11.25 malam tadi.
Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam.
Dipetik Bernama Online, Wan Mohd Zahari berkata tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu.
Perkampungan berkenaan terletak kira-kira dua km dari jalan Brinchang ke Tanah Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian.


TERKINI BACA SINI

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List