Apa Dah Jadi...?

on Sep 10, 2011



Pada 7/9/2011, kumpulan yang menggelarkan diri mereka Jingga 13 telah menghantar memorandum kepada SKMM dan JAKIM. Memorandum itu  mendesak pihak berkuasa terbabit mengambil tindakan drastik terhadap manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Kumpulan NGO ini terdiri daripada sukarelawan, pengguna facebook, dan jurublog.

Jingga 13 bertujuan memberikan desakan yang kuat kepada pihak berkuasa ini agar melancarkan tindakan besar-besarankepada manusia biadap yang menggelarkan dirinya sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Menurut laporan blog Milo Suam, memorandum itu diserahkan kepada salah seorang pegawai SKMM di pejabat rasmi suruhanjaya itu di Cyberjaya kira-kira pukul 12:30 tengah hari. Memorandum itu diterima dengan baik oleh seorang pegawai mengakui tidak boleh membuat sebarang keputusan, namum memaklumkan kepada NGO itu bahawa perkara tersebut akan dibawa kepada pihak pentadbiran atasan.

Salinan memorandum yang telah dihantar kepada SKMM itu boleh dilihat di sini.

Selepas itu, Jingga 13 menghantar satu lagi memorandum ke pejabat rasmi JAKIM di Putrajaya kira-kira jam 2:30 petang. Yang menyedihkan, pihak Jingga 13 dikatakan diminta menunggu sementara pegawai jabatan itu dihantar untuk menerima memorandum tersebut. Malangnya selepas kira-kira sejam menunggu, pegawai yang ditunggu tidak kunjung tiba, sebaliknya polis yang dihantar.

Pihak polis yang dihantar itu memaklumkan bahawa pihak JAKIM tidak mahu menerima memorandum yang dimaksudkan kerana perbuatan betina murtad laknatullah itu bukan di bawah bidang kuasanya. Sampai begitu sekali budi bicara JAKIM dalam menjaga kesucian dan kemurnian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Kita tertanya-tanya tentang fungsi JAKIM. Rujuk di sini untuk membacanya.

Kita persoalkan kerana agensi agama di negara ini begitu pantas bertindak terhadap musuh politik pemerintah. Isu yang berkaitan dengan agama sengaja ditimbulkan, adakalanya sengaja diperbesarkan untuk kepentingan politik bos, namun dalam hal yang benar-benar menjatuhkan kesucian dan martabat Islam, pihak yang kononnya mahu menjaga kepentingan Islam enggan bertindak dengan alasan yang sungguh remeh.

Mereka menjerit terlolong apabila Kristian mahu menggunakan nama "ALLAH", namun seolah-olah merelakan perbuatan betina murtad ini menghina dan mencaci Allah, Islam, Nabi Muhammad tanpa berselindung di Twitter, Facebook, dan blog.

Agensi agama di sesetengah negeri juga bertindak atas kepentingan politik apabila menghalang tokoh politik dan agama untuk menyampaikan tazkirah di masjid-masjid. Mereka mengherdik dan membidas ahli politik bukan Islam berkunjung ke surau dan masjid sehingga tindakan itu membuatkan orang bukan Islam menjauhi Islam. Mereka menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan tuan mereka, namun BACUL, MENIKUS, SAMBALEWA, apabila berhadapan dengan musuh Islam yang sebenar!

Berdasarkan maklumat di Twitternya, betina lahanat ini mempunyai sudah mengirimkan lebih 1000 tweet, manakala sebanyak 700 lebih orang mengikuti akaunnya. Setiap tweet yang dikirimkan di laman itu, semuanya mencaci Allah, Nabi Muhammad, Islam, dan terkini Agong.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List