MAT KILAU...ADAKAH BELIAU PENGGANAS....?

on Sep 2, 2011




Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar,JerantutPahang. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. 

Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[perlu rujukan]
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. 

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang merupakan mufti pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain dipercayai menjadi kediaman para jin islam.[perlu rujukan]


baca seterusnya kat sini

Photobucket

1 comments:

hussein said...

Persoalan sama ada Mat Kilau penderhaka atau pun wira tidak boleh dikaji cara terasing.Seluruh perspektif sejarah Tanah Melayu wajar dikaji dan dibukukan ikut kaca-mata dan perspektif Melayu dan Islam.Sama ada pahit atau maung,fakta sejarah tidak boleh diselewengkan ikut selera yang berkuasa.Yang menentukan sama ada "penderhaka" atau "wira" terpulang kepada siapa yang menulis sejarah tu.Chief Sitting Bull adalah wira kaum Red Indian di Amerika Syarikat dan keperwiraannya diakui oleh rakyat Amerika dan banyak filem-filem dibuat untuk menunjukkan wiranya walau pun yang ditentang tu ialah Angkatan Bersenjata Amerika dan Chief Sitting Bull tidak pernah dipanggil penderhaka sebab itu fakta sejarah.Ini senario masyarakat yang maju dan interlektual.Pemimpin-pemimpin UMNO belum sampai ketahap ini lagi,baru sampai tahap cium tangan Presiden Amerika Syarikat aje.Menjelang 2020(kalau nak jadi negara maju) wajarlah sejarah negara ni dikaji dengan teliti dan ditulis semula,ikut fakta-fakta sejareah yang betul dan tulin.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List