Duit jatuh dari langit

on Nov 19, 2011



BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.
BUKTI...Vishnunair menunjukkan syiling yang didakwa jatuh dari langit.


PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.
PELIK...Ganesan (tengah) dan anggota JPAM melawat lokasi syiling jatuh dari langit.

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 20 penduduk di Taman Kledang, di sini, terkejut apabila mendapati puluhan keping wang syiling jatuh dari langit sejak dua hari lalu.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6 petang hingga 9 malam itu turut disaksikan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Yang Dipertua Speaker Dewan Negeri Perak, Datuk R Ganesan selepas dipanggil ke lokasi.

Kejadian ‘hujan duit’ yang didakwa berlaku dua hari berturut-turut itu menyebabkan penduduk hairan selepas melihat syiling 5 sen, 10 sen dan 20 sen jatuh dari langit.

Saksi kejadian, A Abinarmi, 30, berkata, kejadian disedari berlaku pada petang Rabu lalu selepas anak lelakinya, S Vishnunair, 10, melihat kilauan cahaya di hadapan rumah.

Menurutnya, dia kemudian keluar ke pekarangan rumah sebelum melihat beberapa keping duit syiling bertaburan di permukaan jalan dan lantai tempat letak keretanya.

-hmetro-




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List